29: PERTOLONGAN

Romance Series 889312

AWAL pagi Puan Sri Zakiah sudah berangkat ke kedai dihantar oleh Saad. Sudah sebulan bisnes beroperasi, Puan Sri jadi bertambah sibuk. Keluar rumah pun lagi awal dari Tan Sri.

Baru separuh perjalanan, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Puan Sri keluarkan segera dari dalam handbag. My Princess, nama yang muncul. "Hello! Morning mommy to be" sapa beliau.

"Mommy! Mommy dekat mana?" Suara Puteri terdengar agak cemas.

"Mommy on the way ke kedai ni. Kenapa Puteri?"

"Daddy mana, mommy? Puteri cari tak ada."

"Daddy mungkin masih di bilik, ataupun di kolam ikan dia tu. Cuba Puteri tengok."

"Okey! Okey, mommy. Sekejap Puteri cari."

"Puteri! Kenapa ni? Kenapa cemas semacam?" Puan Sri mula tak sedap hati mendengar suara Puteri. Sepertinya sedang ada benda yang tak kena.

"Abang! Suami Puteri tak dapat dihubungi dari semalam. Puteri risau, itu yang nak jumpa daddy ni."

Allah! Suaminya tak dapat dihubungi? Apa dah jadi ya? Aduh, semoga tak jadi apa-apa pada menantunya. Puan Sri Zakiah jadi turut cemas. Lagi-lagi mendengar suara Puteri yang seperti mahu menangis, dia jadi tambah risau.

***

PAGI ini cuaca cerah seperti biasa. Pelbagai tugasan sudah menanti, menjadi routine setiap hari. Hanna Mariyam keluar dari klinik membawa bag berisi kelengkapan klinikal.

Menapak menuju kereta Kancil kepunyaannya yang diparkir di tempat letak kereta bahgian staff di kawasan klinik kesihatan. Seperti biasa, dia perlu mengunjungi beberapa buah rumah ibu bersalin di kawasan berhampiran untuk dilakukan pemeriksaan.

Hari ini Hanna bernasib baik. Rakannya Suzan turut dibawa bersama. Tidaklah dia keseorangan seperti yang sudah-sudah.

Mereka sudah keluar dari kawasan klinik dan menyusuri sebatang jalan kampung yang tenang. Tiba-tiba Suzan panik.

"Hanna! Okeykah kereta kau nih? Aku rasa lain macam saja," kata Suzan. Risau bila kereta Hanna sudah mula berbunyi-bunyi.

Hanna pun tak kalah risaunya. Tadi masa pergi kerja okey saja. Apa pasal kereta ini tiba-tiba buat hal balik? "Aduh! Takkanlah dia nak buat hal lagi ni?"

Memang suka buat hal time-time begini, kan. Waktu orang nak cepat inilah dia buat perangai, rungut hati Hanna.

Dia bingung. Mahu meneruskan perjalanan, karang mati betul-betul lagi susah. Terpaksa diberhentikan kenderaan itu di tepi jalan. Dia perlu menghubungi Adam sekarang juga.

"Hello, Adam! Adam kat mana? Kereta Hanna ni, buat hal lagi."

"Alamak! Saya tengah kat luarlah, Hanna. Kenapa kereta? Mati terus ke?" Adam di hujung talian.

"Tak adalah mati. Cuma dia dah mula semput-semput," beritahu Hanna.

"Ermm. Cuba tengok temprature? Tinggi tak?" saran Adam.

Hanna ikuti nasihat Adam untuk memeriksa meter. Memang benar. Temprature sudah melepasi tahap normal yang bermakna enjin kenderaan itu sudah di paras bahaya. "Tinggilah, Adam. Macam mana ni?"

Adam terdiam sejenak mencari solusi jarak jauh sementara dia tak dapat turun padang membantu Hanna. "Hanna ada simpan air botol tak dalam kereta tu?" soal Adam.

Hanna menyelongkar kiri kanan dan juga belakang. "Tak adalah, Adam. Botol mineral ada, tapi kosong."

"Okey, macam ni. Hanna pergi dapatkan air dulu, lepastu isi air tu dalam radiator. Biar enjin sejuk sikit. Tapi lepas tu Hanna kena balik terus, tak boleh sambung perjalanan lagi. Boleh?"

"Owh! Okey, okey."

Meminta bantuan pada rakannya Suzan, Hanna menuruti arahan Adam. Pertama sekali, bonet kereta dibuka luas-luas dan dibiarkan terngaga supaya haba panas pada enjin sedikit berkurang.

"Suzan! Awak tunggu sini ya. Saya nak pergi cari air sekejap."

"Iyalah! Cepat sikit. Jangan lama-lama. Takut aku di tempat ini." Suzan setuju untuk tunggu.

Hanna segera berlalu membawa botol mineral untuk mendapatkan air. Tak jauh dari tempat itu, di seberang jalan sana terdapat sungai yang mengalir. Tapi Hanna kena menapak dan perlu menuruni cerun. Bolehlah dari tak ada.

Berkat kegigihannya, Hanna sudah tiba di tepi sungai. Tanpa membuang masa lekas-lekas dia isikan air ke dalam botol mineral.

"Matilah kau. Matilah kau. Matilah kau!"

Hanna mendongak mendengar suara itu. Kedengaran tak jauh dari tempatnya berada. Sepertinya sedang berlaku sebuah keganasan. Hanna perlu memeriksa, walaupun dia tak rasa dapat membantu. Tapi, at least dia tak penasaran.

"Hoi! Berhenti," jeritnya.

Benar tekaan Hanna. Sedang berlaku keganasan di situ yang mana seorang lelaki sedang memukuli lawannya dengan sebatang kayu. Sementara lelaki yang dipukul itu tidak bersenjata.

"Ini bukan urusan kau. Berambus!"

Hanna malah diusir serta diagah dengan kayu yang sama. Lelaki itu tak endah dengan amaran Hanna.

"Kau nak berhenti ke atau nak aku panggilkan orang-orang kampung? Biar dia orang tangkap kau. Tolooong... Toloooong... Ada pembunuhan kat sini."

Bimbang juga bila wanita itu mula berteriak memanggil orang kampung. Kalau tak cepat-cepat lari, ada sekajap lagi dia yang nazak dekat sini dibelasah orang.

Sebaiknya dia perlu segera beredar dari sini sebelum orang-orang kampung betul-betul sampai. Mukhriz lalu memutuskan untuk cabut sekarang. Dia tak mahu mengambil risiko kena tangkap oleh penduduk.

Fuh! Lega Hanna melihat lelaki itu sudah pergi. Sebenarnya dia acah je jerit tadi. Mana ada perkampungan pun dekat seberang sana. Dia beranikan diri cuba nasib untuk menghentikan lelaki tadi meneruskan perbuatannya. Dia tak sampai hati melihat mangsa yang dibelasah itu sudah terlalu lemah.

Setelah dipastikan lelaki tadi sudah tidak ada, Hanna cepat-cepat mengampiri mangsa yang sudah berlumuran darah di semak-semak. Kesihannya. Masih hidupkah?

Dengan kemahiran sebagai jururawat, Hanna lalu memeriksa keadaan mangsa. Denyut nadi dan pernafasan dipastikan masih ada. Alhamdulillah, masih hidup.

"Hanna! Kenapa kau menjerit tadi?" Suzan menyusul turun ke sungai selepas mendengar jeritan Hanna meminta tolong. Risau, mana tahu Hanna jatuh di sungai atau mungkin digigit buaya.

Haa, kebetulan sangat Suzan turun. Hanna panggil Suzan datang untuk menolong. "Suzan, sini! Tolong saya. Ada orang cedera kat sini."

Suzan lihat Hanna sudah berada di seberang sungai. Tak habis fikir macam mana budak itu boleh berani sangat. Kalau dilihat hutan di seberang sungai itu cukup lebat. Bukan sembarang orang berani ke situ.

"Orang cedera? Ish, takut aku. Iya kalau cedera, kalau mati macam mana?" kata Suzan. Masih bertahan di seberang sini.

"Sebab itulah kita kena tolong. Dia hidup lagi ni." Hanna berkeras.

"Tak mahu aku. Takutlah."

Ish, mengadalah si Suzan ni. Biarlah kalau begitu. Biar dia sendiri yang menolong.

Hanna datang semula ke tempat lelaki itu dan berniat mahu menolongnya. Tidak lupa lafaz Bismillah didahulukan, Hanna mula memapah tubuh lemah itu untuk bangun.

"Hanna! Kau ni sungguh-sungguhkah?" pekik Suzan dari seberang bila dilihat Hanna sudah mula memapah mangsa cedera tersebut.

"Sungguhlah, apa yang tak sungguhnya?"

Mahu tak mahu akhirnya Suzan terpaksa menyeberangi sungai untuk membantu Hanna di sebelah sana. Bagaimana pun dia tak sampai hati nak biarkan Hanna melakukannya sendirian.

Walau sedikit kesukaran, akhirnya mangsa berjaya dibawa menyeberang oleh kedua wanita itu. Lelaki itu lalu dibawa masuk kereta untuk diberi pertolongan.

"Kita mo bawa dia ke mana ni, Hanna?" Suzan panik.

"Apa-apapun kita kena balik klinik dulu. Kereta saya ni tak boleh jalan jauh dah."

Kereta Kancil uzur itu sekali lagi dipaksa berhikmat membawa tiga orang di dalamnya. Bunyinya sudah lain macam tapi masih mampu bergerak perlahan-lahan. Dengan kegigihan Hanna Mariyam, kereta itu akhirnya tiba juga di klinik.

***

PUAN Sri tak sedap hati dan terpaksa pulang dari kedai. Selepas mendapat panggilan dari Puteri tadi hatinya jadi tak tenang nak buat kerja. Akhirnya Puan Sri berpamitan pada pekerja-pekerjanya menjelang 12 tengahari.

Ternyata, firasat tak baik yang dirasakan telah menemui jawapan. Sebaik dia tiba di rumah, dia dapati anaknya sedang meraung bila menantunya masih gagal dihubungi.

"Puteri! Puteri, sayang. Kenapa ni, anak mommy?"

"Mommy! Abang, mommy. Abang masih tak ada khabar." Puteri berlari menerpa ke pelukan ibunya sebaik wanita itu tiba. Di bahu mommy Puteri menangis sepuas-puasnya.

Melihat kesedihan Puteri, Puan Sri turut menitiskan air mata. Janganlah jadi apa-apa pada Maleeq. Dia tak sanggup mahu melihat kesedihan anaknya yang kini sedang berbadan dua.

"Puteri jangan risau ya. Daddy sudah beritahu ZD dan Aryan." Tan Sri baru sahaja selesai menghubungi Aryan dan Zahaedy. Dia tampil untuk memujuk anaknya.

"Daddy yakin suami Puteri baik-baik saja. Doa banyak-banyak supaya dia segera dijumpai dalam keadaan selamat. Jangan nangis lagi ya."

***

"HANNA! Mana kau jumpa orang ni? Mana dokumen dan kad identiti dia?" tanya salah seorang rakan sekerja Hanna.

"Dekat tepi sungai! Tak ada dokumen dijumpai. Sebab itu saya bawa dia kemari. Mahu dibawa ke hospital mesti diminta dokumen semua, kan. Macam mana saya nak bagi?" Hanna memberi alasan.

Sementara Suzan sudah menjauh tak mahu masuk campur. Dia agak penakut sikit dengan hal serupa ini. Kalau orang jahat macam mana?

Mereka tiada pilihan selain memberi pertolongan segera pada mangsa. Hospital pula jauh ke bandar. Si mangsa sendiri tidak disertai dokumen dan identiti. Jadi mungkin akan menyulitkan urusan bila dibawa ke hospital nanti.

Akhirnya mereka bersetuju untuk memberi rawatan ala kadar sahaja di klinik itu. Bagaimanapun mangsa masih belum sedarkan diri. Dia ditempatkan di katil pesakit yang tersedia di klinik tersebut.

Mangsa adalah seorang lelaki berusia lingkungan 27-28 tahun. Melihat dari penampilan, lelaki ini berpakaian kemas meski sudah berlumuran darah. Pengenalan diri tidak dijumpai, ianya sangat menyulitkan urusan.

Mujur Hanna Mariyam berkeras hati mahu menolong serta memberi rawatan sewajarnya. Baginya, biarlah kalau warga asing sekalipun. Hatinya jatuh kasihan melihat keadaan lelaki itu cedera parah akibat dibelasah orang tadi.

Lelak itu sudah dibersihkan dan dibalut luka-lukanya. Hanna menghela nafas selesai memberi rawatan tadi. Ditenung wajah yang lebam-lebam itu penuh simpati.

"Kesihannya awak. Kenapa dia pukul awak macam tu eh? Awak ni orang jahat ke?" Soalan itu sebenarnya lebih kepada monolog kerana lawan bicaranya sedang tidak sedarkan diri.

"Tapi saya tak rasalah awak ni orang jahat. Rupa awak elok je. Handsome!"

Hanna menghela nafas sekali lagi selepas menyelesaikan kerjanya. Mangsa lalu ditinggalkan berehat sendirian di ruang rawatan. Hanna perlu kembali pada tugas sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience