60: RALAT

Romance Series 889312

PETANG tadi, sebenarnya Aryan tidak langsung pulang selepas menghantar Maleeq ke hospital. Dia pilih untuk menemani Maleeq melihat Puteri barang sebentar. Bukan apa, nak ditinggalkan terus tak sampai hati pula. Bagaimana pun keadaan Maleeq masih belum pulih benar. Kesihan pula dia.

"Aku nak masuk temui dia, Aryan." Maleeq merayu. Ingin masuk ke dalam wad tapi tak dapat.

Sudah tak tertahan rasa sakit di dalam dihenyak sesal. Kepulangannya adalah untuk Puteri, tetapi dia hanya mampu melihat wanita itu terbaring lemah dari luar pintu sahaja.

"Tak boleh, Maleeq. Doktor tak benarkan sesiapa masuk dalam wad ICU tu." Inilah sebabnya Aryan tak terus beredar. Dia bimbang Maleeq akan bertindak di luar jangkaan. Buatnya dia redah aje masuk dalam, tak ke lagi satu hal?

"Tapi aku kena temui dia. Aku nak temui dia lebih dekat. Dia macam tu pun disebabkan aku, tahu tak?"

"Iya, aku faham. Tapi kau kena sabar dulu."

"Berapa lama? Berapa lama aku kena sabar? Kau tahu tak? Satu-satunya sebab aku dekat sini, adalah kerana dia. Kalau ingatan aku tak terangsang kerana dia, mungkin sampai ke sudah aku masih terperuk dekat kampung tu."

Aryan mengeluh. Hilang punca untuk berujar. Itulah yang dulu dia pernah kata pada Maleeq. Tapi tulah, masa tu dia yang degil. Sekarang dah jadi macam ni, Aryan juga yang kena hadap. Haih!

"Sekejaplah. Kalau iya pun, bagilah aku pergi tanya doktor dulu."

"Aku nak ikut."

Baru saja Aryan nak cakap 'Kau tunggu sini,' sudah dia mencelah gerak dulu. Adeh!

Satu je yang tak berubah pada Maleeq ni walaupun ingatan belum pulih benar, degil! Keras kepala dia, dari dulu memang tak boleh bawa bincang. Aryan memang give-up dengan dia ni.

Namun, nasib mereka tidak begitu buruk. Kebetulan doktor muncul untuk memeriksa keadaan pesakit. Jadi, tak perlulah mereka kena melilau satu hospital semata-mata nak jumpa doktor.

Buat berapa ketika, mereka terpaksa bersabar membiarkan doktor memeriksa Puteri. Lebih kurang sepuluh minit selepas itu doktor keluar kembali.

"Doc, boleh ke kami masuk melihat pesakit lebih dekat?" tanya Aryan sebaik doktor keluar.

"Oh ya! Boleh dah masuk, tapi hanya keluarga terdekat saja. Encik ni keluarga pesakit ke?"

Aryan teragak-agak mahu menjawap. Dia bukan keluarga Puteri pun. Dia tolong cakap bagi pihak Maleeq aje.

Tetapi siapa sangka, Maleeq yang pergi menjawap sendiri pada doktor. Aryan tercengang.

"Saya suami dia, doc. Tolong benarkan saya masuk."

"Owh, suaminya. Boleh! Encik boleh masuk ke dalam, tapi kena pakai pakaian khas pelawat dulu."

"Boleh doc, tak ada masalah."

Setelah itu, Maleeq diberikan pakaian khas sebelum dibenarkan melawat ke dalam wad. Dia bersyukur, akhirnya dapat juga melihat keadaan Puteri dengan lebih dekat.

Sebelum melangkah masuk, tak lupa dia ucapkan lafaz bismillah dalam hati. Mendadak debar datang menyerang, yang membuat Maleeq sempat menahan langkahnya.

"Maleeq, kau okey?" Aryan di belakang.

Maleeq menoleh lantas mengangguk ala kadar. Selanjutnya langkah diteruskan kembali.

Puteri adalah isterinya. Dia mesti yakin, tak perlu meragui lagi. Mungkin debar yang dirasa adalah aura pertemuan semula setelah terpisah sekian lama. Walaupun ingatannya belum pun pulih seratus peratus, tetapi hati yang paling dalam telah yakin bahawa dia sedang menghampiri seorang wanita yang paling bertahta dalam hidupnya.

"Princess..."

Bersamaan dengan terbitnya kalimat itu, air matanya berderai bagaikan hujan. Jatuh bercucuran semahu-mahunya tatkala tubuh lemah wanita itu sudah ada benar-benar di depan matanya. Dia duduk pada kerusi di sisi katil. Tangan Puteri perlahan-lahan digapai dengan jemarinya yang gementar.

Tangan itu disentuh, sejuk saja kulitnya. Rasa sebak semakin membuak tak tertahan lagi. Maleeq lalu membawa tangan itu ke mulut lantas dicium tanpa rasa jemu.

"Princess, abang dah ada di sini. Abang sudah kembali untukmu. Bangunlah sayang."

Apa yang dia fikirkan selama ini sampaikan sanggup melukai hati wanita seperti Puteri? Apabila kesedaran itu kembali, ini pula yang jadi. Adakah dia sudah terlambat untuk meminta kemaafan daripada Puteri?

"Princess, tolong maafkan abang. Abang masih ingin mendengar suaramu. Janganlah tidur terlalu lama. Abang sudah pulang. Marilah sambut kepulangan abang ini."

Aryan hanya memerhatikan dari luar. Dia bersyukur akhirnya Maleeq perlahan-lahan dapat mengingat kembali siapa dirinya. Dia turut berdoa supaya Puteri cepat sedar. Sungguh dia rindu mahu melihat mereka kembali bersama, bahagia seperti dulu. Walaupun dia sempat menaruh kesal terhadap Maleeq, tetapi dia amat menyayangi sepupunya itu. Kebahagiaan Maleeq, adalah kebahgiaannya juga.

"Maleeq, dah malam ni. Sudahlah tu. Biarkan Puteri berehat. Mari kita keluar dulu. Kau pun belum makan lagi, kan." Aryan terpaksa masuk sebaik terlepas daripada pengawasan petugas.

Benar kata Aryan. Hari sudahpun malam. Dari petang tadi dia lihat Maleeq tak berganjak dari sisi Puteri. Bahkan Aryan lihat, Maleeq sempat terlelap di sisi Puteri kerana keletihan.

"Kau pergilah dulu, Aryan. Aku tak nak apa-apa. Aku cuma nak teman dia saja, sehinggalah dia bangun nanti. Aku nak dia melihat aku sebagai orang pertama bila dia membuka mata nanti."

"Tapi, Maleeq. Doktor pun masih belum tahu bila dia nak sedar, tahu! Kalau iya pun, kau kenalah makan dulu. Nanti kau pula yang sakit macam mana?"

"Dia sumber kekuatan aku, Aryan. Aku cuma nak dengan dia saja. Kau pergilah dulu."

Aryan mengeluh. Dah habis cara dah nak pujuk Maleeq supaya jangan terlalu sedih. Tapi nampaknya Maleeq lebih pilih untuk meratapi kekecewaan, sehingga Aryan tak berdaya untuk memujuknya lagi.

"Baiklah kalau macam tu. Hari dah malam ni. Aku nak kena balik. Kau okey kan dekat sini sendiri?"

"Aku okey! Tak apa, kau baliklah dulu."

"Okeylah. Kalau kau nak apa-apa, kau tahukan macam mana nak telifon aku?"

Maleeq mengangguk, maka Aryan pun meminta diri. Dia masih risau, tapi dia yakin yang Maleeq boleh membawa diri.

Dia hilang ingatan je, bukan bodoh tak tahu apa-apa. Fikir Aryan.

***

DIA meletakkan kepalanya di atas bantal yang Puteri gunakan sehingga kepala mereka bersentuhan sangat dekat. Wajah yang masih tertidur lena itu tak jemu-jemu dipandang. Cantik sekali, tetapi masih pucat tiada seri. Sesekali jemarinya menyentuh pipi dan bibir Puteri. Hembusan nafas yang hangat dapat dia rasakan yang memberi maksud bahawa Puteri masih dalam keadaan tertidur lena.

"Princess. Apa yang harus abang lakukan supaya sayang cepat bangun? Kalau sayang nak abang tanggung segala kesakitan yang sayang rasa, abang sanggup. Walaupun nyawa ini sebagai taruhan untuk sayang kembali membuka mata, abang akan lakukannya. Bangunlah, Princess. Jangan buat abang hancur dengan melihat sayang seperti ini."

Sekali lagi, air mata menjadi perantara terluahnya perasaan. Ralat pada diri sendiri, ralat pada keadaan, bahkan ralat pada nasib yang menimpa dirinya.

Kenapa dunia sangat kejam pada dirinya dan Puteri? Adakah mereka tak dibenarkan untuk bahagia?

"Abang sedar atas kesilapan abang. Abang telah berdosa membiarkan sayang menanggung semuanya sendirian. Tapi bukan macam ni cara menghukum abang. Ini terlalu sakit. Abang lagi rela mati dari melihat sayang seperti ini. Princess, bangunlah."

"Assalamualaikum. Maleeq."

Teguran itu muncul dan sedikit mengejutkan. Ianya terdengar dari arah belakang. Pasti bukan Aryan, kerana suara itu milik seorang perempuan.

"Walaikum salam. Saya..."

Maleeq telahpun beralih bagi menghadap individu yang datang. Dia berdiri dengan kepala sedikit tertunduk. Wajah yang basah dek air mata segera dikesat dengan belakang lengan.

"Maleeq sihat? Ini mommy. Ibu mertua Maleeq."

Wanita itu menegur lembut. Maleeq perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

"Mom... mommy?"

Puan Sri Zakiah menguntum senyuman terharu. Anak menantunya yang masih ragu-ragu dihampiri lebih dekat.

"Maleeq pergilah rehat dulu. Biar mommy yang jaga Puteri. Hari sudah malam. Sejak sampai tadi, mommy lihat Maleeq belum berehat lagi."

"Tak apa mommy. Saya okey. Biarkan saya di sini temankan Puteri. Saya mahu berada di sisi dia sehingga dia bangun."

Puan Sri hanya dapat mengeluh pendek. Dia tahu Maleeq pasti amat terkilan dengan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak boleh membiarkan Maleeq terus-terusan seperti itu.

Bagaimanapun menantunya itu masih belum sihat sepenuhnya. Bimbang bila dibiarkan terus tertekan serta menyalahkan diri sedemikian, dikhuatiri Maleeq akan berpotensi mengalami depression.

Maka, Puan Sri perlu memujuk menantunya agar tidak hanya meletakkan tumpuan sepihak pada Puteri sahaja. Hingga saat ini, Maleeq juga masih memerlukan rawatan.

"Emm, oh ya Maleeq. Maleeq dah tengok baby belum?"

"Baby?"

"Iya, baby."

Soalan Puan Sri yang cuba mengalih perhatian nyata berkesan membuat Maleeq sedikit mengubah reaksi. Tidaklah hanya terus bersedih dan menyalahkan diri sendiri sahaja.

"Anak Maleeq yang baru Puteri lahirkan. Nak tengok tak?" tambah Puan Sri.

Maleeq langsung mengangkat muka yang dari tadi tertunduk lemah.

Puan Sri gembira kerana Maleeq mahu memberi respons atas cadangannya.

"Dia dekat mana, mommy? Saya nak tengok."

Puan Sri tersenyum sekali lagi. "Baby dekat nursery. Dia dijaga oleh misi untuk dipantau kesihatannya. Mari kalau nak tengok."

***

TERLETAK tidak begitu jauh, penempatan bayi masih di aras yang sama. Hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja, mereka akhirnya tiba di newborn nursery.

Puan Sri meminta kebenaran terlebih dahulu daripada misi untuk melihat cucunya. Dengan senang hati misi mempersilakan bayi kecil itu kepada beliau.

"Bismillah! Allahakbar, cucu nenda. Cucu nenda tidur ya? Nanda minta maaf ya, sayang. Nenda terpaksa kejutkan awak. Daddy awak dah sampai, nak jumpa dengan baby. Say hello to daddy."

Bayi kecil itu menggeliat bersama rengekan comel tatkala badan kecilnya diangkat oleh kedua tangan Puan Sri. Tidak sah kalau bibir tidak menyentuh pipi gebu si comel. Itu adalah perkara wajib buat sesiapa sahaja setiap kali menyentuh bayi kecil.

Si kecil sedang ditimang olah Puan Sri. Tidak lama, Puan Sri membawanya ke hadapan Maleeq selaku si ayah.

Maleeq terkedu dan hampir tidak terkata. Air liurnya ditelan terasa kesat di kerongkong. Rasa sebak kembali mengguncang dada ketika si kecil sudah dibawa mendekat padanya.

Si kecil merengek kerana tidurnya terganggu. Menggeliat ke kiri ke kanan sehingga tangannya terkeluar dari dalam bedung. Lama kelamaan rengekannya semakin menjadi. Mungkin bayi itu mula berasa kurang selesa.

"Dia nangislah, Maleeq. Dia nak susu kot? Sekejaplah, mommy nak mintakan susu pada nurse dulu."

"Mommy, tak apa."

Puan Sri tak jadi meneruskan langkah. Dilihat Maleeq telah menghulurkan tangan buat menyambut si kecil. Puan Sri kurang yakin mahu menyerahkan cucunya pada Maleeq. Memanglah dia ayahnya, tapi Maleeq kan belum sihat.

"Mommy jangan risau. Saya ayahnya. Bagi saya pegang dia, mommy."

Puan Sri cuba mengusir keraguan itu. Dia harus yakin bahawa Maleeq boleh dipercaya. Tapi dia tak akan tinggalkan mereka. Dia mesti berada di situ menyaksikan apa yang Maleeq akan lakukan pada si kecil.

Bergetar bibir lelaki itu menyambut anaknya dari tangan Puan Sri. Air mata sekali lagi berderai tak dapat dibendung. Si kecil sudah beralih tangan. Maleeq memegangnya dengan berhati-hati.

"Assalamualaikum, wahai permata hati. Ketahuilah, bahawa saya adalah papa awak. Awak adalah darah daging papa. Tapi dunia ini terlalu kejam kerana memisahkan kita. Kesilapan terbesar papa adalah membiarkan awak dan mommy berjuang sendiri. Mulai sekarang, baby jangan menangis lagi. Papa sudah di sini. Papa sudah pulang untuk awak dan mommy."

Kata-kata itu dibisikkan sambil merangkul si kecil. Maleeq tak mahu ketinggalan turut menciumi pipi dan dahinya sekali. Bayi yang masih menangis perlahan-lahan ditelangkupkan pada bahu. Ditepuk belakangnya dengan berhati-hati bersama alunan zikir yang sayup-sayup dibacakannya.

Puan Sri tercengang melihat kejadian itu. Bagaikan sebuah magik, rengekan si kecil perlahan berangsur reda. Malah Puan Sri saksikan sendiri cucunya sedang lentok di bahu Maleeq. Puan Sri terharu dan hampir menangis menyaksikan detik-detik pertemuan itu. Nyata bahawa darah dan daging mempunyai ikatan jiwa yang begitu rapat, sehingga tak siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku.

"Mommy. Apa nama dia?"

"Belum diletak nama lagi. Mommy dengan daddy masih bingung mencari nama yang sesuai."

"Dia lelaki kan, mommy?"

Maleeq melihat ibu mertuanya mengangguk. Dia menguntum senyuman perlahan.

"Putera Khaleed. Nama dia Putera Khaleed, mommy."

Maleeq teringat akan mimpi di mana Almarhum ayahandanya menjelma. Sebuah nama yang begitu asing di pendengaran beliau tuturkan. Maleeq tertanya-tanya ianya milik siapa.

Barulah kini dia sedar bahawa nama itu adalah untuk bayi kecil ini. Buah cintanya bersama Puteri.

"Putera Khaleed? Masya-Allah, sedapnya nama," ujar Puan Sri.

"Benar, mommy. Dialah Putera Khaleed Bin Maleeq Al-Habsi."

Puan Sri tak dapat menutupi rasa terharunya lagi. Beliau turut menangis kerana gembira. Akhirnya, menantunya telah kembali. Syukur Alhamdulillah.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-11-03 13:11:48 

mata masuk.habuk.la pulak

Rimatanti Rasyid
2023-11-03 11:07:26 

baca Ni pun sy dh nangis tau...hehehehe semoga Puteri kembali secepat mungkin ye.. kesian baby nya .. Maleeq pun kesian jg... semoga bahagia Milik mereka hujung nya..

Mermaid_
2023-11-03 07:09:04 

huwarrghhh nak nangissss


NovelPlus Premium

The best ads free experience