1: MENJELANG MAJLIS

Romance Series 923162

PROLOG

"Princess!"

Suara itu berbisik syahdu memperdengarkan getar kegairahan. Mendayu-dayu di telinga sehingga yang mendengarnya juga turut merasai getar yang sama.

"Yes, my Mr. Mike?" Puteri membalas dengan intonasi yang sama.

"Nak tengok..." pintanya. Merayu nan manja.

"Nak tengok apa?"

"Nak tengok yang tu. Sikit je, please."

Getaran jiwa dua insan yang telah bergelar suami isteri itu semakin membara. Tenungan mata yang intim, bisikan kata-kata meluah rasa di dada saling bersahutan.

Cardigant putih yang membalut di tubuh Puteri dibuka butangnya. Pandangan Maleeq langsung tertancap pada pakaian dalam berwarna pink yang menutupi keindahan milik wanita itu. Bola mata melotot luas-luas, teruja melihat keindahan di depan mata.

Puteri membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu yang telah sah bergelar suami kepadanya. Kerna dirinya juga sama-sama mendambakan sentuhan tersebut.

"Nak pegang boleh?" Maleeq meminta izin untuk mendaratkan sentuhan. Suara husky kedengaran semakin sensual. Gejolak di dada bagai mahu meletupkan rasa yang ada.

Puteri anggukkan kepala sebagai jawapan. Dia membenarkan saja Maleeq menyentuh akan dirinya. Kerana dia juga sudah lama mendambakan sentuhan lelaki itu padanya.

Untuk beberapa ketika, keduanya saling merapatkan kelopak mata. Desahan demi desahan mula kedengaran penuh kegairahan. Bibir bawah digigit keasyikan menikmati sentuhan demi sentuhan.

"Oh, Princess! Tak kuatnya." Maleeq sudah kepayahan menahan gejolak yang kian berkobar membakar jiwa lelakinya. Apa lagi Puteri membenarkan saja dirinya menuntaskan keinginan yang sudah sekian lama dipendam.

Seketika mereka hampir hanyut dalam dekapan asmara yang semakin mencapai ke kemuncak nafsu. Nyaris sahaja mereka merempuh larangan nikah gantung terbesar yang ditetapkan.

Tok tok tok!

Suara ketukan pintu terdengar dan telah membantutkan perbuatan mereka. Puteri merengus kegeraman.

"Maleeq, Puteri. Apa kamu buat di dalam tu? Daddy tahu kamu berdua ada di dalam. Mari keluar cepat."

Agghhh.. Daddy!!!

Keduanya mengeluh kecewa sebaik mendengar panggilan Tan Sri mengarah mereka untuk keluar.

Kemeja yang sudah terdedah di dada akibat diceroboh oleh Puteri dibutang ala kadar sambil turun dari katil dengan terburu-buru. Sepantas kilat Maleeq bergegas menuju pintu. Namun sebelum itu, dia menyuruh Puteri untuk bersembunyi di sebalik selimut terlebih dahulu. Rambut yang sudah berantakan dibetulkan sedikit. Wajah tenang cuba dipasang, lantas dia mula membuka pintu untuk menghadap mertuanya.

Daun pintu terkuak perlahan. Wajah Maleeq mendadak pucat tatkala menghadap Tan Sri yang telah berpeluk tubuh sambil merenung dirinya tajam. Pandangan laju-laju diturunkan. Habislah aku!

"Sempat ke?" Soalan direct tanpa lapik dilontar tegas oleh Tan Sri pada menantunya, yang mana penampilan pemuda itu sudah kusut masai seperti habis dilanggar taufan.

"Tak! Tak sempat daddy." Meski malu menebal di muka, jawapan jujur terpaksa diluahkan. Bimbang sang ayah mertua semakin murka nantinya.

"Huh! Nasib baik tak sempat. Bila masa kamu menyelinap ke bilik ni?"

Tiada jawapan kali ini dari mulutnya. Hanya reaksi menggaru tanpa gatal dia lakukan. Wajahnya sudah membahang dibakar rasa malu yang semakin tidak tertahan.

"Sudah! Mari turun. Mommy sudah selesai memasak. kita makan sama-sama," arah Tan Sri, tegas.

"Baik daddy! Tapi sekejap, saya nak bagitahu Puteri dulu."

"Tak payah. Bini kamu tu biar mommy uruskan nanti. Kamu tu bukan boleh diharap. Ada yang sambung kerja nanti kang. Mari turun cepat! Tak nyempat-nyempat," sambung bebel beliau.

Akur akhirnya Maleeq dengan ajakan sang ayah mertua. Isterinya yang hanya mengintai dari balik selimut dipandang sekejap. Sayang hendak melepaskan pandangan, namun terpaksa menurut perintah dan akur dengan syarat yang ditetapkan.


***

1: MENJELANG MAJLIS

TERKEBIL-KEBIL mata itu. Di atas pembaringan dia beradu. Syiling putih ditatap bagai mahu terkeluar biji mata, seakan terlihat bayangan seseorang sedang melambai padanya di situ.

Tangan sebelah kemudian mencapai sebuah lagi bantal buat menekup muka sendiri. Dia melepaskan jeritan kuat-kuat di sebalik bantal putih yang dicengkam kuat. Puas hatinya! Rasa teruja yang membuak-buak hampir membuat dirinya naik gila.

Sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri, nyatakah semua ini? Bagaimana jika ini hanya sebuah mimpi?

Selepas pelbagai cabaran dan dugaan yang selama ini menghalang perhubungannya dengan si dia, akhirnya ini penghujungnya.

Dia sebagai bodyguard yang bertugas secara rahsia, telah diamanatkan oleh Tan Sri Baharudin untuk mengawasi anak gadis beliau. Namun pada akhirnya kecundang ke dalam lembah cinta yang awalnya cuba ditegah oleh perasaannya sendiri.

Hampir-hampir mati berdiri tatkala hubungan mereka dikantoi buta-buta oleh Tan Sri sendiri, yang akhirnya membawa kepada keputusan mengejut Tan Sri.

Sukar untuk dirinya percayai, bahawa esok dia akan menjadi suami kepada seorang wanita bernama Puteri Zaharah Binti Baharudin. Gadis yang diangau-angaukan, gadis yang dirindu-rindukan siang dan malam.

Gadis yang pada mulanya seksi dan berkepala batu, kini telah berubah 360° menjadi gadis ayu yang sopan berbudi bahasa.

Bertelingkah dengannya adalah wajib setiap hari. Hati masing-masing yang keras pada awalnya, hari demi hari kian lentur apabila cinta mula menyapa.

Dia membuang keluh saat mengenang semula perjalanan kisah cintanya dengan si dia. Mencipta perasaan teruja yang membuat hatinya tak berhenti berdebar.

Dia bangkit dari posisi baring secara tiba-tiba tatkala otak memberi signal padanya supaya jangan tidur. Jam di meja kecil lalu dipandang. 11:30pm. Fikirannya kini sedang mengarah supaya menuju ke bilik Aryan. Agaknya sepupunya itu sudah tidur atau belum? Dia perlu berjumpa Aryan sekarang. Dia perlu meluah rasa gemuruh kepada seseorang supaya perasaan itu sedikit berkurangan. Ya! Kena cerita pada Aryan.

Pintu bilik Aryan yang tidak berkunci ditolak begitu sahaja. Langsung saja dia meluru masuk tanpa amaran dan terus menghenyak badan pada tilam tepat di sebelah Aryan yang tidur tertiarap.

Apa lagi? Terkejutlah si budak Aryan tu. Kehadiran seekor mahluk yang tiba-tiba menghempas badan di sebelahnya telah membuat tidurnya terjaga. Mata yang hampir merangkai lena dicelik serta merta.

"Pahal kau ni? Kacau je aku nak tidur," rungut Aryan.

"Yan..." Dia tidak peduli meski Aryan telah mengomelinya.

Aryan si tukang pendengar dan pemberi nasihat perlu mendengar apa yang dia hendak ungkapkan saat ini, meski dia tahu sepupunya itu sudah tentu akan semakin gusar nanti. Tapi dia peduli apa? Nak cerita jugak!

"Aku tak boleh tidur Yan," adunya.

Aryan mengeluh kesal. "Kau tak boleh tidur lepastu kau nak kacau aku tidur? Macam tu?"

"Aku nervous, Yan. Berdebar gila rasa. Aku tak percaya esok aku dengan dia bakal disatukan." Mulutnya berucap senada. Sementara mata kekal dihadapkan pada syiling di atas sana.

Aryan kemudian mengubah posisi. Hajat mahu melelepakan mata terbantut sudah. Masih memperlihatkan muka tidak puas hati, dia perlu menasihati sepupunya ini agar segera enyah dari biliknya.

"Wei, pergi tidurlah. Esok pagi kau nak salam tangan Tok Kadi. Karang kau tak cukup tidur, tak pasal-pasal pengsan pulak masa akad nikah. Haa, ada jugak aku yang tolong gantikan sesi akad nikah kau nanti. Kau nak macam tu?" Maleeq sudah mencerlung padanya, Aryan tak kesah. Apahal? Nak gadoh?

"Ada hati rupanya kau dengan Princess aku eh?" Maleeq kesal.

"Ala, kau kan asyik mintak tolong aku backupkan kau, coverline apa semua. Manalah tahu kali ini kau nak minta tolong aku cover kau punya akad nikah pulak. Aku on je. Hehehe!"

Beberapa saat keadaan menjadi freezing. Mereka saling berpandangan dengan riak berlainan. Tapi, Aryan langsung tak heran meski Maleeq sudah merenung dirinya bagai nak ditelan. Bukan tak biasa pun dengan si jerangkung ni.

"Weh, okey! Okey! Ampun. Aku gurau jelah, bodoh. Wei, sakitlah." Akhirnya Aryan mengaku kalah apabila tengkuknya sudah dipulas oleh Maleeq. Bakal pengantin memang sensitif begini ke? Gurau sikit pun tak boleh.

"Ada hati rupanya kau nak try Princess aku. Memang tak sayang nyawa kau ni. Haa ni makan dia." Kepala Aryan ditunjal-tunjal. Geram!

"Wei, lepaslah, sial! Aku nak tidur tahu tak. Kalau aku mati kejap lagi siapa nak jadi saksi kau esok, bangang?"

Selagi Maleeq belum puas, kau cakaplah macam mana, memang jangan harap dia akan lepaskan. Memang cari nahas kau cari pasal dengan orang yang tengah angau ni.

Akhirnya Aryan dapat juga bernafas dengan normal setelah Maleeq melepaskannya. Tobat takmo cakap macam tu lagi. Gilalah! Boleh mati sungguh orang dikerjakan. Aryan serik.

***

PUAN Sri Zakiah melangkah memasuki bilik tidurnya sambil menongkat pinggang dengan tangan kiri. Langkahnya longlai keletihan menuju pembaringan, persis orang mengandung lapan bulan.

Tan Sri Baharudin sedang duduk di katil sambil bersandar, sedang membelek smartphone di tangan. Sempat mengerling si isteri sekejap bila keluhan wanita itu mula menyapa pendengarannya.

"Adoi, sakitnya pinggang. Haih, penat-penat," keluh Puan Sri.

"Aih, letih betul nampak?" Tan sri bertanya selamba.

Puan Sri menjeling jengkel. "Mestilah letih. Baru siap masak untuk kenduri esoklah. Abang apa tahu?" rungut wanita itu. Sudah naik ke katil. Selimut ditarik buat menutupi separuh badan.

Tan sri tergelak kecil mendengar rungut isterinya. "Awak yang beriya nak masak. Saya cakap order je. Kenduri doa selamat aje, kan."

"Mana sempat nak tempah-tempah, abang oi? Kalau nak tempah, sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Ini buat kenduri mengejut, siapa yang sanggup?" sambung rungutannya.

Sejujurnya beliau kurang berpuas hati dengan keputusan Tan Sri yang tiba-tiba menagadakan majlis akad nikah secara mendadak. Apa pun tak sempat prepare. Tiba-tiba buat majlis mengejut. Siapa tak penat?

Tan Sri pula hanya menanggapi dengan senyum di wajah tuanya yang kini sarat akan kebahagiaan. Semua yang dia lakukan bukannya tanpa sebab. Ia adalah untuk kebaikan anak dan juga spy kepercayaan yang bakal menjadi menantunya itu.

"Saya cakap buat doa selamat sederhana aje. Jemput saudara-mara terdekat. Majlis akad nikah aje kan. Awak yang beriya nak masak banyak-banyak," ujar beliau.

"Abang bukan tak tahu. Saya ini kalau buat kenduri tak suka main-main. Masak biar masak betul-betul. Macam kenduri Puspa dengan ZD dulu tu, semua orang suka masakan saya, tau."

"Iyalah tu. Sempat angkat bakul sendiri." Sambung main telifon.

"Ni, saya nak tanya abang ni..." Puan Sri bangun kembali. "Kenapa abang tiba-tiba nak kahwinkan mereka cepat-cepat? Kot iya pun bagilah masa dia orang bersuai kenal dulu."

Tan Sri menghela seketika. Kedudukan yang sedikit bersandar diubah menjadi tegak. "Sebab itulah saya bercadang nak gantungkan dahulu perkahwinan mereka tu. Yang penting mereka sudah sah menikah, sebulan selepas itu barulah wedding. Dalam tempoh sebulan itu biarlah mereka bersuai kenal dulu satu sama lain. Bukan awak ke yang berkenan benar dengan si budak Maleeq tu? Menentang keras-keras masa Jaafar melamar Puteri untuk Riz, sebab awak nak bermenantukan spy saya tulah."

Puan Sri merengus. "Kalau macam tu kenapa tak ditunangkan aje? Kenapa kena terus menikah?"

"Tak boleh, Kiah! Awak tak tengok ke macam mana mereka tu? Belum apa-apa dah berkepit, berpegang-pegang. Pantang berjumpa, terus melekat. Saya pun naik malu menengok, tahu. Nah, kalau dah sah menjadi suami isteri ni, nak melekat ke, nak bertepuk tampar ke, nak berpegang-pegang apa semua tak ada masalah dah. Mereka dah halal sebagai suami isteri. Cumanya, mereka masih tak dibenarkan melakukan hubungan dulu sehinggalah habis wedding nanti," terang beliau.

"Kalau dia orang langgar pantang macam mana?" Puan Sri menyoal lagi.

"Kalau langgar pantang pandai-pandai jelah. Dah namapun suami isteri. Cuma kalau boleh, kita kawallah mereka, elakkan dahulu dari mereka melanggar pantang itu."

Puan Sri herotkan mulut. "Hurm... Tengoklah macam mana, bang. Saya tengok anak abang tu senang-senang menyerah diri. Yang si Maleeq tu apa lagi, ikut aje."

Tan Sri ketawa lebar. "Namapun orang muda, Kiah. Macamlah awak tu tak pernah muda. Sebab itulah saya nak halalkan cepat-cepat hubungan mereka tu, supaya terhindar dari dosa."

"Emm. Apa-apa jelah. Saya nak tidur. Penat ni tahu tak?" Kalah berdebat dengan suami, Puan Sri Zakiah akhirnya memutuskan untuk segera tidur. Kalau berdebat sampai esok pun tak selesai.

Sementara Tan Sri hanya tergeleng-geleng melihat wanita itu sudah memejamkan mata di sisinya. Tak lama dirinya turut menyusul langkah wanita itu iaitu mengakhiri perjalanan untuk hari ini ke dalam istirahat yang panjang.

***

Keesokan hari...

"DAH sedia, bro?"
Aryan muncul dari arah belakang.

Berdiri di depan cermin dia mengatur pernafasan untuk kesekian kali. Gemuruh di dada cuba dikawal dengan menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.

Dirinya yang sudah kemas mengenakan baju melayu putih lengkap dengan samping dan kopiah ditatap sekali lagi. Handsome macam selalu. Ahaks!

"Aku terima nikahnya Puteri Zaharah Binti Baharudin dengan maskahwin se.... Aaaghh!"

Sudah masuk kali ke 10 rehearsal ijab qabul dilakukan di depan cermin. Nervous yang dirasakan membuat kalimatnya terputus-putus. Maleeq mengerang kesal.

"Wei, relax! Jangan kelam kabut. Atur pernafasan kau. Kalau menggelabah macam ni, mahu tak jadi-jadi ijab qabul kau nanti."
Aryan cuba memberi sokongan moral kepada sepupunya yang sudah gemuruh tahap tujuh petala langit.

Sejenak Maleeq caba bertenang. Nafas dihembus kembali buat kali ke sekian. Betul kata Aryan. Kalau gelabah begini nanti tak jadi-jadi akad nikah.

"Dahlah, jom. Lambat nanti. ZD dah call aku tadi, diorang dah gerak," ajak Aryan.

Maleeq hanya termangut tidak terucap. Kolar baju melayu sekali lagi dibetulkan. Ajakan Aryan langsung dituruti.

Mereka lalu bersepakat untuk segera berangkat menuju kediaman Tan Sri Baharudin buat menjayakan majlis akad nikah hari ini.
Aryan jadi pak sopir. Maleeq kan pengantin, mana boleh drive sendiri.

Share this novel

Hashim
2024-09-15 08:14:43 

Pertama kali baca sekerat lama xupdate muncul kali ke2 baca sekerat lama xupdate muncul kali ke 3 lock pulak nyampah novel+

Zahra haniffa
2024-09-03 22:02:15 

dah lama hilang tetiba muncul balik unlock pulak....hadeeeeeehhhh

Aidah Arshad
2024-09-03 17:31:10 

Repub ke PR?


NovelPlus Premium

The best ads free experience