32: AKU CUMA MAHU ISTERIKU

Romance Series 889375

KEADAAN Puteri kini mulai sedikit stabil apabila Puan Sri sering mengajaknya berbual. Puan Sri tak biarkan Puteri berkurung seorang diri dalam bilik saja. Setiap masa Puteri dibawa melepak di ruang tamu atau dapur. Malah tak jarang Puteri dibawa ke kedai sekali. Yang penting dapat dilihat depan mata apa yang Puteri lakukan.

Sesekala bila Puteri menghulur tangan mahu membantu di dapur Puan Sri tidak melarang. Baguslah, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti. Dengan begitu tidaklah dia asyik menangis saja.

Susah hati Puan Sri. Sudahlah bisnez baru sebulan lebih beroperasi. Tahu-tahu jadi macam ni pula. Dugaan!

Saat ini Puteri sedang duduk termangu di depan television di ruang tamu tengah. Tidak tahu rancangan apa yang sedang dia tonton. Tak ada satupun yang mencuri perhatiannya. Fikirannya masih kosong dan hampa. Masih menunggu dengan penuh harapan akan khabar gembira dari spy-spy kepercayaan keluarganya yang diyakini sedang berusaha.

"Princess!"

"Hah?" Berdiri bulu romanya, pantas menjengah bangun. Tetapi mukanya kembali mengendur bila wajah itu yang muncul.

"Abang Mukhriz! Buat Puteri terkejut saja," ujarnya. Kecewa!

Mukhriz yang baru tiba lalu datang menghampiri. Turut melabuhkan duduk di sofa berhadapan Puteri. "Puteri okey ke?" soal Mukhriz.

"Okey! Macam ni jelah."

"Ada apa-apa yang Abang Riz boleh tolong tak? Abang Riz tengah free hari ini. Kesihan Abang Riz tengok Puteri."

"Ada!"

Cerah senyuman Mukhriz.

"Betul ke Abang Riz nak tolong Puteri?"

"Betul, betul! Abang Riz sedia tolong Puteri apa saja. Yang penting Puteri kembali ceria."

"Tolong jangan panggil Puteri dengan sebutan tadi. Boleh?"

Mukhriz tergamam.

"Sebutan itu hanya suami Puteri sahaja yang berhak. Jadi kalau Abang Riz nak tolong sangat, tolong jangan panggil Puteri dengan sebutan tu."

Mukhriz mengangguk seraya tersenyum. "Baiklah! Abang Riz minta maaf kalau sebutan itu membuat Puteri jadi teringatkan arwah. Abang Riz fikir cuma nak bagi Puteri ceria saja. Tak tahu pula ia boleh buatkan Puteri triggred. Sorry ya."

Puteri mencibir tak banyak bicara. Arwah konon! Nak saja Puteri halau keluar lelaki itu. Lancang sangat mulutnya.

Puteri lalu bangkit dari tempat itu dan terus berlalu. Lama-lama dia jadi hilang rasa hormat pada Mukhriz walaupun dia adalah abang sepupunya. Langkah terbaik adalah menjauh. Karang dia bercakap lagi tak pasal-pasal Puteri melenting pula.

***

"BAGAIMANA, Aryan? Kamu ada dapat apa-apa informasi?" Tan Sri Baharudin sedang menerima kunjungan Aryan malam itu.

Operasi yang dijalankan secara sembunyi-sembunyi amat tidak sesuai dibincangkan di waktu siang, terutama di pejabat. Maka dari itu Aryan akan datang terus ke rumah Tan Sri di malam hari untuk melaporkan sebarang maklumat penting mengenai usaha pencarian Maleeq.

"Kami masih berusaha, Tan Sri. Saya harap Tan Sri bersabar dulu. Kami sedang cuba kumpul sebanyak mana maklumat terakhir tentang keberadaan dia," lapor Aryan.

"Kamu tak rasa untuk membuat laporan polis saja ke? Mana tahu ianya boleh membantu?" usul Tan Sri.

Aryan mendesah. "Buat masa ini, saya dan ZD bersepakat untuk tidak melibatkan pihak berkuasa dulu, Tan Sri. Terlalu bahaya. Musuh kita ada di mana-mana. Jadi, biarlah usaha pencarian ini dilakukan secara rahsia, supaya pihak musuh yakin bahwa rancangan mereka telah berjaya. Saya pasti pihak mereka sudah bersedia selangkah di hadapan kita. Jadi kalau misi pencarian ini dapat dihidu, saya bimbang mereka akan menghalangi."

Tan Sri mengangguk faham. "Baiklah! Saya percayakan kamu. Tapi, kamu yakin ke bahwa menantu saya itu masih ada? Saya risau sangat, Aryan."

"InsyaAllah, Tan Sri. Saya sangat yakin bahwa dia masih ada. Team kami akan berusaha lebih keras untuk segera menemukan dia."

"Jangah hanya berusaha..."

Tan Sri mahupun Aryan dikejutkan dengan kemunculan suara itu.

"Tolong, Aryan. Bawa pulang suami Puteri segera dalam keadaan selamat. Demi anak dalam kandungan ini, Puteri merayu sangat. Tolong temukan dia, bawa dia pulang segera. Tolong, Aryan."

Diam-diam Puteri mengintai perbualan antara Tan Sri dan Aryan mengenai misi pencarian Maleeq. Harapannya terlalu tinggi untuk suaminya dapat ditemui.

"Puteri, kenapa datang sini? Kan daddy tengah sembang dengan Aryan." Tan Sri serba salah melihat Puteri sudah menangis. Dihampiri anaknya lalu dipeluk penuh rasa hiba. Kesihan sekali.

"Puteri cuma nak suami Puteri, daddy. Tolong temukan dia. Puteri merayu."

"Iya, iya. Aryan dan ZD tengah usaha tu. Puteri sabar ya, nak."

Aryan merunduk sembunyi wajahnya. Lemah hati melihat wajah sedih Puteri saban hari menunggu suaminya tanpa putus asa. Ditambah dengan membesarnya kandungan di perut wanita itu, membuat Aryan tak boleh berlengah-lengah masa lebih lama lagi.

"Tan Sri, saya minta diri dulu."

"Nak ke mana, Aryan? Bukankah kamu baru sampai?"

"Saya kena kerah team saya untuk mempergiat operasi, Tan Sri. Hanya waktu malam saja kami boleh menjalankan misi, jadi saya tak mahu membuang waktu."

Tan Sri pun maklum. Kepergian Aryan tak dapat dihalang lagi. Hanya iringan doa yang dapat beliau lakukan, semoga usaha mereka menemui jalan yang mudah.

***

"MANA isteriku? Aku nak jumpa isteri aku."

Itulah yang dikatakan oleh lelaki asing tersebut sebaik dia tersedar dari tidur panjangnya. Dia berusaha bangkit dari pembaringan dan berjalan tak tahu hendak ke mana.

Tetapi dia lupa bahwa dirinya masih terlalu lemah. Otot dan persendian masih tak mampu menampung keseimbangan tubuhnya. Dia hampir tersungkur di pintu apabila dia memaksa untuk keluar.

"Encik! Encik bertenang dulu ya. Encik belum sihat lagi. Nanti kita cari isteri encik sama-sama. Sekarang ni, encik kena rehat dulu."

Mujur Hanna langsung tiba buat menolongnya. Lelaki itu lalu dipapah kembali ke pembaringan.

"Encik rehat sini dulu. Tarik nafas dan bertenang. Selepas itu, encik boleh cuba ingat semula peristiwa yang encik alami. Saya di sini sedia membantu."

Lelaki itu tak memberi respon apa-apa, tapi sekurang-kurangnya dia tak lagi memaksa untuk bangun.

Dari pandangannya dapat dilihat bahawa dia sedang kebingungan. Mungkin dia ingi mengatakan sesuatu, tetapi tak tahu apa yang hendak dikatakan.

"Uggh. Sakit! Aaghh. Sakitnya." Tiba-tiba dia mengerang memegang kepalanya. Nampak sangat tersiksa menahan sakit yang mungkin sedang menyerang.

Hanna dan ibunya jadi cemas melihat lelaki itu mula meronta. Bimbang jikalau tiba-tiba bertindak di luar kawalan lalu menyerang mereka.

"Hanna, hati-hati. Ibu risaulah."

"Jangan risau, ibu. Ini perkara biasa. Hanna boleh handle."

Hanna kemudian mengambil pil yang dia telah sediakan. Sebutir pil dikeluarkan lalu dibawa bersama segelas air untuk lelaki itu.

Ubat pereda sakit telah berjaya diberikan. Kini keadaan sudah terkawal. Lelaki itu kini berangsur tenang.

"Encik sabar ya. Kalau sakit, cepat-cepat bagitahu saya. Sekarang macam mana? Masih sakit lagi?" soal Hanna. Lelaki itu menggeleng perlahan.

"Bagus! Kalau begitu, encik tak perlu bimbang. Saya di sini akan bantu encik apa saja."

"Mana isteri aku? Dia ada sini ke?" Suaranya sudah berangsur tenang.

Hanna terdiam sesaat. "Ermm... Sebenarnya saya pun tak tahu di mana isteri encik. Dia ada dekat mana?"

"Dekat mana?" Dia menoleh Hanna lalu mengulang soalan yang Hanna ajukan.

"Iya! Isteri encik tu dekat mana? Namanya apa?"

"Isteri? Dekat mana? Namanya apa?"

Ah, sudah! Hanna mulai resah mendengar tuturnya. Tapi dia masih berusaha untuk mengawal keadaan. "Okey, tak apa. Sekarang ni saya nak tanya. Nama encik pula siapa?"

Dia diam. Lambat dia mahu meberi respon. Hanna lalu ditoleh lagi sekali. "Nama? Siapa?"

Hanna mengeluh kali ini. Memang sah! Lelaki ini telah mengalami amnesia. Sedikit kekacauan telah berlaku pada fungsi saraf otak yang telah mengganggu memori. Ingatannya kini telah hilang. Hanna dan ibunya saling berpandangan.

***

SUDAH tiga hari pemuda itu tersedar dari koma, keadaannya kini sudah mula membaik. Dia sudah mampu berjalan sendiri keluar dan masuk rumah. Namun masih belum mampu bertutur secara normal. Bahkan hingga ke detik ini, dia masih dengan soalan yang sama.

"Mana isteriku?"

Kata-kata itu sahaja yang dilontar apabila berpapasan dengan sesiapa. Bila ditanya nama, dia balas bertanya semula. Bila ditanya isterinya di mana, diapun balas bertanya di mana.

Hanna sudah mula kusut menanganinya.

Adam lalu dipanggil datang untuk membantu. Mana tahu bila dengan sesama lelaki, dia akan lebih selesa. Namun hasilnya tetap sama. Lelaki itu benar-benar sudah kehilangan memorinya.

"Hanna. Saya rasa, Hanna kena buat report polis atas penemuan ni. Saya dapat rasa orang ini sangat menyayangi isteri dia. Saya pasti keluarganya sedang resah menanti dia balik." Adam tampil memberi usul.

Puan Najwa nampak amat setuju dengan cadangan Adam. "Betul cakap Adam tu, Hanna. Hanna kena buat report polis. Biar nanti keluarga dia datang cari dia kemari."

Hanna pula hanya menghela nafas. Matanya menatap kosong seperti sedang berfikir.

Report polis? Boleh saja. Kalau dia mahu, awal-awal lagi semasa dia jumpai orang itu dia sudah membuatnya. Tetapi langkah itu dihalang oleh suatu perasaan yang dia sendiri sukar untuk fahami.

Dia cuma ingin merawat orang tidak dikenali ini sehingga sembuh. Dia ikhlas melalukan semua itu walaupun orang lain pandang mungkin ia satu tindakan yang bodoh. Dia tak kesah. Yang penting puas hatinya melihat orang yang ditolong sudah mulai pulih.

"Macam mana, Hanna?" soal Najwa bila Hanna masih tak memberi apa-apa jawapan.

"Err, macam mana apa ya, ibu?"

"Macam mana pasal cadangan Adam tadi untuk membuat report polis?"

"Ermm, nantilah ibu. Biar nanti Hanna pergi sendiri. Sekejap ya, Hanna nak tengok dia tengah buat apa."

Adam dan juga Puan Najwa saling berpandangan dengan mulut terlongo. Dah kenapa dengan si Hanna ni? Buat report polis je pun. Apa yang susah sangat?

Pemuda itu sedang duduk bertongkat lutut di pangkin tepi rumah. Nampak dia lebih selesa berada di situ menikmati udara siang yang nyaman, membuatnya terasa sedikit tenang.

Hanna tiba menghampiri. Di tangannya terdapat semangkuk bubur nasi untuk diberikan pada pemuda tersebut. Salam dan teguran lembut sebagai pendahulu kata. Tidak mahu pemuda itu melenting tiba-tiba.

"Assalamualaikum, awak. Jom makan. Dari pagi awak tak makan apa-apa lagi. Mari, saya suap awak."

Pemuda itu menoleh dingin. "Isteri aku mana?" Masih dengan soalan yang sama. Perlahan namun ditekan bunyinya.

Hanna hanya menghadiahkan senyuman, yang semakin lama semakin kelat di wajahnya. Tak habis-habis tanya isteri. Bila ditanya, tak tahu di mana. Orang ada dekat sini bukan nak dipandang.

"Awak, makanlah dulu, biar awak bertenaga. Nanti dah sihat boleh cari isteri awak."

Hanna terhinjut bila kata-katanya telah membuat lelaki itu menjegilkan mata.

"Aku hanya akan makan, bila isteri aku yang suapkan. Mana isteri aku? Aku nak jumpa dia."

Lama-lama Hanna naik rimas dengan soalan itu. Balik-balik isteri dia. Balik-balik isteri dia. Makan aje pun. Itupun susah.

Hanna lalu menghembuskan nafas kasar. Dia balas tenungan tajam lelaki itu. Geram!

"Fine! Kalau awak nak tahu, sayalah isteri awak."

Terpaksa! Hanna terpaksa mengaku begitu. Niatnya cuma mahu memujuk lelaki itu supaya makan. Tidak lebih.

Lelaki itu mula mengekerutkan keningnya sambil mencari wajah Hanna. "Kau, isteri aku?"

Hanna tersenyum manis. "Iya, awak. Sayalah isteri awak. Awak dah lupa ke?" Hanna cuba meyakinkan. Lelaki itu masih memandangnya dengan perasaan aneh.

"Betul ke kau isteri aku?"

"Betul! Saya isteri awak. Mari makan."

Perlahan-lahan Maleeq mula tenang. Walaupun masih kurang yakin, tetapi suapan Hanna tak lagi ditolaknya.

Hanna lega akhirnya pemuda itu mahu juga makan. Walaupun terpaksa menggunakan trik seperti itu, paling tidak pemuda itu tidak lagi menolak suapannya. Puas hati Hanna.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-10 16:36:25 

Kta ikhlas tlg tp ada sbb lain..kesian puteri..harap cepat2 la si Aryan jumpa mr mike

Mermaid_
2023-08-09 07:10:23 

arrrghhh kesian puteriii! mr mike tolonglahhh ingat bebetull. eh tiber geram plak dengan si hanna ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience