25: PROJEK RAHSIA

Romance Series 889375

LELAKI muda itu termenung seorang diri menatap skrin telifon di tangan tanpa berkedip. Kesayuan jelas terlihat dari rona wajah seakan memendam rindu yang tak berpenghujung.

Dia seorang hacker ulung. Sekadar maklumat serta nombor telifon seseorang sudah tentu baginya terlalu mudah untuk mendapatkan.

Ya! Bad telah berjaya mendapat nombor telifon kembarnya, Adam. Namun hati ego telah melarangnya untuk menghubungi lelaki yang dilahirkan lima minit setelah dirinya tersebut.

Nombor sudahpun disimpan ke dalam contact list. Bad lantas mencari ruangan chat di aplikasi WhatsApp. Dapat!

Terlihat profile photo seorang pemuda yang mirip dengan dirinya. Dia adalah Adam, kembarnya.

Bad menghela nafas yang terasa ketat di dada. Gambar itu masih ditatap tanpa berkedip. Hati di dalam mengatakan bahawa dia amat merindu. Namun jiwa kerasnya gigih menidakkan. Sifat ego masih berkuasa di hati sehingga menutupi rasa sayang terhadap satu-satunya darah daging yang dia ada.

Bagaimanapun Adam yang memutuskan untuk meninggalkannya dulu. Sementara dia tidak sedikitpun cuba melarang lantaran masing-masing dibakar api amarah. Kini setelah sekian lama, jujur dia tak tipu yang dia amat rindukan Adam.

"Adik! Kalau aku teks kau, agak-agak kau balas tak?" Bad bermonolong.

Masih berkira-kira mahu menghantar pesanan ringkas. Jari sudah menekan ruangan chat, namun buru-buru Bad berpatah balik.

Telifon ditutup skrinnya dan telangkupkan di atas meja. Nafas berat dihela kembali kedengaran. Bagaimanapun dia masih mempertahankan perasaan ego itu. 'Bukan aku yang halau kau, kau yang nak pergi sendiri. Lagipun aku abang. Kaulah yang kena minta maaf dulu.'

Begitulah perasaan yang berkecamuk dalam hati Bad selama ini. Rasa rindu dan ego saling berperang cuba mempertahankan diri. Ianya membuat Bad serasa lunglai tidak berdaya. Apa yang harus dilakukannya kini ialah, melupakan semua itu. Bad sudah bertekad!

MANAKALA di pejabat ketua pengarah, Tan Sri Baharudin sedang berbincang sesuatu yang mustahak berdua sahaja dengan Zahaedy. Entah kenapa Tan Sri tak mahu berbincang dengan yang lain tapi hanya dengan Zahaedy sahaja. Waimma menantunya sendiri yang sepatutnya lebih layak, tetapi tidak. Tan Sri tidak mengajak Maleeq untuk berbincang sekali.

"Ayahngah tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di sini, ZD. Tapi ayahngah rasakan ada sesuatu yang tak kena. Ayahngah tak mahu meletak tuduhan melulu, tapi ayahngah nak kamu periksa lebih telus. Arahkan Bad dan Aryan secara rahsia. Tapi kamu tak perlu beritahu Maleeq," titah beliau.

"Baiklah, ayahngah! Saya sendiri memang sejak awal lagi sudah mencium kejanggalan tersebut. Seseorang sedang menjalankan projek secara rahsia di suatu tempat yang belum diketahui. Saya dan team akan merungkai kegiatan tersebut seperti biasa. Tapi saya akan sedikit kesukaran tanpa campur tangan Maleeq," kata Zahaedy.

Tan Sri menghela sebentar. "Ayahngah tahu! Tapi kamu pun tahu kan dia itu macam mana. Pasti dia akan turun padang sendiri bila ada kes-kes seperti ini. Ayahngah risau dia akan kerap tinggalkan isteri dia yang sedang hamil. Anak ayahngah tu, sudahlah sikit punya mengada. Suami dia jelah yang boleh handle. Jadi ayahngah harap, kamu tak perlu libatkan Maleeq dalam hal ni. Boleh?"

Zahaedy akhirnya faham. "Kalau begitu kata ayahngah, saya tak boleh berbuat apa-apa selain menuruti. Tapi saya tak berani jamin kes ini tak akan jatuh ke pengetahuan Maleeq. Dia itu memiliki deria yang tajam serupa deria anjing. Saya memang angkat tangan kalau dengan dia tu."

Tan Sri tergelak santai. "Ayahngah faham itu. Cuma kalau boleh kamu elakkan daripada dia mengetahui. Apa lagi esok, dia akan menggatikan ayahngah menghadiri meeting di Kota Kinabalu. Ayahngah cakap tak perlu, tapi dia kata tak apa. Nasiblah hanya satu hari saja. Tidaklah kena tinggalkan isteri dia lama-lama."

Zahaedy mengangguk menyetujuinya. "Baiklah, ayahngah. Saya akan berusaha menjaganya daripada pengetahuan dia. Ayahngah jangan risau."

Petang itu Zahaedy pulang ke rumah dengan fikiran tak tenteram. Mengingat perbincangan dengan Tan Sri tadi membuat hatinya kurang nyaman. Memang dia sudah dapat menghidu akan kepincangan yang berlaku. Dia baru sahaja hendak membincangkan dengan Maleeq tetapi rupanya Tan Sri tak mahu Maleeq tahu.

Lalu bagaimana dia hendak melakukan siasatan tanpa campur tangan Maleeq? Dia tahu Aryan dan Bad sudah cukup mampu, tetapi keterlibatan Maleeq jauh akan lebih membantu.

Zahaedy buntu mencari solusi. Bagaimanapun dia perlu pulang ke rumah bertemu anak dan isteri.

"Assalamualaikum!"

"Surprise!"

Terkejut Zahaedy. Salamnya ternyata dijawap dengan jeritan surprise.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to papa. Happy birthday to you!"

Puspa bersama Naurah sudah menanti di ruang tamu dengan membawa kek harijadi yang sudah dinyalakan lilinnya. Dia terkedu dan hampir menitikkan air mata.

Buru-buru dia hampiri isteri dan anaknya lantas diberi ciuman bergilir-gilir. Manalah sempat dia mengingat hari ini hari apa. Kesibukan bahkan membuat dirinya lupa akan tarikh-tarikh penting.

"Birthday papa ke hari ni? Papa tak ingat langsung," katanya. Sudah selamat duduk di sofa usai meniup lilin di atas kek.

"Iyalah, papa. Umur papa dah bertambah satu. Papa dah semakin tua. Hihihi," kata si kecil Naurah.

"Hei! Mana ada tua? Papa handsome lagi, okey! Kan mama, kan?"

Puspa tersenyum kecil membiarkan bibir hangat lelaki itu menyentuh pipinya.

"Thanks, sayang. Ingat je sayang dengan birthday abang, kan?"

"Orang lelaki memang akan kerap lupa, kerana tanggungjawap mereka jauh lebih besar. Saya di sini sebagai isteri, akan sentiasa ada untuk mengingatkan jika abang terlupa."

Terharunya Zahaedy mendengar tutur lembut wanita itu. Puspa lalu dirangkul dibawa ke dalam pelukan. "Thank you, bidadariku. Abang tak tahu macam mana nak jalani hidup tanpa sayang di sisi abang."

"Papa! Cepatlah potong kek ni. Naurah tak sabar nak makan."

Aih! Sampai lupa nak potong kek. Potong betullah budak ini. Baru nak sweet-sweet dengan mama. "Iyalah, iyalah papa potong. Kacau je dia."

Kek lalu mula dipotong. Disuapkan buat si kecil terlebih dahulu, baru kemudian untuk isterinya. Tapi sayang, Puspa menolak.

"Maaf, abang. Abang dengan Naurah aje yang makan ya. Saya dah start puasa," kata wanita itu.

Terus muram wajah Zahaedy yang tadinya ceria. Baru dia teringat bahawa isterinya tidak boleh mengambil makanan manis berlebihan. Tambahan pula esok pagi Puspa perlu menjalani ujian darah. Jadi mulai 7:00 pm Puspa sudah tidak disarankan menyentuh sebarang makanan.

Zahaedy merunduk sayu. Kek tak lagi disuap ke mulut. Terkenang akan keperitan yang Puspa harus jalani demi zuriat di dalam rahim wanita itu. Bahkan nyawa isterinya juga turut terancam jika tidak mengindahkan nasihat doktor.

Sayu Zahaedy merenung Puspa. Meski wanita itu tersenyum padanya namun dia tak mampu mebalas. Jiwanya kini sedang diguncang sejuta kerisauan. Malah seakan dia takut untuk menhadapi hari esok.

Kandungan Puspa sudah semakin sarat dan tinggal menunggu hari. Manakala masalah di pejabat juga bertambah rumit dan menjadi-jadi. Zahaedy jadi tertekan.

"Abang! Abang okey ke?" Melihat sikap siaminya yang diam tak bersuara, Puspa juga menjadi bimbang.

Zahaedy tak banyak bicara lantas membawa Puspa ke dalam pelukan lagi sekali. Esakan halus turut terdengar menyaingi emosi. "Sayang janji pada abang, sayang akan bertahan. Please!"

Puspa senyum lantas membalas pelukan suaminya. "Abang! Saya tak apa-apalah. Abang janganlah macam ni. InsyaAllah segalanya akan baik-baik saja."

Barulah Zahaedy melepaskan pelukan serta mengatur emosi kembali stabil. Tak tahu kenapa bila terfikir pasal itu jiwanya akan terus menjadi lemah. Air mata juga terlalu mudah untuk keluar. Sedangkan Puspa sendiri jauh terlihat lebih tegar berbading dirinya.

"Abang tahu tak? Makngah Zakiah pun macam saya juga dulu sewaktu mengandungkan Puteri. Sama juga komplikasi dan bersalin secara cesar. Alhamdulillah okey je."

Ya! Zahaedy tahu. Memang ramai wanita mengandung di luar sana yang mengalami masalah kesihatan seperti Puspa. Bersalin cesar berkali-kali tapi mereka masih mampu survive sehingga ada empat orang anak.

Tetapi, bagi orang yang punyai pengalaman buruk di masa lalu, tentu ianya akan meninggalkan kesan traumatized yang agak mendalam.

Dan kalaulah Puspa tahu betapa suaminya itu takut akan kehilangannya sepertimana dia kehilangan Rania dulu, Pasti Puspa tak akan berbicara seperti itu. Perasaan trauma itu hanya yang mengalami sahaja yang tahu.

***

"ABANG! Abang pasti ke akan pergi esok?"

Tak tahu kenapa hati Puteri terasa berat mahu melepaskan suaminya terbang ke Sabah esok. Padahal bukan tak biasa ditinggalkan outstation. Lagipun Maleeq hanya satu hari sahaja di sana. Ahad siang berangkat, Isnin petang sudah terbang semula balik KL.

Mungkin sebab ini kali pertama mahu ditinggalkan suami sejak dia disahkan mengandung. Kandungan sudah berusia 11 minggu. Dia mahu suaminya sentiasa ada di sisi.

"Sayang doakan saja abang supaya selamat pergi dan pulang. Sayang jangan risau, abang tak lama pun di sana. Tapi abang perlu selesaikan satu kerja, demi masa depan career dan syarikat keluarga kita," jelas Maleeq.

"Tapikan daddy kata tak apa."

"Itu sebab daddy tak nak susahkan abang. Padahal abang tak rasa disusahkan pun. Sayang dengar sini, meeting kali ini penting untuk career abang sebagai bakal pengganti daddy. Abang tahu daddy meletakkan harapan tinggi pada abang. Sebab itu abang perlu memberikan yang terbaik. Sayang sabar ya!"

Puteri akhirnya tak dapat berbuat apa-apa selain pasrah. Sebagai isteri, dia perlu memberi sokongan pada karier suaminya. Doakan suami agar sentiasa berada dalam lindungan Tuhan serta dijauhkan dari segala malapetaka.

"Nak bekal!" Maleeq mula meleretkan jari telunjuk pada badan isterinya. Mulai dari bahu hingga ke paha. Tak lupa sengihan miang ditayang sekali.

"Apa bekal-bekal?" Puteri jual mahal.

"Ala, cepatlah, sayang. Tak payahlah jual-jual mahal. Baby kita tu mesti rindu nak jumpa papa dia."

"Hari-hari jumpa pun rindu ke?"

"Mestilah! Abang kenalah rajin melawat anak kita. Mana tahu tak cukup telinga lagi ke, tak cukup hidung ke. Abang kenalah topup."

Ish! Nakal betul. Ada-ada saja helahnya. Nak melawat babylah, apalah. Tak ada apa yang dapat Puteri lakukan selain merebahkan tubuh, pasrah. Biarkan suaminya melakukan hal yang dia mahu.

Bagi Maleeq pula, kalau Puteri boleh guna alasan baby untuk mengidamkan benda yang bukan-bukan, maka dia juga harus menggunakan helah yang sama untuk dapat berasmara dengan isterinya tiap-tiap hari. Biasalah, papa nak melawat baby, kan!

"Mommy duduk diam-diam, okey! Papa buat slow-slow. Assalamualaikum, baby. Papa datang ni."

"Abang..."

"Yes, mommy? Sedap?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience