37: GERAK HATI

Romance Series 889312

KALAU tidak salah, rasanya sudah beberapa hari Aryan berangkat ke Sabah. Khabarnya hanya sehari saja di sana buat mengesahkan orang yang dijumpai itu adakah Maleeq atau bukan. Puteri masih setia menunggu perkhabaran baik tersebut disampaikan kepadanya. Namun hingga kini tak ada siapa datang ke rumah. Baik Zahaedy mahupun Aryan, mereka tak ada datang buat melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada Tan Sri macam selalu.

Kenapa? Apa yang telah berlaku? Adakah Aryan gagal menemui orang itu? Ataukah, orang tersebut memang bukan Maleeq?

Kalau pun benar ia bukan Maleeq, sepatutnya Aryan perlu memberi khabar supaya Puteri tidak ternanti-nanti.

Tapi jika benar ia bukan Maleeq, adakah Puteri sudah sedia menerima kenyataan pahit tersebut?

"Abang! Di mana abang sekarang? Puteri rindu. Anak abang dalam perut ini sudah semakin membesar. Tidakkan abang teringin menyentuh dia?"

Begitulah rintihnya setiap kali dia mengusap perut yang semakin membesar. Siapa dapat meneka keadaan akan menjadi seperti ini, sedangkan dia dan Maleeq adalah pasangan paling sempurna. Baru sahaja mereka berdua dapat mengecapi nikmat bahagia, tetapi segalanya telah musnah dalam sekelip mata.

"Tidak!" Puteri buru-buru mengesat air matanya. Bangkit dari duduk lantas berdiri tegak.

"Aku kena jumpa Aryan. Aku perlu tanya pada dia adakah dia berjaya menemui orang itu atau sebaliknya? Walaupun kenyataan pahit aku perlu telan, tapi setidaknya aku tak tertanya-tanya lagi."

Memangdangkan Aryan mahupun siapa sahaja tak ada datang melaporkan apa-apa, Puteri nekad mahu menemui Aryan di pejabat hari ini. Dia mahukan jawapan. Dia mahukan kepastian. Walaupun perit untuk menerima kenyataan, namun setidaknya dia harus tahu titik noktahnya.

SEMENTARA itu di pejabat...

"Wei, bodoh! Main kotor kau eh? Tak guna kau," maki Aryan.

"Ala, tak tahu main cakap jelah tak tahu." Bad memberi reaksi santai.

"Wei, janganlah kepung aku. Aku baru nak capai target ni."

"Mana ada aku kepung kau. Orang lain tu."

"Kepala hotak kau, orang lain. Aku kenal username kau ni, bodoh! Bad, blahlah."

"Hahaha! Padan muka kau."

"Aryan!"

"Hah?"

"Oh, mak kau meletup!" Sampai tercampak telifon bimbit dari tangan Bad.

Aryan pula sudah tak menghiraukan perjalanan gamenya dan dibiarkan melanggar dinding sehingga game tamat. Padahal sikit lagi dia nak mencapai target. Terpaksa dia perlu ulang dari awal semula di permainan akan datang.

Tidak! Mereka mungkin tak dapat meneruskan game buat masa ini. Tumpuan mereka kini terarah pada kemunculan seseorang yang menerobos masuk begitu sahaja ke bilik pejabat tersebut. Aryan dan juga Bad saling berpandangan tak tahu nak berkata apa. Air liur diteguk perit ketika menoleh semula ke arah tetamu tak diundang tersebut.

"Er, Yan. Aku gerak dulu eh. Abang ZD panggil aku tadi. Aku lupa." Bad sudah mencipta helah.

Aryan buru-buru menarik tangan Bad. "Kau nak gi mana? Tunggulah sini," bisik Aryan. Ditekan suaranya.

"Ala, kau ni. Aku nak jumpa Abang ZDlah." Bad terus berdesup keluar tak hiraukan panggilan Aryan. Selamat! Pandai-pandailah Aryan hadap sendiri. Ini idea dia, kan!

***

Beberapa hari yang lalu di markas ZMA. "Aku rasa dekat sini jelah kita patut bincangkan strategi ni. Dekat office kita jangan buka cerita langsung tentang hal ini. Kita buat relax, seolah-olah kita tak terpengaruh apa-apa," kata Aryan. Berhadapan Zahaedy dan juga Bad, mereka berbincang mengenai strategi berikutya.

"Macam mana dengan Puteri? Kau dah beritahu dia?" Zahaedy mengajukan pertanyaan.

"Belum! Aku tak berani berdepan dengan dia sebelum aku berjaya membawa Maleeq pulang bersama. Pasti dia akan sangat kecewa."

Zahaedy termangut faham. "Lalu, apa rancangan kau lepas ni? Macam mana kita nak bawa balik dia?"

"Macam ni! Aku kena pergi ke sana semula, tapi dengan Bad," usul Aryan.

"Dengan aku?" Bad menyampuk bila namanya yang disebut.

"Correct! Dengan kau."

"Kau ada apa-apa plan menarik ke? Apa kena mengenanya dengan Bad?" Zahaedy tak cukup clear dengan usul Aryan.

"Bukan macam tu. Kau tahukan yang dia tak nak berjumpa siapa-siapa termasuk aku? Tapi, aku rasa dia okey kalau dengan Bad."

Merujuk penjelasan dari Adam tempoh hari bahawa Maleeq cuma mahu bercakap dengan Hanna dan Adam sahaja, Aryan mempunyai satu idea. Memandangkan muka Bad adalah sama dengan Adam, ada baiknya jika dia gunakan Bad untuk pujuk Maleeq. Bijak, bukan?

"Tapi kenapa aku?"

Aih, si Bad ni pun. Setuju jelah, buat apa nak kena tanya-tanya bagai. Ish!

Aryan freezing sesaaat takut terlepas cakap. Dia belum bersedia memberitahu sebabnya kerana sudah terlanjur berjanji pada Adam untuk tidak membuka cerita kepada Bad. Pasal si kembar dua ekor ni, tak pasal-pasal Aryan yang kena jadi orang tengah. Haish!

"Kau janganlah banyak tanya, Bad. Kau boleh ke tak ni?" gesa Zahaedy.

Lega Aryan bila Zahaedy yang tolong desak si Bad. Biasanya dengan Zahaedy budak ini tak berapa banyak songeh.

"Er... Bila nak ke sananya?" Bad tiada pilihan selain bersetuju.

"Hujung minggu ni. Kau dengan Aryan saja pergi berdua. Aku minta maaf tak dapat nak teman kau orang. Tarikh operation isteri aku sudah semakin dekat. Aku tak boleh travel dah sekarang. Risau nak tinggalkan dia."

Faham! Aryan dan Bad sangat faham dengan keadaan Zahaedy. Kandungan Puspa kini sudah semakin sarat dan hampir mendekati tarikh persalinan.

Dengan komplikasi yang Puspa alami, kaedah pembedahan perlu dijalani yang meletakkan diri Puspa kepada risiko besar. Sudah semestinya Zahaedy sedang tertekan saat ini. Jadi Aryan dan Bad tak mahu membebankan lelaki itu.

Hari ini, Puteri telah muncul di pejabat secara tiba-tiba. Hilang pedoman Aryan beberapa saat. Sudahlah si Bad tu terus melarikan diri. Jadi dia seorang sajalah yang kena menghadap Puteri? Mati!

"Er... Puteri! Terkejut saya. Bila sampai?" Aryan berbasa-basi. Telah berdiri menyambut kedatangan Puteri.

Puteri pula sudah berpeluk tubuh memandang Aryan. Sakit hati dan geram. Boleh-bolehnya Aryan sempat main game di pejabat, sementara khabar tentang Maleeq masih tak ada hujung pangkalnya.

"Apa cerita ni, Aryan?" soal Puteri. Serius!

Aryan menyeringai sambil menggaru kepala. "Ce, cerita apa ya?"

Cerita apa dia kata? Dia ingat Puteri datang ni nak dengar cerita kisah Dayang Senandung ke? Mestilah nak tagih penjelasan tentang suami dia. Dah tak siuman ke apa budak si Aryan ini?

"Aryan dah jumpa dia ke belum? Apa cerita? Betul ke dia Abang Mike?" Terus ke pokok pembicaraan, Puteri tak ada masa nak main kona-kona lagi.

"Okey! Macam ni, Puteri duduk dulu. Biar saya jelaskan."

"Cukup, Aryan! Jangan berbelit-belit boleh tak? Aryan jumpa Abang Mike ke tidak? Puteri cuma nak tahu itu je." Mendesak nak tahu sehingga air matanya turut tumpah. Wajah itu suram kembali.

Boleh bayangkan betapa tersiksa jiwa wanita itu menanti suaminya yang tak kunjung kembali. Setiap saat dia hitung mengira perjalanan waktu, berharap waktu yang paling dinanti itu akan tiba, iaitu kepulangan suami ke pangkuannya. Walaupun hakikat yang perlu diterima hanyalah sekadar khabar duka, mungkin dia sudah reda. Namun, adakah dia sudah benar-benar bersedia?

Aryan automatik terkaku melihat air mata yang tumpah di wajah wanita itu. Remuk jiwanya melihat kesedihan di wajah Puteri. Wajah yang dulunya cantik serta ceria, kini sudah hilang seri apabila mendung terus menerus menyelimuti harinya. Apa yang patut Aryan lakukan sekarang?

"Bagitahu Puteri, Aryan. Adakah yang Aryan temui itu adalah Abang Mike atau bukan? Puteri cuma nak tahu, adakah suami Puteri masih hidup, atau sudah..."

"Bukan!"

Puteri mengangkat wajahnya laju. Air mata yang mengalir juga sudah terhenti. Dia melotot menatap Aryan bila terdengar sebait jawapan yang ringkas berusan. "Apa? Apa Aryan kata?"

"Dia bukan Maleeq. Dia tak sama." Terpaksa! Terpaksa Aryan menipu supaya Puteri berhenti berharap. Tujuannya adalah, dia tak mahu rancangannya gagal hanya gara-gara Puteri yang terlalu ingin tahu.

"Tipu! Aryan tipu. Puteri pasti itu Abang Mike."

"Tak, Puteri. Betul! Mukanya memang hampir mirip, tapi dia bukan. Tapi Puteri jangan risau, saya dan team akan teruskan pencarian sehingga dia ketemu. Percayalah pada saya. Tolong!"

"Lambat! Balik-balik itu saja yang Puteri dengar. Kau orang ni buat kerja ke tidak hah?"

"Puteri, tolonglah bawa bertenang dulu."

"Cukup!" Puteri sudah kehilangan kesabaran. Dia tak mahu mendengarkan penjelasan Aryan lagi.

"Kau orang memang tak boleh diharap. Kalau begitu, biar Puteri sendiri yang ke sana cari dia."

"Alamak! Puteri, tunggu. Puteri tak boleh ke sana. Puteri sedang hamil, kan?"

"Siapa kesah? Puteri akan cari suami Puteri sendiri. Kalau kau orang tak nak usaha, Puteri tak peduli."

Aryan tak dapat menahan Puteri bila wanita itu terus keluar begitu saja. Aryan mengeluh! Aduh, kacau. Macam mana Puteri boleh tergerak hati datang kemari? Lalu bagaimana dengan plan? Nampaknya Aryan kena ubah strategi. Masa sudah suntuk, dia tak boleh berlengah lagi.

"Puteri, tunggu!"

Aryan terpaksa mengejar Puteri yang sudah meluru keluar. Dia tahu isteri si Maleeq itu jenis keras kepala dan tak akan mendengar penjelasan siapa-siapa. Buatnya dia betul-betul terbang ke Sabah sorang-sorang tak ke lagi satu hal. Nak tak nak Aryan kena berbincang sekali lagi. Tapi tulah, di office ini memang kurang sesuai.

Sepasang mata sedang memerhati. Kelibatnya hilang sebaik Puteri sudah keluar dari ruangan pejabat Aryan. Tak siapa dapat mengesan kehadirannya memandangkan dia seperti staf-staf yang lain. Dia sudah selamat beredar.

***

"HELLO, Bad! Kau dekat mana?" Rasanya hari ini dari pagi Aryan tak melihat kelibat si Bad. Di office mahupun di rumah, tak kelihatan batang hidungnya. Mana pergi budak ini?

"Hello, Yan. Aku baru sampai Langkawi ni. Kenapa?"

"Apa?"

"Aku dapat tugas mengejut dari atasan suruh ke Langkawi hari ini juga," jelas si Bad.

"Atasan mana? Siapa yang suruh kau?"

"Ala, aku nanti dah balik aku bagitahulah."

Aduh, kacau. Masa inilah si Bad ni ke Langkawi bagai. "Bad, kau tahu tak yang kita kena pergi ke Sabah?" kata Aryan.

"Lah, kau kata hujung minggu kan? Sempat lagi, aku dua hari je dekat sini."

"Masalahnya kita kena pergi hari ini."

"Hah? Kenapa pula?"

Kenapa? Haish, si Puteri tulah nekad nak ke Sabah juga. Suruh tunggu sampai hujung minggu dia tak mahu dengar. Dia kata mahu pastikan sendiri. Dia nak tengok dengan mata sendiri orang yang ditemui tersebut adakah betul Maleeq atau bukan.

Aryan tiada pilihan bila Tan Sri menugaskan dia untuk menemani Puteri yang berkeras mahu pergi. Rancangan mahu membawa Bad juga tak dapat diteruskan. Plan berubah jauh dari rancangan. Kacau!

Puteri sendiri tak mahu dibawa berbincang. Dia perlu memastikan adakah orang itu suaminya atau bukan. Benar dia sudah mencuba meletakkan hati utuk lebih reda untuk mendengar penerangan Aryan. Tetapi hatinya tetap tak puas dengan penjelasan itu.

Mana boleh Aryan terus memberi kata putus bahwa itu bukan Maleeq? Kalau betul sekalipun Puteri mahukan bukti. Bukti gambar atau sebagainya, tetapi Aryan gagal menunjukkan.

Bermakna penerangan Aryan agak meragukan. Mahu tak mahu Puteri kena turun sendiri dan melihat dengan matanya. Barulah dia boleh percaya jika orang itu benar-benar bukan Maleeq.

"Abang! Gerak hati ini kuat mengatakan bahwa itu memang benar abang. Jika abang masih selamat, abang tunggu Puteri ya. Puteri akan datang dan jemput abang. Demi anak kita, abang tolong bertahan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience