5: DEMAM RINDU

Romance Series 889375

"MANA anak dara awak tu, Kiah? Tak turun ke?" Tan Sri mula tertanya tentang anak gadisnya. Rasanya dari semalam tak nampak. Risaulah, apa lagi. Sudahlah tak lama lagi majlis bersanding dia.

"Saya baru nak pergi tengok ke bilik dia ni hah! Semalam dia skip kelas, hari ini pun sama. Risau saya," ujar Puan Sri.

"Haa, eloklah awak pergi tengok sana. Saya pun risau. Dia tu dahlah suka bertindak sesuka hati."

"Iyalah! Saya naik atas sekejap," pamit Puan Sri.

Tan Sri hanya mengiringi isterinya dengan pandangan bila wanita itu sudah masuk lif. Dia mengeluh panjang. Apalah yang dibuat budak itu di bilik sampai tak mahu turun? Jangan-jangan sakit tak?

Asumsi orang tua ni memang asyik yang buruk-buruk saja. Risau ini, takut itu. Walhal anaknya bukan lagi budak kecil. Dah jadi bini orang pun. Tapi dah nama pun orang tua, rasa kuatir memang tak boleh nak elak. Dapat pula anak seketul adanya, macam mana tak nak risau?

Selang beberapa minit, dilihat Puan Sri kembali turun. Agak tergesa-gesa sehingga Tan Sri yang baru nak melabuhkan punggung di sofa mendadak bangun semula. "Kenapa ni, Kiah? Kenapa panik semacam?" tanya beliau.

"Abang! Maleeq mana? Dia tak balik lagi ke?"

"Masih dekat Langkawi. Tapi rasanya hari ini dia balik," kata Tan Sri.

"Abang boleh tak call dia? Tanya dia dah gerak balik ke belum?" Aura panik dibawa oleh Puan Sri. Sampai nak semput-semput mengabarkan pada suaminya.

"Iya sekejap saya call. Tapi kenapa?"

"Tu! Puteri tu. Dia demam. Siap mengigau-ngigau pula panggil suami dia. Aduhai, kenapalah sampai macam ni?"

"Ya Allah, demam ke?" Kan betul sangkaannya. Itulah, firasat orang tua ni jarang silap. Bila hati dah rasa tak sedap tu, adalah tu yang tak kena dengan anaknya.

"Abang, call si Maleeq tu cepat bang. Kalau boleh biar jelah dia tinggal sini. Dah sah suami isteri dah pun."

"Haip! Memang saya nak call dia. Tapi awak jangan nak pandai-pandai bagi green light kat budak-budak tu. Biar saja sehingga tiba masanya."

"Ala, dah keadaan macam ni pun abang masih nak fikir semua tu ke? Biarkan jelah."

"Tak boleh, Kiah! Saya kena tengok dulu sejauh mana tanggungjawap si Maleeq tu menjadi suami. Sekejap saya call dia. Awak pergi bagi anak awak tu makan ubat."

Ish! Orang tua ni kan, degil tau. Kalau itu kehendak dia itu jelah tak boleh diubah. Lepas tu nak marah anak kenapa keras kepala. Dia pun sama.

Puas berleter seorang diri, Puan Sri akhirnya surrender tak mahu berdebat lagi. Bagus dia ke dapur cepat ambil ubat untuk Puteri. Kesihan anak orang tu, demam sebab rindu suami. Adeh!

***

"YAN! Kau boleh tak jangan ayu sangat driving tu? Lajulah sikit. Bila nak sampai KL kalau macam ni gayanya?"

Perjalanan dari pulau Langkawi-Kedah yang mengambil masa kira-kira 10 jam lebih, kini telahpun tiba di plaza tol Bentong-Pahang. Sikit lagi nak sampai KL. Tak sabar-sabar orang itu nak jumpa si buah hati sampai nak kena gesa Aryan suruh lajukan kenderaan.

"Ayu kepala hotak kau? Satu enam aku bawak ni. Kau nak suruh aku bagi laju macam mana lagi?" Bengang je Aryan. Tahulah dia dah jadi boss, suka hati je nak gesa-gesa orang. Dahlah tak nak drive sendiri.

"Satu enam je? Wei, aku ambil corner pun satu lapan, tahu tak? Satu enam kau bawa long distance macam ni memang besoklah sampainya."

"Kau nak laju sangat boleh, aku berhenti tepi. Kau pula bawak. Banyak songeh kau." Jangan ingat dia dah jadi boss Aryan tak boleh mengomel. Boss tak boss, ada dia kesah?

"Ala, kau bawa jelah. Aku sakit kepala ni. Tapi kau bawa laju sikit eh. Biar cepat sampai KL."

Aryan berdecit. "Kau tak sabar-sabar nak jumpa bini kau, kan? Lepastu gesa aku suruh laju. Banyak cantek muka kau."

"Kau single, mana faham perasaan orang yang dah berkahwin ni."

Eiii, sakitnya hati! Ada karang Aryan buatkan surat resign untuk si Maleeq ni, pecat dia dari jawatan boss. Bikin orang panas je. "Banyak bunyilah kau ni. Bawak sendiri jelah nah. Menyampah aku."

"Ala, cepat jelah, Yan. Kepala aku tengah sakit ni. Kalau tak aku dah bawak dah." Yang tu tak tipu. Memang betul pun tengah sakit kepala.

Aryan menjeling jengkel. Dan-dan sakit kepala. Mesti sebab tak dapat contact bini dia dua-tiga hari. Iyalah, bini merajuk, kan. Phui!

Semua rahsia Maleeq sudah ada dalam poket Aryan. Apa saja yang Aryan tak tahu? Tukang konsultan katakan.

"Sakit sangat ke?" tanya Aryan. Dalam bengang tetap juga kesihan.

"Sakit, doh! Migraine." Maleeq hanya dapat memicit kepalanya dengan jari. Harap-harap ia membantu sikit mengurangkan sakit.

"Nah, kau makan coklat ni. Biar lega sikit sakit kepala kau tu." Kebetulan Aryan masih ada simpan stok coklat Cadbury dalam laci keretanya. Semalam sempat menyongket ke kedai coklat di Langkawi.

Maleeq berdecit palingkan muka. Coklat yang dihulur tidak diendah. "Aku tak ada moodlah nak makan coklat sekarang," gumamnya.

"Dalam keadaan macam ni, tak kira ada mood ke tak ada mood. Makan je. Nah ambil. Kalau tak sampai sudah kau kena tahan sakit tu."

Berkat gesaan Aryan, nak tak nak huluran coklat diambil juga. Kalau betul boleh kurangkan sakit kepala apa salahnya cuba.

Baru sahaja dia hendak membuka bungkusan coklat, telifon bimbit tiba-tiba berbunyi. Sebuah panggilan telah masuk, nampak cukup mustahak memandangkan ianya daripada ayah mertua. Maleeq perlu segera menjawapnya.

Akhirnya coklat tak jadi dibuka dan telah disumbat ke dalam poket. Panggilan dari daddy langsung dijawap tanpa menunggu lebih lama.

***

EMPAT puluh lima minit selepas itu, kereta Aryan yang telah bertukar pemandu akhrinya tiba dengan selamat di halaman rumah Tan Sri Baharudin.

Panggilan daripada daddy tadi memang sungguh mustahak, iaitu mengabarkan bahawa isterinya di rumah sedang demam. Almagic bin ajaib, migraine pun langsung hilang. Bahkan dia siap menyuruh Aryan untuk berhenti di tepi bagi mengambil alih pemanduan.

"Allahuakbar! Allahummahsollialaa Muhammad. Ya Allah, Kau lindungilah aku, Ya Allah! Maleeq, kalau kau nak mati sorang-sorang pergilah mati, Maleeq. Kau jangan ajak aku sekali. Aku tak kahwin lagi, woi!"

"Bisinglah kau, Yan! Siapa suruh pandu lembap sangat?"

"Wei, setan! Kalau kau je mati tak apa. Kereta aku yang jahanam nanti. Tak habis bayar lagi ni, gila!"

Lebih kurang begitulah jeritan Aryan tadi selepas menyerahkan stereng keretanya untuk dipandu oleh Maleeq. 200 kilometer perjam dipandu ketika menuruni Genting Sempah, cukup membuat Aryan seperti tertinggal roh di belakang.

Bahkan migraine pun boleh langsung hilang, inikan pula sekadar jeritan Aryan. Dia buat pekak saja. Nak menyumpah-seranah ke, nak mengutuk ke, lantak kedia. Dalam kepala Maleeq kini hanya fikirkan tentang Puteri. Tak sabar nak tengok muka si buah hati itu.

Sudahlah dua hari tak dapat berhubung angkara merajuk. Puteri telah menyekat nombornya dari sebarang panggilan mahupun chat. Sampai naik migraine kepala Maleeq akibat terlalu rindu. Alih-alih hari ini dapat khabar yang isterinya sedang demam. Berdesup dia pandu kereta Aryan macam pelesit lajunya.

Kenderaan telah selamat diparkir di hadapan rumah. Maleeq buru-buru cabut membiarkan Aryan terkial-kial keluar dari kereta dengan keadaan terhuyung-hayang.

Tak guna! Bergolak isi perut Aryan dibuatnya. Sikit lagi nak mabuk. Tobat tak nak bagi si setan tu pandu keretanya lagi. Rosak nanti, jenuh dia nak jalan kaki.

Sementara Maleeq sudah tiba di pintu, meluru sahaja main nak masuk. Tetapi ayah mertuanya keburu muncul, terbantut terus langkahnya.

"Assalamualaikum, daddy." Tak lupa tangan lelaki itu disambut serta diberi ciuman. Jumpa mertua kenalah cium tangan.

"Walaikum salam! Sampai pun kamu. Laju betul," tegur Tan Sri. Bersahaja!

Maleeq tak ada masa nak explain panjang lebar pada Tan Sri buat masa ini. Hati sudah menggebu tak sabar nak jumpa isteri. "Err, daddy. Puteri dekat mana?" Straight to the point, tak main kona-kona lagi.

"Isteri kamu rehat di bilik dia. Mommy tadi dah bagi makan ubat," beritahu Tan Sri.

"Boleh saya jumpa tak daddy?"

"Boleh! Tapi tunggu mommy bawa turun sekejap lagi. Dia tengah tidur tu."

"Kalau saya naik bilik?"

"Jangan! Dia baru je tidur. Jangan diganggu dulu. Mari, teman daddy beri ikan makan."

Maleeq terkebil-kebil matanya. Bingung! Dada sudah hampir sesak gara-gara terlalu rindu ingin bertemu isteri tersayang, ayah mertua pula ada saja helahnya.

Ooo, daddy main helah-helah ya? Kalau macam tu, Maleeq kena main helah juga.

Menyedari Aryan masih membuntuti di belakangnya, Maleeq langsung menoleh. Dia menyeringai tawa renyeh melihat Aryan sudah tiba.

Aryan yang sudah hafal dengan riak muka sepupunya yang seorang itu hanya mampu mengeluh, jatuh bahunya. Haih! Ada kerja lagi nampaknya. Sabar jelah!

Siap kau, Maleeq. Tak bagi aku gaji lebih, aku sumpah kau kena nikah gantung seumur hidup. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience