8: DENDAM LAMA

Romance Series 889375

SUATU ketika dahulu...

Sebuah kereta mewah telah berlabuh di hadapan universiti antarabangsa terkemuka di Malaysia. Seorang pelajar lelaki telah keluar dari kenderaan tersebut. Langkah diatur dengan penuh bergaya. Sesiapa sahaja yang berpapasan pasti tak mungkin dapat mengalihkan pandangan berkat auranya yang bersinar bak kilauan suria.

Dialah, Tengku Mukhriz. Anak tunggal kepada Tengku Jaafar pemilik utama Legacy Hotel. Merupakan pelajar paling popular di Universiti tersebut, terutama sekali di kalangan pelajar-pelajar wanita. 

Dengan rupa paras yang elok serta darjat yang dia miliki, sudah tentu dia amat digeruni serta disegani. Dan dia cukup bangga dengan apa yang dia miliki itu.

Namun, itu cerita dulu. Segalanya berubah seiring beredarnya waktu. Zaman kegemilangan Tengku Mukhriz perlahan malap. Lama kelamaan namanya tak lagi menjadi bualan para gadis-gadis di universiti tersebut. Dia sungguh tercabar, kerana ianya bukan berlaku tanpa sebab.

Kemunculan seorang pelajar baru telah merampas segalanya, sehingga nama Tengku Mukhriz kian tenggelam hari demi hari.

Khabarnya, pelajar baru tersebut datang dari keturunan terhormat serta warak beragama. Dialah Maleeq Al-Habsi. Semenjak pelajar itu masuk ke kampus ini enam bulan yang lepas, namanya mula naik sehingga berjaya menduduki carta nombor satu sebagai pelajar paling dikenali di kolej itu.

Wajah kacukan Melayu + Timur Tengah miliknya telah menjadi igauan para pelajar wanita. Bahkan dia juga menjadi plajar favorite dan kerap mendapat pujian atas prestasinya.

Maleeq Al-Habsi, merupakan putera kepada tokoh ternama dari dataran Arab bernama Syeikh Omar Al-Habsi. Seorang tokoh agamawan yang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita tempatan yang kala itu sedang menjunjung tugas sebagai duta di negeri Qatar.

Maleeq Al-Habsi amat disanjungi dan dipuji atas perilakunya yang baik. Menjadi idola kepada para pelajar lain, bahkan dia sempat menjadi ikon universiti apabila wajahnya kerap muncul pada setiap iklan di kaca tv mahupun papan billboard.

Sebagai pelajar yang telah lebih dahulu menyandang gelaran popular tersebut, tentu saja Tengku Mukhriz tidak dapat menerima kenyataan itu. Bagus sangatkah mamat ni? Sampaikan mukanya saja yang keluar di iklan. Dirinya saja tak ada pun sampai terpilih menjadi ikon seperti itu. Tiba-tiba budak baru yang konon-konon terpaling bagus ni datang cross the line. Ini langsung tak boleh diterima.

Tengku Mukhriz bertambah panas hati apabila Nadine kekasihnya turut serta  mengagumi pelajar baru tersebut, tentu saja dia tercabar egonya.

Bagi Mukhriz, darjatnya jauh lebih tinggi berbanding si Maleeq Al-Habsi entah apa-apa tu. Mana boleh sampai dia kalah saing dengan dia tu.

Maka, muslihatnya bermula untuk menjatuhkan reputasi saingannya serta merampas semula takhta sebagai pelajar TOP di kolej tersebut. Mukhriz lalu datang berjumpa Nadine kekasihnya.

"Baby! I nak tanya you something. Dan I nak you jawap jujur pada I," kata Mukhriz.

"Yes, honey. What happen?" Nadine perlihatkan senyuman manisnya.

"I tahu You sedang minat dekat mamat perasan bagus tu. Betul kan?" Dia main serkap jarang.

"Mukhriz, apa you cakap ni?"

"Ala, tak payahlah nak berdolak-dalik dengan I. I tahu setiap kali you pandang dia, reaksi you teruja lain macam. You ingat I buta ke?" Mukhriz mula berkata kasar.

"Mukhriz! You tak ada hak tuduh I macam tu. I sudah ada you. Kalau pun I pandang dia, I cuma kagum sahaja, tak lebih daripada itu."

"Dari kagum tulah lama-lama jadi suka. You pun sama ke nak jadi macam perempuan-perempuan sundal tu semua?"

Bibir Nadine mula bergetar. Cercaan Mukhriz amat tajam menikam hatinya. "Sampai hati you kata I macam tu. I cuma ada you saja, Riz." Nadine menangis.

Tetapi itu tetap tak berjaya melembutkan hati Mukhriz yang memang sedang dirasuk dendam.

"Ish, dah-dah, tak payah nak buat drama depan I. Muak I tengok," bentak Mukhriz.

Nadine terisak-isak dipagut sedih tanpa pembelaan.

"Kalau you betul-betul cintakan I, you kena buat sesuatu untuk I. Buktikan pada I, bahawa you bukan macam perempuan-perempuan sundal yang tergila-gilakan si Maleeq Al-Habsi tu. Boleh?"

"Apa? Apa yang I kena buat?" Nadine tiada pilihan dan terpaksa menuruti kemahuan kekasihnya.

Walaupun pada mulanya dia tak sampai hati, tetapi demi membuktikan cintanya kepada Mukhriz tidak tergugat, maka dengan berat hati Nadine terpaksa menyetujui.

***

PULANG dari Langkawi tentunya amat meletihkan. Sempat berjumpa isteri sekejap sebelum dikantoi oleh bapa mertua. Aduhai! Apalah nasib jadi pengantin gantung ni? Nak usik isteri pun tak boleh.

Maleeq akhirnya tertidur di biliknya tanpa sempat menukar pakaian. Tetapi sejak kebelakangan ini, tidurnya tidak begitu tenteram. Dia gelisah bagaikan diganggu beban yang belum tertutaskan.

"Mama. Babah. Ampunkan Maleeq. Ampunkan Maleeq. Ampunkan Maleeq."

Pagi itu, Maleeq berjalan seperti biasa di laluan koridor menuju kelas sambil mendengarkan muzik melalui earphones. Ramai gadis-gadis genit menegur serta menyatakan hasrat ingin berkenalan lebih rapat, tetapi Maleeq cukup hanya sekadar menghadiahkan senyuman kecil sahaja. Berharap mereka fahamlah akan maksud senyuman itu. Itu pun sebab tak mahu dianggap sombong. Kalau tidak, memang tak adanya dia nak pandang.

Tapi, meskipun sekadar senyuman kecil Maleeq sedekahkan, ianya sudah cukup membuat para gadis-gadis itu hampir terkena histeria dek kerana teruja.

Maleeq tergeleng-geleng. Entah apa-apalah yang sampai terjerit-jerit macam tu? Cubalah buat biasa-biasa saja, dah tentu lebih manis. Tak malu ke nampak seperti perempuan gedik mereka ni? Haish!

Langkah diteruskan menuju dewan belajar. Terpaksa diabaikan wanita-wanita genit itu. Tak kuasa nak layan.

"Auch! Aah..." Mood telah bertukar.

"Sorry! I'm sorry. It's my bad. I'm so sorry." Nadine merayu kemaafan kerana telah tertumpah minuman coklat ke baju Maleeq.

Keluar dari canteen dan berjalan tergesa-gesa, sampai terlanggar pelajar popular itu sehingga Nadine sudah kotorkan bajunya. Dia benar-benar merasa bersalah.

"Ish, apa ni? Habis kotor baju orang." Maleeq kesal.

"Sorry sangat-sangat. I tak sengaja. Sorry." Tak puas-puas Nadine meminta maaf atas kesalahannya.

Maleeq masih bengang, tapi bagaimana pun dia tak akan merungut berlebihan. Bukan caranya mahu berkasar dengan perempuan. Jadi lebih baik dia blah sahaja. Pergi ke washroom dan bersihkan pakaian.

"Wait! Maleeq."

"Nak apa lagi?" Maleeq tak toleh ke belakang meski langkahnya sudah tertahan.

"Sorry, okey! I betul-betul tak sengaja."

"Haish!" Maleeq abaikan Nadine yang masih tak habis-habis minta maaf. Orang nak cepat ke bilik air dia sebok dengan minta maaf dia.

"Maleeq, tunggu."

"Apa lagi lah?" Haa, geram.

"Kalau, you nak tukar baju, I ada baju T-shirt lebih. Hari ni I sedang agihkan T-shirt percuma untuk kelab I. You nak tak?" pelawa Nadine.

Maleeq hanya panggu lehernya. "T-shirt kelab? Baju perempuan ke? Agak-agaklah."

"Ada untuk lelaki juga. Kalau you nak I bagi you satu."

Maleeq berfikir. Baju kelab? Ish, tak pasal-pasal jadi iklan free pulak. Tapi daripada pakai baju yang sudah kotor ni... "Eemm. Bolehlah tuh," kata putus Maleeq akhirnya.

"Okey. I pergi ambil dulu, nanti I hantar pada you."

Apa-apa saja. Sekarang ini Maleeq kena pergi washroom cepat. Melekit badan dek air coklat ni. Ish!

Tidak ramai pelajar di tempat itu, mungkin kebanyakan sudah masuk kelas barangkali. Maleeq perlu membersihkan bajunya yang kotor. Dia tanggalkan baju itu di tempat yang sudah terselindung dari pandangan ramai.

"Opocot! Kuss semangat. Cepatnya kau sampai." Terkejut Maleeq melihat Nadine sudah berdiri di pintu tandas.

"Iyalah. I ambil cepat-cepat sebab tak mahu you menunggu lama." Nadine maju ke tempat Maleeq.

"Ei, jap, jap, jap. Tunggu situ, jangan ke sini. Kau letak je baju tu kat situ, nanti aku ambil sendiri," kata Maleeq. Orang dah separuh naked macam ni dia muncul pulak. Nak ambil kesempatan ke apa?

Nadine faham. Dia tak jadi meneruskan langkahnya ke tempat Maleeq melainkan hanya perlu meletakkan baju di tempat yang Maleeq boleh capai. Tapi itu pun kena menapak juga barang selangkah dua.

"Aaahhh..." Nadine terjerit saat tubuhnya hampir terpelanting ke atas lantai angkara kaki bersarung stiletto miliknya telah melalui lantai yang licin.

Sebab itulah Maleeq tak suruh masuk. Dah tahu dah drama orang perempuan ni bila masuk tandas, ada-ada saja dengan kasut tumit tinggi dia. Tak pasal-pasal Maleeq kena jadi penyelamat. Aih!

Mujur saja Maleeq bertindak cukup pantas, sehingga tak sempat badan Nadine sampai jadi nangka busuk di lantai.

Tetapi, Nadine malah terpana tatkala tubuhnya sudah dirangkul oleh pemuda tampan pujaan ramai itu. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dia sedang tidak berbaju. Kalau saja belum ada Mukhriz sebagai kekasihnya, naklah juga bersaing dengan wanita lain untuk merebut hati jejaka tampan wajah kacukan ini.

Astagfirullah! Maleeq cepat-cepat lepaskan badan Nadine dari rangkulannya. Nasib baik tak ada siapa yang lihat. Keadaan ini sangat bahaya, boleh mengundang fitnah.

T-shirt baru di tangan Nadine buru-buru dirampas lantas beredar. Dia juga tak mahu wanita itu jadi terperasan lebih serta menaruh harapan macam perempuan-perempuan yang lain tu semua.

Dia sudah tekankan dalam hati, datang ke tempat ini hanya untuk belajar, bukan untuk mencari kekasih.

Namun segalanya berubah pada pagi berikutnya.

Kampus tiba-tiba kecoh pagi ini. Para pelajar sedang berkerumun di hadapan mading menyaksikan akhbar terpanas yang terhidang pagi-pagi buta.

Maleeq baru saja tiba. Dia turut terpanggil untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Tetapi, mendadak langkahnya termundur beberapa kali. Wajahnya tegang tidak mengerti melihat sikap para pelajar sewaktu memandang dirinya. Apa hal ni?

"What's going on, Maleeq Al-Habsi?" soal salah seorang pelajar lelaki. Mara ke arah Maleeq dengan tenungan penuh benci.

"Apa? Apa benda?" Maleeq betul-betul tak faham.

Mereka lalu menunjukkan kepada Maleeq apa yang tertera di mading pagi ini. Dia terpempan hilang bicara.

Terpapar besar-besar gambarnya di situ dalam keadaan telanjang dada sedang memeluk seorang wanita di tandas kampus. Dia tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, tetapi dia pasti bahawa semua ini adalah kerja sabotaj.

"Wait! Aku boleh jelaskan. Keadaan tu tak seperti yang kau orang fikir."

Malangnya, cubaan untuk menjelaskan perkara sebenar tidak mendapat tanggapan baik dari rakan-rakannya. Mereka terlalu kecewa padanya. Sebagai roll model di kampus ini, nyata dia telah menunjukkan perilaku yang tidak sopan. Akhirnya, mereka mula menjauhi dirinya. Nama Maleeq Al-Habsi kini mula dipandang serong.

Semenjak kejadian itu, namanya telah digugurkan dari kampus. Maleeq Al-Habsi telah dibuang kolej kerana dianggap telah mencemarkan reputasi universiti. Apapun pembelaan yang cuba dilakukan tetap tak mengubah apa-apa. Maleeq sungguh ralat.

Tentu saja kedua orang tuanya adalah pihak yang paling terpukul dengan perkara ini. Anak lelaki satu-satunya harapan keluarga, yang dididik dengan agama penuh di dada, tidak disangka akan berkelakuan sebegitu nista.

"Patutlah Maleeq tak mahu apabila babah mengusulkan untuk sambung belajar di Qatar. Maleeq lebih memilih sambung belajar di sini saja. Rupanya supaya Maleeq boleh berkelakuan bebas begitu, ya nak? Mama betul-betul tak sangka." Dato Seri Sabariah amat terkejut, sehingga tak dapat menutupi kekecewaannya.

"Mama! Percayalah pada Maleeq. Maleeq tak buat semua tu, mama. Ini semua fitnah. Mama kenal anak mama ni, kan? Maleeq tak akan buat macam tu, mama."

Bagaimana pun Sabariah tak mampu berkata apa-apa lagi. Kekecewaan yang terlalu mendalam membuatkan air matanya tak henti mengalir.

Maleeq lalu beralih pada wanita di sebelah mamanya. Berharap masih tersisa sedikit kepercayaan untuk membela dirinya. "Dahlia! Kau percaya aku, kan? Aku tak buat semua tu. Dahlia, kau pun tolonglah, jangan diam macam ni."

Wanita itu hanya menggeleng perlahan. "Kakak minta maaf, Maleeq. Kakak tak dapat berbuat apa-apa. Mama dan babah sudah terlanjur kecewa. Perbuatan kau telah menconteng arang ke muka keluarga besar Al-Habsi."

"Tapi aku tak buat semua itu. Kau pun tahu aku macam mana, kan? Semua itu fitnah, Dahlia. Aku telah dikhianat. Percayalah."

Dahlia kakaknya juga tidak dapat membantu apa-apa. Wanita itu lalu beralih. Masuk ke bilik lantas keluar semula selepas beberapa saat kemudia.

Barulah Maleeq sedar bahawa keluarganya sudahpun bersiap. Ayahnya yang sudah uzur sedang ditolak oleh Dahlia menggunakan kerusi roda.

"Babah. Kakak. Mama. Kalian, kalian mahu ke mana?" Dia cuba menggamit tangan ayahnya tetapi tangan itu buru-buru direntap. Hancur hari Maleeq melihat sikap orang tuanya.

"Bertaubatlah, Maleeq. Bertaubatlah dengan taubat yang sesungguh-sungguhnya. Sementara itu, beri sedikit ruang pada kami untuk membersihkan arang yang sudah Maleeq contengkan di wajah kami. Renungilah kesilapan, insafi kesalahan. Kami minta diri dulu. Jaga dirimu baik-baik."

Selesai meninggalkan pesannya, Syiekh Omar Al-Habsi lantas mengajak isteri dan anak perempuannya untuk segera berangkat.

Maleeq tak tahu mereka hendak ke mana. Tapi melihat gayanya, sepertinya mereka akan pergi ke tempat yang jauh dalam waktu yang cukup lama.

Rumah agam yang mereka diami ditinggalkan betitu saja. Sepi sesepi hati Maleeq yang telah dibuang keluarga.

Akhirnya, Maleeq memutuskan untuk meninggalkan tanah air, dan mengukuti jejak kedua sepupunya membawa diri ke Australia.

Dalam tidurnya Maleeq kerap diganggu mimpi. Dihantui dosa silam yang tak sempat diampunkan oleh arwah ayahnya. Syiekh Omar Al-Habsi telah meninggal dunia setahun kemudian sewaktu Maleeq berada di Australia.

Beliau telah disemadikan di negara asalnya di tanah Qatar. Sementara Dato Seri Sabariah dan juga Dahlia turut menetap di sana, enggan pulang ke tanah air semula.

"Babah, ampunkan Maleeq. Mama! Maleeq rindu. Maafkan Maleeq, mama." Begitulah igaunya setiap kali tidur lenanya tergganggu.

Bertahun membawa laluan sendiri jauh dari keluarga, terfikir untuk memunculkan diri dan meminta kemaafan tapi bimbang tak diterima. Sehingga kini dia telah mendirikan rumahtangga, tak ada seorang pun ahli keluarga yang tahu, bahkan sekurang-kurangnya hadir menyaksikan dirinya disatukan dengan seorang wanita.

Begitulah pilu nasib seorang Mr. Mike pujaan hati Puteri Zaharah. Dibuang oleh keluarga angkara fitnah dan perbuatan khianat. Mujurlah dia seorang lelaki yang pandai berdikari. Di manapun dia berada, nasibnya tetap terbela.

***

SELEPAS ketiaadaan Maleeq di kampus, Tengku Mukhriz akhirnya kembali merampas takhtanya sebagai pelajar nombor satu di kolej tersebut. Dia bangga kerna telah berjaya menyingkirkan rival ketatnya. Puas hatinya.

Namun, Nadine kekasihnya hari demi hari kian dirundung rasa bersalah atas perbuatannya terhadap Maleeq. Semakin hari, perhubungannya dengan Mukhriz bertambah renggang.

Akhirnya Nadine tampil membuat pengakuan, memberitahu bahawa Maleeq tidak bersalah. Dia mendedahkan yang semua itu telahpun dirancang oleh Tengku Mukhriz untuk menjatuhkan reputasi Maleeq.

Maka, dengan serta merta Mukhriz telahpun dibuang dari kolej sepertimana Maleeq kena. Kecaman hebat dari rakan serta masyarakat terpaksa diterimanya.

Mukhriz hampir murung akibat tidak dapat menerima kenyataan. Nadine kekasihnya juga telah memutuskan untuk tidak lagi mahu bersamanya. Mukhriz tambah tertekan.

Selepas kejadian itu, Mukhriz telah dihantar ke Switzeland untuk menjalani kehidupan baru, mendapat rawatan untuk memulihkan semangat serta melupakan kisah silamnya.

Selepas tiga tahun Mukhriz kembali ke tanah air dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi sungguh tak sangka yang dia akan bertemu semula dengan bekas rival ketatnya. Malah pertemuan kali ini jauh lebih teruk, apabila dia siap masuk penjara gara-gara si Maleeq Al-Habsi itu.

Ish! Kenapa dia lagi yang muncul? Tak guna betul. Habis porak-poranda semua. Dia dan keluarganya juga terpaksa berpindah ke Switzerland kerana tak tahan menanggung malu.

"Tak guna kau, Maleeq. Aku bersumpah, aku tak akan biarkan kau hidup dengan tenang."

Mukhriz tak dapat duduk diam di negara orang sementara musuh ketatnya sedang bersenang lenang di tanah air. Dia mesti kembali. Bagaimana pun dia harus membuat perhitungan dengan Maleeq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience