7: MISSION FAILED

Romance Series 889375

AMARAN!!! Chapter kali ini mengandungi scene suami isteri sedikit berat. Sila fikirkan dahulu sebelum meneruskan membaca. Saya sudah peringatkan ya. Selebihnya adalah tanggungjawap anda sendiri.

Bye bye...

"SAYANG! Nak tengok." Merengek macam budak kecik.

"Abang nak tengok apa?"

"Yang hari tu sayang tunjuk tu. Sayang kata tengok depan mata baru best, kan?"

Puteri faham apa yang Maleeq maksudkan. Mendadak mukanya menjadi keruh. Lalu buru-buru kedua lengannya disilang buat menutupi dada. Dia menggeser kedudukan agak menjauh. "No! Tak boleh," katanya.

"Ala, kenapa ni? Sayang yang kata hari tu boleh tengok. Sekarang tak nak bagi pulak." Dia mahu menuntut janji.

"Tak nak, nanti abang jadi gila."

"Yes, I'm crazy right now. It's because of you, sayang!" Suara lelaki itu sudah mula bergetar.

Puteri tambah geli hati melihatnya. Saja je dia buat-buat jual mahal. Nak tahu sejauh mana usaha suaminya itu untuk dapatkan apa yang dia 'nak tengok' sangat tu.

"Please sayang, I beg you. Nak tengok sikit je pun. Janganlah mungkir janji. Abang rogol nanti kang."

Puteri sudah tak tahan mahu ketawa. Tapi dia masih gigih tak nak bagi suaminya tengok. "I said no."

Ish, dia ni kan. Saja je nak bagi orang penasaran. Lagi Puteri buat macam tu, lagilah Maleeq tambah geram.

Lama-lama dia tak boleh tahan lagi, kedua pergelangan tangan Puteri direntap saja agar tidak lagi menutupi dada. Badan Puteri lalu ditolak jatuh ke atas tilam. Matanya bersinar-sinar melihat dada isterinya sudah membukit di depan mata.

Apa nak ditunggu lagi? Langsung saja dia tanggalkan butang sweater yang Puteri sedang pakai.

"Abang..." panggil Puteri. Lirih bunyinya. Sebenarnya dia juga tak tahan. Lebih-lebih lagi bila suaminya sudah menggila. Ingin rasa menyerahkan diri sekarang juga.

"Yes, honey?"

"What are you just doing?"

Maleeq angkat muka melihat ke wajah Puteri. "I'm just having my meal, sayang."

"Meal?"

"Yes, meal. The delicious milk. Yummy."

"Aaah... Abang..."

Akhirnya Puteri tak dapat berbuat apa-apa tatkala lelaki itu sudah meratah payudaranya. Dia merintih serta menggeliat, yakni menikmati sentuhan yang buat pertama kali dirasainya.

Pakaian dalam lalu ditanggalkan, sementara pakaian luar masih dibiarkan. Semakin lama sentuhan itu terasa semakin hangat, sehingga Puteri semakin asyik serta merangkul kepala suaminya.

Perlahan-lahan kakinya mula dibuka. Masih lengkap dengan pakaian tapi saja dibuka agak luas. Gairah asmara semakin membawa dirinya hanyut oleh sentuhan lelaki itu.

"Ahh, bestnya!" Setelah agak lama dalam keadaan itu, barulah Maleeq menyudahi perbuatannya. Sekian lama tahan rasa geram, akhirnya hari ini dapat dia tuntaskan. Puas hati!

Lelaki itu lalu merebahkan diri di sisi Puteri, macam kekenyangan gayanya. Nafasnya turun naik sedang cuba dikawal. Dia menoleh ke sisi lalu tersenyum. "Thanks, sayang. Abang puas sangat. Akhirnya dapat juga gigit benda tu."

Puteri balas tenungan itu. "Cukup?" tanyanya.

"Yes, cukup!"

"Betul, cukup? Tak nak lebih lagi?"

Maleeq ubah posisi menjadi mengereng. Dia ketawa kecil. Sambil-sambil itu tangannya sempat meraba milik isterinya yang masih terdedah. "Memanglah nak lebih, sayang. Tapi jangan dulu. Abang akan sabar menunggu sehingga masanya tiba. Yang penting dah dapat yang ini, abang rasa dah cukup puas."

"Really? Macam tu je abang dah cukup puas?"

Mendadak Maleeq jadi tak faham dengan kata-kata Puteri apabila wanita itu perlahan-perlahan bangun dari posisi.

Maleeq jadi tambah tegang tak mengerti tatkala Puteri seperti mengcopy perbuatannya tadi. "Sayang! Apa sayang nak buat ni?"

Puteri sudah naik ke atas badannya. Maleeq bertambah risau. Bahaya ni, bahaya!

"Jika abang boleh sesuka hati ceroboh baju Puteri, maka Puteri akan buat benda yang sama pada abang."

"Hah? Ja, jangan sayang..."

Puteri ketawa nakal. "Take the revenge."

"Aaah... Princess! Janganlah macam ni. Aaww..."

Jacket yang Maleeq kenakan telah direntap paksa oleh Puteri, selanjutnya T-shirt juga tak lupa dibuka. Maleeq tak dapat berbuat apa-apa lagi, pasrah membiarkan perbuatan isterinya.

Memanglah dia tengah bertahan daripada terbuat benda lebih, tapi bila isteri dah bertindak macam ni, dia serah diri jelah.

Oh! Sungguh nikmat disentuh oleh wanita kesayangan. Gejolak nafsu jadi naik hingga ke ubun-ubun. Kini giliran Puteri menjelajahi dadanya. Maleeq biarkan, malah turut keasyikan menikmatinya.

"Abang ingat tak masa abang bawa Puteri lepak di sungai dulu?" Puteri imbas kisah tatkala itu.

Maleeq pula sedang melacak memori. Ya, dia ingat.

Ketika itu mereka lepak di sungai tapi tak mandi. Hanya bermain-main air sahaja sehingga basah kuyup baju mereka. Puteri biarkan baju basah itu melekat di tubuhnya, manakala Maleeq sudah menanggalkan butang kemeja sehingga mendedahkan bahgian dadanya.

Tanpa sengaja Puteri ternampak, tapi cepat-cepat dia palingkan muka. Mak aih! Seksi gila mamat ni.

"Hei, Mr. Mike. Butanglah baju tu," tegur Puteri.

"Basahlah! Awak yang beriya simbah saya tadi."

Puteri masih buang muka. "Kalau iya pun tak payahlah tayang. Tutup cepat."

Maleeq ketawa. "Kenapa? Tergoda ke?"

Merah terus muka Puteri. Hati tiba-tiba berdebar lain macam. Jadi segan pula nak tengok muka mamat ni. Eeiii!

Tapi kini, lelaki itu sudah menjadi miliknya. Tubuh perkasa yang membuatnya berdebar ketika itu sudah berada dalam genggaman. "Abang tanya Puteri masa tu, adakah Puteri tergoda melihat abang? Ya, abang. Puteri tergoda. Abang terlalu menggoda."

"Oh, Princess!"

Akhirnya dua batang tubuh yang sudah separa terdedah itu telah melekat semula. Berguling-guling di atas tilam saling menumpahkan segenap perasaan. Kalau saja sudah tiba masanya, tentu mereka adalah sepasang mahluk yang paling bahagia.

"Sayang, macam mana ni? Kita dah terlalu jauh dah ni. Abang takut kalau sampai jadi apa-apa di antara kita. Macam mana abang nak jawap dengan daddy?" Bagaimanapun risaunya dia, Puteri tetap tak dilepaskan dari pelukan. Sedap begini nak dilepaskan? Sayanglah!

Dengan kedua lengan yang masih melilit di leher Maleeq, Puteri berbisik sambil sesekali mencium bibir suaminya. "Di antara kita sudah tak ada hijab lagi, abang. Puteri milik abang, luar dan dalam."

"Tapi... Boleh ke? Sayang tak kesah?"

Puteri senyum bibir dikuntum. Dia tahu suaminya masih ragu-ragu. Maka dia perlu bertindak terlebih dahulu.

Dia raba tubuh Maleeq dari dada hingga ke perut. Puteri mula menyentuh tali pinggang yang masih melingkar kemas. Didorong rasa yakin, perlahan-lahan kepala tali pinggang mula dibuka.

Maleeq sudah menggigit bibir sambil memejamkan mata. Dia sudah pasrah, apa nak jadi, jadilah. Nak kena marah dengan daddy pun dia dah sedia. Gejolak batin ini sudah tak mampu ditahan lagi.

***

Tan Sri Baharudin sudah tiba di atas. Dia yakin anak dan menantunya sedang berduaan di dalam bilik. Haish, budak-budak ni. Tak pandai sabar jadi orang. Orang dah kata sabar dulu, sabar dulu. Nak juga melanggar arahan. Tan Sri pun mula mengetuk pintu.

"Maleeq, Puteri. Apa kamu buat di dalam tu? Daddy tahu kamu berdua ada di dalam. Mari keluar cepat."

Jeda! Dia menghela nafas sejenak. Geramnya, lah.

"Maleeq. Puteri. Sudah, jangan lebih-lebih. Mari keluar cepat." Dia ketuk pintu lebih kuat. Geram betul dengan budak-budak ni. Dua minggu je lagi. Itu pun tak nyempat-nyempat.

Selepas panggilan kali kedua, akhirnya pintu mula terbuka. Beliau tergeleng-geleng. Apa nak jadi dengan dia orang ni? Dengan muka tak semenggahnya, rambut kusut masainya, baju dalam pun dah hilang entah ke mana. Jacket je yang tinggal. Haish!

Yang di dalam tu pun sama. Tak padan dengan demam, suami datang terus elok. Gelenyar!

"Sempat ke?" soal beliau. Tegas! Sampai tertunduk menantunya. Tulah, tak faham bahasa lagi.

"Tak! Tak sempat, daddy."

"Iyalah tu tak sempat?"

"Betul, daddy. Tak sempat."

Adui, malunya! Tadi bukan main kata, kena marah dengan daddy pun rela. Sekali bapak mertua sudah depan mata, terus kecut perutnya. Projek tadi sikit lagi nak terlaksana, terus terbatal serta merta. Berhuhu lah kau orang berdua.

"Baguslah kalau tak sempat. Bila masa kamu menyelinap naik ke sini hah? Haih, bukan lama dah pun. Dua minggu je lagi. Tak sabar-sabar," bebel Tan Sri.

"Maaf! Maaf, daddy."

"Sudah, mari turun. Mommy sudah siapkan minum petang di bawah."

"Baik, daddy. Tapi, saya nak bagitahu Puteri dulu sekejap."

"Hei, tak payah. Isteri kamu tu biar mommy uruskan nanti. Jumpa dekat bawah aje. Karang ada yang sambung kerja ni kang. Mari cepat."

Akhirnya Maleeq menurut perintah. Risau ayah mertua bertambah murka. Hanya dapat menoleh semula ke katil di mana isterinya sudah bersembunyi di balik selimut. Sayang nak ubah pandangan, tetapi tak ada yang boleh dilakukan selain bersabar.

"Bye, sayang. Jumpa kat bawah ya." Humm, kempunan!

Share this novel

Mermaid_
2023-06-28 22:24:58 

♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience