16: KEJUTAN DARI DADDY

Romance Series 889312

SELESAI sudah perjalanan wedding of the year hari ini. Pesta berlangsung sepanjang hari sehingga petang mula meniti. Akhirnya acara telah rasmi ditutup dengan iringan doa dan ucapan tahniah buat kedua mempelai yang sedang berbahagia.

Maleeq terus bergerak bersama isteri dan kedua mertuanya pulang ke rumah mereka. Sementara kakak dan mamanya meminta izin untuk terus balik ke Damansara. Mereka berpisah di perkarangan hotel tempat majlis dilangsungkan.

"Dato! Marilah ke rumah kami dulu. Kita ngopi-ngopi dulu ke," ajak Puan Sri Zakiah bila besannya terus meminta diri tadi.

Tetapi Dato Seri Sabariah mempunyai alasan sendiri. "Terima kasih banyak, Puan Sri. Tapi kami ada plan lain hari ini. Esok si Dahlia ni mengajak terbang ke Bali. Kebetulan tengah cuti, kan. Habis dari Bali insyaAllah kami akan sempatkan ke rumah Puan Sri terlebih dahulu sebelum bertolak pulang ke Doha," jelas beliau.

Puan Sri pun mengerti. Bukan selalu kan mereka dapat waktu bercuti. Kalau begitu biarlah besannya luangkan masa dulu bersantai di tempat-tempat yang mereka mahu. Yang penting segalanya sudah selesai dengan selamat.

Rombongan anak beranak Tan Sri akhirnya tiba di kediaman. Dengan kebesaran hati Tan Sri mengalu-alukan menantunya pulang. Sekarang sudah rasmi, tak ada lagi dah sepasang mata beliau nak kena memerhati.

"Maleeq!" panggil Tan Sri. Mereka sudah duduk di hall utama bertemu ramah buat seketika.

Sepasang pengantin juga sudah selesai menukar pakaiannya.

"Saya, daddy!" Maleeq menjawap yakin.

"Mulai hari ini, daddy serahkan segala tanggungjawap terhadap anak daddy kepada kamu. Layanlah segala kemahuannya. Hadaplah setiap kerenah degilnya. Daddy harap, kamu dapat gantikan tugas daddy dalam mendidik dia menjadi seorang wanita yang baik," pesan Tan Sri.

"InshaAllah, daddy! Saya tak janji tapi akan berusaha dengan nyawa saya." Bukan main janjinya.

Tan Sri tergelak. Ada-ada saja budak-budak ini! "Baguslah kalau begitu. Tapi, daddy ada satu permintaan."

Maleeq meletakkan sepenuh tumpuan.

"Daddy tak kesah jika kamu ada rumah di mana sekalipun. Daddy cuma mahu, kamu dengan Puteri, tinggallah di rumah ini. Rumah ini terlalu besar untuk sekadar dihuni oleh kami berdua. Jadi, daddy sangat mengharap anak dan menantulah yang akan memeriahkan rumah ini. Hadirkan cucu-cucu yang ramai untuk mommy dan daddy, supaya rumah ini tidak sunyi."

Maleeq menoleh pada Puteri di sisi, isterinya itu merekahkan senyuman. Dia lalu mengangguk yakin. Sikit pun tak keberatan untuk sekadar tinggal di rumah ini kalau itu yang mertuanya mahu. Maleeq setuju.

Tapi soal cucu ramai-ramai tu, kita kena tengok pada rezeki dulu. Jika Allah berkenan mengkurniakan mereka dengan zuriat yang ramai, adalah tu nanti. Namun jika tidak, mereka pun kenalah reda.

"Mari ikut daddy. Daddy ada sesuatu nak ditunjukkan pada kamu berdua," ajak Tan Sri.

Sepasang pengantin pun tak keberatan. Mereka turuti ajakan daddy yang telah melangkah ke arah lif. Mereka tak tahu hendak ke mana. Tapi mereka tenang-tenang saja. Yakin sudah tidak ada lagi yang akan menghalangi selepas ini.

Bertempat di tingkat tiga, agak jauh dan sedikit terpencil ke bahgian belakang. Tan Sri menamatkan langkahnya.

Puteri tak pernah tahu ianya tempat apa. Cuma dulu dia pernah bertanya, daddy kata itu adalah ofis peribadi. Jadi dia tak bertanykan lebih.

Tan Sri mula membuka pintunya. Baik Maleeq mahupun Puteri, kedua-duanya langsung ternganga. Ya Allah! Apakah ini?

"Inilah dia kamar pengantin kamu berdua. Sengaja daddy rahsiakan selama ini, sebagai kejutan untuk hari perkahwinan kalian. Silakan masuk." Tan Sri mengalu-alukan anak dan menantunya.

MasyaAllah! Biar betul? Ini bilik ke kondo?

Hampir-hampir mereka tak percaya bahawa di rumah ini ada mempunyai bilik sebesar ini. Tiga kali ganda saiznya dengan bilik utama, bahkan bila dikira-kira, mungkin tak jauh beza dengan saiz keluasan satu unit condominium mewah di KL ini. Ya Tuhan!

"Bukan itu saja! Bilik ini sudah dilengkapi dengan beberapa fasiliti yang serba canggih. Ini bukan sahaja sekadar bilik tidur, tapi di sini sudah diubah suai lengkap dengan bar, mini kitchen, table top dan fridge. Kamu berdua tak perlu keluar bilik untuk sekadar nak minum coffee, menikmati minuman dingin, panaskan makanan dan juga memesan sesutu dari bawah. Intercom sudah terhubung dengan bahgian dapur, kamu tinggal tekan saja dan panggil pembantu datang," jelas Tan Sri.

Tak terucap Maleeq mahupun Puteri. Kedua-duanya sudah tergamam. Bila masa daddy siap-siapkan semua ni? Dahsyat gila!

"Mari! Kita ke bahgian balcony."

Omak'aih. Belum habis lagi? Selain ditunjukkan segala kemudahan yang terletak di dalam bilik seperti mini bar, table top dan living room, mereka juga dibawa untuk melihat balcony di bahgian luar yang berview-kan mini garden di bawah sana.

Tapi bukan itu saja. Di bahgian itu ternyata turut terdapat private pool yang terselindung. Puteri hampir mahu menjerit melihatnya.

"Daddy! Apa ni? Ini semua untuk kami ke?"

Tan Sri tersenyum. "Betul, anakku! Sebenarnya daddy teringin sangat nak hadiahkan kamu berdua satu unit villa mewah di atas bukit, tapi daddy tak mahu kalian tinggalkan rumah ini. Daddy nak anak dan menantu daddy, sama-sama tinggal di sini. Jadi, daddy terpaksa ubah suai ruangan ini, untuk dijadikan bilik privasi buat kamu berdua."

Puteri membungkam mulutnya dengan tangan tatkala air mata tak dapat ditahan. Terharu! Terharu dengan kegigihan ayahnya berusaha mempersembahkan yang terbaik buat dirinya dan Maleeq. Puteri lalu meluru menerpa lelaki itu dan melepaskan tangisan sepuas-puasnya.

"Terima kasih, daddy! You are the best dad in world. Bertuah Puteri punyai ayah seperti daddy."

Tan Sri turut terharu lalu membalas pelukan anaknya. "Sama-sama, anakku! You both deserve to get this. Anggap saja ini reward dari daddy, kerana kalian berdua telah berjaya menjalani tempoh nikah gantung dengan baik. Congratulation!"

Maleeq juga tak lupa mencium tangan ayah mertuanya, mengucapkan terima kasih atas segala kepercayaan yang beliau berikan selama ini.

Sungguh besar kurniaan yang Tuhan beri. Terasa sempurna hidupnya kini. Syukur Alhamdulillah.

NOTA PENULIS:
Sikit lagi, Mr. Mike. Sabar! Segalanya dah ada dalam genggaman kau. Hahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience