62: SEDAR DIRI

Romance Series 889375

*Draft lama dah hilang. Untuk cerita ni saya kena create draft baru. Mungkin jalan cerita akan jauh berbeza dengan yang dulu. Sebab saya dah tak ingat susunan draft yang dulu, jadi saya create mengikut imaginasi yang ada. Maaf sebab menunggu lama.*

"LAH. Macam tu pulak? Kenapa kau tak cakap dari tadi?"

Aryan telah membawa Hanna duduk di kerusi bila wanita itu tiba-tiba menangis. Macam biasa, dirinya jenis tak boleh tengok perempuan menangis. Dari nak marah terus bertukar simpati.

Hanna lalu menceritakan segalanya. Aryan pula sedia menadahkan telinga.

"Apa gunanya aku bagitahu kau pun, Yan. Semua masalah berpunca daripada diri aku sendiri. Sekarang aku dah tak boleh bekerja. Tak ada siapa nak terima aku lagi."

Aryan mengeluh dalam hati yang mula terdetik rasa simpati. Buat seketika, dia memberi ruang buat Hanna meluahkan keluh-kesahnya.

"Mungkin semua ni teguran untuk aku. Atau mungkin semua ini hukuman atas kesilapan aku. Kalau betul begitu, memang padan muka aku."

"Yam, tak baik cakap macam tu. Kita tak boleh berburuk sangka dengan takdir."

Benar. Berburuk sangka pada qoda dan qodar itu adalah salah. Apapun keadaan yang dihadapi, hendaklah kita bersangka baik atas perancangan yang Tuhan tetapkan.
"Bila Allah menguji hamba-Nya dengan kesusahan, ia bertujuan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Maka bersyukurlah kerana Dia sentiasa ada di sisi kita. Sebaliknya, ujian yang patut kita risau ialah, apabila Allah turunkan ujian kesenangan. Itu yang sebenarnya lebih berbahaya. Ia boleh membuatkan kita leka, dan lupa untuk bersyukur pada-Nya. Sedangkan kesenangan itu, semata-mata adalah untuk menguji kita."

Hanna tak menjawap melainkan masih tersedu-sedan. Bagaimanapun sedikit sebanyak kata-kata Aryan dia simpan dalam hati. Adalah sedikit terubat rasa galau itu.

"Oh ya, alang-alang kau dah dekat sini, kau nak tengok Maleeq tak?"

"Aah? Apa? Tak. Tak nak. Aku tak tahu pun dia ada dekat hospital ni. Kalau aku tahu aku tak pergi sini."

Aryan tersengih melihat kekalutan Hanna. "Relaxlah, Yam. Dia ada je kat atas, tengah jaga wife dia. Jomlah, kalau nak tengok."

"Tapi..."

Hanna tak dapat berbuat apa-apa selain menurut apabila Aryan mengajaknya. Sumpah dia tak tahu bahawa Maleeq atau sesiapa sahaja sedang ada di hospital ini. Tujuannya ke mari adalah untuk mencari kerja. Tiada tujuan lain. Demi Allah.

"Dia tengah dekat dalam. Kau boleh intai melalui celah kaca ni," kata Aryan.

Hanna ditunjukkan wad yang menempatkan Puteri. Kebetulan sudah dipindah ke wad biasa bukan lagi wad ICU. Jadi security tidaklah terlalu ketat.

Hanna menuruti arahan Aryan untuk melihat ke dalam sana. Dilihat di sana, seorang wanita sedang terbaring tidak sedarkan diri, dan di sisinya adalah seorang lelaki yang gigih menemani.

Agak lama Hanna memerhatikan mereka, dia lalu berundur dari posisi. Hanna duduk kembali di kerusi lantas sambung menangis teresak-esak.

"Yam, kau okey ke?" Aryan risau.

Hanna menggeleng sambil terus menangis.

Aryan lalu duduk sekali.

"Kenapa dari dulu aku tak nampak semua ni? Butakah aku ini?"

"Yam, sabarlah."

"Kau tak perlu bersabar dengan perempaun macam aku, Yan. Aku benci diri aku sendiri." Hanna sambung menangis.

"Dalam keadaan ingatannya bercelaru, dia masih tercari-cari seorang wanita yang amat dicintainya. Aku pasti wanita itu adalah isteri dia. Tapi aku malah butakan mata hati aku, tak mahu melihat semua itu."

"Aku selfish bila aku hanya mementingkan perasaan aku sendiri. Aku boleh buat-buat tak nampak kesedihan di wajah Puteri yang tengah mengharap suami dia kembali. Tapi, cinta mereka terlalu kuat. Aku tak patut membuat mereka menderita seperti ini. Disebabkan sikap aku, Puteri menanggung semua ini. Masih layak ke aku ini dimaafkan, Aryan?"

Perlahan-lahan Aryan menguntum bibir. Sepasang bola matanya tekun memberi perhatian kepada Hanna yang masih menangis. Dia tahu wanita di hadapannya ini berhati baik. Cuma mungkin dia pernah tersilap langkah. Itu saja.

"Yam. Apa-apapun, kau adalah orang yang menolong Maleeq. Jika tanpa pertolongan kau, belum tentu kami dapat menjumpai dia semula. Tan Sri tentu amat berterima kasih pada kau."

Hanna menggeleng. "Aku tak patut terima ucapan terima kasih dari sesiapa, Aryan. Kau tak perlu bersusah payah nak buat aku rasa senang hati. Aku malah patut dibenci."

"Yam, sudahlah tu. Sampai bila kau nak salahkan diri sendiri? Aku yakin sangat, Tan Sri sekeluarga akan merasa terhutang budi pada kau. Kalau kau tak percaya, kau boleh tinggalkan nombor telifon kau. Aku yakin nanti Tan Sri akan minta aku untuk hubungi kau."

Hanna mula mereda tangisnya. Air mata dikesat, lantas menoleh pada Aryan yang duduk tak jauh darinya.

"Betul ke, apa kau cakap ni, Yan?"

"Insya-Allah, betul. Bila aku dah inform pasal kau pada Tan Sri nanti, kalau ada rezeki, setakat pekerjaan mungkin tak perlu susah-susah lagi kau mencari."

Entah betul atau tidak kata-kata Aryan ini? Kalau difikir agak mustahil keluarga Tan Sri akan memberi muka padanya. Tapi bila difikir, ini Aryan yang berbicara. Agak mustahil untuk seorang Aryan mahu berkata dusta.

Senyuman Aryan dilihat kembali. Menambah yakin di hati Hanna bahawa lelaki itu bukan sekadar sembang kosong sahaja. Hanna tidak ragu lagi, lantas bersedia memberikan contact number miliknya kepada Aryan.

"Dapat tak?" soal Hanna.

"Sekejap aku missed call."

Aryan lalu cuba mendial nombor Hanna buat pertama kali. Tetapi yang muncul malah nama Zahaedy. Aryan mengeluh.

Kacau betullah dia ni!

"Hello." Kesal aje bunyinya.

"Mana weh?"

"Dah pindah dah. Dekat wad biasa."

"Lah, aku ingat masih kat wad ICU. Tingkat berapa?"

"Tingkat dua."

"Okey, okey. Aku turun jap. Dah okey ke Puteri tu? Dah dipindah ni?"

"Doktor kata dia dah mula stabil. Tapi belum tahu bila akan bangun. Keadaan dia sekarang cuma macam orang tidur biasa je katanya," terang Aryan.

"Owh, syukurlah kalau macam tu."

Aryan pula merengut. "Ish, kau ni. Datang jelah, tak payahlah bersembang dalam telifon. Kacau je."

"Aku tengah on the way lah ni. Kau dah kenapa? Tengah mengurat misi ke apa?"

Hei, si ZD ni, mulut tak ada insuran betul. Tak kuasa Aryan nak melayan. Terus panggilan dimatikan. Dia nak cuba dial nombor Hanna dari tadi kena kacau dengan ZD ni. Dahlah ajak orang sembang panjang lebar.

Setelah itu, barulah Aryan kembali meletakkan fokus kepada Hanna di hadapan. Nombor sedang cuba didial, menanti telifon Hanna memberi respons.

Nampaknya urusan kali ini tidak menemui sebarang kesukaran. Panggilan berjaya tembus ke nombor Hanna, barulah dengan yakin Aryan menyimpan nombor wanita itu ke dalam contact list-nya. Dia meminta pada Hanna untuk melakukan perkara yang sama.

"Haa, dah agak dah. Mesti tengah mengurat awek kan?"

Terkejut Aryan. Memang minta kena lempang betul si ZD ni. Nasib baik Aryan anggap dia macam abang sendiri. Heiii.

"Nah, pizza. Sorry lambat. Order bendalah ni lah tadi," kata Zahaedy.

Monyok-monyok pun pizza disambut juga. Lapar kan. Terus senyum mukanya. Tak lupa Hanna yang duduk di sebelah dipelawa sekali.

"Yam, kau dah makan belum? Yam?"

Pucat wajah Hanna. Wanita itu juga sudah bangkit dari tempat duduk. Dia berundur perlahan-lahan seperti sedang ketakutan.

"Yam, kau kenapa? Yam..." Dilihat Hanna sedang dalam keadaan kalut ingin segera pergi. Aryan jadi kebingungan buat beberapa saat.

"Sorry, aku kena pergi sekarang."

"Tapi, Yam. Yam..."

Sayang sekali. Hanna sudah mengambil langkah melarikan diri. Panggilan Aryan sudah tak dihiraukan lagi.

Kenapa Hanna berkelakuan seperti itu? Seperti sedang ketakutan. Tapi, apa yang dia takutkan?

"ZD! ZD! Hoi..."

"Ah, apa dia?"

Berkerut dahi Aryan. Sempat dia menangkap keadaan yang agak aneh itu melalui instinc seorang spy-nya. Kelakuan Hanna yang melarikan diri secara tiba-tiba tadi sudah cukup aneh. Ini ditambah dengan Zahaedy pula tercegat macam patung cendana. Dia kejutkan barulah tersentak.

"Kau tengok dia macam tu sekali?" soal Aryan. Merujuk kepada Hanna yang sudah lenyap dari pandangan.

"Haah! Dia kenapa? Kawan kau ke? Kalut semacam nampaknya," kata Zahaedy.

Aryan tak punyai jawapan. Hanya menjongkit bahu, kemudian menoleh ke arah Hanna pergi, lalu berselang seli melihat kepada Zahaedy kembali.

Aryan kerutkan keningnya kembali. Apapun yang terdetik di hatinya sekarang ini, dia tak patut memikirkannya lagi. Semuanya okey. Insya-Allah.

Share this novel

norsila
2023-11-12 22:31:23 

napo hana tkejut jumpo zd..adakah zd trlibat samo..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience