14: BARAKALLAH

Romance Series 889375

"ZD! Kau rasa tak apa yang aku rasa?" Aryan bernada serius.

"Apa dia?" Zahaedy menyahut.

"Aku rasa ada orang masih tak puas hati dengan Maleeq. Kau tahu tak masa dia accident tu? Aku nampak depan mata aku sendiri macam mana kereta tu cuba nak langgar dia. Seperti, kiriman seseorang untuk mencelakakan dia."

Sebentar Zahaedy ambil masa untuk berfikir. Yang ini nampaknya tak boleh diambil remeh. Kalau betul begitu, dia tak boleh duduk tenang saja. Masalah Maleeq, maknanya masalah mereka bertiga.

"Aku tak tahulah ini sangkaan aku atau hanya kebetulan. Tapi aku ada nampak pada hari yang sama sebelum Maleeq accident tu, Tengku Mukhriz ada jumpa dia," jelas Zahaedy. Macam ada asumsi.

"Tengku Mukhriz? Sepupu orang rumah kau?" Aryan turut hairan.

"Ya! Individu yang paling bertanggungjawap atas kebakaran sekolah yang diasaskan oleh Puspa. Tapi aku tak menaruh dendam pada dia kerana dia sudah terima hukumannya. Dan khabarnya dia dan keluarga sudah berpindah ke Switzerland. Cuma aku belum pasti kenapa dia pulang kemari lagi?"

"Mungkin untuk urusan syarikat dia? Lagi pula dia juga salah satu pemilik saham dalam syarikat Simphony. Menurut aku tak ada yang pelik."

"Ya! Disebabkan dia salah satu pemegang saham terbesar di syarikat ini, maka dia punyai akses penuh untuk keluar dan masuk bila-bila masa. Cuma yang buat aku musykil, apa tujuan dia berjukpa Maleeq hari tu?"

Aryan turut berfikir seketika. Macam rumit kalau terus nak letak tuduhan. Tapi asumsi Zahaedy nampak seperti masuk akal.

"Tak apalah, kita jangan buat apa-apa tindakan dahulu. Tapi, kita kena alert setiap masa, terutama menjelang majlis Maleeq dan Puteri. Kita pastikan tak ada sebarang gangguan pada mereka dari pihak manapun," kata Zahaedy.

"Aku setuju dengan kau! Oh ya, budak baru yang kau ambil tu macam mana?"

"Ada! Dia juga sudah sedia berkhikmat."

"Good!"

***

SABTU 15 Julai 20**!

Rolls Royce hitam telah berhenti di hadapan sebuah hotel lima bintang. Warna hitamnya yang elegant berkilat apabila terkena pencahayaan. Melambangkan kemewahan laksana kaum kerabat.

Kereta tersebut turut dihiasi gubahan bunga serta ribbon-ribbon dari tenunan sutera. Sangat terserlah kemewahannya.

Seorang lelaki berkot hitam telah keluar dari tempat duduk penumpang hadapan. Berputar ke belakang lantas membukakan pintu. Dipersilakan tuannya keluar setelah pintu dibuka.

Sebelah kaki berkasut kulit hitam berkilat diturunkan di atas permaidani merah. Selanjutnya sebelah lagi menyusul. Maka, telah berdiri tegak sebatang tubuh nan gagah. Mengenakan tuxedo hitam lengkap dengan bow tie di leher, lelaki tersebut terlihat sungguh berwibawa bagaikan putera raja.

Selanjutnya dia menghulurkan tangan kiri, disambut oleh jemari berinai cantik. Turut keluar pemilik jari tersebut dari dalam kereta. Senyuman menyusul bertemu di muka. Laksana permaisuri mengganding sang raja, keduanya lalu melangkah di atas permaidani merah bersama-sama.

Beberapa pengiring yang telah sabar menunggu sedari tadi tak lupa mengorak langkah beriringan di depan dan juga belakang. Sepasang mempelai tak lokek dengan senyuman, mengabarkan bahawa mereka sedang berbahagia.

Cantik laksana bidadari. Gown putih bertakhtakan kristal Swarovski pink jernih, sangat elegant bersarung di badan rampingnya. Puteri mendongak ke sebelah, iaitu pada lelaki yang mengganding lengannya.

Pandangan mereka bertemu lalu tersenyum bersama-sama. Inilah hari bahagia yang dinanti-nanti. Akhirnya terlaksana dengan meriahnya.

Iringan pengantin terus diarak menuju hall. Pelamin mewah telah menanti ketibaan mereka. Sangat glamorous dan magnificent, majlis pernikahan mereka umpama wedding of the years.

Pelamin tersergam megah di tengah-tengah hall, gemerlapan dengan pencahayaan lampu kristal. Sementara gubahan bunga segar bertaburan sebagai hiasan rasmi. Beribu kuntum mawar pink+putih digubah sedemikian mewah menghiasi pelamin dan pintu gerbang.

Di sebelah kanan telah terhias meja makan pengantin, lengkap dengan dekorasi mewahnya. Di hadapan pelamin juga telah terhias kek pengantin bertingkat, juga dihiasi gubahan gula-gula kristal berwarna pink.

Sementara di sebelah kiri telah berdiri pentas orkestra yang diundang khas daripada kumpulan musician terkemuka. Lagu iringan pengantin telah dimainkan sejak tadi lagi. Selanjutnya lagu-lagu dimainkan silih berganti sesuai permintaan. Sesiapa sahaja yang berminat mahu menyumbangkan lagu amat dipersilakan.

Puteri duduk tegak di atas pelamin. Terlihat agak gementar selepas beberapa posing dilakukan sesuai arahan sang photographer.

Maleeq intai wajah isterinya. "Sayang! Okey ke?"

"Nervous!"

Maleeq ketawa. "Kenapa nervous? Abang kan ada. Mari! Pegang tangan abang."

Puteri berikan tangan kanannya untuk Maleeq pegang. Bunga tangan diubah ke tangan kiri.

Selanjutnya istiada keluarga menyusul. Kedua-kedua orang tua dua belah pihak mengambil giliran melakukan istiadat mereka.

Puteri nampak gementar, tetapi lagi sekali Maleeq menggenggam tangannya. Gemuruhnya automatik reda.

"Sayang nak nyanyi untuk abang?"

"No!" Orang dahlah tengah gemuruh, ditanya nak nyanyi pula. Saja je Mr. Husband ni.

Maleeq mengekek lagi. "Jom," ajaknya.

"Abang! Nak pergi mana?"

"Naik pentas."

"Tak nak! Seganlah."

Aduiyai! Segan katanya. Baru nak ajak nyanyi atas pentas tu. Barulah best bila pengantin turut menyumbangkan suara sekali. Ala, macam yang retis-retis selalu buat tu!

Tapi tulah, satu persoalan. Confident sangat nak nyanyi, boleh jual ke suara tu?

Maleeq ketawakan diri sendiri, tak yakin. Tak apalah, tak jadi. Karang keluar suara katak tak pasal-pasal malu. Hahaha!

***

"BARAKALLAHU fil khair. Congrats to you both. Mari! Bergambar bersama-sama." Tan Sri Baharudin meminta semua berkumpul di atas pelamin bersama pengantin. Selanjutnya bersama-sama mengabadikan detik berharga itu menjadi sebuah gambar.

Para tetamu yang hadir telah dipersilakan untuk mencicipi hidangan. Kesemuanya adalah air tangan Puan Sri Zakiah beserta pembantu-pembantunya.

Puan Sri lebih puas hatinya memerah tenaga sendiri demi menjayakan majlis Puteri dengan hidangan air tangannya berbanding menempah catering. Mulai dari appetizer, main course dan juga dissert, semuanya adalah persembahan beliau sendiri.

Malah hidangan VVIP juga tak lupa dipersembahkan. Maklum saja, tetamu jemputan ialah dari pelbagai golongan. Dari rakyat biasa sehingga kerabat Diraja, semua turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Jadi, Puan Sri tak mahu hidangan hanya ala kadar. Beliau sanggup bersusah payah mempersembahkan yang terbaik untuk wedding anaknya.

Pengantin lalu dubawa turun dari pelamin, yakni untuk merasmikan pemotongan kek yang kemudian disambung dengan acara makan beradab.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Kedua pihak keluarga mengucapkan syukur tak terhingga atas terlaksananya majlis ini sesuai seperti yang dirancang tanpa kurang satu apapun.

Setelah itu, tiba masanya untuk kedua pengantin bertemu ramah dengan para tetamu. Mereka dipersilakan datang dari meja ke meja untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan, kenalan dan juga sanak keluarga. Tentunya moment ini tambah meriah bila kedua pihak keluarga dan sedara mara ada bersama.

Puspa dilihat sedang bersembang rapat dengan Dahlia. Walaupun mereka tak pernah berjumpa, tapi untuk pertama kali mereka sudah boleh membina keserasian sebagai keluarga. Biasalah, orang perempuan kalau jumpa geng sekepala dia cepat je jadi kamching. Macam mereka nilah.

"Dahlia umur berapa? Nampak masih muda saja." tanya Puspa. Sedang sama-sama menikmati hidangan lazat di meja VVIP.

Ketawa Dahlia. "Taklah muda sangat, awak. Kita sebaya je dengan suami awak tu," kata Dahlia. Tak adalah dia mention yang dulu mereka pernah bercinta. Gila ke?

"Iya ke? Tapi nampak masih 20an lah."

"Mana ada? Awak janganlah puji lebih-lebih. Kita ni mudah kembang kalau dipuji, tau. Karang terlebih makan pula. Sudahlah masakan Puan Sri ini sedap." Sikit lagi nak hilang slank Melayu dia. Tulah, duduk lagi lama-lama di tanah Arab.

Mereka ketawa bersama-sama.

"Masakan Makngah saya memang hebat. Kalah orang catering buat. Masa kahwin saya dulu Makngah juga yang masak," kata Puspa.

"Iya ke? Habislah adik Dahlia tu. Mahu gemuk dia nanti hari-hari makan sedap masakan mertua dia."

Puteri lalu muncul menyebok. "Hello, hello, hello. Borak apa tu? Macam best je. Boleh saya join?"

"Hei, pengantin! Mari sini, mari sini. Kita sembang antara sesama perempuan. Orang lelaki tu biarkan saja mereka." Puspa alu-alukan si ratu sehari itu berkumpul sama.

Mereka bertiga lantas sambung borak, rancak sekali.

"Ini anak Puspa ke?" tanya Dahlia. Merujuk pada Naurah yang menempel di sisi Puspa.

"Aah, anak saya. Tapi anak abang ZD dengan arwah isteri pertama. Saya punya masih kat dalam ni hah. Dahlia pula?"

Kuih kaswi viral disuap ke mulut. Suka betul Dahlia makan. Di Doha mana nak jumpa kuih-muih melayu macam ni. Pandai betul mertua adiknya itu masak. "Anak Dahlia seorang saja, lelaki dah 12 tahun. Tak ikut kemari, dia lebih gemar ikut ayah dia. Maklumlah, budak lelaki kan."

"Ouh, faham. Untung mamanya boleh me time."

"Kan! Ni pengantin ni, apa plan?" Dahlia alih soalan pada Puteri.

Terus tersipu. "Menurut Kak Dahlia?" Puteri pulangkan soalan.

"Kalau menurut Kak Dahlia, kena cepat-cepat menyusul jejak Kak Puspa ni. Jangan tunggu lama-lama."

"Haa, yang tu Kak Puspa setuju. Barulah meriah, kan."

Kita biarkan seketika wanita-wanita itu menyembang sesama sendiri. Beralih pula pada geng lelaki. Di sebelah sana juga tak kalah meriahnya.

"So! Apa perasaan dua kali naik pelamin?" Zahaedy tanya. Dua kali naik pelamin yang dirujuk adalah pelamin simple masa akad nikah hari tu. Bukan yang dimaksudkan macam yang bercakap tu, dah dua kali berumatangga.

Maleeq mencebik, Aryan pula hanya terlongo. Tak ada point nak tanya. Maklum saja, single!

"Perasaan, syukur tentunya. Alhamdulillah! Akhirnya semua berjalan lancar. Bimbang takut tiba-tiba ada benda tak dijangka, kan. Yalah, contoh macam sebelum ni, aku kemalangan apa semua. Risau juga."

Zahaedy dan Aryan hanya termangut-mangut. Sebenarnya mereka ini sedang bersiaga setiap masa. Risau kalau-kalau ada pihak yang tidak menyenangi antara mereka bertiga tiba-tiba membuat tindakan di luar jangkaan. Tapi syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan seusai aturan.

"Berkenaan yang tu, aku dan Aryan sebenarnya ada membuat asumsi. Tapi kau jangan risau, untuk hari ini aku tak ada niat nak buka cerita pasal tu. Aku tak nak rosakkan keberkatan majlis kau ni dengan sebarang andaian tak elok. Lebih baik kita enjoy di hari bahagia kau ni dengan penuh rasa syukur."

Maleeq mengangguk, Aryan pula masih macam tadi. Tak ada modal nak jawap.

"Oh ya! Aku ada hadiah untuk kau. Nah!" Zahaedy hulurkan sebuah kotak kecil lalu diberi kepada Maleeq.

"Apa ni? Seriuslah kau ada hadiah untuk aku? Sekema jugak kau ni rupanya."

Zahaedy buat muka toya. "Hek eleh, orang bagi hadiah bukan nak terima kasih, kata orang skema lagi ada."

"Hehehe! Sorry lah. Okey, thank you so much! Tapi apa bendanya ni?"

"Kalau nak tahu buka jelah."

"Serius boleh buka sekarang?"

"Apa salahnya?"

Si pemberi kata boleh buka sekarang. Penasaran sebenarnya. Kecil aje kotaknya. Tanpa ragu-ragu Maleeq pun buka.

"Natang menda ni wei?" Memang pelik hadiah si ZD ni. Macam gula-gula je, tapi tak tahu kenapa perasaan Maleeq jadi SUS semacam.

"Hehehe! Itulah dia gula-gula power," terang Zahaedy.

"Gula-gula? Kau nak gula-gulakan aku ke apa ni?" Tak pernah dibuat dek orang kasi hadiah kahwin gula-gula. Kasilah Skyline GTI ke, Mclaren ke. Okey jugak.

"Haih! Bengaplah kau ni. Inilah gula-gula kegemaran orang perempuan, yang dimakan oleh lelaki."

Tambah blur Maleeq dibuatnya. Apa si mangkuk ni cuba cakap sebenarnya?

"Kau tak nampak tu tulisan dia? Candy-B! Takkan tak pernah dengar kot?"

"Okey! Benda-benda ni aku blur sikit. Kau boleh tak jangan berbelit-belit?"

Aryan yang dari tadi hanya diam sahaja naik rimas pula dengar mereka berborak. "Ish, kau ni Maleeq. Itupun tak tahu! Tu buat tambah power lah. Tak adalah cepat lemau kau nak mendayung di malam pertama karang," sampuk Aryan.

Zahaedy pecah ketawa. "Tudia... Yang single lagi teror. Hahaha!"

Barulah Maleeq faham apa yang cuba disampaikan. "Bengong! Aku ada tenaga semula jadilah. Tak payah Candy-B, Candy-B semua ni."

"Iyalah tu semula jadi." Sambung ketawa.

"Hoi! Dah-dahlah tu." Aryan interupted. Bengang saja mukanya. "Candy-B lah, apalah. Tak boleh ke hormat sikit perasaan orang belum berpunya ni?"

Nak aje Zahaedy smash kepala budak ini. "Kau tu kuat memilih. Bukan tak ada perempuan yang nak, kau tu je yang cerewet. Lepas tu mengeluh single bagai. Aku siku muka kau kang."

Adalah sempat buka cerita pasal hari tu pada Zahaedy. Ada awek offer nak bagi nombor telifon tapi Aryan tak berkenan. Sekarang baru menyesal. Kalau ambil je hari kan elok. Bolehlah buat sekadar ada-ada.

Rancak bersembang, mendadak mereka tahan sekejap. Pandangan serentak terarah pada kemunculan seorang lelaki yang datang menemui mereka. Tak faham apa yang individu itu mahukan. Tapi untuk saat ini syak wasangka perlu ditolak tepi dahulu.

Meskipun begitu, mereka tetap perlu berwaspada. Kerana yang datang adalah, Tengku Mukhriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience