3: VIDEO CALL

Romance Series 923162

SESUAI seperti yang Tan Sri beritahu semalam, hari ini Maleeq dan juga Aryan telah tiba di pejabat untuk memenuhi undangan. Sebagai satu-satunya pengarah syarikat, beliau amat berbesar hati mengundang kedua jejaka tersebut datang ke syarikatnya. Langsung sahaja mereka dibawa menuju bilik pejabat Tan Sri layaknya tetamu terhormat.

"Selamat datang! Alhamdulillah. Tiba pun kamu berdua." Senang hati Tan Sri menyambut ketibaan mereka. "Mari, ikut saya."

Maleeq sebenarnya masih kurang faham apa tujuan Tan Sri memanggil dia dan Aryan datang. Setahu dirinya masalah di syarikat sudahpun selesai. Lagipun Zahaedy sudah mengambil bahgian di syarikat tersebut. Sudah boleh dipastikan 95 peratus segala kepincangan seperti sebelum ini tak akan terjadi lagi.

Tapi memandangkan dia hormat akan ajakan si ayah mertua, sikitpun dia tak keberatan untuk sekadar hadir hari ini sesuai kemahuan beliau.

Tan Sri lalu membawanya dan juga Aryan keluar dari bilik pejabat. Maleeq tak tahu hendak ke mana. Dia dan Aryan ikut saja persis dua orang bodyguard.

Tan Sri lalu menunjukkan kepada mereka struktur organisasi syarikat beserta carta kedudukan pemegang jawatan. Nama beliau berada di atas sekali selaku director utama. Nama Zahaedy berada di carta nombor tiga sebagai salah satu pemegang saham. Carta nombor dua iaitu timbalan ketua pengarah masih tidak diisi. Katanya Tan Sri sendirilah yang selama ini mengendalikan sendiri.

Selanjutnya mereka dibawa juga ke bilik mesyuarat. Tan Sri turut mendedahkan dengan terinci tentang latar belakang serta perjalanan syarikat ini sehingga kini telah mempunyai cabang di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Maleeq dan Aryan termangut-mangut kagum.

Tak lupa, mereka juga diperkenalkan kepada para staf serta meninjau-ninjau ke ruangan kerja. Tan Sri meminta para staf untuk memberi perhatian barang sejenak.

"Terima kasih atas perhatian kamu semua. Hari ini saya nak perkenalkan kepada kamu semua, ini dia menantu saya. Maleeq Al-Habsi namanya. Mulai dari hari ini, dia akan mengendalikan jawatan timbalan ketua pengarah dalam syarikat kita. Jadi, saya harap kamu semua dapat membantu dan bekerjasama dengan dia," jelas Tan Sri.

Riuh tepukan tangan daripada para staf yang turut senang dengan masuknya menantu Tan Sri tersebut bergabung di syarikat ini.

Maleeq selaku yang bersangkutan tentu saja terperanjat. Apa semua ni?

Selesai sesi perkenalan tersebut, Maleeq lalu dibawa untuk melihat ruangan pejabat timbalan ketua pengarah. Ruangan yang besar, cantik dan mewah, tak kalah dengan pejabat Tan Sri sendiri.

Paling memeranjatkan, di atas meja sudah sedia tertera namanya terukir kemas di papan perspek lutsinar. Maleeq benar-benar tak faham dengan semua ini. "Maaf daddy. Kalau boleh saya tahu, apa semua ni?" tanyanya.

Tan Sri tersenyum lantas berkata, "Kenapa? Kamu tak suka?"

"Bukan begitu, daddy. Tapi..." Dia kehilangan kata.

Tan Sri lepaskan keluhan lantas bergerak agak ke depan. "Daddy ni tak ada anak lelaki. Ada anak perempuan pun seorang saja, itupun tak mahu tahu pasal urusan syarikat. Jadi, daddy sangat meletak harapan kepada menantu, supaya dapat membantu daddy menguruskan syarikat ini. Kamu keberatan ke?"

Aduh, serba salah pulak jadinya. Maleeq hanya tergaru-garu kepala. "Tak! Bukan begitu, daddy. Saya cuma..."

"Kalau kamu tak keberatan, bolehlah kamu bantu daddy, kan? Sudah lama daddy siapkan ruangan pejabat ini untuk jawatan timbalan ketua pengarah. Setelah kamu rasmi menjadi menantu daddy, barulah boleh pasang nama kamu di situ," terang Tan Sri.

Maleeq betul-betul speechless. Dia jadi bingung hendak menunjukkan reaksi. Yang jelas semua ini betul-betul membuatnya serba salah. Mampukah dia pegang jawatan sebesar ini?

"Kenapa Maleeq? Kamu masih ragu?" soal Tan Sri. Faham akan air muka si anak menantu.

"Benar, daddy. Saya masih ragu. Saya tak yakin saya mampu memikul tanggungjawap sebesar ini. Jawatan ini terlalu besar untuk saya."

Tan Sri ketawa seraya menepuk-nepuk bahu Maleeq. "Come on, lah. Kamu ni sama saja dengan ZD. Suka merendah diri. Bimbang tak mampulah, apa lah. Tapi tengok buktinya, baru minggu pertama ZD mula aktif di sini, dia sudah membawa impak positif yang cukup memberangsangkan untuk syarikat ini. Daddy yakin kamu juga memiliki kemampuan yang sama."

"Tapi daddy, saya..."

"Kalau kamu tak yakin, kamu boleh bekerjasama dengan Aryan."

Bukan sahaja Maleeq, malah Aryan pun turut terkejut. "Hah? Saya, Tan Sri?"

"Iya! Kamu boleh menjadi PA kepada Maleeq dan bantu dia menguruskan syarikat ini. Jangan risau, kamu minta saja gaji sebanyak mana yang kamu mahu pada dia. Boleh, kan Aryan?"

Aryan terkedu hampir tak dapat menjawap. Tapi nasib baik Tan Sri suruh jadi PA buat Maleeq, siap boleh request lagi nak gaji banyak mana. Masyuk ni! "Boleh, Tan Sri. Saya okey je. Hehehe."

"Haa, baguslah kalau begitu. Maka dengan ini, saya serahkan tanggungjawap ini kepada kamu berdua, terutama kepada kamu, Maleeq. Boleh, kan?"

Walaupun tak yakin, nampaknya Maleeq tiada pilihan lain selain bersetuju. Bagaimanapun yang menyuruh adalah mertua sendiri. "Saya, saya akan cuba, daddy. Tapi daddy jangan letakkan harapan terlalu tinggi pada saya. Mungkin saya ni kurang sikit berbanding ZD."

"Kurang sikit bukan bermakna tak boleh, kan? Ala, kamu buat saja. Daddy yakin kamu boleh."

Terdengar derap kaki dari arah belakang, mereka serentak menoleh. Zahaedy telahpun tiba. "Welcome to the new world. Selamat bergabung di Symphony Resorts," ucap lelaki itu.

Tan Sri semakin memperlebar senyumnya. "Haa, elok pun kamu datang, ZD. Kamu tolong tunjuk ajar pada mereka. Sepupu kamu ni tak yakin katanya."

Zahaedy tergelak. "Dia ni memang macam ni, ayahngah. Malu-malu! Dulu masa nak mengurat anak dara ayahngah pun dia malu-malu nak mengaku."

Serentak tawa pecah menyusul kata-kata Zahaedy. Maleeq saja yang tak ketawa, merah mukanya merengut pada sepupu tertuanya itu.

Tak guna punya ZD. Sampai ke situ-situ dia nak bagitahu. Malu tau!

***

"ZD. Kau rasa kita bertiga ni boleh ke handle dua kerjaya dalam satu masa?" Maleeq masih kurang yakin. Saat ini mereka sedang berbincang bertiga.

"Boleh, insyaAllah. Kalau kita buat sama-sama, tak adanya yang tak boleh. Kekompakan kita adalah kunci utama," kata Zahaedy.

Memang tak dinafi, antara mereka bertiga memang Zahaedy nilah yang bijak mengatur strategi. Sangat baik bila ketiganya dapat bergabung dan bekerjasama dalam memajukan syarikat tersebut.

Di samping itu, kerjaya mereka sebagai spy masih tetap berterusan. Tetapi mungkin sekarang lebih mencabar apabila mereka tak dapat memberi sepenuhnya tumpuan.

"Aku bercadang nak ambil rekrut baru. Macam mana menurut korang?" Zahaedy mengusulkan.

"Bagi aku okey jugak. Tapi macam mana nak dapat?"

Nampaknya mereka perlu hard working sikit buat masa ini. Dua-dua kerjaya nyata sungguh mencabar fizikal mahupun mental mereka. Tapi disebabkan mereka sentiasa bersama-sama, setakat ini segalanya dapat diatasi dengan sempurna.

Di samping itu, Maleeq juga perlu kerap outstation ke luar wilayah menggantikan ayah mertuanya. Tan Sri sekarang dah tak boleh nak travel sangat.

Bila sudah ada orang muda yang boleh diharapkan ni bolehlah Tan Sri mengambil masanya untuk berehat daripada urusan di luar wilayah. Di usianya kini beliau bukan lagi gagah hendak ke sana kemari setiap masa. Kan elok bila orang muda yang uruskan. Tenaga mereka masih kuat dan berstamina.

Seminggu sudah Maleeq menyandang tugasnya sebagai timbalan ketua pengarah. Agak mencabar pada mulanya, tapi lama-lama dia mula terbiasa. Dengan bantuan Aryan dia mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

Juga jangan dilupa, isteri tersayang yang sentiasa menunggunya setiap hari. Jika sedang tiada kerja luar, Maleeq akan pastikan untuk pulang ke rumah mertuanya pada petang hari guna untuk bertemu isteri yang dirindui. Hari-hari jumpa pun rindu, tau! Lagi-lagi kalau tengah ada outstation dua-tiga hari, lagilah bertambah rindu.

Biasanya Maleeq akan luangkan masa di rumah mertua sehingga malam. Selepas makan malam bersama mertua sekeluarga, barulah dia berpamitan untuk segera pulang ke kediaman sendiri. Seperti biasa, dia kena hadap dulu rengek si Mrs. Wife yang tak rela ditinggal.

"Abang, janganlah balik," rayu Puteri.

"Kena balik dulu, sayang."

"Bila abang nak tinggal sini eh?"

"Nanti dah lepas kenduri abang tinggallah sini."

"Tidurlah sini barang satu malam je. Puteri nak sembang dengan abang sampai pagi. Please..."

"Puteri!" Tan Sri muncul. "Sudah, biarkan suami Puteri tu balik dulu. Esok dia ada outstasion lagi."

"Ala, daddy ni kejam, tau." Dia komplain.

"Sabarlah dulu. Nanti bila semuanya dah selesai, daddy sendiri yang akan jemput dia untuk tinggal di rumah ini."

Puteri pun merajuk tak mahu dengar pujuk daddy. Kaki dihentak-hentak menunjukan tanda protes, terus masuk rumah tak pandang siapa-siapa lagi.

Tan Sri mengeluh seraya menghampiri menantunya. "Kamu sabar ya, Maleeq. Macam tulah perangai dia. Sebab itu daddy nak kamu kenali dulu dia lebih dalam. Biar kamu tak terkejut bila dah duduk sekali nanti."

Maleeq tersenyum. "Tak apa, daddy. Saya faham."

"Iyalah. Pergilah kamu balik dulu. Esok jangan lupa, flight ke JB jam 11 pagi. Daddy sudah maklumkan kepada pengurus di sana bahawa kamu yang akan mewakilkan kedatangan daddy."

"Baik, daddy. Sedia maklum."

***

TIBA di rumah kira-kira jam 9 malam. Maleeq kepenatan dan berniat mahu terus masuk ke bilik.

Aryan tiba di rumah lebih awal. Macam biasa, dia itu sedang menonton television sambil makan Maggi perisa ayam.

Maleeq geleng kepala lihat sepupunya itu. Hari-hari makan maggi tak jemu ke budak ni? "Lama dah ke kau sampai?" tegurnya.

"Aah, tadi lagi pukul enam lebih."

"Emm! Okeylah, aku masuk dulu. Penat gila."

"Okey!" Aryan sambung menonton sambil makan maggi.

Selanjutnya, Maleeq segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri sebelum masuk tidur. Tapi nampaknya dia tak boleh nak terus terus tidur. Dia perlu simak dahulu pelan kerja yang perlu dia bentangkan di mesyuarat esok di Johor Baharu.

Selesai mandi, dia buka kembali laptopnya sambil berehat di atas katil. Tapi yang paling mustahak sekali adalah, aktifkan dulu video call dengan si buah hati. Bertemankan isteri, barulah semangat sikit nak buat kerja.

"Sayang abang tak tidur lagi?" katanya. Sambil-sambil itu dia type keyboard di laptop.

"Belum! Rindu abang." Puteri on mood manja.

"Abang pun rindu. Tak puas jumpa tadi."

"Aah, tak puaslah. Sebab tu Puteri nak abang tidur sini. Bolehlah kita sembang sampai pagi."

Maleeq senyum nakal. "Kalau abang tidur sana, takut jadi lain nanti sembangnya, sayang."

"Lain apanya? Sembang jelah macam biasa."

Mengekek dia ketawa. Maleeq mengerti isterinya masih polos. Pasti Puteri tak akan faham dengan ayat dua maksud dia tadi.

"Abang..." Puteri memanggil.

"Yes, my Princess?" Mata dan fokus masih tertumpu pada laptop, tapi dia sempatkan menjawap panggilan si isteri.

"Abang buat apa lagi tu?"

"Abang siapkan pelan untuk esok ni, sayang. Esok abang kena handle meeting dengan anak syarikat yang dari Singapore dekat JB. Ini merupakan meeting presentation pertama abang, tau dalam Symphony Resorts. Berdebar juga rasanya." Sesekala Maleeq melirik pada skrin telifon yang masih memaparkan wajah isterinya.

Puteri hanya monyok, panjang bibirnya. Tak nak tahu pun pasal kerja tu apa semua. Tak menarik langsung.

"Abang..." Panggilan Puteri bertambah meleret.

Maleeq kenalah layan sekejap. "Iya, Princess!"

"Abang sudahlah kerja tu. Layanlah Puteri."

"Sekejap, sayang. Bagi abang siapkan benda ni sekejap. Sikit lagi."

"Ala, nak merajuklah macam ni."

"Tak naklah merajuk. Sekejap je ni, abang perlu simak sikit lagi."

"Tak nak! Abang... Sudahlaah tu."

"Sabar, sayangku." Rengekan isteri terpaksa diabai sebentar. Maleeq perlu fokus pada kerjanya yang sedikit lagi hampir nak siap.

Puteri sudah muncung tak mahu tahu. Kesal bila suaminya masih sibuk dengan kerja. Namun, perlahan-lahan bola matanya mula berputar. Otaknya seperti sedang menangkap satu idea yang terlintas. Puteri senyum senget.

"Abang..." Dia memanggil lagi sekali. Kali ini suaranya lebih lunak berbanding tadi.

"Iya, sayang?" Mata tetap fokus pada laptop.

"Abang, tengok sini sekejap."

"Ada apa tu?"

"Pandanglah sini."

Aih, iyalah-iyalah. Nak tak nak Maleeq kena ubah sekejap fokusnya. Karang merajuk betul isteri tu dia juga yang susah.

"Sembang macam ni ke yang abang maksudkan?"

Ap-apa ni? Alamak!

Niatnya hanya mahu melirik sebentar saja, tapi tak pasal-pasal melekat pada skrin telifon tak boleh diubah pandangannya. Kedua bola mata melotot bagai nak terjojol keluar. Mulut ternganga sehingga air liur hampir berjatuhan.

"Sayang, apa ni?"

"Abang nak sembang macam ni ke?"

Puteri sengaja menayang dirinya yang sudah tidak berpakaian, hanya menutupi aset di dadanya dengan kain selimut sutera lembut. Dia tambah juga dengan pergerakan-pergerakan seksi yang menggoda, kemudian dia rebahkan tubuh dengan mood slowmo biar suaminya makin tak keruan.

Hilang terus fokus Maleeq pada kerja. Laptop sudah dialih ke atas meja. Telifon kini dipegang sambil membaringkan tubuh di atas tilam. Berasap kepalanya melihat aksi nakal si isteri yang sengaja ditayang buat dirinya. "Sayang! Tolong jangan seksa abang macam ni."

Suaranya sudah bergetar tenggelam timbul. Merayu pada Puteri supaya menghentikan perbuatan itu. Dia sudah hampir nak gila melihatnya.

Puteri malah ketawa. Aksi-aksi genit masih diteruskan.

Maleeq pula sudah menggigil tak keruan. Bibir digigit sendiri menahan geram. Kepala yang serasa mahu meledak digosok-gosok dan dicengkam rambutnya. Skrin telifon serasa mahu dimakan saja.

"Oh, Princess! Janganlah kejam sangat. Suka sayang eh seksa abang macam ni."

"Abang kata takut jadi sembang lain, kan? Puteri nak ajak sembang lainlah ni."

"Aduh, ini sembang kasar namanya. Kejam sayang, tau."

Puteri ketawa lucu melihat suaminya sudah menggelupur. Padan muka! Siapa suruh tak nak layan orang tadi?

"Sayang!" Maleeq sudah semakin menggila.

"Yes!"

"Tarik lagi kain tu. Ke bawah sikit."

Puteri menuruti, kain sutera lembut ditarik sedikit ke bawah. Namun ditahan dari terdedah lebih jauh.

Maleeq mengeluh kecewa. "Ala, bawah lagi sayang. Nak tengok."

Kain ditarik lagi sedikit ke bawah, tapi tetap tak dibiarkan terdedah. Puteri lalu berbisik, "Kalau abang nak tengok, datanglah sini. Abang tengoklah puas-puas depan mata."

"Jangan, sayang! Jangan salahkan abang kejap lagi kalau abang pergi panjat pagar rumah daddy tu. Abang buat hati kering ni karang."

Puteri ketawa lagi. "Marilah cuba! Kalau abang berjaya, abang nak panjat Puteri pun Puteri bagi."

Selesai berkata begitu, Puteri langsung memutuskan talian. Panggilan video tamat. Dia biarkan Maleeq terseksa sendirian.

Adui, mati! Boleh mati terseksa kalau macam ni caranya. Kasar cik bini tu ngajak gurau. Ada karang dia panjat sungguhan pagar rumah Tan Sri kejap lagi. Memang confirm langgar traffic light kalau begini gayanya.

Share this novel

Guest User
2024-11-03 11:47:36 

?


NovelPlus Premium

The best ads free experience