51: TAWAR HATI

Romance Series 889312

"HANNA. Ibu nak pergi hantar kuih ni sekejap. Hanna tolong basuhkan peralatan ya. Ibu nak guna lagi lepas ni."

Puan Najwa keluar dari biliknya sambil menyarung tudung. Berpesan pada si anak dara sebelum pergi. Aneh bila tak ada yang menyahut. Dah ke mana si Hanna Mariyam ni? Maka dia teruskan periksa ke dapur.

"Hanna. Buat apa tu? Kenapa ibu panggil tak jawap?" Melamun pula dekat singki. Apa kena dengan budak ini?

Menggelupur Hanna serta merta sampai terlepas pinggan dari tangan, terus berderai terjatuh ke lantai.

"Ya Allah. Kenapa ni, Hanna? Pagi-pagi lagi dah khayal. Dah macam orang mati laki saja," tempelak Najwa.

Dilihat Hanna sedang membongkok buat mengutip pinggan-pinggan yang terjatuh. Mujur bukan pinggan kaca. Kalau tidak, satu hal lagi nak kena kutip kaca pecah.

"Emm, ibu. Maaf, Hanna tak dengar. Ibu cakap apa tadi?"

"Haih, macam manalah kamu nak dengar. Asyik termenung aje pandang dinding tu sampai macam nak tembus." Menambah bebelannya.

"Maaf, ibu."

"Tak apalah, siapkanlah dulu basuh pinggan tu. Dengan peralatan membuat kuih tu basuh sekali ya. Nanti ibu nak guna lagi. Ibu nak pergi hantar kuih sekejap," pesan Najwa.

"Baik, ibu." Hanna menurut perintah tak banyak soal.

Najwa lalu bergegas keluar rumah menjinjing bakul kuih untuk dihantar ke kedai.

Diperhatikan sahaja langkah ibunya oleh Hanna yang masih me-loading 50% mindanya ke alam sedar. Sementara separuh lagi masih tersangkut di dalam khayalan. Apa sajalah yang difikirkan oleh gadis manis itu sehingga melamun begitu sekali? Hanna menghela nafas perlahan. Lantas kembali menyambung kerjanya.

Kata-kata Maleeq malam itu amat mengganggu moodnya beberapa hari ini. Sikap dingin yang ditunjukkan membuat Hanna seakan hampir murung. Sering kali dia menangis di kala malam menjelang tidur apabila terkenang akan kata-kata dingin yang lelaki itu hamburkan.

Kenapa? Kenapa lelaki suka permainkan perasaan wanita? Dalam keadaan masih hilang ingatan pun dia masih boleh melontar kata-kata sesinis itu. Bagaimana pula bila dia sudah sedar nanti? Adakah diri ini sudah sedia dicampak begitu sahaja dari hidupnya?

Tapi... adakah Maleeq pernah melentakkan dirinya di satu tempat istimewa? Atau mungkin cuma dirinya sahaja yang terperasan lebih?

"Aku seorang aje ke yang beriya-iya dengan perasaan ini? Sedangkan dia, pandang aku pun tidak," gumamnya.

Hanna menyambung lamunan dan membiarkan air paip mencurah sahaja ke dalam singki. Sementara mindanya sudah hilang dari alam sedar.

Petang itu...

"Assalamualaikum..."

Bersinar muka Hanna mendengar suara lelaki itu muncul di depan. Ya Tuhan! Adakah Maleeq datang untuk meminta maaf padanya? Jika demikian kisahnya, kedua tangan ini sudah terbuka luas, sedia untuk menerima maafnya.

"Maleeq!" Hanna senyum malu-malu. Walaupun Maleeq tak mahu diajak duduk, sembang sambil berdiri pun tak mengapa.

"Apa yang Maleeq nak tanya pada Hanna?"

Lelaki itu sudah tak senyum macam tadi. Mukanya juga bertukar serius.

"Hanna, boleh awak jelaskan tak pada saya?" Maleeq mengeluarkan botol ubat yang Hanna pernah beri padanya.

"Ini ubat apa sebenarnya?" soal lelaki itu.

Berkerut-kerut kening Hanna. Botol ubat yang Maleeq hulur seakan mahu disambut tetapi tak jadi. "Ke, kenapa dengan ubat ini, Maleeq? Ini kan, ubat tahan sakit tu?"

"Dari mana awak dapat ubat ni?"

"Dari kliniklah."

"Awak tipu saya kan?" Maleeq bertambah serius.

Hanna mendadak gugup. "Tak! Kenapa, Maleeq cakap macam tu?"

Sorotan mata lelaki itu bertambah tajam. Hanna ambil jarak ke belekang.

"Awak tak tahu ke ubat ni bahaya? Ubat ini juga telah diharamkan oleh KKM masuk ke Malaysia. Baik awak jujur dengan saya, mana awak dapat ni? Dan apa tujuan awak beri pada saya?"

Hanna sudah cuak bercampur takut melihat ketegasan lelaki itu. Ubat dipandang silih berganti dengan tuannya, sungguh gerun sekali.

"Hanna, Hanna tak tahu! Hanna ingat ubat itu ubat tahan sakit biasa."

"Dah tu kalau tak tahu kenapa pandai-pandai bagi pada saya?" Maleeq membentak. Sampai terangkat kedua bahu Hanna.

Wanita itu tak berani lagi mengangkat kepala. Merah mukanya seperti mahu menangis. "Maleeq, Hanna cuma..."

"Beritahu saya, Hanna, siapa yang bagi awak ubat ni? Atau, awak nak saya cari sendiri kebenarannya? Dan kalau nanti saya dapat tahu sendiri, saya tak rasa awak masih lagi layak bekerja sebagai kakitangan awam di kampung ini."

Terangkat muka Hanna dengan mata memerah basah oleh air mata. "Maleeq, tolong. Hanna merayu! Hanna benar-benar tak tahu. Hanna cuma mahu merawat Maleeq saja." Disusun tapak tangan merayu ehsan. Hanna takut jikalau dia akan benar-benar kehilangan pekerjaan.

Bagaimana pun Maleeq kesal, dia tetap mengenang jasa Hanna dan ibu kerana menyelamatkan dirinya. Jika tanpa pertolongan mereka dia pun tak tahu apa jadi pada dirinya sekarang.

Sungguhpuh begitu, Maleeq tetap perlu memberi peringatan. Tindakan Hanna seperti sedang memperjudikan dirinya pada satu pertaruhan yang dia sendiri tak tahu untuk apa.

"Baiklah! Kalau awak tak nak bagitahu, saya tak akan paksa. Nampaknya saya tak ada pilihan lain selain mencari jawapnya sendiri."

"Maleeq..." Hanna teresak-esak.

"Saya tak tahu apa tujuan awak beri saya ubat ini tapi, satu je saya nak pesan. Jangan awak sesekali cuba menghalang saya untuk sembuh. Saya perlu sembuh. Saya mesti mendapatkan semula jati diri saya. Sebab saya harus kembali pada keluarga saya dengan keadaan saya yang seperti dulu."

Langkah terus diatur beransur pergi dari halaman itu. Pesanan Maleeq tadi serius. Dia tak mahu berkompromi lagi. Jika benar Hanna menyimpan agenda di sebalik semua ini, dia tak rasa jasa Hanna perlu dikenang lagi.

Tumpah air mata Hanna semahu-mahunya. Maleeq cuba ditahan tapi tak berkesan. Bahkan tangisnya yang sayu tak berjaya membuat lelaki itu menoleh.

"Maleeq. Maafkan Hanna. Maleeq..."

***

"ARYAN! Aunty Zakiah ni. Aryan, tengah free tak?"

Corong telifon sudah melekap pada cuping telinga. Panggilan dari Puan Sri sedang diterima. "Ya, aunty. Saya tengah free. Ada apa?"

"Macam biasa, Aryan. Hantar Puteri jumpa doktor ya," pinta Puan Sri.

Panjang Aryan menarik nafas tapi tak ketara. Tak mahu sampai Puan Sri Zakiah mengesan keluhan berat tersebut.

"Baiklah, aunty. Setengah jam saya sampai," putus Aryan. Keluhan disambung lagi panjang selesai mematikan perbualan.

Kembali dia kena bertugas sebagai bodyguard untuk Puteri. Sungguh ini sangat meresahkan. Sudahlah doktor tak habis-habis sangka mereka suami isteri. Takut hati ini yang tak boleh dipercaya. Isteri orang tu. Beringat sikit!

"Aha!"

Aryan menyeringai bila satu idea terlintas. Lepas ni tiada lagi masalah untuk sekadar menghantar Puteri. Dia yakin.

***

PUTERI senyap di kerusi belakang, tak bersuara walau sepatah. Wajahnya yang cantik dibalut shawl merah jambu senada dengan abaya yang dipakai. Tetapi warna yang manis itu tetap tak mampu menutupi kegalauan yang terpancar di wajah ayu. Puteri tak lagi seceria dulu.

Aryan ubah tumpuan daripada melihat cermin pandang belakang yang sedang memaparkan wajah Puteri. Saja sebenarnya ditalakan pada muka isteri si Maleeq itu. Lekas cermin diubah semula pada kedudukan asal. Lebih baik dia fokus pada pemanduan yang baru akan dimulakannya.

"Bad, balik nanti kau drive pulak eh. Aku macam tak sedap badanlah." Aryan mencipta dalih. Saja nak ajak Bad berbual sebenarnya. Tak nak asyik terfikir pasal bini orang tu saja. Dosa oi!

"Kau demam ke Yan?" tanya Bad. Risau!

"Aah, macam dedar sikit."

Mujur dia bawa Bad. Taklah kena berdua-duaan dengan Puteri dalam kereta. Puteri tu memanglah tak ada perasaan apa-apa. Masalahnya diri sendiri tu. Haish! Buat malu saja.

"Aryan tak sihat ke? Kalau tak sihat kenapa tak bagitahu?" Puteri menyampuk dari belakang.

Berderau jantung Aryan tak semena-mena. "Eh, taklah. Sikit je ni. Tak ada apa pun."

Okey, Puteri senyap kembali. Teruslah Aryan mula menggerakkan kereta. Appointment lebih kurang lima belas minit dari sekarang. Lambat sikit pun tak apa. Hospital private aje pun.

"Emm, Puteri!" Entah apa lagilah si Aryan ini nak tanya? Mulut dia tiba-tiba ringan semacam sebut nama Puteri bila wanita kembali senyap.

Nampaknya Aryan kena reka satu perbualan rawak. Tak kesahlah apa saja. Janji boleh menutupi rasa kekok sebab terpanggil nama bini orang itu tak pasal-pasal.

"Err, Puteri tahu tak, Maleeq sekarang ni..."

"Boleh tak jangan sebut pasal dia?"

Terjelus air liur masuk tekak. Kena bentak lah pulak. Melotot biji mata Aryan.

"Saya tak nak dengar. Apa-apa pasal dia, saya dah tak mahu tahu. Jangan sesiapa sebut nama dia lagi depan saya. Faham?" tegas Puteri.

Aryan pun senyap dan hanya mengangguk. Melirik pada Bad di sebelah, Bad pun buat muka tegang sama.

Perbualan rawak yang Aryan hendak cipta niatnya sekali nak beritahu Puteri pasal perkembangan Maleeq. Tapi tuan badan pula tak nak dengar. Baik diam saja kalau begini.

Tapi, kalau Puteri betul-betul dah tawar hati pada suaminya, bukankah itu satu perkhabaran baik buat Aryan?

"Yan, kau nak ke mana ni?" Bad menegur. Jalan ke hospital sepatutnya lurus. Aryan pula pergi berpusing di bulatan lalu berpatah balik. Sah sedang sasau otak budak ni, asumsi Bad.

Aryan pun kalut sendiri. Baru kemudian dia menumpukan perhatian. Puas beristigfar dalam hati, minta ampun atas keterlanjuran berfikir yang bukan-bukan.

Jelas bahwasannya Tuhan tak reda dengan apa yang dia sedang fikirkan. Jalan pun sampai sesat-sesat. Itu satu petunjuk dah tu. Baik berhenti berfikir macam tu lagi.

PR notes:
Sikit dulu ya gank! Tak sempat nak edit banyak-banyak. Kalau sempat PR akan update lagi secepatnya. Apa² pun boleh DM kat Insta kalau nak tanya apa². Bye!

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-05 00:34:37 

Putri pulak jual mahal huhuhu

Rimatanti Rasyid
2023-10-03 15:51:17 

semoga cpt lh ingatan Maleeq tu pulih..


NovelPlus Premium

The best ads free experience