27: I'M SO SORRY

Romance Series 889375

"BOSS! Target sudah dikesan."

"Bagus! Teruskan operasi. Update pada aku apa-apa progress."

"Roger, boss!"

***

PERKAMPUNGAN ini nampak tak ramai sangat penduduk. Tapi ada disediakan surau tak jauh dengan jalan utama. Umpama R&R tapi versi kampung. Orang yang singgah solat pun tak ramai mana. Yang lain itu mungkin penduduk setempat. Sempatlah Maleeq tumpang berjemaah tadi. Alhamdulillah, selesai.

Maka perjalanan perlu diteruskan. Menurut GPS lokasinya tidak jauh lagi. Mungkin lagi 30 minit perjalanan maka dia akan tiba.

Macam biasa, dia perlu melalui hutan-hutan kecil serta jalan yang sempit. Nampak tempat ni seperti kurang digunakan oleh orang awam. Mungkin terdapat jalan lain untuk akses ke bandar berbanding menggunakan laluan ini.

Tapi apa-apapun, Maleeq kena hubungi ma'am terlebih dahulu. Mesti si cantik itu sudah tertunggu-tunggu panggilan darinya.

Telifon lalu disangkut semula pada phone holder yang ada pada dashboard. Tak sempat Maleeq hendak membuka screen, tumpuannya terarah pada perkara lain.

Dari tadi dia ada perasan ada dua buah kereta turut berhenti di surau barusan. Tapi dia tak lihat pun pemandunya turun solat apa semua. Bila dia keluar dari kawasan surau, dua buah kereta tersebut turut keluar sama. Lebih aneh, mereka mengekor sahaja di belakangnya.

"Siapa dia orang ni?"

Maleeq perlu percepat kenderaan. Dia tak rasa mereka itu datang dari kalangan pihaknya. Jika benar tentu sudah ada siapa-siapa yang menyampaikan informasi.

Pemanduan diteruskan sehingga kawasan yang dia lalui langsung tiada punca cahaya waimma cahaya bulan. Bermakna dia sudah masuk semakin dalam ke kawasan hutan. Jalan pula sempit dan berliku. Maleeq tinggikan lampu agar pencahayaan semakin jelas.

"Nak apa dia orang ni?"

Dia berbelah bahagi sama ada hendak memberhentikan kenderaan lalu menghadap mereka atau teruskan pemanduan. Tapi agak bahaya kalau berhenti di sini memandangkan jalan yang sempit. Jadi dia teruskan sahaja memecut 4x4 itu menelusuri jalan bersemak.

BAM!

"Ugh! Sial."

Kereta belakang sudah mula bertindak main kasar. Belakang 4x4 yang Maleeq pandu dilanggarnya sehingga berdentum.

Siapa yang mengirim mereka ini? Pasti mereka dikirim seseorang untuk menggagalkan misinya.

Tak boleh! Dia tak boleh mengalah. Dia yakin dua buah kereta itu dihantar untuk mengalihkan perhatiannya. Misi tetap harus diselesaikan malam ini juga. Perjalanan akan diteruskan apapun cabarannya.

BAM!
BAM!

"Agghhh!" Kurang ajar. Mereka semakin bertindak kasar.

Dua buah kereta itu saling bergantian maju buat melanggar kereta Maleeq. Maleeq cuba mengelak, bahkan sesekali mengundur cepat membuat serangan balas. Nak main langgar-langgar ya? Kereta ini 4x4 kot. Tak ada masalah kalau setakat nak remukkan dua buah sedan itu.

Namun, sungguhpun kereta itu lebih kuat, dibuli oleh dua buah sedan nyata membuat Maleeq sedikit tersudut. "Aaggh! Sial. Nak apa hah dia orang ni?"

Tak sempat Maleeq berfikir, dua buah kereta tersebut saling bekerjasama melanggar keretanya bergilir-gilir.

Sehinggalah 4x4 hampir di bibir jurang, dua sedan tersebut menyelesaikannya segera.

"Allahuakbar!!!"

***

"MACAM mana progress?"

"Semuanya beres, boss!"

"Kau yakin? Kau ada periksa betul-betul?"

"Kita sudah memeriksa kereta di dasar jurang. Tapi kita tak menemui sesiapa di sini."

"Apa? Mana pergi orangnya?"

"Kami tak tahu, boss! Jadi, macam mana sekarang?"

"Tak apa! Clear-kan saja semuanya. Jangan tinggalkan sedikitpun bukti bahwa di situ baru saja berlaku kemalangan. Angkat dan musnahkan kereta. Jangan tinggalkan kesan walaupun di rerumputan. Faham?"

"Baik, boss!"

"Jangan lupa berikan aku lokasi. Biar aku sendiri yang pergi cari ke sanan nanti."

***

4x4 meluncur laju tanpa kawalan menuruni gaung yang terdapat pepohonan liar di tebingnya. Beberapa kali Maleeq terpaksa biarkan tubuhnya terhentak akibat hentaman tersebut.

Tak boleh! Dia tak boleh biarkan dirinya terhumban sekali ke bawah sana bersama kereta ini. Sebab kalau itu terjadi, tubuhnya pasti akan berkecai atau mungkin putus dua.

Dia masih sayangkan nyawanya. Dia masih ingin berjumpa isterinya. Dia masih ingin menyaksikan kelahiran anaknya. Kecepatan berfikir sangat diperlukan saat ini, sebelum maut keburu menjemputnya di bawah sana.

Dengan ketangkasan pergerakan yang dia pernah pelajari, Maleeq membuka pintu kereta lalu melompat keluar cukup jauh.

Dia membentuk tubuhnya seperti terenggiling. Membolehkan tubuh itu berguling ke bawah yang mampu mengurangkan risiko kecederaan parah pada anggota badan terpenting seperti kaki dan tangan.

Tubuh itu terus berguling ke bawah tak tahu bila hendak berhenti. Beberapa kali terhentak pada pokok dan bebetuan tapi gulingan tetap berterusan.

Tubuhnya sudah mula terasa kebas. Luka dan kecederaan akibat beberapa benturan mula mengoyak kulit bahkan mungkin tulangnya.

Akhirnya tubuh itu berhenti berguling, tetapi sudah kehilangan sepenuh upaya. Maleeq tak tahu dirinya di mana. Sisa-sisa kesedaran hanya dapat mendengar dentuman keras jauh di sana sayup-sayup di telinga. Dia pasti itu bunyi keretanya yang sudah mencapai dasar gaung.

"Princess! I'm so sorry! Maafkan abang, sayang. Maafkan abang."

Maleeq tak mampu lagi berfikir. Tubuh badan sudah terasa kebas dan tak lagi merasakan sakit. Adakah ini pengakhiran hidupnya? Yang jelas matanya sudah tak mampu lagi dibuka.

***

"ABANG!" Puteri menjerit memanggil suaminya.

Tidur yang tak berapa lena langsung berakhir seperti disentap dari dalaman. Tak diketahui jelas apakah penyebabnya. Yang pasti hatinya telah jauh dari ketenangan. Gelisah dan juga risau.

Dia segera bangun lantas mendapat telifon bimbit. Dilihat jam sudahpun enam setengah pagi. Cepat-cepat diperiksa lagi ruangan chat untuk melihat adakah suaminya sudah membuka talian.

Tiada! Tiada yang berubah dari tarikh terakhir ruangan chat itu bergerak. Hati yang sedia risau bertambah panik. Apakah yang telah terjadi? Adakah suaminya gagal menjalankan misi lalu terkor...

Tidak! Dia tak boleh sebut tentang itu. Lagipun dia tak tahu misi apa yang suaminya sedang jalankan. Mustahil Maleeq akan meletakkan risiko bergerak seorang diri jika misi itu terlalu bahaya.

"Ya Allah! Kau lindungilah suamiku. Jauhkanlah dia dari sebarang malapetaka."

Hanya sepotong doa yang mampu dipohon agar suaminya sentiasa dalam lindungan. Bagaimanapun hati yang tak tenteram cuba dipujuk dengan segera menunaikan sujud dua rakaat sebagai permulaan hari. Semoga setelah hari cerah nanti, khabar baik dari suami akan menamatkan segala kerisauan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience