Get the app for full experience
"SIAL!" makinya sambil menghempas pintu kereta. Selanjutnya lelaki itu meluru sahaja berjalan ke gigi tebing di atas sebuah bukit. "AAAAAAAAHHH!" Dia menjerit semahu-mahunya sehingga suaranya bergema hingga ke dasar gaung. Kelihatan dari raut wajahnya kekusutan akibat tekanan yang melampau. Umpama sebongkah jasat itu tak berdaya lagi untuk menanggung. "Maleeq. Kau nak buat apa tu? Maleeq." Dari belakang, Aryan terkocoh-kocoh mengekor. Buru-buru dia keluar dari kereta serta mengejar Maleeq yang terus berjalan menuju tebing. Bimbang juga. Buatnya tiba-tiba hilang pedoman, tak ke satu hal. "Apa? Kau ingat aku tak ada iman ke?" Nafas yang tercungap diatur perlahan. Dia menoleh pada Aryan ...