46: SENTIASA DI SISI

Romance Series 889375

SESI kaunseling dan pemeriksaan rutin sudahpun selesai. Puteri cukup berpuas hati dengan layanan Dr. Raudah yang tak lokek memberi tips bermanfaat untuk dirinya dan kandungan.

Syukur semuanya baik-baik saja. Tiada sebarang komplikasi yang menjejaskan kesihatan Puteri sepanjang kehamilan.

Cuma, tulah! Dr. Raudah belum pernah sekalipun melihat suami Puteri. Apabila Puteri datang bersama Aryan, maka dia itulah yang disangka suaminya. Ketika Puteri menerangkan bahawa Aryan bukanlah suaminya, Dr. Raudah berasa sangat bersalah dan malu sekali. Maka buru-buru beliau meminta maaf.

Puteri faham. Biasalah, misunderstanding kan. Cuma, malu tu tetap malu. Lagi-lagi dengan Aryan. Sampai lari budak itu keluar. Aduh, kesihan! Apalah dia fikir kan?

"Ehem! Dah siap ke?"

Terkejut Puteri. Menoleh ke belakang, Aryan sudah ada di situ. Muka yang terasa bahang automatik termerunduk. "Dah," ringkasnya.

"Puteri, ada nak ke mana-mana lagi?"

Puteri languikan pandangan, tapi hanya sekilas. Dia menggeleng perlahan yang membawa maksud dia tak ada tujuan ke mana-mana lagi.

"Kalau macam tu nak terus balik saja ke?" soal Aryan lagi.

Puteri mengangguk.

Aryan faham bahasa tubuh yang Puteri tunjukkan. Dia sendiri pun masih tak habis kekok lagi pasal tadi. Maka langkah Puteri segera diekori. Dia kini tak ubah umpama seorang bodyguard yang mengawal Puteri ke mana-mana.

Kalau dulu, tugas itu Maleeq yang menggalas, yang akhirnya disudahi dengan bersatunya mereka bedua sebagai suami isteri. Untung betul si Maleeq tu kan.

Tapi sekarang, Aryan pula yang kena take over tugasan tersebut. Tetapi ianya demi Maleeq juga. Tak lebih dari itu.

Risau tu memang risau. Adalah, sikit! Risau pada dirinya sendiri sebenarnya, takut tak dapat mengawal perasaan. Sebab, siapa yang berani menafi bahawa Puteri Zaharah ini adalah seorang yang sangat cantik? Kalau tidak, masakan lelaki berhati kering macam Maleeq itu boleh kecundang?

Cantik! Memang sangat cantik. Lagi-lagi sedang berbadan dua begini, kesihan sekali melihat raut wajahnya. Tak sepatutnya wanita secantik Puteri ditinggalkan tanpa perlindungan dari seorang lelaki.

Tapi tak apa, buat masa ini Aryan boleh tolong jaga. Cuma, puas juga Aryan berpesan pada diri sendiri, jadi bodyguard semata-mata ya. Jangan sedikitpun ada hati nak melirik Puteri pula. Tercabut kepala dari badannya nanti bila Maleeq sudah kembali. Ugh, jangan cari pasal.

"Naurah?" Meletus nama itu dari bibir Puteri.

Langkah mereka terhenti di tengah-tengah hall lobby. Puteri melihat Naurah bersama papanya sedang masuk dengan tergesa-gesa.

"Eh, nak ke mana mereka tu?" Aryan turut tertanya-tanya melihat sikap Zahaedy yang sedang cemas.

Tanpa berfikir panjang, Aryan dan juga Puteri mengurungkan niat untuk keluar. Mereka berpatah balik yakni mengejar Zahaedy dan anaknya.

"ZD, kenapa ni?" tegur Aryan.

Barulah Zahaedy memberi respond. "Aryan. Puteri. Kau orang dekat sini?"

Puteri sudah mendapatkan Naurah yang kelihatan panik dan hampir menangis. "Naurah sayang. Kenapa ni? Naurah okey ke?"

Sebentar Naurah menggosok matanya yang sudah mula basah. "Kak Puteri, mama..."

"Mama kenapa? Mana mama?"

"Kau orang buat apa kat sini?" soal Zahaedy.

"Aku hantar Puteri check-up. Kenapa ni, ZD?"

Panjang nafas ditarik sebelum menjawap soalan Aryan. "Puspa! Dia masih dekat bilik operation. Dah hampir tiga jam dia dekat dalam, tapi masih tak ada perkembangan baik. Aku risau Yan."

Peristiwa silam kembali meniti ingatan. Puspa kini sedang menghadapi detik-detik sama seperti arwah Rania. Kalau boleh dikatakan Zahaedy kini sedang paranoid, Ya! Memang dia sedang paranoid. Pelbagai andaian buruk sedang menggu fikirannya yang membuatkan lelaki itu tidak tenang.

Zahaedy meraup muka dengan kedua tapak tangan sambil menyeka air mata yang membuat mukanya basah.

Aryan hampiri sepupunya buat memberi kata-kata semangat. Kedua bahu Zahaedy di tepuk perlahan. "Hei, sudah-sudah, jangan macam ni! Kita doa je minta supaya Puspa dan baby baik-baik saja."

Sama ada berkesan atau tidak pujukan Aryan itu, yang jelas kini Zahaedy mula berangsur tenang. Aryan lalu bawanya duduk di tempat menunggu tidak jauh dari dewan bedah tempat di mana Puspa sedang bertarung nyawa.

"Doktor ada cakap apa-apa ke?" Soalan random Aryan buat meredakan keadaan.

Zahaedy mengatur nafas seketika. "Tadi masa Puspa dibawa masuk, doktor kata semuanya baik-baik saja. Jadi aku bawa Naurah pergi makan sebentar. Tapi lepas tu aku dapat call. Katanya mereka menghadapi sedikit kesulitan sebab jantung Puspa tiba-tiba drop. Mereka minta aku bersabar dan bertenang, sementara mereka tengah usahakan yang terbaik. Ada berkemungkinan Puspa akan dihantar ke hospital government jika krisis ini tak dapat ditangani. Aku takut, Yan. Aku takut pisang akan berbuah dua kali." Pecah tangisnya tak dapat dibendung lagi. Mujur ada Aryan boleh pinjamkan bahu.

"Ya Allah! Kau sabar ya, ZD. Doa banyak-banyak, minta pada Allah semoga segalanya dipermudahkan. Aku yakin semuanya akan selamat."

"Aku tahu anak itu rezeki. Tapi kalau isteri aku kena tanggung semua ni, tak apalah, aku lebih rela tak ada rezeki."

"Ish, apa kau cakap macam ni? Semua tu kan ketentuan Allah. Semua yang terjadi, buruk ke baik ke, Allah dah aturkan untuk kebaikan kita."

"Kau tak faham, Yan. Kau tak pernah rasa macam mana kehilangan isteri. Bolehlah kau cakap macam tu."

Aryan terdiam. Lebih tepatnya kehilangan punca untuk bercakap. Memanglah dia tak faham, isteri pun tak ada lagi. Tapi kalau sedih tu, dia pun tahu macam mana rasanya.

Iyalah, siapa juga tak sedih kan. Lagi-lagi melihat orang tersayang bertarung nyawa. Aryan faham sangat perasaan Zahaedy.

Pintu dewan bedah terkuak, Zahaedy langsung mengangkat kepala. Seorang doktor keluar dari ruangan tersebut. Buru-buru dia bangun dan mengejar doktor yang hendak berlalu.

"Doc, isteri saya macam mana? Sudah siap dibedah ke? Dia okey ke?"

Doctor melurut facemask dari wajahnya. "Isteri encik sakit apa ya?"

"Besalin! Dia cesaraen."

"Owh, bersalin. Saya bahgian bedah jantung. Maaf ya, saya minta diri." Doktor sambung melangkah agak tergesa-gesa.

Zahaedy terpaku dengan sejuta pertanyaan yang tak siapa dapat menjawap. Menambah kerisauan hati semakin mendalam. Apa jadi dengan Puspa? Adakah isterinya mampu bertahan? Bagaimana kalau...

Pintu dewan bedah terbuka sekali lagi. Dua orang staf sedang menolak katil yang terdapat pesakit sudah ditutup mukanya dengan kain.

Tubuh Zahaedy menggigil menyaksikannya. Katil yang terus ditolak lalu dikejar sambil melaung nama isterinya. "Puspa... Sayang! Nurse, isteri saya. Tolong berhenti."

Katil pesakit ditarik rakus. Jenazah yang bertutup kain langsung dihampiri. Pergerakannya mendadak mati apabila sudah tiba di sisi. Bersediakah dia untuk melihat wajah di sebalik kain itu?

"Puspa isteriku. Sayang..." Bergetar bibir menanggung sebak yang tak terbendung.

Perlahan-lahan kain penutup muka mulai ditarik. Bersedia atau tidak, dia mesti melihatnya sendiri.

Zahaedy tergamam.

"Encik," panggil misi.

Zahaedy langsung memberi respons.

"Boleh kami teruskan membawa jenazah ini?" pinta misi.

"Err... Maaf, nurse. Silakan," katanya. Kain ditutup kembali supaya jenazah tidak terdedah.

Jenazah itu ternyata seorang lelaki warga emas dan bukanya Puspa isterinya.

"ZD," panggil Aryan seraya menepuk bahunya. Zahaedy langsung menoleh.

"Tu, kat sana." Aryan menunjuk ke arah lain.

Dewan bedah sebelah lagi terbuka pintunya. Katil pesakit juga ditolak dari dalam diikuti dengan katil sorong bayi turut dibawa keluar.

"Puspa. Sayang..."

"Encik, maaf ya. Pesakit masih tidak sedarkan diri," jelas misi.

Zahaedy bingung. Dipandang wajah Puspa, lalu mendongak pada misi semula. "Tapi dia buka mata?"

"Betul! Dia sedar tapi tak mampu memberi respons. Kesan ubat bius masih belum hilang."

"Tapi dia baik-baik saja kan?"

Misi tersenyum. "Dia baik-baik saja. Kesan ubat akan hilang kira-kira sejam kemudian. Barulah dia akan sedar. Saya minta diri." Katil lalu ditolak kembali.

Sejenak Zahaedy masih belum habis tergamam. Macam tak percaya dengan apa yang misi katakan, tetapi dalam masa yang sama dia amat gembira.

Perlahan-lahan badannya melurut ke bawah sehingga lutut mencecah lantai. Zahaedy merunduk menyentuhkan dahi ke atas permukaan lantai hospital.

"Subahanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakbar."

Tiga kali kalimah Tasbih diulang dalam posisi sujud. Sehinggalah hatinya berangsur tenang, barulah kemudian dia mengangkat badan.

***

PUTERI tak jadi pulang. Malah mommy Zakiah turut dipanggil datang. Mengabarkan akan berita gembira kepada seluruh keluarga setelah Puspa dinyatakan selamat melahirkan.

Syukur Alhamdulillah!

Walaupun Puspa kini masih tak mampu bergerak, tetapi perlahan-lahan kesedarannya mula kembali. Dia tersenyum gembira melihat sanak keluarganya sudah berkumpul di sisi.

Paling menyentuh hati, Zahaedy tak berganjak dari sisinya. Sentiasa ada untuk memastikan dirinya dalam keadaan paling selesa.

"Sayang nak apa-apa?" soal Zahaedy. Berbisik ke telinga Puspa.

Puspa masih tak mampu mengeluarkan suara dengan betul. Tetapi perasaannya kini sudah mula stabil. Dia cuba berbisik ke telinga suaminya.

"Apa dia? Tak dengarlah sayang." Mungkin suara Puspa masih terlalu perlahan sehingga Zahaedy agak sukar untuk mendengarnya. Maka dia dekatkan telinga lebih rapat.

"Laaaaapaaaar..."

"Lah! Bangun-bangun terus lapar?"

Puspa mengangguk.

Zahaedy ketawa, tetapi turut diiringi dengan air mata. Tanpa banyak bicara, isterinya lalu dirangkul erat-erat seperti tak mahu dilepaskan.

"Alhamdulillah! Alhamdulillah, Ya Allah. Akhirnya Kau kembalikan dia padaku."

Tak puas-puas ucapan syukur dipanjatkan sambil memeluk isterinya yang sudah sedar. Dah serupa diberi peluang bernafas sekali lagi. Puspa yang tenat, tapi dia yang terasa nak mati.

"Abang... Nak makan," rengek Puspa. Orang lapar malah dipeluk lama-lama.

"Okey, okey. Sekejap abang ambil makanan."

Diperhatikan oleh Puteri, betapa Zahaedy sangat caring terhadap isterinya. Tak dibiarkan Puspa mengeluh walau sedikit. Dalam keadaan Puspa sedang tak berdaya seperti ini, lelaki itu tak berganjak dari sisi. Bertuahnya Puspa.

Puteri lalu merunduk mengelus perutnya. Kira-kira 10 minggu dari sekarang adalah gilirannya menghadapi detik-detik persalinan. Adakah dia juga akan mendapat layanan yang sama dari seorang suami?

Tapi, bagaimana jika suaminya masih tak mahu pulang? Adakah dia akan menghadapi semua itu seorang diri?

"Puteri okey ke?" Puan Sri datang ke sisi Puteri sambil menggendong si baby kecil.

Beliau perasan akan raut wajah Puteri yang mendung sambil mengelus kandungannya. Sebagai ibu yang peka, dia amat faham apa yang Puteri rasakan.

"Puteri okey, mommy. Comel baby Kak Puspa, kan." Cuba mengalihkan perasaan agar tak tenggelam terus-terusan.

"Budak ikut tingkap ni memang comel! Handsome macam papa dia. Apa nama dia, ZD?" Puan Sri mengubah pandangan pada Zahaedy.

"Ahmad Zaif, makngah! Okey tak nama tu?" Sambil-sambil suapkan isteri makan. Bubur saja yang boleh dibagi pun.

"MasyaAllah, sedapnya nama. Sesuai dengan rupa parasnya."

"Handsome kan adik Naurah, nenda?" Si gegirl Naurah tak jemu-jemu mencium adik kecilnya. Akhirnya dia pun dapat bergembira bila Mama Puspa dan adik baby sudah selamat.

"Handsome lah. Sama macam Naurah. Naurah pun cantik apa?"

"Nanti nak tengok baby Kak Puteri pula. Mesti handsome macam Papa Mike, kan?"

Berderau darah Puteri mendengar Naurah menyebutkan nama itu. Nama seseorang yang amat dia rindui, yang kini masih dalam celaru dan tak kenal jati diri.

Beberapa saat Puteri terdiam mengenangkan keadaan ini yang masih tak jumpa jalan penyelesaian. Jika berterusan begini, boleh jadi dia akan benar-benar bersalin seorang diri tanpa Maleeq di sisinya. Apalah agaknya perasaan melahirkan anak tanpa kehadiran suami, kan?

Puteri tiba-tiba bangkit dari posisi duduk.

"Eh, Puteri nak ke mana ni?" soal Puan Sri.

"Mommy. Mommy masih nak stay sini ke?"

"Iyalah, nak teman Puspa ni. Takut suami dia nak ke mana-mana."

"Kalau begitu Puteri balik dulu."

"Tapi kenapa? Tak nak teman Kak Puspa dekat sini dengan mommy?"

"Tak apa, yang penting Kak Puspa dah stabil, baby pun dah okey. Puteri ingat nak balik rumah, nak rehat."

Macam tu pulak? Puan Sri tak ada jawapan. Cuma, beliau dapat rasakan perasaan Puteri ketika ini, pasti dia juga menginginkan suaminya ada di sisi.

Akhirnya Puteri dibiarkan pulang dihantar oleh Aryan. Biarlah dia tenangkan diri di rumah. Mungkin perasaannya sedang kacau dan memerlukan ketenangan.

Aryan pula cuba menyaingi langkah Puteri yang berderap laju. Dengan bawa perut macam tu boleh jalan laju-laju? Seriuslah dia ni?

"Puteri, perlahanlah jalan tu. Kenapa laju sangat? Nak balik rumah aje kan?"

"Tak!"

Tersentak Aryan. "Eh, habis tu nak ke mana?"

"Nak ke Sabah!"

"Apa?"

Puteri hentikan langkahnya lalu menoleh pada Aryan. "Bukan hari ini, tapi esok. Aryan jangan cuba-cuba halang saya ya. Saya akan pujuk dia sendiri supaya pulang." Langkah diteruskan semula.

"Eh, tapi Puteri. Puteri, tunggu."

Aduh, habislah! Dia sudah nekad nak pergi. Macam mana ni?

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-24 23:21:03 

Next chapter tq

Mermaid_
2023-09-22 19:36:15 

Maleeq dengar cakap please

Rimatanti Rasyid
2023-09-22 14:39:57 

kesiannya puteri, pergi lah puteri ke Sabah tu, Bawa Surat nikah dn gambar masa nikah tu sekali d


NovelPlus Premium

The best ads free experience