41: MENJADI ORANG TENGAH

Romance Series 889312

AWAL pagi Adam sudah tercongok di depan rumah Hanna buat menjemput Maleeq. Bersama EX5 lapuk kepunyaan Adam, mereka lalu berangkat ke bengkel bersama-sama. Sudah beberapa hari Maleeq mula bekerja. Rajin pula dia.

"Siapa yang suruh dia bekerja tu, Hanna?" Najwa bertanya.

Makin elok pula kelaku budak itu lama-lama. Dah tak lagi kuat berontak macam dulu. Kelakuannya sekarang sudah seperti orang normal. Siap bekerja di bengkel Adam lagi.

"Tak tahulah, ibu. Tapi semenjak Adam bawa-bawa dia keluar ni, dia semakin okey pula."

"Itulah, elok pulak dah sekarang. Baguslah kan. Mudah-mudahan dia cepat ingat dan balik pada keluarganya."

Muka Hanna terus berubah. Tetapi dia buru-buru selindungkan kerna tak mahu sehingga ibunya perasan. "Ibu, Hanna minta diri dulu. Nak pergi kerja."

"Haa, iyalah. Elok-elok." Najwa biarkan tangannya dicium oleh Hanna. Diperhatikan anaknya mula berlalu. Najwa melepaskan keluhan setelah Hanna selamat keluar.

Sebagai ibu, Najwa tak buta untuk sekadar menyedari akan riak wajah Hanna yang berubah apabila dia menyinggung soal keluarga Maleeq. Najwa tahu yang anaknya sedang menaruh hati pada pemuda itu. Sebab itulah dia berkata demikian, supaya Hanna mulai membuang jauh-jauh apa saja perasaan terhadap Maleeq.

Buatnya benar lelaki itu sudah berumahtangga, siapa juga nanti yang akan terluka bila Maleeq sudah dapat mengingat keluarganya semula.

Sebelum perkara itu terjadi, Najwa perlu menyedarkan Hanna supaya tidak menaruh apa-apa harapan. Kita tolong orang tu sehingga sembuh saja. Jangan ada ada simpan apa-apa keinginan di sebaliknya. Semoga Hanna segera sedar diri.

***

SUDAH beberapa hari Maleeq mula bekerja dengan Adam. Pada awalnya dia kekok dan sedikit canggung. Tetapi dia jenis rajin berusaha. Maka dengan sedikit tunjuk ajar yang Adam berikan, lama kelamaan Maleeq pun mampu melakukannya sendiri.

Seronok Adam. Tertolong juga kerjanya. Ternyata lelaki ini seorang yang rajin dan ringan tulang. Adam tak lagi keseorangan membuat kerja. Ada juga member boleh ajak berbual.

"Hello, Aryan. Adam ni." Tak pakai salam dah. Lupalah tu.

"Ha! Ya, Adam. Ada perkembangan apa?"

"Aku nak bagitahu. Maleeq sekarang dah bekerja dengan aku dekat bengkel."

"Iya ke? Bagus-bagus. Dia ada tunjukkan apa-apa respon positif tak? Macam dia ingat sesuatu ke?"

"Buat masa ni tak ada. Tapi, dia adalah juga cakap yang dia dah mula segan dengan Makcik Najwa dan Hanna. Aku cakap kat dia, aku tak mampu bagi gaji, tapi dia kata belanja makan pun tak apa. Janji dia tak lagi menyusahkan keluarga Makcik Wawa."

Aryan tersenyum perlahan. Gembira mendengar perkembangan baik yang Adam sampaikan. Walaupun Maleeq masih belum mampu mengingat apa-apa, tapi sekurang-kurangnya dia mula sedar bahwa Hanna bukanlah keluarganya.

"Okey, tak apa Adam. Kau bagi je dia gaji semampu yang kau boleh. Jangan risau, duit tu aku yang support. Janji kau perhatikan dia. Minggu depan aku turun sana."

Adam pun setuju dengan cadangan Aryan. Walaupun Maleeq kata cukup belanja makan saja, tetapi setiap kali habis bekerja, Adam akan memberi beberapa puluh ringgit sebagai upah.

Tidak tentu jumlah wang yang diberi memandangkan pendapatan harian berubah-ubah. Kalau dapat lebih, Adam pun beri lebih. Kadang-kadang boleh sampai RM50 Maleeq dapat. Alhamdulillah, dia seronok. Bolehlah buat tolong-tolong bagi belanja dapur pada Makcik Wawa.

Kondisi kesihatan Maleeq kini semakin pulih. Badannya juga mula berisi kembali. Muka yang kusam juga semakin berbinar. Jiwa yang selama ini terperangkap dalam kelam perlahan mula menemui cahaya baharu.

"Lahap dia makan, wei. Padahal nasi goreng kampung je hari-hari aku beli," lapor Adam.

Aryan ketawa di hujung talian. "Alhamdulillah. Okeylah tu, at least dia makan. Kau pun, belilah makanan lain pula. Janganlah asyik beli nasi goreng kampung je."

"Mana ada makanan lain sangat pun. Itu jelah yang ada. Adalah kadang-kadang aku beli nasi dengan tomyam. Dia kurang suka pula. Masam katanya."

"Tak apa, kau ikut je apa dia suka. Apa-apa, kau update pada aku."

"Okey, okey!"

Mereka hampir saja sepakat untuk menamatkan perbulan. Tetapi Aryan menahannya sebentar. "Hei, Adam."

"Apa?"

Aryan mula merangkai bicara. "Kau, memang tak nak jumpa langsung ke dengan kembar kau?"

Tersentap Adam. Sejenak dia kehilangan kata. Mengusap tengkuk yang terasa panas. "Kenapa kau tanya pasal tu?"

"Tak adalah, bukan apa. Kau dengan dia, sama-sama kawan aku. Kalau kau nak tahu, aku serumah tau dengan dia. Ada sampai satu masa aku tersasul sebut nama dia Adam. Korang betul-betul serupa. Confused aku dibuatnya."

Adam ketawa hambar. "Entahlah, weh. Aku sebenarnya malas nak bahas pasal ni."

"Ala, kau ni. Apa masalah kau orang ni hah? Adik beradik, kembar pulak tu. Tinggal dua orang je saling memiliki, lepas tu, berjauhan sebab berlainan pendapat. Tak rasa rugi ke hidup?"

Adam senyap tak menjawap. Tapi jujur dia mengaku, kata-kata Aryan sedikit sebanyak telah mengusik hatinya.

"Aku tak tahulah apa problem korang sampai korang pilih jalan ni. Tapi kalau setakat benda kecil tu, tak rasa sia-sia ke? Benda boleh bincang kot."

Adam masih senyap. Penat Aryan membebel. "Hoi! Kau dengar tak?"

"Dengar!" Dah kena 'hoi' baru nak jawap.

"Dengar, dengar. Apa guna dengar kalau tak ambil perhatian? Eh, dahlah. Apa-apa jelah korang ni. Hal korang, malas aku nak campur."

"Mekasih atas nasihat kau, Aryan!"

"Emm, yelah! Ada mesej masuk ni. Aku letak fon dulu."

"Ok, ok!"

Aryan buru-buru memeriksa pesanan ringkas yang masuk setelah perbualan dengan Adam ditamatkan. Haih, tak pasal-pasal jadi tukang nasihat pula hari ini.

'Assalamualaikum! Aryan sibuk ke?' -Puan Sri Zakiah.

Aryan lalu menaip balasan. 'Waalaikum salam. Tak sangat, Puan Sri. Kenapa ya?' Tak biaa-biasanya isteri Tan Sri ini menghubunginya. Selesai Aryan menghantar balasan, telifon langsung berdering. Aryan pun angkat.

"Aryan, aunty nak minta tolong boleh?" soal Puan Sri Zakiah di dalam telifon.

Aunty? Bingung Aryan nak jawap. "Err, apa dia, Puan Sri?"

"Tak payalah panggil Puan Sri. Panggil Aunty je, lebih mesra."

Pulak? Aduh, segan!

"Ni, si Puteri ni ada appoinment jumpa doktor. Aunty tak dapat nak hantar, driver tak ada. Aryan boleh tak hantar dia? Dia dengan aunty ni sekarang dekat kedai."

Sekejap Aryan garu kening. Boleh tu boleh je, tapi kenapa dia tiba-tiba jadi gugup?

"Err, boleh aunty. Sekejap saya ke sana."

"Thank you, Aryan. Sekejap aunty bagitahu Puteri suruh siap-siap ya."

"Baik, aunty."

Huh! Kena hantar Puteri jumpa doktor? Baiklah. Nampaknya ini tugasan baru. Walaupun sebenarnya itu adalah tugas Maleeq selaku suami, tapi tak pasal-pasal dia pula yang kena hadap sekarang.

Tak apa, dia akan lakukannya untuk Maleeq. Kesusahan Maleeq adalah kesudahan dia juga. Keluarga Maleeq adalah keluarga dia juga. Tapi isteri Maleeq... Ugh, jangan! Jangan fikir bukan-bukan.

***

PUTERI sudah selamat masuk ke bilik rawatan sementara Aryan menunggu di depan. Duduk di kerusi menunggu, dia sedang berbalas chat dengan Adam. Tapi si Bad pula interrupt. Dan-dan tulah dia nak mesej juga.

Jadinya sekarang ni, dia sedang berbalas chat dengan sepasang kembar serupa yang duduk berjauhan lah, ya? Benar-benar bikin Aryan bingung dan hampir tersasul. Dapat bagi berjumpa dua ekor ni, elok kasi hantuk kepala dua-dua sekali. Geram! Penatlah jadi orang tengah ni. Haish!

"Encik!"

Aryan medongak. Seorang misi telah keluar dari bilik doktor lalu menegur dirinya. "Iya?"

"Isteri encik sedang melakukan imbasan 3D ultrasound. Rugi kalau encik tak turut menyaksikan sekali pergerakan bayi di dalam. Mari!"

Aryan terpinga-pinga. Maksudnya, misi ini menyangka dirinya adalah suami Puteri?

"Eh, sekejap. Saya..." Aryan tak dapat berkutik lagi bila misi itu mengajaknya terus masuk. Akhirnya Aryan menurut. Dia membuntuti dari belakang.

Tiba-tiba gemuruh dadanya ketika memasuki bilik tersebut. Beginikah perasaan bila menjadi suami saat meneman isteri check-up? Berdebar, gemuruh, risau semua ada.

Aryan kemudian dipersilan duduk berhadapan dengan doktor. Mujur saja proses imbasan sudah selesai dijalankan. Jika tidak, sia-sia nanti dia cuci mata bila ternampak aurat Puteri. Aryan mengeluh lega.

Puteri telah selesai diperiksa lalu dipersilakan duduk. Bersebelahan Aryan, kerusi disediakan untuknya melabuhkan punggung. Puteri melirik pada Aryan terasa janggal. Kenapa dia masuk sekali?

Di pihak Aryan pula turut merasakan hal yang sama. Sungguh ini sangat awkward. Apa dia hendak cakapkan lepas ni? Pengalaman jadi suami pun tak pernah, inikan pula meneman isteri jumpa doktor. Aryan hanya mampu menggaru kepala serba salah.

"Baiklah. Encik, Puan. Ini adalah rakaman 3D ultrasound yang kita lakukan sebentar tadi. Suami puan mungkin tidak sempat menyaksikan secara langsung, jadi kita lihat rakaman pada skrin ini saja ya," ujar sang doktor.

Sekali lagi Aryan terkedu. Matanya tidak berkedip menyaksikan pergerakan bayi yang terpapar pada skrin monitor. Pengalaman seperti ini, amat langka dalam hidupnya. Bahkan belum terfikir pun untuk itu.

Tetapi dengan menyaksikan bayi Puteri yang bergerak-gerak dengan lincah, ia sungguh menyentuh perasaannya. Aryan mengamati dengan seksama sehingga sebak hampir menguasai emosi.

Penerangan doktor yang menjelaskan tentang usia bayi, ukuran panjang dan berat badan bayi tak lupa diberi perhatian sama. Aryan benar-benar hampir menangis.

'Maleeq. Kalaulah kau dapat saksikan sendiri anak kau sedang bergerak-gerak, pasti kau sangat gembira. Tapi tak apa, aku tolong gembira untuk kau. Anak kau sihat, lasak dan lincah macam kau. Aku harap kau cepat sedar, supaya kau tak terlepas untuk menyaksikan moment-moment berharga ini.'

***

SELESAI juga sesi check-up hari ini. Puteri pun dihantar pulang. Sepanjang perjalanan, wanita itu hanya berdiam diri sambil memandang keluar. Sementara tangannya mengelus perut yang semakin membesar.

Aryan mencuri pandang barang sekilas menggunakan ekor mata. Rasa simpati kian menebal melihat wajah cantik wanita itu tidak lagi seceria dulu. Kesihannya!

"Ehem! Puteri, nak balik ke kedai ke atau nak balik rumah?" soal Aryan.

"Balik ke kedai saja." Ringkas jawapan Puteri.

"Baik!" Aryan sambung memandu.

Tak lama, dilihat Puteri kembali mengelus perutnya sementara mukanya meringis seperti menahan sakit. Aryan curiga. "Puteri kenapa? Sakit ke?"

"Taklah! Dia cuma sedang bergerak."

Aryan membentuk miming 'O'. "Dapat rasa ke dia bergerak tu?" Tiba-tiba rasa nak tahu pula.

"Dapat! Even kita sentuh pun tangan kita dapat rasa pergerakan dia."

"Owh! Kerap ke dia bergerak?"

"Kerap juga! Terutama sekali bila saya tengah rindukan abang. Mungkin dia pun rindukan papa dia barangkali." Puteri merunduk kembali memandang perutnya.

Aryan tak lagi bertanya. Lebih tepatnya, dia tak ada soalan lagi. Cuma rasa simpati yang semakin meningkat membuatkan Aryan serasa ingin melindungi Puteri.

"Tak apa! Kalau pun papa tak ada, Papa Yan kan ada."

"Apa?" Puteri laju menoleh ke samping. Berkerut mukanya memandang Aryan.

Aryan pula seakan baru tersedar akan keterlepasan cakap. Dia tak punya maksud apa-apa selain mahu menghiburkan Puteri saja. "Errr, maaf! Maksud saya, anak Maleeq kan, sama macam anak ZD. Kiranya, anak buah sayalah. Macam Naurah juga. Naurah pun panggil saya papa. Papa Yan."

Lama Puteri terdiam tak memberi respond akan kata-kata Aryan. Membuat Aryan jadi termalu sendiri. Macam mana dia boleh terfikir nak cakap macam tu? Bodohlah kau ni, Aryan.

"Puteri, maaf tau kalau Puteri tersinggung. Saya, tak ada maksud apa-apa. Atau, kita lupakan saja ya. Anggap saya tak ada cakap apa-apa."

Oh, senang-senang kau cakap lupakan ya? Masa bercakap tak nak pula berfikir. Sengallah kau ni, Aryan. Batin tak henti memaki diri sendiri.

Sementara Puteri terus pilih mendiamkan diri. Mungkin baginya tak ada keperluan untuk memberi apa-apa tanggapan. Tak pula melarang, tak juga menyetujui. Kerana fikirannya masih kosong semenjak Maleeq pergi. Tak mungkin senyum itu akan kembali selagi Maleeq tiada di sisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience