KEDIAMAN Tan Sri Baharudin sudah meriah seawal jam 9:00 pagi lagi. Saudara mara sudah berdatangan, dapur pula meriah dari semalam oleh krew merewang. Majlis tidaklah terlalu besar. Tapi memandangkan Tan Sri adalah orang berkenamaan, sikit katanya tu tetap juga ramai.
Pengantin lelaki juga telahpun tiba. Selanjutnya, para hadirin dipersilakan duduk dengan tertib di hall utama dengan beralaskan permaidani mewah.
Maleeq sebagai pengantin juga telah dipersilakan duduk di tengah-tengah didampingi kedua sepupunya yang bertindak selaku saksi untuk hari bersejarahnya ini. Sesekali dia menjengah ke arah tangga mengintai mempelai wanitanya yang masih tak kunjung tiba. Tak sabarnya nak tengok si dia. Mesti cantik gila.
Tak lama selepas itu, Puspa muncul di tangga sambil memimpin Puteri turun dengan berhati-hati.
Maleeq mula mengukir senyuman meski debar masih tak hilang. Seperti yang telah dia jangka, wanita yang bakal dipersuntingnya itu sungguh menawan umpama bidadari. Maleeq sampai lupa nak kedipkan mata.
Pakaian Puteri hari ini tidaklah terlalu sarat sebagai seorang pengantin. Sederhana saja. Hanya mengenakan baju kurung putih dari kain songket yang ditenun dengan benang sutera. Ia terlihat sungguh elegan membalut kemas di badannya yang ramping.
Ditambah dengan sentuhan make-up natural look oleh MUA yang berpengalaman, membuatkan wajah Puteri yang terselindung di balik hijab putih semakin menyerlah serinya.
Puteri diapit oleh Puspa dan Naurah untuk dibawa duduk di atas pelamin sederhana yang sempat mereka siapkan ala kadar sahaja. Namapun majlis tiba-tiba, kan. Guna saja apa yang ada dulu. DIY sendiri jadilah pelamin.
Puan Sri datang lalu membantu Puteri memperkemaskan kedudukan serta pakaian supaya nampak cukup anggun sebagai pengantin. Menanti detik-detik ijab qabul, hati berdebar membuat dahinya mula berkeringat.
Kalau Puteri saja sudah berkeringat, apatah lagi Maleeq yang bakal mengucapkan kalimat ikrar di hadapan orang ramai. Mesti dia lagi tak senang duduk.
Tan Sri Baharudin telah bersila duduk berhadapan dengan Maleeq, sedia untuk melakukan ikrar Ijab dan Qabul yang akan dilakukan oleh dirinya sendiri.
Tan Sri lantas dipersilakan oleh tuan qadi untuk memulakan acara. Beliau lalu mula mentautkan salamnya dengan sang bakal menantu.
"Bismillahirrahmanirrahim!"
Sebenarnya Tan Sri pun gemuruh juga. Iyalah, first time jadi juru nikah, kan. Nak kahwinkan anak sendiri pulak tu. Tapi beliau perlu mengusir gundah itu agar bakal menantunya tak terikut-ikut gemuruh sama.
"Wahai Maleeq Bin Omar Al-Habsi." Tan Sri telah yakin untuk memulakannya.
"Saya!"
Peluh sudah mula menitik di kepala. Tetapi dia perlu tegas melantangkan suaranya.
"Aku nikahkan dan aku kahwinkan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah Binti Baharudin, dengan maskahwin berupa wang sebanyak RM1000 ringgit dibayar tunai."
Tan Sri menggerakkan tanganya selepas menyelesaikan kalimat tersebut. Ianya sebagai isyarat kepada Maleeq untuk segera menjawap ikrar.
Aduh, time-time nilah nervous ni menjadi-jadi.
Gigil tak boleh bawa bincang, tuan hamba!
Tapi, Maleeq tak boleh kalah oleh gemuruh yang mengganggu. Ikrar perlu segera diselesaikan. "Aku terima nikahnya Puteri Zaharah Binti Baharudin dengan maskahwin... Errr. Aah!"
Maleeq merapatkan kelopak mata erat-erat. Gigi geraham mengigit kuat. Muka yang sudah memerah ditunduk cepat. Ikrar ijab dan qabul gagal dilafazkan. Kecewa hati bercampur malu. Segan nak pandang bakal isteri. Adui!
Nasib baik para hadirin tetap tenang dan sabar menanti. Malah turut memberi sokongan pada Maleeq supaya tidak perlu gemuruh lagi. Iyalah, semua orang pun faham. Biasalah tu, first time nak jadi suami orang.
"Bertenang, Maleeq. Kawal gemuruh kamu. Tarik nafas dulu, jangan terburu-buru."
Tan Sri turut tak lupa memberi kata semangat. Kekal mentautkan salam, Tan Sri telah sedia untuk memulakannya kembali.
Perlahan Maleeq menghela nafas dan menghembusnya sedikit demi sedikit. Hati yang gemuruh cuba dikawal supaya bertenang. Wajah diangkat untuk membertemukan pandangan dengan ayah mertua. Dia perlu berani bertentang muka dengan lelaki itu. Buang segala rasa segan, anggap saja macam biasa. Okey, ready!
"Wahai Maleeq Bin Omar Al-Habsi." Suara Tan Sri kali ini lebih lantang berbanding tadi.
"Saya!"
"Aku nikahkan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah Binti Baharudin, dengan maskahwin sebanyak RM1000 Ringgit, tunai."
Nafas yang ditarik kemudian ditahan. Ianya lalu dilepaskan bersamaan dengan kalimat yang telah sedia dirankai.
"Aku terima nikahnya Puteri Zaharah Binti Baharudin dengan maskahwin RM1000 ringgit tunai."
Suasana menjadi hening sejenak. Nampaknya lafaz ikrar telah berjaya disempurnakan. Tapi para hadirin kekal senyap, sabar menunggu dengan wajah tegang.
Tan Sri menoleh ke samping di mana tuan qadi berada. Anggukan tuan qadi meyakinkan Tan Sri. Selanjutnya beliau beralih pada kedua saksi di kiri dan kanannya.
"Macam mana, saksi? Adakah sudah sah?"
Zahaedy di sebelah kanan telah menghantar isyarat pada Aryan melalui anggukan.
Aryan mengerti lantas
turut mengangguk.
"Alhamdulillah. Sah!" kata Zahaedy, yakin.
Aryan juga mengatakan hal yang sama yang membawa maksud bahawa akad nikah telahpun berjaya disempurnakan.
"Alhamdulillah. Barakallahu lakum wa baraka alaikum."
"Amin!"
Tuan qadi lalu meneruskan dengan bacaan doa yang diaminkan oleh semua orang. Syukur Alhamdulillah. Sebuah lagi masjid telah berjaya didirikan.
"Tahniah! Kamu telah sah menjadi menantu saya," ujar Tan Sri seraya memperketat tautan salamnya.
"Alhamdulillah! Terima kasih, Tan Sri."
"Bukan Tan Sri. Daddy!"
Maleeq tidak menjawap tapi hanya tersengih apabila Tan Sri memperbetulkan sebutan. Segan aih, terus nak ubah sebutan. Baru je rasmi, kan?
Selanjutnya, Maleeq perlu menghadap kedua sepupunya yang turut nak ucapkan tahniah. Dapatlah kutukan dan ejekan sedas dari mereka gara-gara dua kali lafaz tadi. Nyaris-nyaris nak frust dah.
Tapi Maleeq tak kesah pun. Yang penting segalanya telah selesai dengan selamat. Kena kutuk ke, kena gelak ke, lantak mereka. Bagaimanapun dua ekor malaun itu juga yang turut mewarnai hari bersejarahnya ini.
Puteri di sebelah sana juga tak lupa menerima ucapan tahniah daripada kedua orang tua, saudara mara dan sahabat-sahabatnya. Semua masing-masing turut menzahirkan rasa gembira untuk mempelai berdua. Alhamdulillah! Acara akad nikah telah selesai dengan sempurna.
Seterusnya, kedua mempelai lalu dipertemukan di atas pelamin untuk menyerahkan maskahwin serta menyarung tanda ikatan. Wang tunai sejumlah RM1000 yang telah disusun cantik ke dalam frame lalu diserahkan kepada pengantin perempuan oleh pengantin lelaki. Cincin tanda ikatan turut disarungkan sekaligus sebagai tanda pembatalan air sembahyang.
Puteri menguntum bibir tersenyum sipu. Tangan Maleeq diberi ciuman selesai cincin disemat pada jari manisnya. Kemudian Maleeq membalas dengan memberi kucupan di dahi, Puteri gembira sehingga hampir menitikkan air mata.
Alhamdulillah. Segalanya telah berjalan lancar tanpa halangan. Dua insan yang saling mengasihi telah sah disatukan ke dalam ikatan yang suci.
ACARA tak hanya selesai di situ saja. Kedua pengantin masih perlu melayan para tetamu yang datang minta bergambar bersama. Layankan saja. Lagipun bukannya orang lain, saudara mara mereka juga.
Usai itu, acara dilanjutkan dengan menjamah hidangan yang telah disedia. Para hadirin dipersilakan menjamu selera dengan juadah lazat air tangan Puan Sri Zakiah sendiri. Memang tak salah Puan Sri angkat bakul depan suaminya semalam. Air tangannya sungguh menggamit selera. Mewah persis hidangan Diraja.
Tak lupa, kedua pengantin juga dipersilakan buat menikmati hidangan yang telah dihidangkan khas untuk mereka. Keduanya diarah untuk duduk di meja yang disediakan, khusus untuk mereka berdua sahaja.
"Okey! Posing suap-suap pulak," arah juru kamera.
Penganting pun menurut, saling suap-menyuap secara bergilir-gilir.
"Okey! Tukar poisi."
Aduh, banyak betul posisi dia. Penat asyik tukar-tukar pose aje. Nak makan pun tak senang. Aih!
Sabar, sabar! Nama pun pengantin, kan!
Setelah puas bertukar-tukar gaya, sampai naik senak perut dek tahan nafas saja. Akhirnya juru kamera meminta diri juga. Selesai pun. Huh!
"Ehem! Princess." Dicuit lengan isterinya. Bisik-bisik bahasa. Maklumlah, masih malu-malu.
"Kenapa, Mr. Mike?" Puteri memberi respons.
"Happy tak?" soal Maleeq.
Puteri herotkan mulut sambil menaikkan bola mata ke atas. "Kalau Puteri jawap tak, Mr. Mike tak kesah ke?"
Wajah Maleeq terus mencuka. "Oo, tak happy ya kahwin dengan kita?"
Puteri tergelak kecil. Lucu je muka Mr. Husband ni. "Habistu, tanya lagi happy ke tak. Mestilah happy."
"Ooo, nakal! Saja memainkan kita ya?"
Puteri jilirkan hujung lidah lalu sambung ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan.
Ish! Awal sangat nak ajak main-main ni. Tetamu masih ramai. Tunggulah sepi-sepi sikit kejap lagi, siap awak!
"Princess!" Dia tegur lagi. Masih dengan suara berbisik seperti tadi.
"Yes?"
"Tak nak ke tukar panggilan?"
Puteri melirik. "Emm? Panggilan? Maksud Mr. Mike?"
"Maksud saya, takkanlah dah jadi suami awak masih nak panggil saya Mr. Mike lagi? Tak manislah kedengarannya."
"Jadi, Puteri nak kena panggil apa?"
"Tak kisah apa-apa je. Janji panggilan yang sweet dan romantik. Barulah happy hati saya ini."
"Okey. Kalau iya pun, bagilah contoh."
"Ala, panggilah abang ke, darling ke, sayang, bucuk-bucuk, manja."
"Hei!"
Mereka terbahak serentak.
"Pelik-pelik je panggilan. Tak naklah," kata Puteri.
"Ala, saya bagi contoh je. Okey, macam mana kalau abang? Sweet apa?" Maleeq memberi usul.
Puteri herotkan mulut sekali lagi. "Ermm. Abang? Tak klise sangat ke?"
"Biarlah klise pun. Saya kesah apa? Yang penting sweet."
Puteri lalu menggulir bola matanya ke kiri dan kanan. Abang? Simple, tapi okeylah. Cuma tak pernah terfikir pun nak memanggil Maleeq dengan sebutan abang. Abang Maleeq! Dah macam nama ketua gengster KL pulak. Hihihi. Oops!
Terlepas senyum menjadi tawa kecil, Maleeq tenung isterinya, jengkel. "Gelak, gelak! Lawak ke panggil abang?"
"Sorry!" Tawa belum habis lagi, Puteri kawal mulutnya dengan tangan.
Geram je Maleeq tengok. Kalau boleh rasa nak perah-perah dekat situ juga isterinya itu. Saja je bikin orang makin terseksa jiwa, kan?
***
MAJLIS akad nikah telahpun selesai dengan jayanya. Para tetamu juga sudah mula berangsur meminta diri. Tak lupa untuk bersalam dengan pengantin dahulu sebelum beredar. Beberapa bingkisan hadiah turut diberikan buat pengantin sebagai tanda ucapan tahniah dari mereka.
Che Puan Suraya sebagai satu-satunya ibu saudara Puteri, turut hadir bersama suaminya Tengku Jaafar. Mereka sepakat untuk menangguhkan keberangkatan ke luar negara apabila Tan Sri merayu supaya jangan pergi dulu.
Lagi pula Che Puan Suraya juga tak sampai hati mahu terus terbang tanpa turut menyaksikan majlis anak buah kesayangannya. Dia sudah reda dan lapang dada meskipun Puteri tak jadi menantunya. Eloklah Puteri pilih orang lain, taklah harus berkahwin dengan sepupu sendiri.
Selanjutnya, Tan Sri Baharudin mengajak adik beradik serta anak buahnya untuk berkumpul dahulu di hall tengah sebelum mereka masing-masing berpamitan pulang. Ada mesyuarat kecil bersama keluarga dan juga mempelai berdua.
Tan Sri lalu mempersilakan mereka duduk dengan tertib. "Alhamdulillah, selesai juga majlis hari ini. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kamu semua sehingga majlis ini berjalan lancar hingga selesai. Syukur Alhamdulillah," ucap beliau.
Kesemua yang berada di situ dengan tekun memberi perhatian.
Tan Sri lalu menyambung ucapan. "Dengan selesainya majlis ini, maka tempoh nikah gantung buat kedua pengantin telah mula dijalankan. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan memberi ruang kepada kedua-dua pengantin untuk mempersiapkan diri buat memasuki alam rumahtangga. Sebelum itu, biarlah mereka tinggal berasingan dahulu. Sebulan kemudian, majlis bersanding dan meraikan pengantin akan menyusul. Maka, sebelum majlis itu diadakan, kedua pengantin haruslah mematuhi syarat nikah gantung yang sudah ditetapkan."
Ucapan Tan Sri didengari dengan seksama, terutama oleh kedua mempelai. Mereka saling melirik satu sama lain, lalu tersenyum walaupun tak ada benda kelakar.
Apakah itu nikah gantung?
Nikah gantung ialah satu tempoh buat kedua pengantin untuk mempersiapkan diri zahir dan batin. Kedua mempelai yang telah sah disatukan masih belum dibenarkan untuk tinggal bersama. Di dalam tempoh tersebut, segala tanggungjawap ke atas si isteri masih lagi terletak di bawah jagaan orang tua. Si suami masih tidak wajib menanggung nafkah akan isterinya selagi syarat nikah gantung mereka jalani dengan baik.
"Baiklah! Untuk syarat nikah gantung yang perlu dipatuhi oleh kedua pengantin adalah...."
Mereka masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung apatah lagi sebilik. Mereka juga dilarang mengadakan hubungan suami isteri. Tetapi mereka dibenarkan untuk berjumpa, duduk berdua-duaan, perpegangan tangan, berjalan serta makan berdua.
Cuma pantang larang terbesar adalah, mereka masih tidak dibenarkan berhubungan. Jika syarat itu dilanggar, maka gugurlah segala syarat nikah gantung tersebut. Dan segala tanggungjawap ke atas isteri dengan serta merta telah jatuh ke atas bahu si suami.
"Faham, Maleeq? Puteri?" soal Tan Sri.
Kedua pengantin sekali lagi saling berpandangan. Lantas sama-sama mengangguk faham. Muka ada senyum tadi sudahpun hilang.
"Oh, ya. Maleeq," panggil Tan Sri.
"Saya, Tan Sri!"
"Kamu free, kan minggu ni?"
Maleeq berfikir sejenak. "Emm, tak pasti, Tan Sri. Tapi, kalau Tan Sri mahu, saya boleh je free-kan diri."
Chewah, misi mengambil hati mertua ke tu?
Tan Sri mengangguk seraya tersenyum. "Okey! Kalau begitu, daddy nak kamu dengan Aryan esok datang ke pejabat daddy."
Maleeq belum menjawap tapi malah mencari muka Aryan.
"Oh. Boleh je, Tan Sri. Saya dan Maleeq akan ke sana esok. InsyaAllah." Tanpa ragu Aryan mewakili memberi jawapan. Siap mengangkat isyarat ibu jari pada Maleeq.
"Bagus kalau begitu. Saya tunggu kamu dan Maleeq datang esok. Kamu tak keberatan kan, Maleeq?" Tan Sri masih tak cukup puas hatinya selagi tak mendengar sendiri jawapan si menantu.
Mahu tak mahu Maleeq kena juga menjawap. "B, boleh! Boleh, Tan Sri."
Tan Sri mengeluh. "Haih! Daddy lah."
"Oh, maafkan saya. Daddy."
Haih, budak ni. Dulu bukan main tegas lagi. Lantang je suaranya menjawap. Tegak badannya macam askar menghadap komander. Bila dah jadi menantu ni malu-malu pulak dia.
"Daddy, dah siap belum?" Puteri menyampuk.
"Dah siap apanya, anak daddy?"
"Dah siap belum berucapnya?"
Tan Sri lalu berpandangan dengan isterinya di sebelah. Pelik! "Iya, kalau dah siap pun kenapa?"
"Nak jumpa suami Puteri sekejap."
"Jumpa? Tu, kat sebelah awak tu siapa?" Puan Sri tunjukkan kot-kot anaknya tak nampak.
"Ish, mommy ni." Puteri terus bangkit bila kedua orang tuanya gagal faham. Tanpa banyak bicara, tangan Maleeq langsung ditarik dan dibawa pergi meninggalkan ruangan itu.
"Hei, nak pergi mana tu?" jerit Puan Sri.
"Nak jumpa suami sekejaplah," sahut Puteri. Maleeq terus dibawa pergi bersamanya.
Bilik menonton tv terletak bersebelahan dengan hall tengah tadi. Tiada pintu menghalangi antara dua ruangan tersebut. Bilik itu hanya mempunyai pintu exit yang terus menghubungkan dengan halaman.
Meskipun begitu, ruangan itu cukup tertutup dan privasi untuk sekadar mereka berjumpa sekejap buat melepaskan rasa rindu. Ringan-ringan saja, berat-berat takmo, okey!
Sofa kulit yang landai menjadi tempat duduk mereka bertemu seketika. Kedudukan tidak terlalu tegak sehingga mereka boleh bersandar setengah berbaring. Duduk berhadapan rapat sekali. Bahkan tiada jarak untuk sekadar nyamun nak tumpang lalu pun.
Puteri langsung merapatkan tubuh dengan merangkul leher Maleeq erat sekali. Dari tadi dia tahan keinginan nak peluk suami. Sebab itu dia meminta keizinan sekejap untuk membawa suaminya lari.
Maleeq apa lagi, benda dah jadi hak milik. Pelukan tentu saja dibalas supaya lebih erat. Walaupun masih berbalut pakaian rapi lengkap dengan hijabnya, Maleeq tak melepaskan peluang untuk menciumi leher, bahu serta kepala Puteri. Geram sangat!
Pelukan bertaut agak lama. Maleeq lalu melepaskan pelukan bila terdengar Puteri seakan terisak-isak. Dia jadi risau. "Sayang! Kenapa ni?"
Puteri mengesat air matanya sambil tersenggut-senggut menangis. "Abang nak balik dah ke?"
Maleeq tak langsung menjawap. Pedih pula hati melihat isteri menangis. Perlahan-lahan kedua pipi Puteri dipegang dan diusap air matanya. "Emm, emm. Kena balik dulu."
"Boleh tak kalau jangan balik? Tinggal jelah sini, kita boleh je duduk bilik asing-asing, kan?"
"Mana boleh, sayang. Mesti daddy tak akan bagi."
Puteri menangis bertambah haru. "Ala, daddy ni ada-ada jelah. Kita kan dah suami isteri. Puteri nak abang."
Aduhai, sayangku. Kenapalah merengek macam ni? Mana mampu iman ini nak tanggung, sayang!Akhirnya Maleeq kalah oleh desakan naluri untuk mencium bibir isterinya yang merah merona. Tambah sedang menangis macam ni lagi nampak makin seksi saja.
"Oh, Princess! Abang pun tak nak balik kalau boleh. Tapi nak buat macam mana, sayang. Kita kenalah ikut cakap daddy."
Puteri tak mahu tahu, tetap menangis tak mahu ditinggal. Terpaksa ciuman ditautkan kembali sehingga kedua-duanya hampir hilang sedar menikmatinya.
Notifikasi berdenting. Mereka segera menyudahi ciuman walaupun sedang hangat-hangatnya. Maleeq segera memeriksa telifon bimbit untuk melihat chat yang masuk. Dia lalu mendongak semula menatap wajah Puteri yang hiba.
"Sayang! Abang kena balik dah. Aryan dah tunggu abang kat luar."
"Nak ikut abang boleh?"
"Mana boleh sayangku. Nanti apa kata daddy pulak."
"Tapi kalau Puteri rindu abang macam mana?"
Aduh, tak sangka pula akan jadi begini rumit keadaannya. Mulanya Maleeq tenang-tenang saja macam tiada apa. Sebab sudah biasa pun. Datang bertandang dan berjumpa, lepas itu balik macam biasa.
Siapa sangka bila sudan sah begini lain pula perasaannya. Lagi-lagi bila si isteri merengek tak rela ditinggal. Sungguh berat kaki ini hendak melangkah keluar.
"Malam nanti kita video call nak tak? Kita sembang sepuas-puasnya. Okey?" Mahu tak mahu Maleeq kena pujuk isterinya. Memanglah sudah berkahwin, tapi perkahwinan mereka lain sikit dari orang biasa. Kena berjauhan dulu untuk masa yang agak lama.
Mertuanya kata, ianya bertujuan untuk mendidik mereka supaya lebih bersedia zahir dan batin untuk menghadapi alam rumahtangga. Alam rumahtangga yang sebenar bukan seindah yang dikira. Banyak cabaran akan datang yang pastinya akan menguji iman mereka.
Jadi nak tak nak kenalah ikut cakap daddy dulu. Terpaksa berasingan agar jiwa mereka lebih bersedia.
Puteri menghantar suaminya hingga ke depan. Lengan Maleeq tak mahu dilepaskan sehinggalah tiba di sisi kereta Aryan. Dengan berat hati Puteri lepaskan juga. Dibiarkan suaminya pergi dengan linangan air mata.
Maleeq pula cuba tahan rasa sebak melihat Puteri masih melambaikan tangan. Tak rela berpaling sehingga Puteri tak lagi kelihatan bila kereta Aryan yang membawanya telah keluar di persimpangan. Maleeq melepaskan keluhan.
"Okey ke?" Aryan bertanya. Macam berat benar je nak berpisah. Aih, kesian! Kena nikah gantung ke bang?
"Okey je." Maleeq jawap pendek saja. Tak okey sebenarnya.
"Nah!" Aryan hulurkan tisu.
"Hei, kau ingat aku nangis ke?" Agak-agaklah nak nangis, kan. Hilang macho nanti.
"Bukan suruh lap air matalah," kata Aryan.
"Habis tu?"
"Tu! Lipstick kat mulut kau tu. Lap sikit. Tak senonoh."
Ark! Alamak, ada lipstick ke? Cepat-cepat tisu disambar dari tangan Aryan. Bibir segera dilap kasar-kasar.
"Sempat aje kau eh?"
"Diam ar!"
Share this novel