33: HARAPAN DI MATAMU

Romance Series 889375

HONDA Ex5 kepunyaan Adam telah tiba di hadapan rumah Puan Najwa. Adam segera turun dari motor lalu menanggalkan topi keledar. Segulung fail dia bawa keluar dari raga motor. Adam lalu memberi salam pada pemilik rumah.

Adam ini boleh dikatakan rapat juga dengan keluarga Puan Najwa memandangkan mereka adalah jiran paling dekat. Bahkan Adam tidak segan-segan membantu Najwa dan juga Hanna apa saja yang mereka perlukan.

"Nah! Report dah buat. Semua maklumant ada di sini. Nanti akan dimuat naik ke dalam akhbar, dan diwar-warkan akan berita penemuan ini ke seluruh negara," terang Adam tanpa melabuhkan punggung pun lagi.

"Apa polis kata, Adam?" Najwa bertanya.

"Kena marahlah, Makcik Wawa. Mereka kata, kenapa dah lambat baru nak buat report? Sepatutnya bila jumpa je terus datang balai buat report," tambah Adam.

"Lepastu apa Adam kata?"

"Saya cakaplah, tak tahu. Lagipun mangsa adalah orang dewasa, bukan baby atau kanak-kanak. Saya fikir pandailah dia balik bila sedar nanti. Polis tak terima pun alasan tu."

Mengendur muka Najwa mendengar penerangan Adam. Rasa bersalah pun ada. Tak pasal-pasal Adam yang disusahkan.

"Tapi tak apa! Makcik Wawa tak perlu risau lagi. Makluman saya telah beri. Alamat rumah ini pun saya turutkan sekali. Nanti biar pihak keluarga dia datang tuntut kemari."

"Terima kasih ya, Adam. Makcik Wawa juga nak minta maaf sebab dah susahkan Adam. Kalau tak ada Adam, tak tahu macam mana Makcik Wawa nak buat."

"Ala, tak ada apalah, Makcik Wawa. Saya dah anggap keluarga Makcik Wawa ni macam family saya sendiri."

Najwa tersenyum, senang hatinya. Kan bagus kalau Hanna beri muka pada pemuda ini saja berbanding sibuk merawat orang asing itu. Haih! Apalah yang si Hanna tu fikir?

Sementara itu, Hanna sendiri sudah beralih tempat sebaik Adam tiba tadi. Sepertinya dia sedang mengelak daripada mendengar perkhabaran yang Adam bawa.

Hanna datang menemui pemuda asing itu yang masih duduk mengambil angin di pangkin tepi rumah.

Adam lalu datang menyusul. "Assalamualaikum. Awak sihat hari ini? Boleh awak ingat tak nama awak siapa?" Tanpa basa-basi Adam langsung menanyakan soalan itu. Namun soalannya hanya mendapat cerlungan dari pemuda tersebut.

Hanna lalu tampil menengahi, tak mahu lelaki itu melenting nanti. "Adam, Adam. Cukup dulu, Adam. Jangan ditanya soalan itu berulang-ulang. Nanti dia sakit kepala," cegah Hanna.

"Tapi sekurang-kurangnya kalau kita tahu nama senang sikit kerja kita, Hanna. Ini nama pun tak tahu. Nak buat report pun jadi susah sebab tak ada nama."

"Iya, Hanna faham. Tapi dia masih kurang stabil. Kalau iya pun, biarlah dia stabil dulu, baru kita cuba pancing ingatan dia semula."

"Ish! Apa-apa jelah, Hanna. Jangan karang dia ingat Hanna isteri dia betul-betul sudah. Oh ya! Nanti wartawan akan datang sini untuk mengambil gambar dia dan bertanya serba sedikit. Harap dia bersedia jelah."

"Lah, kenapa ada wartawan segala ni, Adam? Adam rasa dia boleh bagi kerjasama ke nanti? Dia dahlah tengah tak stabil macam ni." Hanna tetap kurang setuju dengan tindakan Adam.

"Kalau saya jadi Hannalah kan, saya biar aje polis buat kerja. Biar family dia datang sini pickup dia. Selesai kerja kita. Tak perlu susah-susah jaga dia."

"Tak apa! Adam tak perlu jaga dia. Biar Hanna yang jaga. Hanna ikhlas jaga dia."

"Ooh! Ikhlaslah sangat ya?" Adam tarik muka sinis. Muak pula lama-lama melihat sikap Hanna. Macam sesuatu je.

Adam terus beredar dari tempat itu. Jengkel hatinya melihat sikap Hanna yang disifatkan agak berlebihan. Orang itu orang asing kot! Mentang-mentanglah ada rupa, sanggup Hanna nak jaga sampai begitu sekali. Sedang dirinya yang sudah lama menanti, tak ada pun Hanna nak pandang.

Hanna sendiri hanya mengeluh pendek tak menanggapi serius kata-kata Adam tadi. Biarlah Adam tu.

Pandailah Hanna jaga orang itu macam mana. Walau tak dibantu siapa-siapa pun dia tetap akan terus merawatnya. Hanna lalu beralih pada pemuda itu semula.

"Apa dia cakap tu?" Maleeq masih blur lalu bertanya.

Hanna cuma gerak-gerakkan bahunya. "Entahlah, awak. Saya pun tak faham. Sudahlah! Awak jangan fikir sangat. Nanti awak sakit kepala lagi."

Maleeq tidak lagi menyoal lebih dan hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Hanna.

"Awak nak jalan-jalan tak?" Hanna bertanya lagi.

Maleeq menggeleng.

"Awak nak duduk kat sini je?"

Dia pun hanya mengangguk.

"Kalau macam tu saya akan temankan awak. Boleh?"

Maleeq mengangguk kembali, tapi kali ini turut diiringi dengan sedikit senyum di bibir kakunya.

Senang hati Hanna melihatnya. Nampaknya lelaki itu semakin menunjukkan perkembangan positif. Syukur Alhamdulillah.

***

EMPAT pagi, telifon Bad berdering kuat. Merungut budak itu memandangkan dia sedang tertidur lelap. Dia kunci jam 6:30, kot. Tapi empat pagi lagi dah memekak ni apa hal?

"Siapalah call malam-malam buta ni? Janda terdesakkah?" rungutnya. "Hello!" Serak suaranya.

"Hoi, Bad. Bangun, bangun."

Bad lihat skrin telifon. Abang ZD nama yang muncul. "Eh, kenapa bang?"

"Yan mana?"

"Tidur lagi. Ada apa ni bang?"

"Tak apa! Kau buka sajalah laptop kau sekarang."

"Sekarang?"

"Ya, sekarang!"

Sejujurnya Bad langsung tak faham apa yang Zahaedy nak darinya pagi-pagi buta. Siap suruh buka laptop lagi. Tetapi dia tak berani membantah memandangkan lelaki itu adalah atasan. Kalau Aryan bolehlah sikit nak kelentong atau mengelat.

Walaupun pandangan masih kabur, mahu tak mahu Bad terpaksa melakukan tugasan pagi-pagi buta. Beberapa fail telah Zahaedy hantarkan padanya memalui email. Aih! Kes mustahak ini nampaknya.

***

"TAN Sri, maaf jika saya mengganggu malam-malam buta. Ada hal mustahak yang ingin saya sampaikan."

"Oh, tak apa! Saya memang dah tunggu kamu. Silakan duduk, Aryan."

Bertempat di pejabat peribadi Tan Sri di rumahnya, Aryan datang bertandang untuk menyampaikan perkhabaran mustahak. Berjumpa di pejabat mungkin lebih selamat berbanding berbincang di ruang tamu. Tak mahu Puteri curi-curi dengar macam tempoh hari. Kalau di pejabat nampaklah ia lebih formal, dan Puteri biasanya tak gemar mengambil tahu.

"Kami mendapat maklumat tentang penemuan orang asing di daerah pedalaman Sabah. Saya rasa ini ada kaitan dengan kehilangan Maleeq. Untuk mengelakkan berita ini tersebar luas, awal-awal pagi lagi kami telah menyekat sistem dan menghubungi reporter serta beberapa penerbit untuk tidak menyebarkan berita ini. Menurut Tan Sri, apa perlu kami lakukan selepas ini?" ujar Aryan.

"Kamu yakin ke itu menantu saya, Aryan?" Kalaulah Aryan tahu betapa segunung harapan Tan Sri sedang pikul sekarang, sehingga hampir berkaca-kaca anak mata orang tua itu sebaik mendengar perkhabaran yang Aryan bawa.

"Saya belum dapat pastikan seratus peratus bahwa dia adalah Maleeq. Tapi menurut maklumah yang tertera di situ ianya mungkin ada kaitan. Jika saya terbang ke sana, Tan Sri tak keberatan ke?"

Tan Sri memicit hujung matanya lantas mengangguk laju-laju. "Pergi, Aryan. Terbang ke sana. Jika kamu mahu gunakan jet peribadi saya pun silakan."

"Tak apa, Tan Sri. Saya boleh menggunakan penerbangan komersial. Saya cuma mahu kebenaran dari Tan Sri sahaja untuk terus menjejak ke sana."

"Iya, iya. Saya benarkan! Ada namakah di situ? Atau, apa-apa maklumat yang meyakinkan kamu bawa itu adalah dia?"

"Buat masa ni belum ada, Tan Sri. Hanya keterangan mengenai orang tersebut serta ciri-cirinya. Gambar juga tak ada. Tapi Tan Sri jangan risau, di situ juga disertakan nombor telifon yang boleh kami hubungi. Sebab itu kami terus bertindak menyekat berita tersebut daripada tersebar lebih luas. Biar kami bertindak secara senyap untuk memastikan adakah itu benar-benar dia atau..."

"Puteri nak ikut!"

"Hah?"

Terbelalak mata masing-masing apabila Puteri sudah menceroboh pintu dan masuk ke pejabat Tan Sri. Tak sangka rupanya Puteri telah mengintai perbualan antara Tan Sri dan Aryan di pejabat peribadi tersebut. Sesuatu yang amat jarang Puteri lakukan.

"Aduh, Puteri. Kenapa datang sini?" Sekali lagi Tan Sri perlu memujuk anaknya. Keras kepala betul budak ini.

"Puteri nak ikut ke sana, daddy. Puteri nak lihat sendiri orang itu."

Tan Sri jadi serba salah. Sayu wajahnya mencari jawapan di muka Aryan.

Aryan yang faham akan air muka Tan Sri lantas bergerak sedikit hampir. "Puteri tak boleh ikut dulu, biar saya saja yang ke sana," pujuk Aryan.

"Tapi Puteri nak tengok sendiri."

"Kita belum yakin bahwa orang itu adalah Maleeq atau bukan. Sebab itu saya kena periksa dulu. Puteri sabar dulu ya."

"Tak! Puteri yakin itu suami Puteri. Puteri pasti itu Abang Mike. Tolonglah, Aryan. Bawa Puteri sekali."

Sejenak Aryan pejamkan mata buat mencuri nafas. Sesungguhnya jiwanya sangat lemah melihat sinar mata Puteri yang sayu penuh harapan. Lantas bagaimana jika yang terjadi tak serupa dengan yang diharapkan? Pasti sinar di mata itu akan terpadam dan bertukar menjadi kesedihan. Sumpah Aryan tak kuat memikirkannya.

"Macam nilah, Puteri." Aryan perlu berfikir pantas untuk mencari solusi.

"Biarkan saya pergi sana dulu untuk periksa keadaan di sana. Jika benar itu adalah dia, saya akan bawa dia pulang terus kemari."

Puteri mendongak mencari wajah Aryan. Aryan pula telah menundukkan muka, tak sanggup untuk melihat mata yang penuh harapan itu merenung dirinya.

"Janji, Aryan. Bawa dia pulang pada Puteri."

"Tapi Puteri jangan terlalu berharap dulu. Bagaimana jika orang itu bukan dia? Saya tak mahu Puteri kecewa."

"Puteri yakin itu adalah Abang Mike. Puteri dapat rasa yang itu memang dia. Tolong, Aryan. Bawa dia pulang."

Aryan tak dapat memberi apa-apa jawapan buat masa ini. Lidahnya kelu seribu bahasa. Hanya mampu meniti wajah Tan Sri dan anaknya secara bergiliran.

Tapi dia berjanji dalam hati, sekembalinya dia nanti, dia musti membawa perkhabaran baik buat mereka. Dengan izin Sang Maha Pencipta tentunya.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-13 17:25:21 

Cepat2 la Aryan p sabah..geram aku ngan hanna tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience