38: TAK SANGGUP

Romance Series 889375

"PUTERI okey?" tanya Aryan.

"InsyaAllah okey." Mengangguk ala kadar, lantas menyandarkan kepala yang lesu pada bahu seat 4x4 yang Aryan pandu.

Sejenak Aryan sempatkan melirik wajah wanita itu, sayu sekali. Dengan keadaannya yang lemah dan sedang memerlukan perhatian, dia gigih juga mahu terbang ke Sabah untuk melihat sendiri suaminya.

Aryan tahu, cinta Puteri terhadap Maleeq tiada duanya. Walaupun puas orang cuba yakin bahwa suaminya sudah tiada, tetapi instinc seorang isteri seperti Puteri tak semudah itu digula-gulakan.

Maka dengan terpaksa Aryan meneman Puteri hari ini travel ke Sabah. Aryan harap Puteri akan bertabah bila melihat keadaan Maleeq nanti yang tak lagi sama seperti dulu.

"Puteri, dah fikir masak-masak ke nak jumpa dia?" soal Aryan lagi. Mereka baru sahaja keluar dari kawasan Kota Kinabalu, dan bergerak menuju kampung di mana Maleeq ditemui.

"Kenapa Aryan tanya macam tu?"

"Tak adalah. Saya cuma pastikan yang Puteri, sudah bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku."

Puteri lalu menuntaskan padangan tepat pada Aryan yang sedang memandu. "Puteri tak fahamlah apa yang Aryan cuba cakap ni. Kan kita ke sana cuma nak pastikan adakah orang itu betul suami Puteri atau bukan."

"Kalau bukan macam mana?"

Puteri terdiam lantas merunduk. Muram kembali. "Puteri akan belajar untuk reda."

"Betul ke tu?"

Jeda! Betulkah Puteri akan reda? Atau itu hanya ayat untuk sedapkan hati saja? Dia kembali mengangkat muka lalu menatap Aryan lebih serius.

"Kenapa Aryan tanya soalan tu hah? Aryan yakin sangat ke yang suami Puteri memang dah tak ada?" Sepertinya Puteri kurang setuju dengan cara berfikir Aryan. Memang tak setuju pun, kerana dia yakin orang yang bakal ditemuinya nanti adalah Maleeq. No doubt!

"Er... Bukan macam tu! Saya cuma, tak nak Puteri kecewa je nanti."

"Aryan! Aryan tak boleh fikir macam tu, tau. Sepatutnya Aryan kena beri Puteri semangat, bukan malah buat Puteri rasa down." Tumpah kembali air matanya.

Aryan jadi serba salah.

"Aryan patutnya kena tolong yakinkan Puteri yang Puteri akan berjumpa suami Puteri semula. Jauh-jauh Puteri datang ni untuk apa kalau bukan nak jumpa dia?" Tangisannya semakin menjadi.

Aduhai, kenapalah Aryan yang perlu hadap situasi ini? Dia dahlah paling lemah tengok perempun bersedih. Memang benar dia kena bantu Puteri beri dorongan dan semangat, tapi dia lagi tak sanggup untuk melihat drama pertemuan mereka nanti yang pasti akan membuat Puteri tambah kecewa. Apa patut dia kena buat sekarang?

"Oke, okey! Puteri jangan sedih lagi. Kita jumpa dia nanti ya."

Puteri tak menjawap melainkan sambung menangis. Perasaannya yang halus menjadi lebih sensitif bila disinggung tentang Maleeq. Dia kembali bersandar dan menangis terisak-isak, sehingga akhirnya dia tertidur.

Kesihannya dia! Besar sungguh dugaanmu, Puteri. Bersabarlah! Semoga Tuhan gantikan dengan kebahagiaan di hari akan datang, detik hati Aryan.

***

DUA jam 45 minit, Aryan akhirnya tiba di destinasi. Puteri masih tidur, dia biarkan buat seketika. Aryan terus memandu ke klinik desa tempat Hanna bekerja. Sekarang masih jam bekerja, pasti Hanna masih berada di klinik.

Aryan memarkir kenderaan di depan klinik lalu masuk untuk bertemu Hanna. Alhamdulillah Hanna ada. Langsung saja Aryan datang menemuinya.

"Assalamaualaikum, Yam," tegur Aryan.

"Aryan! Waalaikum salam. Bila sampai sini?"

"Baru je sampai. Nak bincang dengan kau sekejap, boleh tak?"

Hanna mengira-ngira dulu. "Ermm, pasal yang hari tu lagi ke?"

"Haah! Tapi kali ini aku bawa seseorang. Yam, boleh tak kalau aku cuba menemui dia lagi sekali?"

Hanna mempertimbangkan dulu permintaan Aryan. "Okey, sekejap ya. Aku nak kena bagitahu kawan aku dulu."

"Baiklah, Yam."

Aryan biarkan Hanna masuk sebentar untuk mengabarkan pada rakan sekerjanya. Tak lama kemudian wanita itu kembali muncul.

"Mari," ajak Hanna.

Merekah senyum di bibir Aryan. Alhamdulillah Hanna tak keberatan. Semoga dipermudahkan urusan hari ini.

"Kau masih yakin yang orang itu adalah family kau?" tanya Hanna sambil sama-sama melangkah keluar.

"Aku yakin, Yam! Kali ini aku datang dengan orang paling penting dalam hidup Maleeq."

Terhenti langkah Hanna. "Siapa?"

"Isteri dia! Dia tengah mengandung. Dia nak sangat berjumpa suami dia. Dia tak kesah walau kandungan dia kini semakin membesar. Sanggup terbang dari KL semata-mata nak pastikan adakah orang itu betul suaminya."

Hanna lalu beralih menghadap Aryan. "Baiklah! Tapi aku ada syarat nak kenakan pada kau," kata Hanna.

"Syarat? Kenapa pula?"

"Begini! Kalau ingatan orang itu triggred semasa berjumpa kau orang nanti, mungkin betul dia memang ahli keluarga kau orang. Tapi kalau dia memang tak dapat mengenali siapa-siapa, ada kemungkinan besar yang kau orang sebenarnya sedang cuba menipu aku."

"Yam! Apa kau cakap macam tu?" Aryan tak puas hati.

"Tak apa, Aryan. Mari kita terus ke rumah. Kita cuba pujuk dia menemui korang."

Sikit lagi nak mendidih darah Aryan. Nasib baik Hanna terus mengajaknya segera berangkat. Tapi dia masih tak faham, kenapa Hanna perlu berlagak begitu? Macam dia pula ahli keluarga Maleeq.

Apa-apapun Aryan tetap ikut di belakang Hanna. Dia cuma berharap, semoga bila lihat Puteri nanti, Maleeq akan mula triggred ingatannya.

Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit, mereka pun tiba di rumah Hanna. Puteri masih tertidur, Aryan sengaja tak mengejutkannya terlalu awal. Kesihan!

"Kau tunggu sini ya, Yan. Aku nak pujuk dia keluar sekejap dan bawa pada korang," pesan Hanna.

Aryan hanya mengangguk bila terpaksa menunggu sekejap. Dia mengeluh perlahan. Setelah itu barulah dia bersedia untuk mengejutkan Puteri bangun.

"Puteri, kita dah sampai," kata Aryan. Perlahan!

Puteri pun mula bangun. "Kita dah sampai? Mana Abang Mike? Dia ada sini ke?"

Aryan terdiam. Macam mana dia nak cakap? "Err, ada, ada. Puteri sabar sekejap ya. Misi sedang bawa dia keluar. Mari! Kita keluar dulu."

Puteri menurut. Walaupun masih mamai akibat baru bangun tidur, tapi dia tetap bersemangat untuk berjumpa orang yang dia kira Maleeq itu. "Dia kenapa, Aryan? Dia sakit ke? Kenapa siap ada misi jaga dia?"

Aryan bertambah buntu hendak menjawap. Dia pilih diam dengan terus membawa Puteri sehingga tiba di halaman rumah Hanna.

Tak lama kemudian pintu rumah itu terbuka. Hanna keluar bersusah payah dengan membawa seorang lelaki yang kelihatan masih kurang sempurna akalnya. Serupa orang cacat, orang itu agak susah untuk dibawa keluar apatah lagi kalau dipaksa-paksa.

"Saya tengah berehatlah! Kenapa kacau saya?" marahnya pada Hanna.

"Ada orang nak jumpa. Marilah temui dulu sekejap," pujuk Hanna.

Mereka telah tiba di luar. Berdiri berhadapan dengan tetamu yang dimaksudkan.

Puteri seperti kehabisan oksigen sebaik melihat kemunculan lelaki itu. Dia tergamam tak berkutik. Ditilik setiap inci susuk lelaki yang sudah berdiri di hadapannya.

Kurus dan cengkung, wajahnya kusam tidak terurus. Jambang halus turut mula tumbuh di wajahnya. Penampilan lelaki itu tampak sungguh berbeza.

Tetapi, mana mungkin Puteri tak mengenali? Walau apapun keadaannya kini, macam mana pun perubahan mukanya, dialah lelaki yang paling Puteri rindui. Dialah lelaki yang dinanti-nanti. Perubahan fizikal itu sikitpun tak menjejaskan cintanya. Dia tetap mengenali Maleeq meskipun keadaannya sudah berbeza.

"Abang!" Bergetar bibirnya menahan sebak yang tumpah. Dia hampiri perlahan-lahan.

Tak sangka dia akan bertemu lelaki itu semula dalam keadaan seperti ini. Syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Maleeq masih berdiri di depan mata.

"Abang, ini Puteri. Isteri abang." Puteri hampiri semakin dekat. Kedua tangannya mahu menyentuh wajah yang cengkung itu.

"Ugh!"

Tetapi Maleeq malah menepis tangan Puteri.

"Abang, kenapa ni? Kenapa buat Puteri macam ni? Abang tak rindu Puteri ke?"

Maleeq berundur beberapa langkah. Dilihat kemudian dia memegang kepala lalu merintih dan meronta. "Agh... Sakit!" Kepalanya dipegang dan dicengkam kuat-kuat. Kelihatan dia amat tersiksa.

"Abang, abang kenapa ni? Abang..."

"Hanna, bawa saya masuk. Kepala saya sakit."

Hanna pun langsung datang. "Maaf ya, puan. Pesakit sedang tak mahu diganggu. Dia perlu dibawa masuk sekarang. Saya minta diri."

"Tapi, abang..."

Hanna terus membawa Maleeq masuk semula. Pintu rumah tak lupa ditutup. Dia tak hiraukan siapa-siapa lagi.

Puteri terkedu tak mampu berkata. Dia yakin dia tak salah orang. Tadi itu memang benar Maleeq suaminya. Tapi kenapa Maleeq melayannya seperti itu? Apa yang sudah terjadi?

Puteri terjelepuk di halaman tak mampu menampung keseibangan tubuh. Air matanya juga sudah tak mahu mengalir. Dia masih tak habis tergamam, sukar mempercayai apa yang berlaku barusan.

Aryan langsung datang menghampiri dan memimpin Puteri bangun. Inilah yang paling dia risau. Keadaan ini yang dia tak sanggup nak hadap. Sebab dia tahu mereka berdua saling mencintai. Tapi dengan keadaan Maleeq seperti itu, sudah tentu ia akan membuat Puteri tambah terluka.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-20 13:15:13 

Hanna ni dah angau ngan maleeq la ni

Hawani Hashim
2023-09-20 13:14:27 

Putri buat je lapor an polis hanna ni kira dah menculik dan menyembunyikan orang yg cedera dan hilang ingatan

Rohani Hussin
2023-09-02 21:55:46 

update pleasee..


NovelPlus Premium

The best ads free experience