6: SWEET LIKE A CHOCOLATE

Romance Series 889375

ONE. Two. Three! Okay, clear!

Berjalan terhendap-hendap masuk rumah. Jengul kepala sekejap tengok ke dalam takut tiba-tiba ada orang keluar. Okey, cun! Tak ada. Cepat-cepat tekan butang lif, cukup brutal. Tak nyempat-nyempat gayanya.

Senyum lebar terkoyak bila lif sudah terbuka. Apa nak ditunggu lagi? Masuklah dia dengan segera. Hehehe! Berjaya juga naik ke atas.

Apalah daddy tu. Saja je nak ayam-ayamkan orang. Ingat Maleeq ni budak baru tumbuh misai agaknya.

Maaf ya, daddy. Saya cuma nak jumpa isteri je.

Nasib baik ada si budak Aryan tu tolong coverkan. Besar juga jasa dia dalam kisah cinta mereka ini. Sampailah bersatu jadi suami isteri begini, jasa Aryan nampaknya masih diperlukan.

Terima kasihlah Yan tolong cover aku. Jalan slow-slow je Yan kat belakang bapak mertua aku tu. Kalau dia ajak sembang kau layan je, janji dia suka. Okey, Yan! Aku titip bapak mertua aku pada kau, tolong jagakan dia elok-elok. Kalau dia suruh bagi ikan makan kau ikut je. Hehehe!

Mana sempat nak pesan macam-macam pun pada Aryan. Cukup bagi isyarat je tadi Aryan dah pun faham. Jadi pesanan panjang lebar tadi tu hanya stuck dalam kepala dia jelah. Sambil-sambil tu, dia naik lif ke atas mahu menuju kamar isterinya.

Tak sampai beberapa saat Maleeq pun tiba di lantai tiga. Sebenarnya dia tak pernah pun naik ke atas ni, ini untuk pertama kali. Tetapi Puteri ada memberitahu tentang seluk-beluk di lantai tiga tu. Mana tahu ada kes-kes serupa ini, kan. Senang sikit nak cilok.

Gaya masih macam tadi, terendap-endap serupa dalam misi pengintipan. Banyak juga partisyen di sini, bilik pun banyak. Yang mana satu bilik Puteri ni?

Aha! Pintu yang ini rasanya bilik Puteri. Instinct seorang spy jarang membuat silap. Dia tak syak lagi, pasti yang ini biliknya.

Puteri ada pernah kata biliknya tidak terlalu jauh dari lif. Hanya perlu berjalan sebanyak sepuluh langkah ke arah kiri, selanjutnya pusing badan ke arah kanan. Yeah! Confirm ini biliknya.

Berbekal daya ingatan yang cukup jitu, Maleeq tidak ragu-ragu mula membuka pintu bilik berkenaan. Tuah nampaknya sedang ada di sebelah kanan, pintu ternyata tidak berkunci, senanglah dia terus masuk. Yabedabedooo!

"Assalamualaikum," bisiknya. Pintu ditutup kembali perlahan-lahan. Dia terus masuk sambil terus terendap-endap.

"Princess, abang datang, sayang." Salamnya tadi tidak mendapat jawapan. Maleeq teruskan saja melangkah mendekati katil. Dia yakin Puteri masih tidur.

"Princess! Abang datang ni," bisiknya lagi.

"Abang! Abang ke tu?" Sedang melayan lena tidur-tidur ayam, Puteri akhirnya perasan akan suara itu. Dia langsung bangun.

"Sayang!"

"Abang! Abang, Puteri rindu."

Maleeq mempercepat langkahnya bila Puteri sudahpun bangun. Puteri yang sudah menghulur kedua tangannya segera didatangi.

Bagaikan dua buah magnet berlainan kutub, keduanya sudah bercantum melekat erat.

Oh, bahagianya! Sungguh tersiksa rasanya menahan rindu. Serasa berdenyut dada sesak sekali. Akhirnya hari ini bertemu juga penamatnya.

"Sayang abang demam ya? Oh, kesiannya." Wajah Puteri diusap serta diseka rambutnya. Tak jemu wajah lesi itu diciumi penuh rasa sayang. 

Puteri turut menikmati sentuhan itu, diam tak bergeming bila Maleeq tak puas-puas mencium wajahnya. Dia suka. Dia seronok. Akhirnya yang dirindu telah menjelma. "Puteri demam sebab rindukan abang," adunya.

"Abang pun rindu, sayang! Rindu sangat-sangat. Sebab itu abang naik je ni. Tak sabar nak jumpa sayang."

Bukan senang nak dapat berjumpa berdua-duaan dalam bilik begini, peluang ini yang sebenarnya dinanti-nantikan.

Selama ini meskipun berjumpa setiap hari, tidaklah dapat mereka serapat ini. Jumpa pun cuma di ruang tamu, makan bersama, duduk di taman dan berjalan-jalan. Sentuhan paling kuat pun hanya sekadar kucupan di dahi dan pipi. Lebih-lebih tak dapat, daddy perhatikan je.

Sekarang barulah peluang itu datang. Inipun jenuh curi-curi dari daddy. Dah dapat begini, apa lagi? Takkan nak tengok ja? Hehehe!

"Bila abang sampai?" tanya Puteri.

"Baru je, sayang. Kereta pun masih panas lagi tu enjin dia."

Puteri tersenyum gembira. "Macam mana daddy boleh bagi abang masuk? Bukan ke daddy tak bagi abang datang ke bilik Puteri?"

"Daddy memang tak bagi. Tapi abang nak masuk jugak. Tak tahan sangat rindu kat Princess abang ni, tahu."

Pelukan bertaut kembali, hangat sekali. Terlerai sudah sakit di badan. Masing-masing telah menemui ubatnya. Lama juga mereka melekat, akhirnya terlepas juga. Ingatkan dah kena sumpahan melekat tadi.

"Abang, Puteri lapar. Abang tak ada bawa makanan ke?" Suami sudah tiba, maka lapar pun terasa. Dari tadi langsung tak ada selera walaupun mommy ada bawa makanan. Bila suami sudah di depan mata, barulah seleranya terbuka.

Maleeq garu kepala. Aduh! Lapar pula. Baru je dapat berjumpa dalam bilik macam ni, takkanlah nak kena turun cepat-cepat pula? Rugilah.

"Lapar? Alamak, abang tak tahu pula sayang tak makan lagi. Nak turun sekarang ke?"

"Alah, kalau ada makanan ringan-ringan pun tak apa. Puteri masih malas nak turun. Tak larat," kata Puteri.

Sejenak Maleeq berfikir. Makanan ringan-ringan ya? Aha!

Baru dia teringat sesuatu. Saku lalu diraba. Coklat Cadbury yang Aryan beri tadi masih ada. Nasib baik. "Sayang! Abang cuma ada coklat ni je. Nak ke?" Coklat sudah dibawa keluar.

"Nak abang. Nak." Bersinar-sinar mata Puteri. Walaupun hanya sebatang coklat, tapi cik abang yang beri. Tentu ianya sangat sedap serta akan menambah energi.

"Sekejap ya, biar abang bukakan." Sukanya melihat isteri sudah mula ceria. Tanpa ragu bungkusan coklat langsung dibuka.

Potongan coklat lalu dipatahkan. Maleeq suapkan ke mulut Puteri. "Aaa... Nganga..."

Puteri sedia buka mulutnya lebar-lebar. "Aaaa..." Eh, tapi tak sampai-sampai pun coklatnya.

Maleeq ketawa.

"Alaa, abang. Puteri nak."

Coklat tadi rupanya tak jadi disuap ke mulut Puteri. Ianya malah sudah berada di antara dua ulas bibirnya sendiri. Maleeq ketawa nakal. Semoga saja isterinya faham.

Mustahil Puteri tak faham. Coklat di bibir Maleeq laju disambut langsung dengan mulut. Akhirnya coklat dinikmati berdua, dari bibir ke bibir tentu lebih asyik nikmatnya.

"Sedap tak?" Pendapat Puteri ditanya.

"Sedap, abang. Manis!"

"Tapi coklat dah habis, sayang."

"Tak apa, yang ini pun tak kalah manisnya."

Bibir mengoyak senyuman bila yang dimaksudkan isteri adalah di situ. Tidak ragu-ragu lagi, bibir itu ditekup kembali pada mulut Puteri, rakus sekali. 

Desahan demi desahan mula terdengar bersahutan, masing-masing telah hanyut dalam gairah asmara.

***

GEMERCIK air kian riuh tika Tan Sri melontar pelet ke tengah-tengah kolam. Ikan-ikan besar saling menjeludu, manakala yang kecil-kecil sudah berebut makanan. Pelet dilontar lagi ke tempat berlainan. Ikan-ikan pun kejar ke arah tersebut.

Cantik masing-masing. Berwarna-warni serta bersisik. Tan Sri Baharudin cukup gemar memelihara ikan. Pond yang dibina buat menampung ikan-ikannya tak kalah besar dengan kolam renang. Bayangkan saja, pasti ada beribu ekor ikan yang Tan Sri bela.

"Banyaknya ikan, Tan Sri." Aryan terkagum-kagum. Setia mengekori di belakang beliau.

"Haah! Saya dari kecil memang suka bela ikan. Masa kecik-kecik dulu arwah datuk suka bawa pergi paya cari ikan laga. Ikannya kecil, berwarna-warna, cantik sangat. Start pada tulah saya suka bela ikan." Tan Sri membuka cerita.

"Ooo, macam tu?! Saya pun dulu ada pernah bela juga, Tan Sri. Ikan apa nama dia tu? Yang ada benjol dekat dahi dia tu?"

"Ouh, itu flowerhorn. Itu ikan aquarium. Ada juga pernah bela dulu masa belum ada anak."

Aryan layan saja Tan Sri bercerita.

"Masa tu saya baru je berkahwin dengan Puan Sri kamu. Masa saya pergi kerja, ikan tu mati. Balik rumah, Puan Sri kamu dah siap memasak, saya pun makanlah. Sedap lauknya, ikan goreng dengan sambal belacan je. Sampai menambah saya makan. Bila habis je makan, barulah Puan Sri bagitahu bahwa itu adalah ikan flowerhorn saya yang dah mati. Punyalah saya sedih, sampai rasa nak keluarkan balik dari dalam perut. Benda kita dah sayang, kan. Boleh pulak dia pergi goreng. Aduhai!"

Boleh tahan cerita Tan Sri ni, sedih tapi kelakar. Sampai tak kering gusi Aryan ketawa.

"Hahaha! Kalau saya pun mau murung sebulan, Tan Sri. Iyalah, kita dah termakan pet kesayangan kita."

"Haa, kan! Tak ada perasaan betul Puan Sri kamu tu. Ada ke dia bagi saya makan binatang peliharaan saya."

Seronok bersembang, sampaikan Tan Sri tak perasan bahawa yang mengekori dirinya dari tadi adalah Aryan. Tapi lama-lama perasaannya jadi janggal, dia pun menoleh.

"Eh, Aryan! Kamu memang seorang aje ke dari tadi?" soal Tan Sri yang mula curiga.

Aryan sudah menyerongeh. "Hehe! Erk, iya Tan Sri."

"Eh! Mana sepupu kamu tu?"

"Err... Maleeq ke, Tan Sri?"

"Iyalah, siapa lagi? Nak kata ZD bukan ada sini pun."

Kening digaru mencari idea. "Maleeq, dia, dia pergi toilet, Tan Sri. Dia suruh saya teman Tan Sri sekejap sementara dia pergi toilet. Hehe." Aryan menyeringai lagi.

Tan Sri sudah tergeleng-geleng. Haih, budak-budak ni. Pandai mengelat, ya?! Tak boleh harap masing-masing. Mereka ini terlalu mentah untuk mengelabuhi orang tua.

"Nah, kamu pegang pelet ni. Sambung bagi ikan-ikan saya makan." Bekas pelet langsung diserahkan pada Aryan.

"Eh, tapi Tan Sri nak ke mana?"

Tan Sri mendengus. "Nak pergi toilet juga! Ingat sepupu kamu tu je yang pandai pergi toilet?" Langkah disambung masuk ke rumah.

Habislah, habislah! Tan Sri dah tahu yang mereka tengah bersrkongkol. Masak kali ini kau, Maleeq.

"Ya Allah. Kau lindungilah sepupu aku tu. Harap-harap dia tak terbabas lebih. Karang dengan aku-aku sekali kena marah. Naya!"

Tan Sri sudah masuk ke rumah. Dia pun disambut oleh isterinya yang sudah siap menyediakan juadah minum petang.

"Eh, abang. Nak ke mana terburu-buru tu? Marilah minum, dah siap dah ni," panggil Puan Sri.

Tan Sri pun hampiri isterinya. "Kiah, awak nampak Maleeq tak?" tanya beliau.

"Maleeq? Bila dia sampai? Tak nampak pun."

Nafasnya dihela kasar, Tan Sri benar-benar kesal. Memang tak ada tempat lainlah ni. Si kucing sudah berani memanjat untuk mencuri ikan di atas para. Hei... Tak boleh harap!

Share this novel

Mermaid_
2023-06-27 18:18:51 

ahhh sukaaa! update selalu yaaa ♥️♥️♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience