45: DIPERMAINKAN PERASAAN

Romance Series 889375

SEPANJANG malam Maleeq tak dapat melelapkan mata. Terngiang akan kata-kata Aryan siang tadi yang berkeras memberitahu akan jati dirinya. Aryan menegaskan bahawa dirinya adalah suami kepada wanita bernama Puteri Zaharah. Puas Maleeq cuba menggali segenap ingatan yang tersisa tapi tetap tak jumpa bayang-bayang itu.

Hal itu membuat jiwanya bertambah tak tenteram. Bagaimana jika ianya benar? Bagaimana jika dia memang benar adalah suami kepada wanita yang sedang sarat mengandung? Sedangkan dirinya langsung tak tahu apa-apa melainkan dirinya yang sekarang.

Dirinya yang sekarang hanyalah seorang lelaki tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan upah dari bekerja sebagai mekanik kenderaan. Tidak berharta dan tak punya identiti. Malah tinggal pun menumpang di rumah orang. Beginikah ciri-ciri seorang suami kepada wanita yang Aryan sebutkan itu?

Kalau menurut nama wanita yang Aryan sebutkan, isterinya bukanlah wanita sederhana. Tentunya dia datang dari golongan bangsawan yang hidupnya serba mewah. Jauh sekali dengan dirinya yang hanya makan upah dari membaiki kereta membantu Adam.

Maleeq mendesah panjang membuang pandang ke atas syiling di dalam biliknya yang sempit. Bertanya pada diri dan mencari jawapan yang diingini.

"Siapa diri ni sebenarnya? Apa benar yang Aryan katakan, bahwa aku dahulu juga datang dari golongan seperti dia? Tapi kenapa aku merasa begitu asing dan jauh sekali? Apa yang sebenarnya telah terjadi pada diri aku ini?"

Menjelang empat pagi, barulah matanya dapat terpejam. Cubaan merungkai memori belum membuahkan sebarang hasil sehingga sekarang. Adakah dirinya akan seperti itu buat selama-lamanya?

***

PAGI itu, Maleeq tidak keluar bersarapan seperti sebelum ini. Entah kenapa dia mula tidak selesa untuk kerap bersua muka dengan Makcik Wawa dan juga Hanna. Lagi-lagi selepas Aryan menegaskan bahawa dia tak ada kena mengena pun dengan mereka.

Maleeq mulai menjaga jarak dan kurang berinteraksi. Tetapi dia tetap akan datang membantu apabila mereka memerlukan bantuan, seperti membaiki paip mahupun menukar lampu yang rosak. Dengan senang hati dia akan menghulur bantuan, sebagai bentuk membalas budi atas pertolongan kepada dirinya.

Maleeq keluar dari bilik setelah dipastikan Makcik Wawa sudah tiada di rumah. Hanna juga sudah berangkat kerja. Maka dia perlu mengambil bahgiannya untuk membersihkan diri di bilik mandi yang terletak di bahgian dapur.

Sudah tiada orang barulah dia selesa. Hati yang mulai segan membuatnya mencipta jadwal sendiri bila dia perlu keluar dari bilik untuk urusan peribadinya.

Namun belum pun dia selesai mandi, suara kereta Hanna terdengar menghampiri pekarangan rumah. Maleeq sangka Hanna sudah berangkat kerja, tak sangka pula dia berpatah balik semula.

Maka cepat-cepat Maleeq menyudahi mandi, bimbang akan berpapasan dengan Hanna dalam keadaan yang kurang sopan. Tentunya dia akan malu sekali.

Tapi siapa sangka, Maleeq yang nak cepat keluar dari bilik air, atau Hanna yang nak cepat masuk ke rumah?

Akibatnya, keduanya terbata di tempat masing-masing dengan perasaan malu yang membara. Maleeq sudah memerah mukanya, begitu juga dengan Hanna.

Tetapi Maleeq tak mahu keadaan canggung itu berlarutan lebih lama. Buru-buru dia mengambil langkah menghindar sebelum orang lain pula yang akan melihat mereka dalam keadaan seperti itu.

Tanpa sebarang bicara, kaki diantur pergi meninggalkan ruang dapur yang sunyi mencekam. Maleeq cepat-cepat masuk ke bilik dan menguncinya.

Hanna pula sudah lupa dengan tujuannya pulang iaitu untuk mengambil beg peralatan yang tertinggal di ruang dapur. Kemunculan Maleeq dari dalam bilik air yang hanya mengenakan kain tuala membuat dirinya seperti kehabisan oksigen. Hanna masih tak bergerak dari tempat asal bila otaknya terasa jammed.

Apa? Apa yang dia nampak tadi? Tidak! Ianya hanya perkara biasa bagi seorang lelaki yang baru selesai mandi. Kenapa pula dirinya perlu merasa begini? Bukankah dia sudah biasa melihat badan Maleeq sewaktu merawat lelaki itu ketika dia koma dulu?

Tak! Ianya sungguh tak sama. Keadaan dulu dan sekarang adalah berbeza. Dulu Maleeq tak sedarkan diri. Tapi sekarang, dia sedang sihat walafiat. Badan pula semakin berisi tidak lagi kurus seperti sebelum ini. Jujur Hanna mengakui, imannya sedang diombang-ambing oleh perasaan dan juga naluri.

Hanna lalu duduk di kerusi meja makan di dapur itu, tepat di sebelah beg peralatan miliknya yang tertinggal. Tetapi dia sudah lupa untuk menoleh pada beg tersebut, padahal ia adalah tujuannya pulang semula ke rumah. Minda sudah kacau oleh penampakan Maleeq tadi yang membuat matanya berpinar-pinar. Pening tak keruan.

Apa? Apa yang sedang rasakan ini? Mustahil, mustahil dia menyimpan perasaan seperti itu. Aduh, Maleeq. Kenapa kau sungguh menggoda?

Hanna terkejut bila Maleeq muncul semula, tetapi dengan keadaan sudah rapi berpakaian. Hanna jadi gugup dan langsung berdiri. Seakan dia mahu bertanya, tetapi tak tahu apa yang hendak dia katakan.

Maleeq pula tak memberi sebarang respon melainkan terus meluru ke bilik air semula.

Hanna perhatikan gerak-gerik lelaki itu sehingga Maleeq keluar semula. "Er... Itu, baju kotor awak. Tak apa, biarkan saja di situ. Nanti balik kerja Hanna basuh," kata Hanna. Gugup!

"Tak apa, terima kasih," respon Maleeq usai mengutip baju kotor miliknya dari dalam bilik air. Selanjutnya dia bergegas semula masuk ke bilik.

Hanna sekali lagi hampir terlupa untuk menyedut nafas. Wangi! Wangi yang Maleeq tinggalkan membuat Hanna seperti orang mabuk. Hampir terlupa segalanya, bahkan dia lupa yang dia perlu kembali ke klinik dengan segera.

Hanna masih tak bergerak, berdiri memperhatikan bilik Maleeq yang sudah tertutup pintunya.

Pintu bilik itu terbuka sekali lagi. Hanna masih menyaksikannya. Maleeq keluar semula, tetapi arah yang dituju kali ini adalah bertentangan. Malah yang membuat Hanna perlu menyudahi lamunan adalah, Maleeq turut keluar dengan menggalas backpack yang sudah diisi dengan pakaian. Hanna penasaran lalu memutuskan untuk pergi mengejar.

"Awak! Awak nak ke mana?" tanya Hanna.

Maleeq hentikan langkah tapi tidak menoleh. "Saya akan berpindah ke rumah Adam."

Hanna kurang faham. "Pindah ke rumah Adam? Tapi kenapa?"

"Saya dah sihat dan tak perlu bergantung pada Hanna lagi. Saya tak mahu menyusahkan. Lagipun, kita tak ada apa-apa ikatan. Saya bimbang nanti akan timbul fitnah. Saya harap Hanna faham." Langkah disambung tanpa menoleh ke belakang.

"Maleeq!" Hanna tetap berusaha mengejar. "Saya tak fahamlah. Kenapa tiba-tiba ni? Selama ni awak okey je. Adakah, ianya sebab Aryan yang menghasut awak?"

Maleeq hentikan langkah sekali lagi. "Tak ada siapa yang hasut saya. Ini keputusan saya sendiri. Saya dah banyak menyusahkan Hanna dan Makcik Wawa."

"Tak, Hanna tak rasa disusahkan pun. Maleeq, awak..." Hanna tak dapat meneruskan kata-katanya.

"Kirim salam dengan Makcik Wawa. Jika perlu apa-apa bantuan daripada saya, bagitahu je. Saya akan tolong. Tapi saya tak boleh tinggal di sini lagi. Saya minta diri. Assalamualaikum."

Hanna tergamam, termenung tidak terucap. Bahkan ucapan salam hampir tak mampu dijawap.

"Wa... Alaikum, salam!" Lemah suaranya. Maleeq pula telah selamat melangkah keluar.

Hanna merunduk memendam rasa yang tak kesampaian. Jadi, benarlah perasaan itu hanya dirinya saja yang merasakan? Manakala di pihak Maleeq langsung tak ada apa-apa. Lalu kenapa semalam dia mengatakan lafaz itu?

Hanna mendongak. Dilihat Maleeq sudah keluar dari pintu. Lekas dikejar dengan segenap kekuatan yang ada. Abaikan rasa malu dan segan. Dia perlu meminta kepastian.

"Maleeq, tunggu!" Maleeq tak endahkan panggilannya. Hanna tetap berusaha.

"Maleeq. Awak lupa ke dengan apa yang awak cakap semalam?"

Barulah Maleeq memberi respond. Langkah dihenti lalu menoleh buat seketika. Maleeq turut menzahirkan tawa kecil, tetapi bunyinya agak sumbang. "Haha. Iyalah, saya lupa. Saya cakap apapun saya tak ingat, Hanna. Jadi, tolong jangan ambil hati ya." Langkah terus disambung tanpa berkira-kira lagi.

Hanna pula sudah terpaku di ambang pintu menatap Maleeq pergi kian menjauh. Hancurnya hati tak siapa yang tahu. Serasa diri dipermainkan oleh perasaan sendiri. Terasa bodoh kerana menaruh hati terhadap lelaki yang belum jelas asal-usul dan jati diri.

Sebegitu mudah melafaz dan kemudian melupakan. Kenapa perlu dirinya yang harus dipermainkan? Ini tidak adil.

***

"HELLO, Aryan. Adam ni."

"Ya, Adam! Ada apa?"

"Aku nak bagitahu, Maleeq dah setuju nak tinggal dengan aku. Dia dah keluar dari rumah makcik Wawa dah," lapor Adam.

Aryan terdiam sejenak. Lega hati mendengar perkhabaran yang Adam sampaikan. Tetapi jengkel gara-gara semalam masih belum hilang, membuatkan Aryan kurang teruja mendengarnya.

"Iya ke? Baguslah kalau begitu. Bila dia pindah?"

"Baru pagi tadi. Kau okey ke?" Roman bicara Aryan dapat dirasai oleh Adam. Oleh itu dia bertanya. Bukankah itu merupakan perkhabaran yang Aryan tunggu-tunggu?

"Aku okey je. Tak apalah, baguslah kalau dia duduk dengan kau. Ada dia cakap apa-apa lagi tak?"

"Cakap macam mana ya? Setakat ni, tak ada pula selain dia kata nak duduk dengan aku. Itu je."

Okey, mungkin Aryan sudah boleh bernafas lega. Mungkin benar apa yang Maleeq katakan semalam adalah di luar kesedaran atau tak disengajakan. Jika perkara itu tak disinggung lagi baguslah.

"Okeylah tu Adam. Apa-apa nanti kau update je pada aku. Aku kena gerak dulu. Ada hal." Telifon diletak begitu saja.

Adam di sana agak bingung dengan sikap Aryan. Macam tak gembira je dengar berita ni. Bukan ke itu yang dulu dia mahu?

"Encik!"

Agh, again? Baru sahaja Aryan hendak melabuhkan punggung, misi keluar dari bilik doktor memanggil dirinya.

"Mari masuk. Isteri encik sedang diperiksa. Doktor juga mahu berjumpa encik."

"Err... Nurse, saya..."

"Tak apa, kalau encik ada masih ada hal boleh selesaikan dulu. Lepas tu terus masuk saja ya."

Aduh, misi ni macam tak beri peluang tahu untuk Aryan jelaskan. Nak juga suruh Aryan ikut masuk melihat Puteri sedang menjalani routine check-up. Apa dia kena buat sekarang?

Akhirnya dia pilih masuk juga. Bukan apa, mana tahu ada perkara penting yang doktor hendak sampaikan. Sudahlah suaminya tak ada. Kesihan Puteri.

"Silakan duduk encik," kata doktor.

Puteri melirik janggal melihat Aryan sudah duduk di sebelahnya. Nampaknya sekali lagi orang salah sangka dan mengira Aryan adalah suaminya. Ini tak boleh dibiarkan.

"Err, doktor!"

Entah kenapa ter-accident panggil doktor secara bersamaan. Puteri dan juga Aryan saling menoleh terkejut. Lantas kedua-duanya sama-sama merundukkan pandangan. Sumpah ini awkward!

"Baiklah, encik, puan! Saya perlu menerangkan beberapa perkara untuk encik dan juga puan selaku bakal parent." Doktor mula memberi penerangan.

Ianya menuntut Puteri untuk memberi tumpuan. Aryan juga tak ketinggalan meletak segenap perhatian.

"Kandungan isteri encik sekarang sudah menginjak usia minggu ke 30. Itu bermakna, dua minggu dari sekarang kandungan sudah mencapai trimester ke tiga. Persalinan dijangka bakal berlaku pada usia 40 minggu, atau mungkin kurang daripada itu. Jadi, mulai dari sekarang, encik dan juga puan sudah boleh mepersiapkan diri untuk menghadapi proses persalinan nanti."

Aryan dan Puteri saling menoleh. Bakal parent doktor kata? Kalau Puteri tu mungkin iyalah. Yang Aryan ni, kahwin pun belum lagi.

Tapi kelakar juga bila orang sangka mereka adalah suami isteri. Memandangkan penerangan doktor adalah berkenaan ilmu parenting, maka Aryan juga tak melepaskan peluang untuk memberi perhatian seksama. Mana tahu berguna di masa akan datang. Kan? Bukan rugi pun. Esok-esok bila sudah bertemu jodoh, adalah pengalaman nak handle isteri sedang mengandung. Betul tak?

Aryan lalu kembali meletakkan fokus.

"Bailklah, encik dan puan. Saya nak beri sedikit tips untuk bakal parent seperti anda bagi menghadapi proses persalinan nanti," lanjut doktor.

"Bayi yang baru lahir sangat digalakkan untuk diberi air susu ekslusif, iaitu susu badan. Pada usia kandungan sebegini, payudara ibu sudah mula memproduksi penghasilan air susu tersebut. Untuk meperlancar pengeluaran air susu, encik selaku suami amat berperanan penting dalam membantu isteri. Caranya ialah, encik boleh melakukan urutan lembut terhadap payudara isteri ketika mandi. Urut perlahan-lahan dari bahgian bawah membentuk lingkaran. Kemudian urut ke depan dengan lembut. Lakukan pada kedua-dua payudara sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lebih elok jika dilakukan setiap hari."

Panjang penjelasan doktor, lengkap dengan pergerakan tangan sekali.

Aryan sudah membuntang matanya. Tak sangka ilmu parenting ni sedetail ini. Sampai berpeluh kepala ini mendengarnya. Hendak melirik Puteri tiba-tiba jadi segan. Apakah patut kalau dia meminta diri sekarang?

"Okay, next! Tips untuk memudahkan persalinan."

Doktor kembali meneruskan penerangan. Terpaksa Aryan memberi tumpuan sekali lagi.

"Di usia kandungan sebegini, encik dan puan sangat digalakkan untuk kerapkan melakukan hubungan suami isteri. Ianya amat baik untuk membina semangat kepada isteri yang akan menghadapi proses persalinan. Dan juga, fungsi sperma juga amat baik untuk melancarkan bayi keluar dengan lebih mudah. Lakukannya seperti biasa degan penuh rasa cinta. Hormon yang dihasilkan akan dapat..."

"Excuse me, doctor. I'm sorry, I have to pick-up some call. I'll be back then."

Tak boleh jadi, ini detail sangat dah ni. Aryan perlu mereka alasan untuk cepat-cepat keluar dari ruangan tersebut. Berasap kepala dibuatnya. Aduhai!

Sepantas kilat Aryan berlalu keluar. Tiba di luar, dia menarik nafas dalam-dalam. Panas! Kepalanya seperti sedang disumbat ke dalam ketuhar. Dia perlu mencari washrooom untuk medapatkan air bagi memedam api yang sedang berkobar di kepala ini.

Aryan langsung menjirus kepalanya dengan air paip apabila sudah tiba di washroom. Setelah puas membasahkan kepala, dia mengangkat muka dan melihat pantulan diri di dalam cermin. Muka yang putih melepak bak artis Korea itu sudah memerah akibat bahang dari dalaman masih belum hilang. Adui, naya!

Nafas yang serasa mahu terputus perlahan-lahan mula diatur. Muka yang memerah itu juga tak lupa turut dibasahkan.

"Aduh, apa benda semua ni? Apa yang doktor katakan tadi tu?" Bermonolog menatap cermin. Ia merupakan luahan atau macam mana? Aryan sendiri pun tak tahu.

Yang jelas penerangan doktor tadi tu sungguh menduga. Perasaan orang bujang ni dahlah sensitif. Kenapa malah dia pula yang kena hadap semua ni? Ya Tuhan! Dugaan apakah ini?

Aryan melepaskan keluhan sepuas-puasnya.

Tak boleh. Tak boleh jadi macam ni berterusan. Bahaya! Habis tercemar otak suci aku. Kenapalah orang bujang mesti harus diduga dengan perasaan seperti ini? Rosak wey, rosak!

"Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku yang senipis kulit bawang ini. Jangan biarkan otak yang masih suci ini berfikir yang bukan-bukan. Huhuhu!"

Risau bukan apa. Niat nak tolong orang tapi diri sendiri pula yang naya. Nasiblah badan!

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-21 00:50:04 

Best la novel ni

Rimatanti Rasyid
2023-09-20 23:07:21 

kesiannya Aryan ke teman puteri check up.. doktor pulak main lepas je ckp ingat dia Maleeq, Kotor dh otak Aryan tu... hahahahaha

Rohani Hussin
2023-09-20 16:07:40 

Hilangkan watak hanna blh x..benci la..pompuan x malu


NovelPlus Premium

The best ads free experience