61: MEMUSUHI

Romance Series 889375

HARI sudah semakin petang. Langkah wanita itu kian lemah menapak di kaki lima di tengah-tengah bandar besar ini. Tidak tahu hendak ke mana lagi mahu mencari kerja. Puas dia meronda satu bandar hari ini, tetapi punca rezeki itu seolah tertutup buat dirinya.

Akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke rumah sewa yang baru ditempatinya bersama ibu sejak beberapa hari yang lalu. Dan lagi sekali, dia harus mengadukan kegagalannya kepada ibu untuk hari ini.

"Tak apa. Mungkin hari ini belum rezeki. Hanna cuba lain hari pula ya. Tapi jangan memaksa diri sangat. Nanti anak ibu ini pula yang sakit."

Perlukah lagi sekali dia kena dengar kata-kata dorongan semangat itu daripada ibu hari ini? Kedengarannya memang sangat tulus, tetapi tak tahu kenapa dia yang terlebih sensitif. Ibu beri semangat, dia malah menangis menyalahkan diri sendiri.

Hanna sedar, semua masalah berpunca daripada dirinya sendiri. Permohonan kerja di beberapa buah hospital dan klinik semua ditolak. Namanya sudahpun disenarai hitam oleh KKM dan telah digantung daripada menjadi kaki tangan awam.

Masalahnya, kerja apa lagi yang dia boleh buat? Menjadi jururawat adalah cita-citanya sejak kecil. Oleh itu dia belajar dalam bidang tersebut. Tapi bila sudah begini, apa lagi yang boleh dia lakukan?

Perlu cari bidang lain ke? Tapi macam mana? Semua benda perlukan duit. Kalau dia tak kerja macam mana nak teruskan hidup? Makan, sewa rumah, api air. Siapa nak bayar?

Humm, menyesal pula datang KL balik. Duduk kampunkan bagus. Sekurang-kurangnya tak perlu fikir nak bayar sewa rumah. Cuma kena tebalkan muka sikit jelah menghadap cemuhan jiran tetangga.

Nasib, nasib. Tulah, siapa suruh buat hal? Kan sendiri susah sekarang.

Penat menyalahkan diri sendiri, Hanna pulang ke rumah berjalan kaki. Rumah kampung sahaja. Jadilah tu.

Ya, memanglah rumah kampung aje. Tapi kampungnya Kampung Baharu KL. Faham-faham saja harga sewanya berapa.

Itupun mujur dia dan ibu ada cukup modal untuk membayar wang pendahuluan. Jika tidak, mungkin mereka terpaksa menyewa di kawasan lorong-lorong Chaw Kit sana. Naudzubillah!

"Ibu..."

Hanna telah tiba di rumah. Disabut si ibu yang setia menanti. Hanna mengadu pada ibu dengan wajah sedih. Tak perlu Hanna memberitahu lebih, Najwa sudah faham dengan melihat air muka anaknya sahaja.

"Tak apalah. Jangan sedih-sedih. Kalau begitu kita teruskan saja dengan perancangan ibu."

Hanna diam tidak menjawap. Dia duduk di sofa kayu sambil meneguk air masak yang ibunya bawakan.

Sememangnya Najwa punya rancangan kedua sekiranya Hanna gagal mencari kerja. Tapi Hanna tak langsung menyetujui rancangan tersebut.

"Modal masih ada. Ibu rasa cukup kalau kita nak mulakan. Kita start awal minggu ni okey tak?"

Hanna mengeluh seraya melirik lemah pada ibunya. Dia pernah berjanji tak mahu menyusahkan ibunya lagi, alih-alih ibunya terpaksa turut bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga nasi lemak di waktu pagi.

"Mesti ibu kecewa dengan Hanna, kan? Hanna minta maaf, ibu. Hanna akan cuba lagi mencari kerja esok hari. Bukan Hanna tak percaya ibu boleh berniaga, tapi Hanna risau. Di bandar besar begini, nak berniaga bukannya mudah."

Najwa yang berjiwa besar tidak akan mudah menghukum atau menyalahkan sesiapa. Apatahlagi gadis di hadapannya ini adalah darah dagingnya sendiri. Hanna diusap kepalanya perlahan-lahan.

"Ibu tak pernah kecewa dengan Hanna. Bagi ibu, Hanna cuma terlalu polos. Tapi ibu bangga dengan kebesaran jiwa anak ibu ini. Jangan sedih-sedih ya. Kalau Hanna masih nak mencuba, teruskan saja. Kalau tak dapat juga, kita tiada pilihan lain. Walaupun berdepan dengan risiko, kita cuba juga berniaga. Ya?"

Hanna mengangguk perlahan. Senyuman ikhlas di bibir ibu bagaikan ubat penawar galau di hati. Syukur dia masih memiliki wanita ini. Jika tiada ibu, pasti dirinya sudah hilang arah.

***

"HELLO!"

Panggilan segera disambut. Bukan orang lain, big boss a.k.a sepupu tertuanya yang sudah dianggap abang sendiri. Apalah agaknya orang tua ni nak lagi?

"Kau kat mana? Masih kat hospital ke?"

"Iyalah, mana lagi? Tan Sri yang minta aku tengok-tengokkan anak dan menantu dia. Hahah! Seems like funny, is it?"

"Apasal pulak?" Zahaedy kedengaran kurang setuju dengan gurauan Aryan.

"Tak adalah, si Maleeq tu kan dulu kau tahu dia macam mana. Alih-alih sekarang aku pulak jadi bodyguard dia. Tak rasa kelakar ke?"

"Ish, tak baik kau cakap macam tu. Sepupu kita tu kan tengah tak sihat. Siapa lagi yang nak tolong dia kalau bukan kita?"

"Memanglah. Cuma aku rasa kelakar je, tak ada apa pun. Oh ya, kau kat mana ni?"

"Aku baru keluar dari office. Nak terus ke hospitallah ni, nak melawat Maleeq. Nak aku belikan apa-apa makanan tak?"

Aryan berjeda membiarkan soalan Zahaedy tergantung lama. Bukan apa, dia kurang cerna dengan kata-kata Zahaedy tadi.

"Hoi, aku tanya ni. Nak apa-apa tak?"

Aryan tersentak. "Owh, ya. Sorry. Tak kesahlah, kau beli je apa-apa."

"Okey. Aku beli pizza eh?"

"Alright!"

Aryan termenung sejenak selepas perbualan tamat. Dia sedang membuat perkiraan berkenaan kata-kata Zahaedy tadi. Macam ada kaitan dengan perkhabaran yang Bad tuturkan kepadanya malam kelmarin.

Sewaktu mereka berbual di rumah sambil makan mi segera, Bad ada menyampaikan sesuatu kepada Aryan tika itu.

"Aku ada nampak, Abang ZD keluar daripada office besar. Bukan sekali, tapi ada beberapa kali jugalah," beritahu Bad.

"Office mana maksud kau?" Aryan penasaran.

"Office Tan Srilah. Kalau office kita, kita panggil markas je, kan? Tapikan kita dah tak bekerja dekat situ semenjak Tengku Mukhriz dah ambil alih. Kenapa Abang ZD masih keluar masuk dekat situ ek?" Bad menyuap mi segera ke mulutnya.

"Dia lupa kot yang kita dah tak bekerja situ lagi. Maklumlah, diakan yang paling tua di antara kita. Nyanyoklah tu."

Berdekah masing-masing mendengar seloroh Aryan. Seronok mengumpat dan mengutuk orang belakang-belakang, ya? Kalau Zahaedy dengar, mahu jadi sambal belacan masing-masing.

Tapi hari ini, Aryan betul-betul terusik hatinya mendengar Zahaedy sendiri memberitahu yang dia baru sahaja keluar dari office.

ZD memang masih kerja di situ ke? Kenapa tak bagitahu kami? Fikir Aryan.

***

BERBEKAL sijil yang dia perolehi sewaktu menuntut dahulu, hari ini Hanna Mariyam mahu mencuba di hospital swasta pula. Mudah-mudahan dapatlah.

Hospital swasta biasanya tak leceh sangat. Janji ada sijil, ada pengalaman, insya-Allah lepas.

Sayangnya, Hanna terpaksa keluar dari bilik temu duga dengan raut wajah kecewa. Sekali lagi, permohonannya tidak diterima.

Sepertinya kes yang disabitkan ke atas dirinya itu terlalu serius. Dia telahpun disenarai hitam daripada menjadi kaki tangan awam mahupun swasta.

Masih dikira beruntung kerana dirinya tidak berdepan tindakan undang-undang. Jika tidak, pasti masa depannya akan bertambah suram.

Sijil yang dia miliki hasil susah payah menuntut dahulu kini sudah tidak lagi berguna. Apa lagi modal yang dia ada? Hanya itu saja satu-satunya harapan.

Kalau begini, cita-cita mahu menebus semula rumah yang sudah dilelong bank nampaknya perlu dikubur dalam-dalam. Tak ada lagi harapan. Kalau setakat pendapatan menjual nasi lemak dengan ibu, sudah tentu cukup-cukup buat makan sahaja.

Hanna menyeret langkah lesunya menyusuri koridor hospital. Tak tahu lagi hendak ke mana membawa kaki ini melangkah.

Kecewa pada diri sendiri, sudah tentu. Tapi apa gunanya lagi? Kekecewaan dan penyesalannya tak membantu apa-apa pun saat ini.

Hanna terus melangkah ke arah pintu sambil sesekala mengesat air matanya dengan tapak tangan. Langkahnya lurus ke hadapan dan tidak menoleh ke kiri dan kanan. Tengah galau begini, tak ada hati nak melilau sangat.

Namun, tanpa Hanna sedari langkahnya telah diekori oleh sepasang mata yang sedari tadi mengesan kehadirannya. Sepasang mata itu terus membuntuti langkah Hanna sehingga tiba berhampiran pintu keluar.

Bagaimanapun, si pengintai itu telah mengghentikan perbuatannya apabila Hanna tiba-tiba berhenti melangkah sebaik tiba di muka pintu. Si pengintai itu baru sedar bahawa perbuatannya telah dikesan oleh targetnya.

Hanna segera berpusing badan. Lelaki itu mengangkat tapak tangan sembari menyeringai segan. Tampang muka orang kena kantoi.

"Aryan?"

"Hai!"

Hanna terkedu. Ingatkan siapalah tadi. Risau juga bila perasan ada orang sedang mengekor.

Tapi, Hanna kembali merunduk dan enggan membalas sapaan Aryan. Masih tersimpan rasa malu akibat perbuatannya sebelum ini. Kalau boleh dia mahu mengelak dari berjumpa siapa-siapa. Tapi terserempak dengan Aryan pula. Malunya!
"Macam mana boleh sampai sini?" soal Aryan. Agak dingin. Hilang sudah raut muka senyumnya tadi.

Dia curiga sebaik mengesan kelibat Hanna di kawasan hospital ini. Apa lagi yang perempuan ini mahu? Masih ada hatikah nak kejar Maleeq? Sanggup terbang ke KL ya?

Sebab itu Aryan mengekori Hanna. Ingin tahu apa yang wanita itu mahu lakukan di sini. Tak sangka pula kantoi sebelum misi berjaya. Nasib baik misi amateur saja.

"Maaf, Aryan. Aku minta diri."

Hanna berniat mahu terus gerak. Tetapi Aryan menahan wanita itu dari terus pergi. "Kau belum jawap pun lagi soalan aku. Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

Soalan Aryan sedikit tegas. Dia tak mahu wanita itu menyimpan niat macam-macam pada sepupunya yang baru pulang. Paling tidak dia harus tahu tujuan Hanna terbang ke KL ini untuk apa.

"Kau jangan cakap dengan aku yang kau sanggup terbang ke mari sebab nak kejar Maleeq?" serkap jarang Aryan.

"Kalau itu niat kau, awal-awal lagi aku warning supaya kau lupakan hasrat kau tu."

Hanna mengangkat wajahnya yang sugul akibat puas menangis. Dia tahu dia pernah berbuat silap, tapi tuduhan Aryan ini sangat tidak beradab. Kecil hati Hanna.

Sudahlah dia sedang kecewa kerana permohonan kerja tak diterima, alih-alih kena tuduh macam-macam pula.

Hina sangatkah diri ini sampaikan satu dunia mahu memusuhi? Memanglah dia salah. Tapi takkan tak ada ruang langsung untuk dirinya memperbaiki diri?

"This is to much, Aryan."

Share this novel

Mermaid_
2023-11-04 15:25:04 

please lah buat sambungan aryanhana huehue

norsila
2023-11-04 14:46:13 

hahaha padan miko hana..nk jadi pyondol mula2 kejam hatinya snggup nk rampas suami orng..tk kiro lak tu..isteri tgh hamil..leh lak nk rampas..padan muko..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience