"SAYANG! Tengah buat apa tu?"
"Tengah buat facial! Abang kat mana?" Tak nampak screen telifon sebab mata tengah ditutup dengan hirisan cucumber. Nak cantik untuk suami katakan!
"Abang kat bilik hotel dah, masih dekat Manila lagi. Rindu sayang sangat."
"Bila abang balik?"
"Esok baru balik. Tak sabarlah nak jumpa sayang."
"Puteri pun rindu. Lama juga abang kat sana, kan."
"Aah, tiga hari. Inipun nasib baik klien dekat sini cepat sign proposal tu. Kalau tak kena stay lagi sampai dapat approved dari dia."
Puteri lalu bangkit dari posisi baring. Hirisan timun yang menutupi mata ditanggal sekejap. "Abang stay dengan Aryan, kan?" tanyanya. Serius!
"Haah, dengan siapa lagi?! Dah tidur kot dia dekat biliknya."
Puteri dekatkan mukanya yang bercapuk oleh facial mask ke hadapan skrin, dekat sekali. "Awas ya! Puteri tanya nanti dengan Aryan. Kalau abang menggatal dengan perempuan Filipin, siap abang." Dah start dah cemburu dia.
"Ish, ke situ pulak. Sorry sikit, okey! Abang ni bukan jenis suka pandang banyak perempuan, tau. Dah ada satu ni di hati abang, satu itu jelah yang abang pandang."
"Iyalah tu!" Tetap tak percaya.
"Betulah, sayang. Mana mungkin abang pandang perempuan lain, sedangkan si cantik ni susah-susah abang nak dapatkan. Abang tak nak orang lain. Abang cuma nak Puteri Zaharah ni je."
Mood jealous auto turned off. Hati mula berbunga mendengar pujuk rayu si abang tersayang. Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman. Facial mask yang sudah kering mula ditanggalkan.
Maleeq terpesona. "Wow! Cantiknya isteri abang. Kulit muka sayang makin licin dan glowinglah. Teringinnya nak kiss pipi tu." Tak sabar-sabar nak cepat terbang balik ke tanah air berjumpa si buah hati.
"Esok dah balik abang kisslah pipi ni," kata Puteri.
"Kiss je? Lain-lain tak ada ke?"
"Lain-lain apa?"
Maleeq tergaru-garu pelipis. "Err... Macam hari tu? Nak tengok lagi boleh?"
Puteri pun faham. "Oo, nak tengok yang hari tu? No! Tak boleh."
"Ala, kedekutlah. Hari tu elok je sayang tunjuk. Nak tengok lagi." Maleeq merayu.
"Tak boleh! Nanti abang jadi gila lagi macam hari tu."
"Memang abang dah gila pun. Sayang yang buat abang jadi gila. Siaplah! Kalau dah dapat nanti, benda tu abang gigit dulu, tau. Tegoklah!"
Puteri ketawa suka. Seronok melihat reaksi suami yang semakin hari semakin miang melihat dirinya.
Tak silap sudah sejam panggilan aktif, tapi masih belum ada tanda-tanda keduanya mahu mengakhiri. Perbualan pun diteruskan dengan posisi lebih selesa iaitu baring. Tak jarang sleep call yang mereka lakukan setiap hari dibiarkan terus aktif sampai keduanya tertidur. Sehinggalah salah satu telifon mati sendiri kerana kehabisan bateri.
***
MALEEQ hard working betul-betul menjelang wedding reception yang dijangka akan berlangsung kira-kira dua minggu lagi. Menggalas tanggungjawap besar yang diamanatkan ayah mertuanya ternyata tidaklah seteruk yang dikira. Lama-lama Maleeq enjoy melakukan. Lebih-lebih lagi Aryan dan Zahaedy ada bersamanya.
Sungguh tak terfikir sebelum ini, kini live mereka telah bertukar, iaitu menjadi sebahgian daripada ahli korporat. Nasib baik mereka ini telah dikurniai otak yang genius serta cemerlang. Walaupun agak jauh menyimpang daripada kerjaya asas sebelum ini, tetapi mereka langsung tak kekok untuk turut serta menerjunkan diri ke dalam dunia corporation tersebut.
Sedang Maleeq mempersiapkan diri menjadi ketua keluarga, Puteri pula sedang dipersiapkan untuk menjadi ratu sehari. Pelbagai rawatan fizikal mahupun terapi batin dilakukan agar Puteri lebih bersedia.
Pada pagi hari, Puteri perlu menjalani sesi kelas mengaji dan kelas agama sebagai pengetahuan asas untuk menjadi seorang isteri solehah bersama ustazah yang diundang khas datang ke rumah.
Tengah hari sehingga petang, Puteri akan menjalani rawatan spa, lulur serta rawatan muka. Semuanya diundang datang ke rumah sehingga Puteri tak perlu keluar-keluar lagi. Senang cerita, sedang dipingit orang kata. Biar nanti keluarnya di hari persandingan dialah yang paling muncul menyerlah, glowing seperti bulan mengambang.
Dalam sedang menjalani rawatan, Puteri sempatkan diri on call dengan suami tersayang. Rasanya sudah tiga hari mereka tidak video call. Rindu nak tengok muka handsome cik abang.
Maleeq agak sibuk kebelakangan ini. Malam menjelang tidur pun hanya sempat voice call sekejap, lalu berpamitan untuk tidur.
Puteri faham! Pasti suaminya sedang struggle membantu daddy di pejabat. Belum kena travel ke sana kemari lagi.
Hari ini dia sudah tak tahan nak jumpa suami. Dia on video call nak tengok suaminya sedang buat apa. "Abang..." Manja macam biasa.
"Hai, my Princess! Rindunya abang dekat dia. Dah lama tak jumpa."
"Puteri pun rindu abang. Sebab tu call video ni. Nak tengok suami Puteri yang handsome tu."
Maleeq tergelak. "Iya ke handsome? Kalau tak handsome masih sayang tak?"
"Tak! Sebab yang tak handsome tu bukan suami Puteri. Suami Puteri yang ni, yang handsome lagi gagah ni. Rindu sangat kat dia."
Merah muka Maleeq kena ayat dengan cik bini. Geram je, tak sabar nak jumpa. "Amboi! Pandai dia ayat abang ya? Sayang tengah buat apa tu?"
"Ni haa, Puteri tengah buat rawatan kulit."
"Wow! Rawatan kulit? Kan dah cantik dah tu? Cantik-cantik sangat nanti nak bagi siapa tengok?"
"Nak bagi abang seoranglah. Biar Puteri jadi yang terpaling cantik di mata abang."
"Aduhai! Princess abang ni memang yang terpaling cantik pun. Bilalah abang boleh gigit dia ni?"
Muka sudah tersipu, matanya pula mula memerhatikan keadaan latar belakang di mana suaminya berada. "Abang dekat mana tu? Macam lain je office."
"Abang masih dekat office Langkawi ni, sayang." Maleeq kembali fokus pada kerja.
Sementara Puteri sudah berkerut dahinya. "Apa? Dekat Langkawi? Bila abang pergi? Tak ada bagitahu pun?"
Aah, iyah! Maleeq terlupa nak bagitahu Puteri yang dia kena bertolak ke Langkawi semalam. "Sorry sayang. Abang terlupa nak bagitahu. Semalam dapat last minutes call, terus abang bertolak dengan kereta. Nak ambil flight pun tak sempat."
Puteri senyap. Risau Maleeq dibuatnya. "Sayang! Sayang okey ke?"
Tak lama, terdengar desahan nafas Puteri yang sudah mula serak bunyinya. "Abang pergi dengan siapa?"
"Dengan Aryan je, sayang. Ni hah, ada kat sebelah."
"Balik abang bila?"
"Err, lusa insyaAllah. Sebab awal pagi tadi baru sampai. Gerak samalam pun dah petang, kan."
Puteri menangis tambah menjadi. "Sampai hati abang tak bagitahu Puteri. Abang kan dah janji akan inform pada Puteri apa saja aktiviti abang. Puteri baru ingat nak jumpa abang petang nanti."
Alamak.. macam mana ni? Isteri merajuk pulak. Macam biasa, bila ada masalah begini dia automatik akan toleh pada Aryan.
Aryan faham dengan jelingan itu. Nak minta nasihat pujuk bini dialah tu. Tak habis-habis! Aryan tak mahu layan. Pandai-pandailah pujuk sendiri. Orang pun banyak kerja lagi ni, tau!
Nampaknya Maleeq kena cari idea sendiri untuk pujuk isterinya. Eloklah dia pujuk cepat-cepat sebelum rajuk cik bini itu bertambah melarat.
"Princess! Sayang, janganlah merajuk ya. Abang minta maaf. Abang janji, balik dari sini, abang terus datang rumah. Please jangan nangis lagi."
Sayang sekali, kata-kata pujuknya sudah tidak laku. Puteri dahpun terlanjur merajuk. Panggilan video telah ditamatkan.
Aduh, macam mana ni? Isteri dah terlanjur merajuk. Maleeq cuba dial semula, dua tiga kali tapi semua tak berjaya. Dia cuba hantar chat tapi hanya satu tick sahaja. Barulah dia sedar bahawa Puteri sudah turn on blocking mood. Habislah!
Aduh! Macam sekarang? Berat kalau begini gayanya. Pening Maleeq nak handle isteri kuat merajuk begini, langsung tak mahu mendengar penjelasan. Masalah rumahtangga ternyata jauh lebih rumit berbanding masalah syarikat.
Dia tahu perangai Puteri masih cenderung kebudak-budakan, tapi tak sangka sampai begini tahapnya. Maleeq mengeluh untuk kesekian kali.
Mungkin inilah sebab kenapa daddy menggantungkan dulu perkahwinan mereka, supaya Maleeq dapat mengenali isterinya itu dengan lebih menyeluruh. Tak mahu akan timbul penyesalan di kemudian hari bila sudah tinggal bersama. Kerana perangai seorang wanita itu terlalu sukar dijangka.
Ya! Alam rumahtangga memang bukan hanya yang indah-indah saja. Banyak cabaran serta dugaan akan datang menguji iman. Terutama sekali, kesefahaman dari kedua belah pihak. Bila si dia susah nak faham, bagaimana perhubungan akan terjalin lebih lama?
Maleeq perlu ambil sejenak masa untuk merenung. Dia perlu bertanya pada dirinya sendiri, adakah dia sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawap sebagai seorang ketua keluarga?
Barulah dia mengerti kenapa ayah mertuanya memilih untuk menggantung pernikahan mereka dahulu. Amanat mengendalikan syarikat dia telah berjaya lalui sehingga Tan Sri tak segan-segan meletakkan kepercayaan penuh padanya. Tapi, dia masih perlu membuktikan kepada ayah mertuanya adakah dia betul-betul mampu menjadi suami kepada Puteri Zaharah?
Hati Maleeq masih tertanya-tanya, dan tentu saja jawapan itu telah ada dalam dirinya sendiri.
"Tak apa sayang. Merajuklah puas-puas dulu sekarang. Sebab bila dah tiba masanya nanti, abang tak akan beri peluang pada sayang untuk merajuk barang sesaat pun." Dia bermonolog sambil memandangi wajah Puteri di skrin telifon.
Dia mesti yakin, bahawa Puteri Zaharah memang tercipta untuk dirinya.
Share this novel