13: TETAMU KEJUTAN

Romance Series 889375

SIAPA tetamu yang nak jumpa ni? Sampaikan kedua-dua mertua bagai mencemar duli naik ke atas panggil menantu turun. Nampak gaya macam bukan orang sembarangan aje. Orang pentingkah?

Tapi kalau orang penting sangat sekalipun pun, apa keperluannya mahu berjumpa Maleeq? Jadi penasaran pula.

Masih dipimpin oleh isteri turun ke lantai bawah, tak habis fikir apa yang mustahak sangat tetamu itu nak jumpa dia?

Dua orang lelaki berdiri membelakangi menjadi santapan indera pengelihatan Maleeq tatkala dia keluar dari lif bersama Puteri. Bukan asing bagi pandangannya postur badan kedua individu itu. Takkan ini tetamu penting tu kot?

"Korang? Ingat siapalah tetamu yang penting sangat tu." Bukan tak senang, tapi takkanlah mereka ini yang dikatakan tetamu penting sangat tu? Tak masuk akal.

Sebab gara-gara itu sampaikan dia kena stop benda yang sepatutnya sudah terlaksana. Geramlah! Kalau setakat kedua mangkuk hayun ini jumpa di ofis pun boleh. Kacau saja!

"Hehehe! Kau sihat dah ke?" Zahaedy berputar badan. Aryan tak lupa melakukan hal yang sama. Mereka tersengih.

Maleeq pula tayang muka kesalnya. Sakit hati, tau. "Apahal sampai cari aku ke sini? Aku okey jelah," ujarnya. Tak mesra langsung.

"Abang. Tak baik kata macam tu. Mereka kan datang nak melawat abang." Puteri tampil pujuk suaminya. Betullah, tak elok sambut orang datang dengan muka macam tu, kan.

"Kalau setakat dia orang ni, hari-hari abang dah jumpa. Dahlah, jom naik atas balik." Ditarik tangan isterinya, malas nak layan mereka. Baik sambung kerja yang tertangguh tadi, ada juga hasil nak dituai sembilan bulan kemudian.

"Hei, tunggulah kejap." Zahaedy tahan Maleeq dari terus pergi.

"Entahnya! Tak akan lari gunung dikejar pun. Kan?" Aryan menyampuk.

Macam saja je dia orang ni. Panas hati Maleeq. "Cepatlah cakap nak apa?" Dia mendesak tak sabar-sabar. Lagi cepat lagi baik. Boleh cepat naik atas balik dengan Puteri.

"Maleeq!" Tetapi Tan Sri pula muncul.

Lain macam senyum bapa mertuanya kali ini. Maleeq jadi curiga.

Tak lama Puan Sri pun menyusul, tetapi beliau tak keseorangan. Puan Sri turut membawa dua orang wanita bersamanya.

Maleeq tergamam. Menggigil tubuhnya melihat sosok kedua wanita berabaya hitam itu telah tersenyum kepadanya. Lidah jadi kelu oleh getar sebak yang serasa mahu meletus. Akhirnya dibiarkan air matanya jatuh, terutama ketika salah seorang dari wanita itu mula maju menghampirinya.

Maleeq turunkan ketinggian sehingga kedua lutut menyentuh lantai. Dilepaskan tangisan semahu-mahunya tatkala tangan wanita itu mula menyentuh rambutnya.

"Assalamualaikum! Anak mama apa khabar?"

Soalan beserta salam tak mampu untuk dijawap. Tangisan sebak membuat lidahnya terkunci seribu bahasa. Perlahan kedua kaki wanita itu dirangkul seolah ingin bersujud. Lama Maleeq membiarkan dirinya hanyut dicekam sebak di kaki wanita itu.

"Ampunkan Maleeq, mama. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, Maleeq minta ampun," ungkapnya.

Puteri yang menyaksikan juga tak mampu membendung sebak melihat suaminya melutut di kaki wanita yang dipanggilnya mama. Dia dapat rasakan betapa suaminya itu amat merindukan keluarganya.

Dato Seri Sabariah juga tak dapat menahan air mata menghadapi pertemuan ini. Dipimpin anak lelakinya bangun daripada terus merangkul kedua kakinya. Tak jemu ditatap wajah itu juga dikesat air mata. Sabariah lalu membawa anak lelakinya ke dalam pelukan, didekap penuh rindu.

"Mama dah lama ampunkan Maleeq. Mama tahu anak mamat baik. Mama cuma mahu melihat, adakah Maleeq masih berpegang pada iman walaupun tanpa bimbingan orang tua."

Beberapa saat lamanya mereka diberi ruang buat melepaskan rindu. Ucapan syukur turut dipanjatkan mengiringi pertemuan mereka.

Tak lama kemudian, terdengar Zahaedy mula membuka cerita. "Untuk pengetahuan kau, Maleeq. Auntie Saba dah pesan pada aku untuk tengok-tengokkan kau. Tegur kau jika membuat silap. Setiap masa dia tanya aku kau sedang buat apa. Malah kos pembelajaran kau, aku, bahkan Aryan di Australia dulu sebenarnya adalah tajaan Auntie Saba semua. Cuma dia minta pada aku supaya tak perlu buka mulut pada kau. Sorry, eh!"

Maleeq yang telah lepaskan pelukan dari mamanya lalu beralih menghadap Zahaedy. Dia mendengus sambil mengesat air matanya. "Kau memang tak guna, kan! Kau bukan tak tahu yang aku rindukan mak aku sangat-sangat. Tergamak kau tak bagitahu aku."

"Sorry lah. Ni aku dah bawa datang ke sini, kira okeylah, kan?"

Maleeq buat muka ketat, tetap tak mahu terima penjelasan Zahaedy. Bertahun dia tak berani berjumpa keluarga lantaran masih bimbang tak diterima. Ternyata keluarganya tak pernah membuang dirinya.

"Sudahlah tu! Mama juga minta maaf kerana terpaksa buat macam ni. Mama tahu anak mama tak bersalah. Mama semakin bangga pada Maleeq setelah mama buktikannya sendiri."

Luruh kembali air mata haru seraya menyambar kedua tangan wanita itu lalu diciumnya. Agak lama Maleeq biarkan mukanya terbenam mencium tangan itu. Selanjutnya hati yang telah reda membawanya beralih pada isteri di sisi.

"Mama. Kenalkan ini Puteri Zaharah. Menantu mama."

Sabariah pula yang tergamam ketika seorang wanita muda telah mencium tangannya. Cantik sekali!Pandai anaknya pilih isteri. Disentuh kepala Puteri yang beralas kain selendang. Ditatap wajah cantiknya lalu diusap pipi, terharu sekali. "MasyaAllah. Cantiknya menantu mama."

Sabariah lantas menghadiahkan sebuah kucupan hangat di dahi Puteri. Tak lupa menantunya juga dirangkul gembira.

"Terima kasih ya, sayang kerana sudi menjadi isteri anak mama. Restu mama untuk kebahagiaan kamu berdua, dari dunia sampai akhirat."

Semua yang berada di situ turut terharu menyaksikan pertemuan tersebut. Sekian lama hidup sebatang kara bagai dibuang keluarga, rupanya Maleeq tak pernah kehilangan mereka.

"Maleeq. Mari bawa mama dan kakakmu duduk," ajak Puan Sri Zakiah.

Selanjutnya temu ramah diteruskan di ruang tamu. Tan Sri dan isteri amat berbesar hati menerima kunjungan ini. Jauh-jauh besannya terbang, mereka sekeluarga tentu saja berasa amat senang.

"Terima kasih Dato Seri sudi berkunjung ke teratak kami. Tak sangka email yang saya hantar tempoh hari telah diterima oleh Dato Seri. Nak contact langsung tak ada nombor telifon. Jadi saya cuba dengan menghantar email sahaja," kata Tan Sri.

Dato Seri sabariah telah duduk berdampingan kedua anaknya.

Telah menerima pesanan email tempoh hari daripada Tan Sri Baharudin, seterusnya beliau langsung menghubungi anak buahnya Zahaedy dan mengabarkan akan bertolak ke Malaysia dalam waktu secepatnya.

"Alhamdulillah. Terima kasih, Tan Sri, Puan Sri. Satu kehormatan besar bagi kami dijemput datang kemari. Apatah lagi Tan Sri telah sudi menjadikan anak saya sebagai menantu. Terima kasih banyak-banyak."

Tan Sri dan isteri perpandangan sesama sendiri lalu sama-sama tersenyum pada tetamunya.

"Kami juga minta maaf pada Dato sekeluarga kerana membuat keputusan mendadak tanpa berbincang dengan Dato terlebih dahulu," ujar Tan Sri. Sangat merendah diri. "Saya terpaksa cepat-cepat nikahkah mereka berdua. Tapi kendurinya menyusul kemudian. Bukan apa! Perkara ini kita bergantung kepada yang dua itu, Dato. Dua-dua sudah asyik menempel tak mahu renggang, jadi saya sekeluarga cepatkan aje. Risau kalau ditangguh-tangguh lain pula jadinya." Ucapan disusul tawa merujuk kepada dua orang yang disebutkan.

Kena perli daddy depan tetamu, dua-dua merunduk malu. Padan muka!

Selanjutnya Maleeq memberi ruang buat mamanya beramah mesra dengan mertua. Sementara dia dan Puteri mengambil peluang untuk bersembang dengan Dahlia, kakaknya. Mereka hanya ada dua beradik, tak ada lagi. Jadi sudah sepatutnya jika mereka saling merindui.

Maleeq tahu kakaknya dulu pernah rapat dengan Zahaedy, tetapi waktu itu mereka masing-masing masih sekolah. Selanjutnya mereka berdua membawa haluan sendiri-sendiri dan tidak diketahui lagi apa jadi dengan hubungan itu.

Kini mereka bertemu semula bila sudah sama-sama dewasa. Juga masing-masing sudah berkeluarga. Jadi mereka hanya dilihat saling menyapa selayaknya sepupu biasa.

"Mana husband kau, kak? Tak ikut ke?" soal Maleeq pada kakaknya.

"Tak! Salem ada urusan di Abu Dhabi. Dia tak dapat ikut kemari," kata Dahlia. "Ni kenapa dahi ni? Gaduh ke?"

"Accident lah! Agak-agaklah gaduh." Sikit lagi nak bercantum keningnya.

Dahlia mengekek. "Mana tahu perangai masa budak-budak dulu dibawa sampai ke tua. Kalau Puteri nak tahu, dia ini dulu kaki gaduh, tau! Suka buli anak orang dekat sekolah." Tak segan-segan Dahlia mendedahkan perangai Maleeq dulu kepada Puteri.

Maleeq melopong! Kesal bila kakaknya buka cerita dulu-dulu di depan Puteri.

"Betul ke kak? Patutlah dulu masa mula-mula kenal dia garang gila." Puteri nampak setuju dengan Dahlia.

"Betul Puteri, dia ni kaki buli. Sampai menangis anak orang dikerjakan. Balik sekolah tak sah kalau tak pecah kepala sebab bergaduh," tambah Dahlia. Terus ketawa bersama Puteri.

Maleeq sudah merengut diketawakan oleh kedua wanita itu. "Apa masalah kau ni, kak? Agak-agaklah buka aib aku depan isteri. Malu, tau!"

***

PERTEMUAN lalu disambung dengan menjamu tetamu kehormatan menikmati hidangan tengah hari bersama-sama. Tan Sri awal-awal lagi sudah diberi khabar oleh Zahaedy akan kedatangan tetamunya. Sehingga membolehkan Puan Sri membuat persiapan untuk menyambut kedatangan besan.

"Dato cadangnya akan stay berapa lama di KL? Atau, memang akan tinggal di sini terus?" Saja sembang kosong. Puan Sri Zakiah bersoal jawap di meja makan bersama besan.

"Tidak, Puan Sri. Kami tetap akan pulang ke Doha. Si Dahlia ini, menjadi lecturer di sana. Tapi jangan risau, kami ada masa satu bulan di sini. Paling penting kami tak mahu terlepas majlis mereka ini."

Puan Sri dan suami tersenyum lega. "Syukur Alhamdulillah. Saya risau takut Dato sekejap saja di sini. Sebab majlis mereka sudah dekat."

"InsyaAllah, kami ada. Sememangnya kedatangan kami kemari untuk memeriahkan majlis mereka. Bila segalanya sudah selesai, barulah kami akan bertolak balik. Jadi, sehingga tiba hari yang dinanti, saya bercadang nak bawa Maleeq pulang dulu ke kediaman kami di Damansara. Tak apa ke Tan Sri, Puan Sri?"

Mereka lalu berbisik-bisik membincangkan kata sepakat. Mungkin Maleeq harus pulang dulu ke rumah orang tuanya di Kota Damansara.

Sudah lama rumah agam itu mereka ditinggalkan. Mujur Sabariah telah mengupah maid untuk menjaga, sehingga tidaklah rumah tersebut terbiar saja tak berpenghuni.

***

Di tepi tingkap, Maleeq hampiri wanita itu yang sedang bersandar sahaja merenung hampa ke luar sana. Si dia tak perasan dirinya tiba. Maleeq pun kepung badan dia dengan kedua tangan. Barulah yang berkenaan terkejut. Maleeq tersenyum.

"Jauhnya melamun. Bayangkan apa je tu?" tegurnya.

"Eh, abang. Terkejutlah."

"Takkan itu pun terkejut? Sayang melamun apa sampai jauh sekali ni? Abang masih kat sini kot."

Puteri pusing badan tak lagi menghadap tingkap. Kedua tangannya sudah berada di dada Maleeq sementara pinggangnya dibiarkan diikat oleh kedua tangan lelaki itu. "Seminggu je lagi. Tapi kenapa rasa lama gila ya? Abang rasa macam tu juga tak?"

Rangkulan pada pinggang isteri semakin dipererat. Maleeq mendesah berat. "Lama! Lama sangat. Mahu tak mahu kita kena berjauhan selama seminggu. Kurangkan berjumpa dan tak boleh bercontact selalu. Sayang boleh ke macam tu?"

Puteri geleng. "Tak! Sebab itu Puteri termenung. Macam mana agaknya tak jumpa abang seminggu ya? Puteri boleh gila, tau."

Maleeq ketawa sambil meragut bibir isterinya, geram. Nasib baik ini di bilik tv. Terselindung sikit dari pandangan keluarga. "Saja je orang tua kita ni, kan. Nak seksa kita teruk-teruk biar kita saling rindu. Walaupun tak lama pun lagi, tapi seksa batin kita bukan mereka dapat rasa. Kan?"

"Abang..."

"Iya?"

"Nanti dah selesai semua, abang nak bawa Puteri honeymoon ke mana?"

"Dalam bilik!"

"Hah?" Terkejut! Melotot mata Puteri. Ada ke honeymoon dalam bikik je?

Lagi sekali Maleeq ketawa. "Betullah. Kalau dah boleh duduk sebilik dengan sayang, itu jelah honeymoon paling best impian abang. Yang lain-lain tu kemudian abang fikir."

"Tapi Puteri teringin nak pergi satu tempat. Dengan abang terutamanya."

"Ke mana?"

"Adalah! Nanti dah selesai majlis semua, boleh tak abang bawa Puteri jalan-jalan ke tempat tu?"

Sekejap Maleeq jengul kepala ke belakang, takut tiba-tiba ada orang. Maklum saja, bilik tv ini tak ada daun pintu. Setelah dipastikan keadaan clear, dia kembali meragut bibir Puteri rakus sekali, sampai tersandar ke dinding isterinya. Tak pasal-pasal nafasnya termengah-mengah.

"Bila segalanya dah selesai nanti, abang akan bawa sayang ke mana saja sayang mahu pergi. Sayang nak pergi bulan pun abang bawa."

"Betul ke pergi bulan?"

Okey! Maleeq menyesal dengan kata-katanya. Tapi dia kena cover balik. Dia tergaru-garu. "Errr... Tapi kat bulan tak ada oksigen. Kena bawa oksigen dari sini. So tak boleh stay lama-lama, nanti oksigen habis lemas kita."

"Jadi?"

Dia kebil-kebilkan mata. "Emm... Kita honeymoon kat bumi jelah ya?"

Pecah tawa mereka. Ada-ada saja. Nak pergi bulanlah, apalah.

"Maleeq! Sudah ke?"

Menggelupur terus dengar namanya dipanggil. "Sayang. Abang kena balik dulu," pamitnya. Berat saja nampaknya.

"Iyalah, abang. Tak apa, abang baliklah dulu. Luangkan masa abang dengan family. Mesti abang banyak benda nak kena persiapkan dengan mereka."

Maleeq mendesah. "Thanks, Princess kerana faham abang. Memang macam-macam nak kena persiapkan menjelang majlis kita. Nanti abang bawa sayang balik ke rumah tu. Nak tak kita tinggal situ?"

"Puteri tak kesah, abang. Di manapun abang tinggal, di situlah tempat Puteri. Jumpa nanti di majlis kita. Puteri akan bersabar menunggu."

Begitulah nasib jadi pengantin gantung. Walaupun berat, terpaksa akur untuk berpisah buat sementara sebelum hari yang dinanti tiba. Keluarga dua belah pihak sudah ada, jadi majlis perlu dipersiapkan sesuai istiadat keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience