66: FIGHT FOR YOUR RIGHT

Romance Series 889375

"SIAL!" makinya sambil menghempas pintu kereta. Selanjutnya lelaki itu meluru sahaja berjalan ke gigi tebing di atas sebuah bukit.

"AAAAAAAAHHH!"

Dia menjerit semahu-mahunya sehingga suaranya bergema hingga ke dasar gaung. Kelihatan dari raut wajahnya kekusutan akibat tekanan yang melampau. Umpama sebongkah jasat itu tak berdaya lagi untuk menanggung.

"Maleeq. Kau nak buat apa tu? Maleeq."

Dari belakang, Aryan terkocoh-kocoh mengekor. Buru-buru dia keluar dari kereta serta mengejar Maleeq yang terus berjalan menuju tebing. Bimbang juga. Buatnya tiba-tiba hilang pedoman, tak ke satu hal.

"Apa? Kau ingat aku tak ada iman ke?" Nafas yang tercungap diatur perlahan. Dia menoleh pada Aryan tak puas hati.

Aryan garu kepala. "Erk, tak adalah. Aku risau je. Tiba-tiba kau ngajak ke sini. Apa kata kalau kita..."

"Aku dah penat, Yan."

Aryan teguk air ludah.

"Satu-satu benda ni menimpa aku. Aku cuma nak hidup tenang dengan keluarga aku. Itu je."

Aryan tak lagi memujuk melainkan mendengarkan saja luahan Maleeq. Perlahan sepupunya itu dihampiri lalu berdiri tepat di sisi.

"Mula-mula aku hilang jati diri. Aku bahkan tak kenal diri sendiri. Kemudian isteri aku koma. Sekarang, sepupu kita pula buat tahi kat belakang. Badan siapa yang mampu bila dihenyak terus-menerus macam tu, Yan?"

"Sabar, Maleeq. Semua ni ujian."

"Sampai bila nak sabar? Aku dah penatlah." Perlahan Maleeq merunduk lesu. "Aku pun rapuh, Yan. Aku bukan kuat mana. Aku... aku give-up."

"Maleeq, takkan kau nak give-up macam tu je?"

"Habis tu apa aku kena buat? Tak ada, Yan. Aku kembali ke sini, hanya kerana ingatan aku triggered dengan memori tentang Puteri. Kalau tidak, aku tetap tak tahu siapa aku. Aku balik ni untuk dia. Aku pulang kerana dia."

"Lalu macam mana dengan ZD?"

"Pergi mampus dengan dialah. Dia nak jadi pengkhianat ke, nak jadi pembelot ke, dia punya suka. Aku malas nak kusutkan fikiran aku lagi."

"Tapi kau lupa ke yang dia dah sebabkan kau jadi macam ni?"

"Habis tu aku nak kena buat apa?"

Terdiam Aryan oleh bentakan itu.

"Nak halang dia? Nak heret dia masuk penjara? Hei, dia tu pakar penggodam, lah. Semua maklumat dia boleh manipulated. Apa modal aku nak dapatkan bukti untuk heret dia ke penjara?"

"Habis tu kau nak biarkan je dia berjaya dengan rancangan busuk dia?" Aryan masih berusaha.

Maleeq mengeluh lemah. "Dah tu apa kita boleh buat pun, Yan? Biarkan jelah. Biar dia gembira dengan kejayaan dia. Aku dah malas. Serabut!" Terus beralih hendak bergerak pergi.

"Kau bukan macam ni, Maleeq. Kau dulu tak mudah mengalah macam ni." Masih tak putus asa cuba memujuk.

"Nak samakan aku dengan yang dulu? Kau bodoh ke apa? Aku dah penat menjadi pak turut. Biarlah aku buat keputusan sendiri. Jangan serabutkan aku lagi boleh tak?"

"Kau nak ke mana?" Dilihat Maleeq sudah mula melangkah ke kereta. Aryan mengekorinya.

"Hantar aku balik hospital. Aku risau isteri aku akan sedar, sedangkan aku tak ada di sisi dia. Aku nak pastikan, muka akulah objek pertama yang dia lihat bila dia membuka mata."

"Tapi Maleeq..."

"Apa lagi?"

"Kita perlu kejar ZD."

"Tak, aku tak akan kejar dia. Dia dah besar panjang, dah jadi bapak orang, dah tua bangka. Sepatutnya dia sendiri boleh fikir mana salah mana betul. Kalau jalan salah dia nak pilih, pergi jahanam. Aku tak mahu tahu."

"Tapi macam mana dengan Hanna Mariyam?"

Timbul kerutan di dahi, berpusing tengkuk menoleh pada Aryan. Serius pandangannya tanpa berkata apa-apa.

"ZD dan orang-orang dia dah culik Hanna. Kalau kau tak kesah pasal ZD pun, at least kita fikirkan pasal nasib Hanna." Aryan merayu.

Maleeq berpusing badan bagi menghadap Aryan. Cerlungan tajam dihujam tepat. "Jika ini melibatkan hal peribadi kau, tolong jangan libatkan aku."

"Apa maksud kau?"

"Kau suka perempuan tu, kau pergi selamatkan sendiri. Aku nak balik hospital nak tengok isteri aku."

"Maleeq... kau biar betul?"

***

"ABANG nak kopi ke?"

"Boleh jugak. Kuih yang awak buat semalam tu ada bawa tak? Saya tak puas lagi makan semalam."

"Dekat kedailah, abang oi. Tak cakap tak adalah saya bawa balik."

Sepasang suami isteri sedang bersembang sesama sendiri. Puan Seri Zakiah baru sahaja masuk kembali usai menyerahkan baby Khalid kepada nurse untuk diuruskan sebentar tadi.

"Alah, awak ni. Dah tahu saya suka, lain kali bawalah balik sikit."

"Manalah saya tahu abang masih nak makan. Kalau macam tu sekejaplah, saya nak telifon Sumaiyah suruh dia siapkan. Biar nanti Aryan ambilkan bawa ke sini. Nak?"

"Boleh juga. Lama lagi ke dia orang tu?"

"Manalah saya tahu, bang. Orang lelaki melepak, bair jelah mereka."

"Eleh, giliran dia orang boleh pula melepak. Kalau saya melepak berderu awak telipon."

"Eh, orang tua ni mengungkit pulak. Nak kuih ke tak nak ni? Saya nak telifon budak kerja ni."

"Ha, yelah-yelah. Cepat sikit."

Bersungut Puan Sri Zakiah meletak telifon ke telinganya. Dan-dan itulah suaminya nak kuihlah, apalah. Nasib baik kedai tak jauh mana. Haish!

"Hello, Sumaiyah."

"Mommy..."

Berderai telifon jatuh melurut dari genggaman. Panggilan itu telah mencuri segenap tumpuan seluruh panca indera. Pandangan laju berpaling ke arah katil tempat di mana Puteri terbaring.

Bagai terkunci lidah dihambat sebak. Sekian lama dia tak mendengar namanya disebut oleh si pemilik suara, Puan Sri kehilangan bicara dan membiarkan air matanya berjurai meluah rasa.

Dihampiri perlahan tubuh lemah yang masih terbaring tidak berdaya. Suaminya turut meniru jejaknya menghampiri satu-satunya anak mereka.

"Anak mommy. Anak mommy dah bangun? Ya Allah." Tumpah tangisnya merangkul kesayangan erat sekali. Hampir dua minggu dia menunggu, akhirnya Puteri kembali membuka mata.

"Syukur Alhamdulillah." Tan Sri turut meluahkan sebak nan haru sambil mengelus rambut anaknya yang masih berada di dalam rangkulan Puan Sri. Mimpi buruk telah berakhir. Kini Puteri telahpun kembali semula ke tengah-tengah mereka.

"Abang, panggilkan doktor bang. Suruh doktor check takut ada apa-apa ke," suruh Puan Sri.

Tan Sri mengangguk setuju dan berhasrat untuk terus bergerak.

"Daddy, tak perlu. Puteri tak apa-apa." Serak suaranya.

Tan Sri akhirnya mengurungkan niat untuk terus bergerak. Dia lalu kembali ke tempat Puteri. "Betul ke Puteri okey sayang? Biarlah daddy panggil doktor dulu ya."

"Tak apa, daddy. Puteri okey." Senyuman manis mulai terbit di bibir pucat. Senyuman itu terlihat begitu ikhlas, seperti ungkapan rasa rindu terhadap kedua orang tuanya.

Beberapa saat mereka mengambil masa menumpahkan rasa rindu dengan pelukan hangat. Air mata bahagia mengiringi kembalinya Puteri pada mereka.

Dua kali. Dua kali mereka diuji hampir kehilangan Puteri. Cukuplah. Mereka tak mahu lagi menanggung perasaan sakit itu lagi di masa akan datang.

"Puteri nak tengok baby tak?" soal Puan Sri setelah keadaan berangsur tenang.

Puteri hanya mengangguk perlahan.

"Okey, sekejap mommy panggil misi. Baby baru aje dibawa tadi untuk dimandikan."

"Mommy..."

"Ya?"

Suara Puteri kedengaran masih serak. Dari raut wajahnya terlihat seperti dia ingin bertanya sesuatu tetapi ditegah oleh rasa segan.

"Puteri nak apa-apa ke?" soal Tan Sri. Penasaran bila Puteri seakan teragak-agak untuk bertanya.

"Emm. Tak. Puteri cuma... Betul ke abang, dah balik sini?" Wajah yang pucat tiba-tiba merona. Cuba disembunyi namun ianya terlalu ketara.

Tan Sri dan isterinya saling berpandangan terkejut. Sungguh tak sangka Puteri akan terus bertanyakan hal itu.

"Macam mana Puteri tahu, sayang?" tanya Puan Sri.

"Puteri seakan terjaga dari tidur, tapi Puteri masih tak mampu nak bangun sepenuhnya. Puteri macam dengar suara dia bercakap dengan Puteri. Atau, itu hanya mimpi Puteri sahaja mommy?"

Laju Puan Sri menggeleng. "Tak, sayang. Itu bukan mimpi. Suami Puteri memang dah balik. Dia ada di sini, tiap-tiap hari dia duduk di sini temani Puteri, uruskan baby. Tapi dia keluar sekejap dengan Aryan. Katanya nak minum teh dekat cafe. Mommy pun biarkan je dia. Kesihan pula tak keluar-keluar dari bilik ni, berhari-hari temani Puteri."

Mengendur wajah Puteri terbias kecewa. Tapi dia faham keadaan itu. Betul kata mommy. Lagipun suaminya pasti perlukan masa untuk mengimbas semua perkara.

"Tapi Puteri jangan risau. Biar mommy call Aryan suruh bagitahu Maleeq yang Puteri dah bangun. Pasti dia tak sabar nak balik cepat."

"Er... mommy, tak payah."

"Eh, kenapa pula?"

Puteri menguntum bibirnya yang masih pucat. "Biar surprise, mommy. Puteri nak uji abang."

Puan Sri tersenyum manis mengelus rambut anaknya.."Macam tu ya? Baiklah kalau Puteri kata macam tu. Tak payah fikir lagi ya. Sekejap lagi mereka pasti sampai."

***

"DAHLAH, Yan. Aku nak balik. Bagus kau hantar aku balik daripada nak kejar mereka. Aku tak nak campur lagi dah. Pergi mampus dengan semua orang."

Maleeq sudah bergerak hendak masuk kereta. Aryan mengejarnya pantas.

"Maleeq, tolonglah. Kita kena selamatkan Hanna. Kalau kau tak kesah pasal ZD sekalipun, kita tetap kena kejar diorang dan selamatkan Hanna."

"Kau yang syok kat dia kenapa aku pulak nak kena selamatkan? Kau pergi sendiri sanalah."

Aryan menggeleng kepala melihat kedegilan Maleeq. Aryan faham Maleeq sedang tertekan, sampaikan tak mahu mengambil kesah tentang sesiapa lagi. Tapi ia melibatkan hidup mati seseorang. Bukankah itu salah satu tanggungjawap mereka sebagai penyisat?

"Tapi kau jangan lupa, Maleeq. Hanna dulu yang selamatkan kau. Kalau bukan sebab jasa dia, kau mungkin tak akan dapat balik sini dan berjumpa dengan isteri kau."

"Maksud kau orang yang halang aku daripada berjumpa keluarga, itu yang kau sebut jasa? Dahlah, Yan. Aku nak balik hospital. Aku nak tengok isteri dan anak aku. Kalau kau nak pergi, pergilah sendiri."

Aryan tarik nafas dalam-dalam menyaksikan Maleeq sudah mula membuka pintu kereta.

"Hutang nyawa dibayar nyawa, hutang budi dibalas budi. Kalau pun benar dia pernah membuat silap, takkan kau nak lupakan saja budi dan kebaikan dia? Janganlah jadi orang yang tak kenang budi, Maleeq."

"Who cares?" Maleeq terus saja masuk ke dalam kereta. Langsung tak mempedulikan kata-kata Aryan.

"Aku yakin ZD bukan berseorangan. Pasti ada seseorang yang menjadi mastermind di antara semua ni. Boleh jadi, dialah orang yang aniaya kau sehingga kau terdampar di kampung Hanna dulu."

Maleeq tetap tak memberi respons, tetapi riak wajahnya mendadak tegang. Dia tak bergeming dari posisi dan membiarkan Aryan menyusul masuk ke tempat duduk pemandu.

"Kita perlu selesaikan masalah ini Maleeq. Demi syarikat Tan Sri, demi selamatkan Hanna, demi semuanya. Dan yang paling penting, demi keadilan untuk diri kau sendiri."

"Apa maksud kau?" Serius, kali ini Maleeq mula menimbang tara.

"Aku tak yakin hilangnya kau dulu bukanlah satu kemalangan. Unsur khianat terlalu kuat memainkan peranan. Kau cuba ingat-ingat balik, Maleeq. Apa yang berlaku sebenarnya sebelum kau terdampar di tempat itu?"

Kata-kata Aryan membuat Maleeq terpaksa berfikir kembali. Benarkah apa yang dikatakan itu? Hingga kini, dia masih belum mendapat sebarang bayangan mengenai kejadian sebelum dirinya hilang. Apa yang patut dia lakukan sekarang?

"Perjuangkan hak kau, Maleeq. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak memperjuangkannya?"

Perlukah untuk terus mara? Apa benar petunjuk itu ada di sana? Lalu bagaimana dengan Puteri? Perasaan Maleeq tiba-tiba berdebar bila teringat tentang isterinya itu. Adakah, perkhabaran baik sedang menantinya di sana?

Mana yang perlu Maleeq dahulukan sekarang? Terus mara, atau kembali pada isteri?

Share this novel

Mia Zara
2024-04-22 02:56:45 

next episode

EeraIqmal
2024-03-20 10:37:52 

dh xde sambungan ke cite nie?

yaya
2024-03-09 00:52:43 

please update?


NovelPlus Premium

The best ads free experience