34: NAMA SEBUTAN ITU

Romance Series 889375

"AWAK, mari sarapan dulu. Lepas ni saya nak pergi kerja." Hanna hampiri Maleeq yang baru keluar dari bilik. Dia lalu membawa lelaki itu duduk di meja makan untuk bersarapan.

Maleeq sendiri sebenarnya sudah boleh berjalan sendiri seperti biasa, namun masih belum mampu berkomunikasi dengan baik.

"Awak, kerja nurse?" soal Maleeq tika melihat Hanna sudah kemas dengan baju uniformnya.

Hanna tersenyum sambil mengisi nasi goreng ke dalam pinggan. "Awak tahu pasal kerja nurse?" soal Hanna.

Maleeq blur kembali dan termenung sesaat. Tak lama kemudian dia menggeleng.

"Jadi, awak ada ingat apa-apa tak?"

Wajah Hanna dipandang, lalu terdiam. Selepas itu dia menggeleng kembali.

"Okey, tak apa. Kalau macam tu, awak jangan fikir sangat dulu. Awak makan, lepas tu rehat di bilik. Nanti Adam datang sini teman awak. Saya nak pergi kerja dulu."

"Adam?" Maleeq bertanya. Buat kali pertama dia tertarik untuk bertanya akan nama seseorang.

"Iya, awak. Adam! Lelaki yang selalu datang sini tu. Nama dia Adam. Nama saya awak tahu tak?"

Dia kerutkan dahi dan cuba memberi jawapan namun gagal.

Hanna faham akan keadaan lelaki itu. Memorinya yang masih kosong seperti baru mahu terisi. Maka, Hanna perlu memperkenalkan dirinya sekali lagi.

"Kalau awak belum tahu, nama saya Hanna Mariyam. Tapi awak boleh panggil saya Hanna saja. Dan itu ibu saya. Puan Najwa! Orang-orang sini biasa panggil dia Makcik Wawa. Ikut awaklah awak selesa nak panggil apa."

Maleeq hanya menghadiahkan senyum tawar di bibir. Namun tidak dinafi, memorinya yang kosong kini perlahan-lahan mula terisi.

Hanna berasa lega akan hal itu. Niatnya untuk membantu adalah ikhlas. Amat sepadan dengan gelaran jururawat yang disandangnya. Sedia menolong sesiapa sahaja.

***

"PISHANG juga travel sorang-sorang macam ni. Si Bad tu bukannya nak ikut. Aku juga yang kena redah ke sini seorang diri. Aih!" omel Aryan. Baru sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang Kota Kinabalu.

Bukan merungut, tapi boring juga. Sudahlah dia kena menjejak ke daerah pedalaman. Maleeq seorang saja yang jenis hati kering tak kesah meredah bahaya sorang-sorang. Lepas tu tengoklah ni hah akibatnya. Aryan juga yang kena naik ke Sabah sendirian. Hurm!

Tapi bagaimanapun, Aryan perlu bertolak segera ke tempat yang dimaksudkan tersebut. Menggunakan pacuan empat roda yang telah disewanya, Aryan tak boleh membuang masa terlalu lama. Memandangkan dia hanya ada masa satu hari sahaja di situ, dia tak boleh berlengah-lengah lagi. Secepatnya dia bertolak ke lokasi yang telah diterimanya melalui WhatsApp.

Aryan sempat berhubung melalui chat pada nombor lelaki bernama Adam. Maka dari situlah Aryan mendapat maklumat serta alamat lengkap.

Okay! Ready to go.

Kereta dipandu sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak juga perlahan. Namun Aryan tetap berhati-hati memandangkan tempat itu belum pernah dijejaknya.

Aryan teruskan pemanduan sehingga hampir tiga jam lebih lamanya. Dia akhirnya tiba di sebuah perkampungan terpencil, sesuai dengan alamat yang diberi oleh Adam di dalam chat-nya.

Seketika mata Aryan terpukau oleh keindahan pemandangan di kampung tersebut. Nyamannya! Udaranya bersih dan bebas dari polusi. Pemandangan sekeliling yang menghijau telah mencuri perhatiannya. Aryan lalu memberhentikan kendaraan di tepi sebatang jalan kecil untuk menikmati keindahan alam semula jadi buat seketika.

Jarang-jarang kot dapat menikmati pemandangan seindah ini. Inilah salah satu sebab kenapa dulu dia beriya meminta Maleeq membawanya sekali ke Sabah. Kat Sabah banyak tempat-tempat cantik yang tak mudah dijumpai di KL. Akhirnya dia dapat juga merasainya.

Aryan mendepakan kedua tanganya serta menghirup udara segar itu sebaik dirinya telah turun dari kereta. Nikmatnya suasana ini. Meski kedatangannya kemari adalah bertujuan untuk mencari Maleeq, apa salahnya kalau dia mengambil sedikit peluang untuk menikmati alam semula jadi ini? Nanti balik KL jangan harap dahlah dapat merasai suasana sebegini. Betul juga tu!

Sebentar. Bunyi apa itu?

Aryan memasang pendengaran saat pancaindera itu menangkap sebuah bunyian seperti gemercik air. Dia mahu mencari akan punca bunyi tersebut. Macam best ja. Langkahnya perlahan-lahan dibawa sedikit demi sedikit. Bunyi itu kedengaran semakin kuat.

Woah... Sungai!

Terbuka mulut Aryan luas-luas dek kerama teruja melihat sungai terbentang di depan matanya. "Best gila," jeritnya.

Kesihan! Budak bandar, kan. Nampak sungai je, jakun pun sampai. Alahai!

Aryan buru-buru menuruni cerun kecil menuju sungai tersebut. Sampai di tepi sungai, lekas dia menanggalkan kasut yang bersarung di kaki. Kasut disimpan di tepi dahulu. Tanpa ragu-ragu, Aryan lalu mula menurunkan kaki ke dalam air.

"Sejuknya! Best gila. Ini kalau bawa Bad ni, mesti dia tak nak balik. Silap-silap mahu berkuak lentang budak tu kat sini. Rugi kau tak ikut, Bad." Sempat bermonolog mengumpat si Bad. Teruja sangat. Harap maklum saja.

Tak sah kalau tak selfie. Bukan selalu jumpa benda begini. Abadikan kenangan, tunjuk nanti pada kawan-kawan. Mesti mereka cemburu. Hahaha!

"Aagh! Aduh, aduh. Aauuch."

Teruja sangat punya pasal, dia terus menyusuri dasar sungai dengan kaki telanjang. Akibatnya dia mengeluh kesakitan apabila tapak kakinya terasa seperti terkena sesuatu.

Aryan lalu menyudahinya dan beralih pada batu besar. Aryan duduk sebentar sementara melihat apa yang terdapat pada kakinya.

"Waaargh, darah!" jerit Aryan.

Terdapat cebisan kaca telah tertancap pada tapak kakinya sehingga kaki itu darah. Sudah tentu perit sakitnya. Itulah, siapa suruh seronok sangat sampai tak ingat dunia. Kan dah cedera. Aryan, Aryan!

Dia cuba mencabut kaca yang tertancap. Sakit! Aagghh, nasib baik berjaya. Kaca sudah keluar dari tapak kakinya. Tapi pendarahan pula semakin menjadi-jadi.

Adui! Siapalah yang buang kaca dalam sungai ni? Tak bertanggungjawap langsung! Bahaya, tahu tak?

Dua pengajaran kita boleh ambil daripada kejadian ini. Pertama, jangan membuang sisa ke dalam sungai, terutama sekali benda tajam seperti kaca atau besi. Bahaya pada orang lain dan juga diri sendiri.

Kedua, jangan pandai-pandai main redah saja bila datang ke tempat bru. Seeloknya berhati-hati dan elakkan pergi bersendirian. Apa lagi tempat seperti sungai, sebaiknya elakkan dari menanggal alas kaki. Kita bukan boleh nampak apa yang terdapat di dasar sungai tu. Kan tak pasal-pasal dah cedera macam Aryan.

Okey! Berbalik pada Aryan semula. Aryan sudah memutuskan untuk meninggalkan sungai. Niak ke darat dengan terdengkot-dengkot. Pendarahan di tapak kaki semakin menjadi-jadi. Dia perlu menuju kereta untuk mencari first aid kit, mana tahu ada tersedia macam dalam kereta miliknya.

Malangnya, dalam kereta sewa itu tidak terdapat peralatan tersebut. Aryan mengeluh menahan sakit. Baru mahu berseronok, sudah dapat kecederaan.

Baru dia sedar, kedatangan dia kemari adalah untuk mencari Maleeq. Yang dia pergi berseronok sorang-sorang dah kenapa? Niat sudah lari dari landasan, itulah habuan dia.

Mahu tak mahu, Aryan terpaksa memandu untuk mencari pertolongan. Kalau jumpa gas station pun elok juga. Mana tahu ada jual first aid kit dekat situ. Dia teruskan saja memandu. Mujur kereta itu automatik. Jadi tidak perlulah dia menggunakan kedua kaki untuk mengendalikannya.

Agak jauh Aryan memandu, seperti sebuah mukjizat bila akhirnya dia tiba berhampiran sebuah bangunan. Alhamdulillah! Syukur tak lupa dipanjatkan. Bangunan di hadapan sana membuat mulutnya tersenyum lega. Perjalanannya hari ini harus berakhir di hadapan sebuah klinik desa. Stasion minyak yang diharap, klinik pula yang didapatkan. Syukur Alhamdulillah.

Tanpa berfikir panjang, Aryan lekas memarkir kendaraan di hadapan bangunan klinik sederhana itu. Dia keluar dari kendaraan dengan menyeret langkah yang terpincang-pincang.

Aryan segera masuk. Nombor giliran perlu diambil. Meski klinik itu kelihatan sunyi dan tidak ramai pengunjung, tetapi prosedur tetap perlu dijalankan. Aryan lalu duduk di kerusi besi buat menunggu panggilan.

Tak lama kemudian nombor gilirannya terpapar pada skrin. Aryan bingkas menuju bilik rawatan yang disediakan.

Lima minit dalam bilik rawatan, seorang doktor kini sedang memeriksa kecederaan di kaki Aryan. Darah masih tak berhenti keluar. Aryan meringis menahan sakit.

"Dalam juga luka ni. Terpijak kaca di mana?" tanya sang doktor. Luka lalu dibersihkan dengan kapas beralkohol.

"Dekat sungai, doktor. Entah siapalah yang buang kaca dalam sungai tu? Tak bertanggungjawap langsung."

"Okey, tidak apa. Mujur kamu cepat datang kemari. Kalau lambat takut nanti jangkitan. Sekejap lagi biar misi balut lukamu selepas saya kasi ubat ya."

"Baik, doktor." Aryan menurut saja.

"Hanna, bawa bandage kemari," panggil doktor pada penolongnya.

Seorang misi dilihat keluar dari bilik sebelah dengan membawa dulang stainless steel beserta alat-alat perubatan. Misi itu menghampiri ke tempat Aryan dan sedia merawat lukanya.

Aryan pula sedang cuba mengawal diri dari menunjukkan reaksi terkejut. Tapi sumpah, dia memang terkejut. Di, dia ke ni?

Seketika Aryan biarkan misi tersebut merawat kakinya yang cedera. Tekun merunduk tak dongak ke atas. Kalaulah misi itu tahu bahwa ada orang tengah nak usya wajah dia. Ish, betulah, macam dia.

Mustahil Aryan tak cam. Walaupun wajahnya belum dilihat betul-betul, tapi Aryan yakin dengan detik hati yang memberitahu bahawa wanita itulah rakan lamanya dulu.

"Yam?" Tak main agak-agak, Aryan terus memanggil dengan nama sebutan mesra itu.

Tak pasal-pasal Cik Misi pun terkesima. Setahunya tak ada orang lain yang menyebut namanya dengan panggilan itu melainkan... "Aryan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience