22: AKU CEMBURU

Romance Series 889375

"TERIMA kasih, Abang Riz kerana temankan Puteri. Puteri cakap tinggalkan je Puteri dekat mall tu. Nanti balik tahulah Puteri nak pesan grab." Puteri sudah selamat dihantar pulang oleh Mukhriz.

"Sama-sama, Puteri. Ala, tak ada hal lah. Abang Riz tak sampai hati nak biarkan Puteri seorang diri di mall. Puteri pula kata telifon habis bateri, kan. Macam mana nak hubungi sesiapa nanti? Itu yang abang Riz stay je temankan Puteri sehingga selesai." Senyuman ikhlas menyusul.

Senang hati Puteri melihat perubahan sikap Mukhriz sekarang. Barang-barang yang dibelinya lalu dibawa keluar dari dalam kereta Mukhriz. Tak lupa Mukhriz membantu sekali.

"Abang Riz nak masuk rumah dulu tak?" pelawa Puteri.

"Boleh juga! Lama tak jumpa makngah. Rindu nak makan lempeng kelapa dia," kata Mukhriz.

Puteri tak keberatan langsung mempelawa Mukhriz masuk. Kalau macam ni dari dulu kan bagus. Tak adalah orang benci.

Mereka lalu melangkah bersama-sama menuju rumah. Tetapi wajah Puteri mendadak pucat bila dikesan kereta Maleeq sudahpun ada di situ. Alamak! Abang dah sampai dulu?

Tak syak lagi! Lelaki itu sudah terpacak berdiri di depan pintu dengan tenungan sambil berpeluk tubuh. Mereka berdua ditenung dengan kilatan mata yang menyala-nyala.

Puteri sudah menggigil. Habislah! Pasti Maleeq akan marah melihat dia pulang bersama Mukhriz.

Maleeq pula masih tak berkata apa-apa. Kekal merenung mereka ketat-ketat. Baik Mukhriz mahupun Puteri, dua-dua sudah kehilangan bicara. Sehinggalah Puan Sri muncul bagi memecah ketegangan tersebut.

"Puteri! Dari mana ni? Puas semua orang tunggu. Jangan buat suami risau boleh tak? Tak baik," tegur Puan Sri.

Puteri segera datang menghampiri ibunya. "Sorry, mommy. Puteri beli barang sekejap tadi. Puteri ada bagitahu abang yang Puteri nak pergi shopping. Tapi..."

"Cukup!" Maleeq menyuruh Puteri untuk berhenti bercakap.

Puteri langsung tersentap. Sumpah scary gila sikap tegas suaminya bila dia sedar yang dia sudah membuat salah.

Pandangan masih tak diubah dari merenung Mukhriz cukup tajam. Maleeq tak bercakap apa-apa, tetapi dengan tenungan mata saja semua orang sudah boleh baca apa yang sedang tersirat dalam hatinya.

Mukhriz faham dengan tenungan lelaki itu. Nampaknya dia perlu segera berundur. "Maafkan saya kalau saya yang membuatkan semua orang jadi risau. Saya cuma temankan Puteri tadi sebab dia nak shopping," kata Mukhriz.

"Tak apalah, Riz. Yang penting semua selamat. Mari masuk! Makngah ada masak lempeng kelapa kegemaran Riz." Puan Sri mempelawa dengan hati terbuka.

Sebenarnya Puan Sri nak redakan ketegangan je. Risau juga tengok menantunya masih merenung tajam tak cakap apa-apa. Macam nak telan orang gayanya.

"Terima kasihlah, makngah. Lain kali saja. Riz nak minta diri dulu."

Langkah terbaik yang perlu Mukhriz ambil adalah mengundur diri. Tak mahu menjadi punca tercetusnya persengketaan antara suami isteri. Lihat tenungan Maleeq saja dia sudah mengerti. Lebih baik dia cepat-cepat angkat kaki.

***

SENYAP! Suasana di bilik itu dicekam ketegagan. Puteri merunduk berhadapan suaminya yang masih tak bercakap apa-apa. Sikap itu membuat Puteri semakin tersiksa.

"Abang! Puteri minta maaf."

Puteri pun menangis mengakui silapnya. Memang patut pun suaminya marah. Tapi tak sangka Mr. Mike kalau marah dia buat silent treatment pula. Seksa woo!

Maleeq kekal bungkam. Bahkan isterinya yang sudah menangis enggan dipandang. Hati masih menggelegak. Jadi dia elakkan dari bercakap kerana risau akan tertinggi suara. Mahu pengsan isterinya nanti.

"Abang. Janganlah senyap macam ni. Puteri minta maaf." Tetap berusaha memujuk suami yang senyap sunyi. Puteri sentuh tangan Maleeq, tetapi lelaki itu malah menepis tangannya. Hancur hati Puteri.

"Sampai hati abang buat Puteri macam ni. Abang tak sayang Puteri dah ke?"

Setelah itu terdengar rengusan nafas. Maleeq melirik isterinya. Tajam! "Kalau abang tak sayang, abang biarkan je sayang keluar dengan siapa saja. Sebab abang sayanglah abang marah. Kenapa mesti balik dengan dia? Kenapa tak naik semula ke office abang je?"

First time berkata serius pada isteri. Sumpah lain macam auranya. Puteri pun jadi takut nak pandang. Menangislah dia tersedu-sedan.

"Sorry, abang! Dia pun tolong Puteri ikhlas. Dia cuma tunggu kat luar masa Puteri shopping, tak masuk pun dalam shopping mall."

"Ikhlas sayang cakap? Sejak bila dia pandai ikhlas? Hah? Cuba bagitahu abang?"

Puteri geleng kepala yang kekal menekur ke lantai. Sesekala air mata dikesat lalu sambung menangis tersenggut-senggut.

"Sayang bukan tak ingat apa yang dia pernah cuba buat pada sayang dulu?"

"Ingat, abang!"

"Sayang bukan tak tahu macam mana sayang dan anak-anak tadika hampir mati gara-gara perbuatan dia?"

"Tahu, abang!"

"Dah tu masih juga pergi ikut dengan dia buat apa? Kalau dia sempat apa-apakan sayang macam mana?" Amarah tak boleh dibendung lagi. Sesekala kena nasihat juga cik bini ni biar beringat lain kali. Mana ada suami tak sayang bini?

"Puteri janji tak akan buat lagi." Sedar sudah membuat silap. Puteri akur untuk terima teguran suami yang melahar. Hadap jelah, nak buat macam mana lagi.

Maleeq atur nafasnya lalu diam beberapa saat. Tak lama isterinya ditenung kembali. Geram je hati ni. Haish!

"Abang risau, tahu tak. Abang risau! Lagi-lagi bila sayang tak jawap call. Abang cepat menyusul ke rumah. Bila sampai sayang masih tak ada. Berderau darah abang ni, tahu! Dalam fikiran sudah terfikir bukan-bukan je terjadi pada sayang."

Putri diam tak menjawap. Hanya menangis sambil mengentel-gentel bucu pakaian. Kena marah dengan daddy pun dah sedih, inikan pula kena marah dengan suami. Sedih gila, tau!

"Mana telifon?" soal Maleeq. Keras nadanya.

"Habis bateri. Tadi lupa nak cas."

"Dia ada apa-apakan sayang tak?"

Puteri geleng. "Tak ada, abang."

"Cakap betul-betul. Kalau dia ada sentuh kulit sayang bagitahu sebelah mana. Biar abang sertu kulit tu."

"Sumpah, tak ada, abang. Puteri jaga jarak, dia pun faham."

Lirikan masih tajam merenung isteri. Sikitpun api amarah tidak terpadam. "So, duduk sebelah-sebelah lah dengan dia dalam kereta?"

Puteri tak menjawap, sebab tekaan Maleeq memang benar. Iyalah, kereta Mukhriz kan cuma boleh muat dua penumpang je.

"Sukalah sayang ya? Mesti dia dok nyanyi-nyanyi lagu Bruno Mars saja untuk sayang, kan?"

"Tak, abang. Tak ada pun."

"Iyalah tu! Kalau suka sangat, abang pun boleh nyanyilah untuk sayang tiap-tiap malam." Dia melirik, kebetulan Puteri sedang melakukan perkara yang sama. Lirikan bertembung. Maleeq menghela kasar.

"Iyalah, suara abang tak sedap. Dia pandai mengayat perempuan dengan nyanyian dia, sampai isteri abang ni pun tercair sekali."

"Abang! Percayalah pada Puteri. Puteri tak ada hati pun pada dia. Puteri sudah biasa dengan dia sejak kecil. Jadi Puteri anggap dia macam abang kandung dah. Tak ada perasaan langsung pun."

"Iyalah, bagi sayang. Bagi dia? Ish! Abang tak bolehlah dengan si Mukhriz ni. Nak kena bunuh dia ni." Maleeq tiba-tiba bingkas dengan menggenggam penumbuknya. Amarah gagal ditahan lagi.

Tetapi Puteri cepat-cepat menarik tangan suaminya. Risau kalau tiba-tiba Maleeq bertindak di luar kawalan. Orang lelaki ni kalau marah kadang-kadang suka buat perkara di luar jangkaan. Risau!

"Abang, please jangan macam ni. Ampunkan Puteri, abang. Puteri tak nak suami Puteri ni masuk penjara. Tolong abang, Puteri minta maaf. Puteri janji tak akan buat lagi. Jika benda ni berlaku lagi, abang hukumlah Puteri."

Huh! Acah je. Nak tengok sejauh mana cara cik bini pujuk. Iyalah, selama ni asyik dia saja yang kena memujuk. Sesekali biar Puteri pula rasa, macam mana menghadap suami merajuk.

Maleeq duduk semula ke sofa. Tapi masih tak mahu pandang Puteri. Tangan Puteri yang cuba menyentuhnya juga ditepis. Huh! Merajuk lagi ni, tahu!

"Sudahlah! Tinggalkan abang sendiri. Bagi abang tenangkan fikiran. Sayang pergilah mandi ke ape ke, whatever! Just leave me."

Pergh! Kasarnya. Sanggup Mr. Mike halau isteri suruh pergi jauh-jauh bila sedang marah. Sedih, tau!

Puteri akhirnya putus asa. Cubaan memujuk tidak lagi diteruskan. Mungkin benar, orang lelaki bila sedang marah dia perlukan ruang bersendirian untuk tenangkan fikiran. Baiklah! Puteri akan beralah.

Ditinggalkan oleh isteri berlalu pergi, Maleeq rebahkan tubuhya di sofa. Itulah salah satu cara terbaik untuk meredakan amarah selain beristigfar, iaitu dengan membaringkan badan.

Jujur dia masih tak boleh terima semua ini. Darahnya menggelegak semula setiap kali terbayang Puteri duduk bedua-duaan dalam kereta bersama Mukhriz. Memang bedebah jantan tu.

Nasib baik tadi ada mommy, tak dapat Maleeq nak beri Mukhriz pengajaran. Apa pula mertuanya kata nanti kalau dia tunjuk perangai, kan! Padahal kalau ikutkan hati, ke longkang dah muka si Mukhriz tu makan tapak kasut dia. Ggrrr!!! Astagfirullahaladzim.

"Aaahhh!"

Sedang Maleeq cuba pejamkan mata meredam amarah, suara jeritan isterinya terdengar. Dia terentak. Segenap sudut bilik diteroka oleh kornea mencari bayangan Puteri.

"Princess! Sayang kenapa tu?"

Dilihat Puteri sudah bersimpuh di depan bilik air. Sepantas kilat Maleeq berlari kendapatkan. Gila tak sayang isteri? Nyawa ni tau, nyawa!

Tahu suaminya telah tiba, Puteri meringis mengadu sakit. "Sakit, abang."

"Sakit? Mana yang sakit?"

"Kat kaki. Terseliuh."

"Lah! Terseliuh? Macam mana boleh jadi?"

"Tergelincirlah. Lantai ni licin." Kaki dipicit-picit manja. Saja nak tarik perhatian suami.

Maleeq periksa kaki Puteri lalu bantu mengurutnya.

"Aaww! Sakit kat situ."

"Aduh! Lain kali hati-hatilah. Elok-elok jalan tu. Sayang nak ke mana ni?"

Baru Maleeq perasan yang isterinya sudah tidak berpakaian. Hanya mengenakan kain tuala sebagai kemban. Mata dahlah pantang gila tengok kulit isteri terdedah. Berkilat kulit badan dia macam bulan purnama. Reda terus amarah.

"Nak pergi mandilah. Kan abang suruh pergi mandi tadi," kata Puteri.

"Boleh bangun tak?"

"Tak boleh."

"Jadi?"

Puteri tayang senyuman. Lalu menganggat kedua tangan dan dililitkan pada leher suaminya.

Kecil besar, kecil besar saja Maleeq pandang. Ooo, main taktik kotor rupanya dia?!

Okeylah! Sedar sudah kalah dengan permainan sendiri. Turus diangkat badan isterinya untuk dibawa pergi, tapi tak tahu hendak ke mana.

Puteri apa lagi, badan sudah ditampung oleh kedua lengan sasa suami, dia ambil kesempatan lentokkan kepala berpaut pada leher lelaki itu, rapat sekali.

Maleeq mengecilkan mata pandang isterinya. "Macam ni ke cara sayang nak pujuk abang? Humm?"

Puteri perlebar senyuman sambil mengelus muka suaminya yang masih tak mahu senyum. Ketat je mukanya. Sumpah handsome gila. "Ketahuilah wahai Mr. Mike! Dari hujung rambut hingga hujung kaki, diri ini hanya milikmu."

Gigi geraham digigit ketat-ketat tahan geram. Maleeq pun pasti mahu membawa isterinya ke mana.

Tubuh yang dicempungnya itu lalu dihumban saja ke atas tilam yang empuk. Maleeq tak boleh teruskan lagi permainan ini. Sedar sudah tersungkur kalah.

Puteri pula sengaja menggeliat-geliat sambil menggigit bibir menanti suaminya menanggalkan pakaian. Kain tuala yang menutupi bandannya juga sudah terlepas.

Sedar nasibnya pasti akan habis sekejap lagi diterkam oleh Mr. Mike yang sedang marah. Tapi dia rela. Yang penting kemarahan lelaki itu boleh reda.

"Main kotor eh? Tak aci, tau! Orang nak merajuk lama sikit pun tak boleh. Agghh!"

"Aawww! Sakitlah."

"Nasib ar!"

Bergaduh, marah-marah, merajuk, itu biasa. Nama pun rumahtangga. Yang jelas penyelesaian paling berkesan adalah di atas katil. Barulah hangat dan menggigit.

"Abang, janganlah kasar sangat. Sakit, tau."

"Tahu! Jerit jelah kuat-kuat. Best dengar."

"Tolooong! Saya dirogol."

"Cakap jelah, saya rela dirogol. Baru betul."

"I love you, abang."

"I more than love you, Princess. I need you every single day."

Emm! Hadap jelah Princess oi! Nak sangat berlakikan Mr. Mike tu kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience