55: IGAUAN

Romance Series 889375

PUAN Sri dibawa duduk oleh suaminya yang sudah sedia berada di luar. Pasangan suami isteri itu saling menyalur semangat sesama sendiri memikirkan anak mereka yang sedang bertarung nyawa di dalam sana.

"Macam keadaan Puteri kat dalam, Kiah? Kenapa awak disuruh keluar?"

Puan Sri menenangkan nafas yang tadinya menderu kencang. "Saya pun tak tahu, bang. Doktor kata dia kejang. Dia cengkam tangan saya kuat sangat tadi."

"Tapi, betul ke dia dah nak bersalin? Bukan ke tarikh dia minggu depan?"

"Itu tarikh jangkaan je. Lepas 36 minggu bila-bila masa aje boleh bersalin. Abang tak tahu ke?"

"Lah, manalah saya tahu. Saya mana pernah bersalin. Saya ingat tarikh doktor bagi tu, itulah dia bersalinnya."

Kata-kata Tan Sri dibiarkan berlalu, sekali gus menamatkan perbualan. Puan Sri tak ada jawapan nak didebat dengan suaminya buat masa ini. Orang tengah cemas, orang tua ni pergi bergurau pulak. Haish!

"Habis macam mana dia dekat dalam tu, Kiah?" soal Tan Sri selanjutnya.

"Saya tak tahu, bang. Doktor kata baby dia nak kena vacumm nak keluarkannya. Yang saya risau emak dia tu, dia macam hilang separuh jiwa, tau." Puan Sri sambung menangis. Diusap belakang badan oleh suaminya.

Tan Sri melepaskan helaan. "Kalaulah suaminya ada, pasti dia tak macam tu."

Sekali lagi Puan Sri biarkan kata-kata suaminya dibawa angin lalu. Dia tak tahu macam mana harus berfikir buat masa ini. Keadaan Puteri sungguh merisaukan.

"Awak janganlah tertekan sangat. Kita doa banyak-banyak supaya anak kita dan babynya selamat. Awak dah isyak belum?"

Terlihat gelengan halus dari Puan Sri bila disoal sudah menunaikan kewajiban tersebut. "Belum!
Dari tadi saya kat bilik bersalin tu, kan."

"Haih, dah lewat dah ni. Marilah saya teman awak ke surau."

Puan Sri lalu akur dengan ajakan suaminya. Pasangan suami isteri itu lantas bergegas menuju surau yang tersedia di bahgian tingkat tiga bangunan tersebut. Tidak berapa jauh daripada wad bersalin.

Sekembalinya dari menunaikan solat isyak, Puan Sri dapati keadaan masih tak berubah. Tak tahulah sama ada dia terlepas atau apa. Tetapi bilik bersalin masih kekal tertutup pintunya sepertimana sewaktu dia tinggalkan tadi.

Puan Sri bertambah risau memikirkan keadaan Puteri. Adakah doktor menemui kesulitan dalam menyelamatkan anaknya?

Tidak! Dia tak boleh fikir begitu. Dia mesti optimis bahawa Puteri dan cucunya akan selamat. Tak ada apa-apa buruk akan berlaku pada mereka berdua. Insya-Allah

"Marilah duduk dulu."

Tan Sri membawa isterinya duduk kembali. Dari tadi wanita itu termenung memandang pintu bilik bersalin tak bergerak-gerak.

Baru sahaja Puan Sri hendak melabuhkan punggung, dilihat Dr. Nabilah muncul dari arah lain, bukan dari dalam bilik bersalin. Puan Sri pun bingkas semula.

"Puan Sri. Puan Sri pergi mana tadi?" tanya Dr. Nabilah sebaik tiba berhadapan.

"Saya pergi solat tadi, doktor? Apa jadi? Puteri sudah melahirkan ke?"

"Alhamdulillah, Puan Sri. Saya baru sahaja kembali daripada nursery hantar baby. Sebab saya cari Puan Sri tadi tak ada, jadi saya bersama crew terus bawanya ke nursery. Cucu Puan Sri lelaki, telah selamat dilahirkan."

Wajah yang tegang tadinya telah berangsur lega. Puan Sri dan suami sama-sama meraup tapak tangan ke wajah seraya memanjatkan syukur.

Tak lama kemudian katil baby ditolak keluar oleh misi atas arahan Dr. Nabilah guna untuk diserahkan kepada Puan Sri dan suami untuk diazankan bayi tersebut.

"Ini dia cucu Puan Sri. Dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram dan panjang 50.5cm. Cuma, kepalanya agak lonjong lantaran kesan vacumm. Tapi Puan Sri jangan risau, benda ni sementara je. Rajin-rajin tuam dengan air hangat dan gosok lembut-lembut ketika mandi. InsyaAllah sebulan kemudian dia akan kembali normal."

Bayi kecil yang sudah siap berbedung itu kini menjadi tumpuan pasangan suami isteri tersebut. Ketegangan dan kerisauan telah menemui ubatnya. Wajah kecil tak berdosa dipandang penuh haru. Cantik dan sempurna kejadiannya, saling tak tumpah dengan ayahnya, Maleeq.

"Masya Allah, abang! Cucu kita, bang."

"Alhamdulillah. Comelnya cucu kita, Kiah."

"Handsome macam ayah dia."

Si kecil lalu diangkat dan ditimang oleh Puan Sri. Kemudian dibawa mendekat pada suaminya untuk diazankan. Buat seketika, tiada siapa yang membuka suara bagi memberi laluan kepada Tan Sri melaungkan azan pada telinga cucunya.

Bayi lelaki itu telahpun selamat diazan dan iqomah oleh datuknya. Puan Sri lantas letakkannya kembali pada tempatnya untuk dibawa oleh misi supaya diuruskan.

Bayi telah selamat dibawa, kini hanya Dr. Nabilah yang masih tinggal dan belum berganjak dari hadapan mereka. Tibalah kini giliran Puan Sri untuk bertanya keadaan anaknya.

"Habis tu macam mana dengan ibunya, doktor? Puteri baik-baik saja, kan?"

Inilah yang Dr. Nabilah hendak sampaikan sebenarnya. Wajah wanita itu merunduk sebelum menyampaikan perkhabaran yang mungkin agak berat untuk disampaikan.

Melihat perubahan muka doktor itu, Puan Sri jadi tak sedap hati. Tolonglah jangan kata sudah terjadi apa-apa pada Puteri. Tolong jangan!

"Puan Sri. Tan Sri. Saya minta maaf," ucap Dr. Nabilah. Bersusun ayat hendak diutarakan.

"Apa maksud doktor ni? Boleh tak jangan cakap belit-belit? Anak saya tak apa-apa kan?"

Puan Sri hampir hilang pedoman sehingga tertengking doktor. Tetapi soalannya hanya dibalas dengan kebisuan. Wanita yang sedang paranoid itu langsung meraung sehingga terjelepuk ke lantai.

"Puteri... Puteri, anak mommy. Tak mungkin. Puteri..."

Jeritan Puan Sri bertambah sayu apabila Tan Sri datang memeluk dan turut menumpahkan tangisan bersamanya. Doktor pun tak dapat berbuat apa-apa selain memberi ruang seketika kepada pasangan itu meluahkan kesedihan mereka.

***

"PRINCESS!"

Entah apa yang menyebabkan tidurnya terganggu sehingga dia terjaga di tengah malam buta. Paling aneh apabila sebuah sebutan nama turut tercetus dari mulutnya sebaik dia membuka mata.

Dia bangkit menegakkan badan dan duduk berlunjur kaki. Deruan nafasnya tak teratur, peluh dingin merenik di dahi. Seakan dia baru dikejutkan oleh sebuah mimpi.

"Astagfirullahaldzim! Apa maksud semua ni?"

Dia meraupkan tapak tangan ke muka usai beristigfar beberapa kali. Buat seketika dia masih terpinga-pinga cuba merungkai maksud dari mimpinya tadi. Yang jelas nama sebutan itu semakin kuat menerjah masuk ke dalam mindanya yang masih separa sedar.

"Princess, jangan pergi? Aku cakap macam tu ke tadi?" Igau mimpi cuba diingat kembali. Dia yakin dia ada menyebutkan kata-kata tersebut sebelum terjaga.

"Di mana dia? Adakah dia baik-baik saja? Siapapun Princess, aku mesti jumpa dia."

Share this novel

Rohani Hussin
2023-10-20 15:48:06 

bila nk update ni..

Hawani Hashim
2023-10-16 17:16:36 

Author update please rindu lah pd putri

Rohani Hussin
2023-10-15 20:54:35 

update pleasee..


NovelPlus Premium

The best ads free experience