19: BACK TO WORK

Romance Series 889375

KLINIK Desa Makmur Jaya. Seorang jururawat keluar dari pintu membawa beg berisi peralatan di dalamnya. Menjadi tugasnya di musim bersalin ini untuk membuat lawatan ke rumah-rumah pesakit yang baru lepas melahirkan.

Biasanya dia akan pergi berdua dengan salah satu rakannya. Namun memandangkan yang lain sedang ada tugas, maka terpaksa dirinya yang harus pergi seorang diri.

Sebulan sudah Hanna Mariyam menjadi salah satu petugas kesihatan di klinik desa tersebut. Walau tak seberapa gajinya, namun daripada mengaggur, ianya sudah cukup memadai.

Bermodalkan kereta Kancil uzur milik arwah ayahnya, Hanna Mariyam memandu keluar dari kawasan klinik. Beberapa buah rumah perlu dilawatinya pagi ini.

"Alamak! Dah kenapa lagilah kereta ni? Aduh, janganlah buat hal time-time sekarang ni. Aku nak cepat woii."

Kereta Kancil sudah mula tersenggut-senggut tika melalui sebatang jalan kecil di perkampungan itu. Hanna Mariyam mula risau. Tapi perjalanan tetap juga diteruskan. Rumah pesakit tak jauh pun lagi.

Walau bagaimanapun, pemanduannya terpaksa berakhir juga di tepi jalan. Kendaraan sudah tidak mampu lagi meneruskan khidmatnya. Hanna mengeluh sakan. "Aaah! Dia betul-betul buat hal kali ini. Adui, matilah macam ni."

Apa dia kena buat sekarang? Rumah pesakit di hujung sana lagi. Aduh! Hanna sudah memegang kepala, rasa nak menangis pun ada.

Tiada pilihan. Telifon pintar jenama murah miliknya segera dikeluarkan dari dalam beg. Nombor seseorang dicari sementara dia pula telah keluar dari dalam kereta. Ini jelah pilihan yang ada. Call Adam.

"Hello! Adam. Boleh tolong Hanna tak?"

Beberapa minit selepas itu, sebuah motosikal tiba di lokasi. Lelaki itu datang membawa kotak peralatan mekaniknya. Dia hampiri Hanna Mariyam yang masih berdiri di sisi kereta.

"Cik Hanna. Apa masalah?" tanya Adam.

"Tak tahulah Adam? Dia semput-semput, lepas tu terus mati. Hanna dahlah nak cepat, nak pergi melawat orang bersalin," adu Hanna.

"Ooh. Okey! Kasi saya check dulu ya."

Adam lalu membuka bonet kereta dan mula memeriksa bahgian enjin. Asap naik sebaik bonet diselak. Adam lalu menyimpulkan, "Cik Hanna. Kemungkinan ini kereta mau kena bawa pergi bengkel ni," terang Adam.

"Ala, iye ke? Teruk ke Adam? Lama ke kalau bawa pergi bengkel?"

"Lamalah juga. Paling cepat pun mungki besok baru boleh ambil. Itupun kalau tiada kerosakan teruk." Adam jelaskan.

Aduh! Macam mana Hanna nak mengunjungi rumah pesakit ni? Dahlah masing-masing jauh. Kalau dipaksa berjalan kaki, boleh tahan semput juga. "Adam! Ada tak alternatif macam mana Hanna nak pergi rumah pesakit sekarang ni?"

Sejenak Adam terdiam selepas mendengar soalan Hanna. Selanjutnya dia memberi usul melalui idea yang tercetus. "Cik Hanna pandai bawa motorkah?" soal Adam.

"Pandai! Pandai!" Hanna angguk yakin.

"Kalau begitu, bawa saja ini motor. Kereta Cik Hanna ni saya terus bawa ke bengkel."

"Betul ke macam tu, Adam?"

"Betullah, Cik Hanna sayang. Aduhai! Pernahkah abang Adam ini bercakap tipu? Hehehe." Sempat lagi kau, Adam!

Biasalah, lelaki. Nampak awek cun je mulalah nak mengayat.

"Eleh! Tak payah nak abang-abang sangatlah, Adam. Kita sebaya kot." Hanna membidas.

"Yalah, yalah. Apa-apa saja. Kau ambil ni kunci, bawa saya punya motor tu." Kunci motor lalu diserah kepada Hanna.

Dengan senang hati Hanna menerimanya. "Thank you, Adam! Bertuah Hanna ada jiran macam Adam ni."

"Emm! Iyalah tu."

***

"BAD! Kau tolong aku Bad."

Aryan masuk ke bilik pejabat untuk berjumpa dengan Bad. Terburu-buru saja gayanya. Selembar kertas turut diberinya.

"Apa benda ni?" Bad pelik.

"Kau tolong lacak makluman pasal perempuan dalam gambar ni. Aku nak nombor telifon dia je," terang Aryan.

"Ala! Aku ada kerjalah, Yan."

"Ish! Berkiralah kau ni. Sikit je pun. Kau kan pakar bab-bab mencari makluman macam ni. Aku nak kena siapkan kerja. Boss kita dah start masuk office hari ni, tahu tak?"

"Ish, kau ni ada-ada jelah. Iyalah. Karang aku buat."

"Jangan karang. Buat sekarang," desak Aryan.

"Kau ni, main gesa-gesa pulak. Aku pun ada kerja, tahu."

"Alaa, cepatlah Bad. Aku kena gerak sekarang. Bye!"

"Ehem! Assalaaaamualaikom!"

Belum pun sempat Aryan mengangkat kaki, tiba-tiba ada orang muncul dan bagi salam. Siap berderam lagi. Kecut perut Aryan. Habislah dia! Kerja tak siap lagi.

"Eeh, boss. Dah sampai boss? Ingatkan lambat lagi. Hehehe!" Aryan tayang seringai.

Langkah terakhir bila kau tak siap kerja, jurus membodek boss perlu dilaksanakan segera. Ala, boss pun sepupu sendiri. Takkanlah tak boleh kawtim, kan? Hehehe! Aryan cuak.

Bad pula langsung berdiri tegang sebaik menyaksikan siapa yang tiba. Bukan hanya Aryan, Bad pun turut cuak sekali. Entah kenapa dia tiba-tiba gigil melihat lelaki yang Aryan gelarkan boss itu. Padahal okey je muka dia. Tak adalah macam boss-boss muka garang bermisai melintang tu.

"Apa boss, boss? Kerja kau dah siap belum?" Tahu sangat kalau dah tayang muka ni. Mesti something wrong somewhere. Maleeq curiga.

Aryan sudah tergaru-garu tayang dua baris giginya. "Hehehe! Sorry, boss! Sikit je lagi, sikit."

"Apa sikit-sikit? Aku dah email kau semalam lagi, kan. Aku nak benda tu, pagi ini ada di meja aku. Mana?"

Aryan menyeringai lagi. "Ala, sikit je lagi. Kejap lagi aku hantar ke bilik kau. Okey?"

Ish! Geram je Maleeq dengan budak Aryan ni. Nasib baik sepupu sendiri. "Aku dah agak dah tak siap lagi. Huh! Ni siapa pula budak ni?" Beralih pada Bad.

"Inilah dia Bad! Member baru yang aku cakap tu. Sepanjang kau tak ada, Bad nilah yang tolong aku siapkan tugas-tugas kau," beritahu Aryan.

Maleeq mencibir pandang si budak Bad ini. Dia tenung sehingga matanya mengecil.

Bad pun merunduk, gerun dengan tenungan Maleeq. Kenapa dia pandang aku macam tu weh? Seram!

"What's going on, Maleeq Al-Habsi? Apa yang kau dah buat ni, bro?"

Kata-kata itu terngiang di telinga Maleeq. Jelas dia ingat bahawa kata-kata itu tercetus dari mulut budak bernana Bad ni. Maleeq tenung lagi lebih serius.

Inilah budak junior yang dulu turut serta men-jugde dirinya masa tu. Sewaktu nama Maleeq Al-Habsi terpalit dengan kes di kolej angkara perbuatan sabotaj. Maleeq masih simpan rasa tak puas hati. Sebab dia dah cuba jelaskan, tapi rakan-rakan mahupun juniornya semua tak mahu percaya.

"Haa! Aku kenal sangat muka budak junior perasan bagus ni."

Habislah, dia cam! Mati aku kali ini. Bad sudah menggigil, gerun dan risau. Siapa sangka bossnya adalah lelaki ini. Maleeq Al-Habsi yang sempat menjadi idola di kolej tetapi namanya gugur gara-gara fitnah. Bad sungguh menyesal.

"Ma, maafkan saya, bang! Saya, saya dah tahu dah abang tak bersalah. Masa tu biasalah, saya terikut-ikut kawan," ujar Bad.

Maleeq masih tak mengubah reaksi muka. Malah tak kesah dengan rayuan Bad yang meminta maaf. "Ceh! Iyalah tu. Sebab aku dah jadi boss kau kan, kau cakap macam tu?"

"Tak, bang. Betul! Saya menyesal masa tu, bang. Saya..."

"Hei, dah-dah. Tak kuasa aku dengar kau membebel."

Bad pun senyap menekur mukanya ke lantai. Adui! Gerun gila.

Maleeq tenung pemuda itu kembali. "Tapi... Seingat aku kau ni sepasang dulu, kan? Kembar! Betul tak?" Betul! Maleeq baru ingat. Budak ni dulu selalu bersama kembarnya.

Tetapi Bad masih tidak menjawap. Dia justeru tersentak dengan soalan Maleeq. Tak lama dia merunduk kembali.

Sikap Bad telah membuat Maleeq tak sedap hati. Pemuda itu seperti enggan membuka mulut tentang cerita itu. "Kenapa wei? Ada yang tak kena ke? Sorrylah kalau aku singgung perasaan kau."

Bad angkat mukanya tayang tawa hambar. "Tak ada apalah, bang. Benda dah lepas. Saya tak nak ingat dah," katanya.

Maknanya betul ada sesuatu yang si Bad ini tak sedia nak kongsikan. Tak apalah kalau begitu. "Okeylah kalau mcm tu. Sorry, aku gurau je tadi."

Lega Bad mendengarnya.

"Jadi... Aku ucapkan selamat bergabung dalam company ini. Aku harap, kau boleh bekerjasama Aryan dan memberikan yang terbaik."

"Ok, bang. Terima kasih." Senang hati Bad.

"Tak payah nak 'bang-bang' sangatlah. Kau sebaya dengan mangkuk hayun ni, kan?"

Bad tersengih meniti wajah Maleeq dan Aryan satu persatu.

"Aku tua setahun je dari korang. Jangan nak ingat yang aku ni tua sangat. Panggil biasa je, tak payah nak beriya. Geli aku!"

Senang hati Bad mendengarnya. Tak sangka seniornya dulu sekarang jadi boss. Supporting pula tu. "Hehehe! Baik boss."

"Dan kau." Maleeq beralih pada Aryan.

"Yes, boss."

"Kau ikut aku sekarang! Nak kena ajar kau ni."

"Hek eleh! Mentang-mentang baru balik honeymoon, garang semacam sekarang."

"Ish, cepatlah. Banyak bunyi pulak. Dahlah single!"

Uih! Sempat lagi mention perkataan tu. Memang celaka kau, Maleeq. Aku pecat kau jadi boss baru tahu. Eiii!!!

***

"ABANG!" Suara manja terdengar dari corong telifon.

Dah free sikit barulah sempat call isteri. Walhal sekejap lagi jumpa juga dekat rumah. Dah nama pun tengah angau, mana sempat nak tunggu balik.

"Yes, honey! Sayang abang tengah buat apa tu?" Seharian berjauhan dengan isteri, rindu nak matey oi!

Bukan tak biasa, tapi semenjak dah rasmi ni, inilah hari pertama mereka berjauhan. Kalau tidak sepanjang hari asyik melekat je macam gam. Bila seorang di rumah seorang di ofis macam ni rindu dia lain macam. Tak sabar nak balik rumah.

"Puteri tengah masak dengan mommy. Nanti nak dinner sama-sama dengan daddy, kan."

"Wah, bestnya. Tak sabar abang nak balik. Sayang masak apa?" Tali leher dilonggarkan lalu dicabut terus. Barulah lebih santai borak dengan isteri. Sekejap lagi nak balik dah.

"Masak ayam goreng berempah, masak lemak nenas ikan masin, ulam-ulaman. Macam-macam lagi. Banyak!"

"Yummy! Lapar terus perut abang ni."

"Abang balik cepat, okey!"

"Okey, sayang. Memang nak balik cepat pun. Rindu kat isteri abang ni. Tapi abang nak jumpa ZD sekejap. Nanti dah selesai abang terus balik."

"Okey abang! Puteri tunggu abang, tau."

Aih! Beginilah bahana pengantin baru. Walaupun sudah hampir sebulan selepas kenduri, aura kemanisan masih hangat menyelimuti mereka.

Jauh sikit je, rindu. Pandang isteri je, mahu. Hari-hari pun tak jemu. Aduihai!!!

Jam sudah menunjukkan 17:30. Dia mula menyusun fail di meja, sedia untuk ditinggalkan. Bolehlah kerja hari ini, tak adalah penat sangat. Mungkin sebab dah ada dua orang penolong, ringanlah kerjanya. Si budak Bad itu pun boleh tahan juga.

Selesai semua, Maleeq memutuskan untuk segera mengangkat punggung. Masa untuk pulang. Tapi, kena jumpa dua ekor malaun itu dulu seperti biasa.

Habislah dia kena ejek kejap lagi. Alah! Tak ada apalah. Buat biasa saja. Hehehe!

***

"SILAKAN duduk, boss!" Di lobi, Aryan dan Zahaedy sudah menunggu.

Maleeq cerlungkan mata. Kena siku juga budak Aryan ni kang. "Apa boss-boss? Ada nampak aku berambut botak dan perut buncit ke?"

Kebisaan orang yang dipanggil boss kan macam gitu gayanya. Itu pasal Maleeq tak suka dipanggil boss. Saja je si Aryan ni.

"Alah! Mentang-mentang dah habis honeymoon. Kerek eh sekarang?"

"Suka hatilah! Ingat macam kau ke? Sendu!"

"Kau ni kan..." Penumbuk diacah. Ready to fight!

Maleeq pula sudah sedia dengan kuda-kudanya. "Nak lawan ke? Mehlah!"

Mereka ini kalau berjumpa memang macam ni. Perangai macam budak belum sunat masing-masing.

"Hello, Bad!" Tak jadi nak kelahi dengan Maleeq. Telifon Aryan berdering, panggilan dari Bad yang masuk.

"Hah? Kau dah dapat? Okey jap, aku datang tempat kau." Telifon disarung ke dalam poket segera. Aryan lantas berpamitan pada kedua sepupunya.

"Korang! Aku nak kena jumpa Bad sekejap. Korang boraklah dulu. Nanti aku datang balik."

"Hak elah! Baru kena bahan sikit je dah nak blah. Apa barang koyak?" Maleeq bagi sedas sound tepek.

Tapi Aryan tak kesah. Info yang Bad dapat jauh lagi mustahak dari menghadap kedua jerangkung ini. "Apa-apa jelah. Aku nak jumpa Bad sekejap. Bye."

Aryan dah blah, tinggal dia dan Zahaedy saja di situ. Maleeq pelik. Biasanya Zahaedy nilah yang paling rancak membahan Aryan. Tapi kali ini dia senyap aje. Ada masalakah?

"Bro! Kau okey ke?" Maleeq pun bertanya.

Zahaedy tak langsung menjawap. Lelaki itu ambil masa tarik desahan dalam-dalam. Sayu mukanya, bagai menyimpan kesusahan hati yang teramat berat.

"Ada masalah ke, ZD?" Maleeq jadi curiga dan risau. Tak biasa-biasanya sepupunya ini bersikap begitu.

"Tak ada apa pun. Cuma aku sedang susah hati pasal wife aku." Akhirnya Zahaedy meluahkan.

"Kenapa dengan wife kau? Dia okey tak?"

Zahaedy baru sahaja menerima panggilan dari doktor yang menangani Puspa. Kandungan Puspa kini sudah memasuki usia 20 minggu. Doktor telah menetapkan tarikh pembedahan untuk Puspa kelak iaitu pada usia 35 minggu.

Tiada pilihan lain selain kaedah itu. Komplikasi yang Puspa alami terlalu bahaya untuk menangguhkan kelahiran. Jadi proses kelahiran mesti dijalankan lebih cepat iaitu dengan kaedah pembedahan.

Hal itu telah membuat Zahaedy tidak tenteram sepanjang hari. Apatah lagi Puspa sendiri belum mengetahuinya. Dia tak tahu bagaimana hendak memberitahu pada Puspa, bahawa isterinya itu kelak harus dibedah demi melahirkan anaknya.

Ya Allah! Adakah pisang akan berbuah dua kali? Bagaimana kalau sampai Puspa mengalami nasib serupa dengan arwah Rania?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience