49: TAK MASUK AKAL

Romance Series 889375

TIGA hari Puteri ditahan di ward selepas pulang dari Sabah. Tiga hari juga Puan Sri Zakiah tidak turun menjenguk kedai. Mujurlah pekerjanya ramai.

Aih, macam-macam pula dugaan datang. Mana dengan Puspa lagi baru lepas bersalin. Kesihan berpantang sorang-sorang. Sudahlah tak ada orang tua, ceasar pulak tu. Tapi katanya ZD ada mengupah orang gaji buat menjaga isterinya. Lega sikit Puan Sri dengar.

Ni, Puteri pula masuk hospital. Aduh, apa nak jadilah dengan budak-budak ni? Nasiblah ada Aryan dan Bad sentiasa bersedia setiap masa jika diperlukan. Baik betul budak-budak tu.

"Macam mana keadaan dia, uncle?" Pulang dari office, Aryan menyempatkan diri melawat Puteri di hospital. Dia terlalu simpati melihat keadaan Puteri yang sedang rapuh.

Macam mana pun Aryan tak dibenarkan masuk melihat Puteri secara langsung. Aurat mesti kena jaga. Aryan tak kesah! Dapat melawat dekat luar pun jadilah. Janji dia tahu perkembangan Puteri macam mana. Tan Sri yang keluar menemuinya.

"Alhamdulillah, dia baik-baik saja. Cuma badannya agak lemah. Cukup berehat beberapa hari di ward Insya-Allah baiklah tu," jelas Tan Sri.

"Kandungan dia tak apa-apa ke, uncle?"

Tan Sri tersenyum ringan. "Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Cuma mak dia tu je yang perlu berehat. Apa jadi sebenarnya, Aryan? Sejak balik dari KK dia tak mahu berbicara sangat. Hanya mengganguk dan menggeleng, kemudian menangis. Setakat ni doktor periksa, tak ada apa-apa tanda yang perlu dirisaukan. Hanya katanya dia sedikit tertekan."

Panjang Aryan mendesah. Nampaknya Tan Sri belum tahu keadaan sebenar Maleeq di sana. Ada baiknya jika dia berterus terang sahaja. "Saya tak tahu nak cakap, uncle. Keadaan dia kat sana makin tak dapat dikawal. Ok memang ok, bertutur normal, dan siap bekerja lagi. Tapi tulah, tetap degil tak nak balik. Saya... Saya rasa saya dah give-up dengan dia," luah Aryan.

"Jangan begitu, Aryan. Uncle yakin dia masih berusaha. Kalau dia kerap menjalani treatment itu uncle yakin dia akan pulih."

"Tapi macam mustahil lah, uncle. Dia itu dahlah degil. Saya memang dah tak larat nak handle masalah dia lagi."

"Takkan semudah itu kamu nak give-up, Aryan? Lalu, apa plan kamu seterusnya?"

Aryan tak langsung menjawap melainkan terus bertentang mata dengan Tan Sri. Serius sekali. "Kita biarkan jelah dia, uncle. Jika uncle tak keberatan, saya boleh jaga Puteri. Selepas dia bersalin nanti saya rela mengahwini dia."

Biarlah! Apa Tan Sri nak fikir, biar. Aryan sudah nekad untuk mengutarakan hasrat, tak mahu jadi lelaki pengecut yang hanya mampu memendam perasaan seorang diri.

Ya, memang dari awal lagi dia sukakan Puteri. Tapi dia tak kesah bila Maleeq yang dapat, kerana dia tahu Puteri hanya mencintai Maleeq.

Tapi bila dah jadi begini, dia tak perlu fikir panjang lagi untuk mengutarakan hasrat itu. Selepas Puteri melahirkan kelak bolehlah terus uruskan apa yang patut untuk dia menggatikan posisi Maleeq.

Aryan tak peduli lagi. Hatinya sudah kering akibat menyaksikan drama mereka selama ini. Apa nak jadi, jadi! Kalau Maleeq nak tuntut semula isteri dia selepas dia ambil alih nanti, penumbuk lagi makan dia. Dia dah tak peduli dah!

Tercengang Tan Sri mendengar pengakuan Aryan. Lain yang dia harap lain pula yang Aryan katakan. Tan Sri tahu Aryan sangat mengambil berat terhadap Puteri, tetapi semua ini tak masuk akal.

"Aryan! Uncle tahu kamu baik. Baik sangat! Kalaulah uncle ada dua orang anak perempuan, dah lama uncle ambil kamu jadi menantu. Sayang sekali uncle cuma ada anak seorang, itu pun sudah bersuami."

"Suami yang tak mahu mengakui diri sendiri? Masih layak ke dia dipanggil suami, uncle? Saya fikir kita tak payah seksa perasaan Puteri terlalu lama dengan drama dia tu. Alangkah baik jika kita terus uruskan saja tentang perceraian mereka."

"Aryan!"

Tegak badan Aryan terdiam kaku bila Tan Sri menyebut namanya agak keras. Perlahan-lahan dia mengendurkan bahu lantas tertunduk. Tan Sri tiba di sisinya lalu menepuk-nepuk bahu.

"Uncle tahu kamu sedang emo. Tak apa, uncle tak ambil hati. Pasti kamu penat berulang-alik KL-Sabah lately ni kan? Tak apa, uncle akan beri kamu pekej percutian ke Seoul biar kamu tenangkan diri. Kalau kamu nak bawa Bad pun bawa sekali."

"Uncle, saya tak perlukan bercuti. Saya cuma..."

"Saya faham, Aryan! Kamu tak perlu bimbang soal syarikat. Tengku Mukhriz ada, dia boleh running very well. Alangkah elok kalau kamu ambil masa bercuti dulu, tenangkan fikiran. Tenangkan hati."

Darah yang bergolak terpaksa diredakan. Aryan tak punya jawapan lagi. Dia tahu usulnya tadi gila dan cari mati, tapi dia tak peduli. Dia cuma tak mahu menjadi bacul yang tak tahu macam mana untuk meluah perasaan. Turun naik nafasnya dihela kasar. Tangan Tan Sri lalu kembali mendarat di bahunya.

"Tak apa, kalau begitu kamu baliklah dulu. Uncle tahu kamu penat. Balik, berehat dan tenangkan fikiran. Jangan fikir macam-macam lagi."

Merah muka Aryan. Lahar sudah mereda, malu pula yang tiba. Entah apa-apalah dia cakap macam tu pada Tan Sri? Malunya!

"Saya minta diri dulu uncle. Kirim pada Puteri." Disalam Tan Sri umpama seorang bapa.

"Iyalah, baliklah dulu. Jumpa esok di office."

Aryan berpamitan dan segera pergi. Tan Sri menghela panjang melihat pemuda itu berlalu kian menjauh. Kesihan sebenarnya pada Aryan. Baik budaknya dan tak banyak merungut.

Cuma, usulnya tadi agak kurang masuk akal. Masakan dia mahu memisahkan Puteri dan Maleeq? Walaupun Maleeq masih dalam amnesia, tetapi Puteri tu... Mana mungkin dia mahu pisah dengan suami dia?

"Hello, Assalamualaikum, Tan Sri! Saya nak tanya, anak-anak apa khabar ya? Macam mana kandungan Puteri?"

Tan Sri Baharudin menerima panggilan telifon daripada Dato Seri Sabariah tempoh hari.

"Waalaikum salam, Dato! Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Dato Seri sekeluarga apa khabar? Lama kita tak berjumpa, kan?"

"Kami sekeluarga sekarang sedang di Sweden atas urusan kerja. Saya dapat firasat kurang baiklah, Tan Sri. Saya risau terjadi apa-apa pada Puteri mahupun suaminya." Firasat seorang ibu masakan bisa dibohingi.

Tetapi, Tan Sri tak mahu membuat besannya menjadi risau. Maka dia perlu mereka alasan dan memberitahu bahawa segalanya baik-baik sahaja. "Oh, ya. Jangan risau, Dato. Anak-anak semua baik-baik saja."

"Saya call Maleeq tak dapatlah. Dia okey ke, Tan Sri?"

"Ya, dia okey! Dia sedang pergi outstation ke Korea Selatan selama empat bulan."

"Owh, begitu rupanya! Nanti kalau dia pulang, suruh dia hubungi kami ya. Bagitahu dia, mama dia risau."

"Baik, Dato. InsyaAllah saya sampaikan."

Tan Sri Baharudin kembali termenung duduk di kerusi menunggu di depan wad. Empat bulan yang dia katakan adalah lebih kurang dua bulan lepas. Kalau Maleeq tak kembali juga dalam masa dua bulan dari sekarang, apa Tan Sri hendak menjawap pada keluarga Maleeq?

Bukan Tan Sri tak mahu memberitahu khabar sebenar, tapi beliau tak mahu mereka turut bersedih dan risau. Jadi biarlah dia uruskan sendiri sehinggalah Maleeq kembali.

Maleeq itu sudah serupa anaknya. Bila Maleeq hilang maka ia adalah tanggungjawapnya. Biar family Maleeq tahu yang segalanya baik-baik saja.

***

"YAN!" tegur Bad.

Perjalanan pulang jadi tegang bila Aryan asyik bermuka serius. Bercakap tak mahu. Pegang stereng kereta dah macam pegang machingun. Tegang aje.

"Apahal?" sahut Aryan. Siap membentak macam nak makan orang.

"Aku, nak tanya sikit."

"Apa dia?"

Ish, takut pulak Bad jadinya. Garang nau Aryan pun sejak dua menjak ni.

"Hari tu kan, masa kat Sabah. Aku nampak seorang budak ni, naik motor. Kau, kenal dia tak?"

"Adam, maksud kau?"

Terperanjat Bad, bulat matanya. "Jadi, kau... Memang kenal dia?"

"Dah tu selama ni kau ingat aku deal dengan siapa kalau bukan dengan Adam?"

"Tapi kau tak bagitahu aku pun?"

"Ada kau tanya?"

Ditelan air liur yang kesat. Kenapa garang sangat Aryan oi? Orang tanya je pun.

"Dahlah Bad, aku tengah tak ada mood nak bahas pasal kau dan kembar kau tu. Kau pun dah tahu tempat dia kan. Kalau kau nak jumpa kau cari sendiri. Aku tak turun Sabah lagi."

"Eh, tapi..."

Aryan menunjukkan isyarat senyap dengan meletakkan jari di bibir. Memaksa Bad supaya menghentikan soalan kerana Aryan sedang tak ada mood mahu bercakap.

Jadi, betulah budak hari tu adalah Adam kembarnya?

***

DI atas pelantar yang terbuat daripada papan kayu di anjung rumah, lelaki itu duduk termangu memandang ke halaman yang terbuka. Hari yang kian gelap tak menjadi penghalang buat dirinya menikmati udara malam berseorangan.

Mujur tiada nyamuk datang. Kalau tidak pasti dia sudah menjadi santapan malam yang lazat buat mahluk-mahluk kecil membingitkan tersebut.

Sudah tiga hari selepas kejadian itu, menjelang malam dia lebih suka duduk bersendirian tak mahu diganggu. Kadang-kadang dalam bilik, kadang di ruang tamu. Dan malam ini dia pilih untuk menghirup udara malam yang segar. Adam pula sudah mendengkur di dalam. Biarkan saja. Dia penatlah tu!

Maka dari itu dia duduk seorang diri melayan perasaan yang kian bercelaru tak ketemu jawapan. Bertanya pada diri, apakah makna semua ini? Sampai bilakah diri ini akan jadi seperti ini?

"Assalamualaikum, Maleeq. Tengah buat apa malam-malam masih di luar?"

Tiba-tiba lamunnya terhenti. Sedang asyik melayan perasaan muncul pula si pengganggu. Bukan nyamuk, tapi... Ah, tak penting! Maleeq melirik kurang senang.

"Hanna! Buat apa sini?"

Senyuman manis menjadi pendahulu kata. Hanna lalu datang mendekat tetapi hanya setakat duduk di tangga. Ikutkan hati nak saja naik ke anjung dan duduk di sisi Maleeq.

"Hanna perhatikan Maleeq dari tadi. Buat apa malam-malam lepak luar sorang-sorang? Hanna datanglah nak tahu ada apa. Mana tahu boleh membantu."

Maleeq cuma mengeluh panjang tanpa membiaskan sebarang emosi dari mukanya. Dia kembali menuntaskan pandangan ke halaman luas. "Tak ada apa yang perlu dibantu. Saya hanya perlu ruang untuk bersendirian. Lebih elok jika Hanna balik saja. Tak perlu risaukan saya."

"Maleeq masih teringat tentang wanita bernama Puteri tu ke?" Biarlah kalau orang kata sebok pun. Dia memang nak sangat tahu.

Sayang sekali, Hanna tak mendapat apa-apa jawapan dari soalannya. Lelaki itu tetap termenung kaku memandang ke hadapan.

Hanna berpendapat, mungkin dirinya adalah orang tak penting untuk mengetahui. Tapi apa dia peduli? Dia tetap juga nak tahu. Tiga hari dia tunggu untuk bertanya pada Maleeq. Lelaki itu mendiamkan diri sehingga Hanna susah mahu menemui.

Sebab itu dia beranikan diri datang bila dilihat Maleeq sedang duduk di luar sorang-sorang. Inilah peluang terbaik untuk dia bertanya.

"Maleeq pasti ke yang dia tu isteri Maleeq?" soal Hanna lagi.

Setelah itu barulah dilihat Maleeq mula memberi respon. "Mungkin benar dia isteri saya. Tapi saya perlu meyakinkan hati saya dulu. Saya perlu mencari jati diri yang sebenar untuk saya kembali pada dia. Saya tak mahu dia terluka bila nanti saya akan melayan dia seperti orang asing."

Dug!

Entah kenapa wajah Hanna tiba-tiba mendenung. Degupan jantung berdetak lain macam. Seakan bunyi meriam membedil dadanya. Sakit! Hanna tak lagi bertanya, tetapi dia tak juga berganjak dari tempat itu.

"Hanna, pergilah balik. Tak elok perempuan duduk luar malam-malam macam ni."

"Hanna cuma nak temankan Maleeq. Kesihan Hanna tengok Maleeq sorang-sorang."

Jujur kalau boleh dikatakan, Maleeq agak terganggu dengan kemunculan Hanna. Dia cuma nak bersendirian. Tak boleh ke orang-orang ni biarkan dia bersendirian?

"Temankan apa benda ni, Hanna? Dah malam kan? Bukan awak tak tahu tak elok duduk berdua-duan dengan yang bukan muhrim malam-malam. Nanti jadi fitnah tak ke satu hal."

"Tapi Maleeq kata hari tu nak kahwin dengan Hanna, kan. Maleeq lupa ke? Dua kali Maleeq kata benda yang sama. Pertama di depan Aryan. Kedua di depan Puteri. Maleeq bukan mahu mempermainkan perasaan Hanna, kan?" Hanna sudah bangkit dari posisi duduk dan bergerak lebih dekat.

Maleeq lalu turut berdiri. Serius memandang Hanna. "Awak lupa ke keadaan saya ni macam mana? Saya sakit, otak saya sakit. Fikiran saya bercelaru. Apa yang saya cakap pun saya tak tahu macam mana dia keluar dari mulut. Lagilah awak nak percaya dengan apa yang saya cakap," tegas Maleeq.

"Tapi Maleeq tak boleh buat Hanna macam ni. Hanna dah letakkan harapan terlalu tinggi, tahu. Sampai hati Maleeq." Bergetar suaranya seakan mahu menangis.

Malangnya, ianya sikitpun tak membuat Maleeq jatuh simpati. "Hanna, saya ni sakit, tahu! Jiwa saya sakit. Dengan bahasa kasarnya, saya ni gila. Awak nak ke kahwin dengan orang gila?"

"Hanna tak kisah, Maleeq! Hanna kenal Maleeq macam mana. Hanna boleh..."

"Astagfirullah! Hanna, pergi balik." Maleeq perlu beregas. Tak boleh dibiarkan perempuan ini. Makin tak masuk akal pula lama-lama. Aku yang gila ke dia yang gila sebenarnya ni?

"Tapi Maleeq..."

"Saya cakap pergi balik tu balik lah. Tak ada apa kita perlu bahas lagi. Jangan bazirkan suara untuk benda yang sia-sia. Tolong balik sekarang."

Bergegar bibir Hanna menaggung sebak yang tumpah. Sungguh menyakitkan bila harapan yang menggunung roboh begitu saja. Lelaki memang tak faham perasaan perempuan. Suka hati dia saja mempermainkan.

Perlahan-lahan Hanna berundur menyerah kalah. Baiklah, kalau itu yang Maleeq mahu. Dia akan pergi! Tetapi sebelum berlalu Hanna sempat menoleh, masih tak putus asa menaruh harapan yang Maleeq akan berubah fikiran.

Malangnya, lelaki itu justeru memilih masuk ke rumah lantas menutup pintu seakan tak mengalu-alukan kemunculannya lagi. Berkecai hati Hanna jatuh bersama air mata.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-29 16:22:04 

Mcm mn ko nk ingat maleeq dah kan tepegrok dlm kg pendalaman yg xada memory silam sedang kan mukriz sedang me jalan kan agendanya

norsila
2023-09-29 14:07:16 

padan muko hana..dogil sgt nk rampas suami orng lak....maleeq ni bilo nk sdar ni...jgn putri dah tawar hati dn betul2 kahwin dgn ayan..cmno? haha padam muko maleeq nnti..bilo dah ingat blk..derita lah kau..biar dio


NovelPlus Premium

The best ads free experience