54: CENGKAM

Romance Series 889375

*Chapter pendek aje. Sambungan esok² kalau saya rajin. Hahaha!*

KURANG lebih tujuh jam sudah berlalu, bilik bersalin masih seperti tadi, tiada yang berubah. Puan Sri tak berganjak dari sisi Puteri sambil tak lepas memegang tangan anaknya. Tadi Puteri sempat pengsan. Tapi setelah dibawa ke hospital keadaannya berangsur stabil.

Kini Puteri telah ditempatkan di bilik dewan bersalin apabila tanda-tanda kelahiran semakin kelihatan. Walaupun sebenarnya, wanita itu tidak mengeluh sakit walau sedikitpun.

Doktor Nabilah yang menolong persalinan beserta dua orang kakitangannya sedang bertungkus-lumus mengendalikan keadaan sehingga kekal dalam kawalan. Beliau mula mengesyaki sesuatu di luar kebiasaan. Jarang ada perempuan mahu bersalin tidak mengeluh sakit. Apa-apapun doktor tetap mengawalnya dengan tenang.

Sesekali Doktor Nabilah keluar dari ruangan itu lalu masuk semula selepas beberapa minit kemudian. Pesakit yang masih terbaring diperiksa buat kali ke berapa pun tak tahu.

Hari sudah larut malam. Laluan juga semakin terbuka. Bila-bila masa sahaja bayi boleh keluar dari rahim Puteri. Tetapi hingga ke detik ini masih tiada perubahan berlaku pada kedudukan bayi.

Doktor lalu meminta kepada kedua pembantunya untuk memeriksa kadar penguncupan pada monitor, adakah ia masih berlaku ataupun tidak.

"Tekanan contraction sangat tinggi, doc," lapor misi sekembalinya dari memeriksa monitor.

Jawapan itu justeru membuat Dr. Nabilah semakin tak sedap hati. Beliau lalu mengalih pandangan pada waris iaitu ibu pesakit itu sendiri. Dilihat wanita itu sedang membaca ayat-ayat suci ataupun selawat sambil memegang tangan anaknya. Sesekali wanita itu menghembuskan sesuatu pada ubun-ubun pesakit usai bacaannya selesai. Doktor menarik nafas dalam-dalam melihat tingkah wanita itu.

Kalau saja wanita itu sedar apa yang terjadi sebenarnya, Dr. Nabilah tak rasa dia akan beriak sedemikian tenang. Dirinya sendiri selaku ponolong perubatan hampir buntu memikirkannya.

Apakah yang Dr. Nabilah sedang risaukan?

Sebenarnya ia berkaitan dengan pesakit itu sendiri. Sejak dibawa masuk ke dewan bersalin beberapa jam yang lalu, keadaannya kekal seperti itu. Tak bergerak tapi masih bernafas. Matanya pula terbuka tetapi tak ada sebarang respon apabila doktor cuba menarik perhatiannya. Kekal mendongak menghadap syiling, bahkan berkedip pun tidak sekali.

Kadar penguncupan rahim terus berlaku sehingga laluan kelahiran terbuka dengan mudahnya. Kebiasaan bagi wanita bersalin, hal itu akan mengundang reaksi erangan yang hebat lantaran rasa sakit yang dihasilkan berkat penguncupan tersebut.

Efek rasa sakit itulah yang membantu untuk membuka laluan semakin luas dan kemudian mendorong bayi keluar. Jika si ibu tidak merasakan sakit, mungkin akan sedikit sukar jalan untuk terbuka.

Tetapi kesnya di sini berbeza. Jalan sudah mulai terbuka. Bermakna penguncupan sedang berlangsung secara normal. Tapi kenapa pesakit masih tak beri apa-apa tindak balas? Mustahil dia tak rasa sakit?

Dr. Nabilah lalu kembali memeriksa laluan setelah diberitahu oleh misi bahawa tekanan penguncupan sedang berlangsung begitu tinggi. Hampir bertemu kening beliau bila didapati jalan sudah terbuka sebanyak tujuh sentimeter. Sepatutnya si ibu sudah boleh meneran, dan bayi juga sudah boleh keluar dengan selamat.

Tetapi kenapa pesakit ini masih diam? Seolah-olah dia tak mengalami sebarang kesakitan. Apa yang sudah berlaku?

Terpaksa keresahan itu ditelan sendiri dan enggan berkongsi waimma dengan dua orang penolongnya. Apatah lagi dengan waris pesakit yang dikuatiri akan mengundang kerisauan.

Dr. Nabilah lalu beralih ke sisi pesakit yang masih terbaring diam menghadap syiling. "Puan. Cuba push, puan. Jalan dah terbuka, kepala baby dah nampak tu. Puan cuba push ya." Memujuk dengan penuh hemah.

Namun, Puteri masih tetap dengan posisinya, tak bergeming walau sedikit pun. Doktor semakin bimbang kalau-kalau kecurigaannya mungkin terjadi.

Tak lama kemudian Dr. Nabilah kembali memeriksa laluan. Bulat anak matanya merasakan apa yang telah berlaku.

Laluan sudah terbuka sepenuhnya. Kepala bayi sudah benar-benar kelihatan. Tetapi, kenapa si ibu masih tidak memberi tindak balas?

"Puan. Cuba teran, puan. Baby dah nak keluar ni. Puan..." Masih mencuba untuk memujuk. Doktor Nabilah tak tahu apa yang sudah berlaku di sini.

Pakar penolong kelahiran itu tak lagi mampu menutupi kekalutan apabila keadaan masih tak berubah. Jika dibiarkan lebih lama keadaan pasti akan bertukar menjadi bahaya. Dia mesti melakukan sesuatu.

"Apa dah jadi, doktor? Anak saya ni kenapa?"

Puan Sri bertambah risau melihat doktor mula tidak tenang. Tangan Puteri kekal digenggam sedangkan air matanya mula berjatuhan.

"Puan Sri mohon bertenang dulu ya. Saya sedang cuba minta bantuan doktor pakar saraf untuk memeriksa keadaan pesakit," kata Dr. Nabilah.

Mendadak Puan Sri pula yang kalut. "Aaahhh... Kenapa ni doktor? Tolong saya."

Keadaan bertukar genting apabila tangan Puan Sri dicengkam kejap oleh Puteri yang tiba-tiba mengeras badannya. Keadaan hampir tak kerkawal bila semakin lama cengkaman itu semakin kejap dan kuat.

Sebagai penolong perubatan, mereka telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan pengalaman dalam menghadapi situasi.

Pertama sekali, kedua misi membantu Puan Sri melepaskan tangannya dari cengkaman Puteri. Setelah itu pesakit yang kejang disumbatkan kain pada mulutnya supaya tak tergigit lidah sendiri. Tirai biru di sekeliling katil lalu ditarik setelah membawa Puan Sri menjauh.

"Puan Sri, kami minta maaf. Saya rasa lebih elok Puan Sri menunggu di luar dulu. Kami perlu melakukan proses selanjutnya," terang doktor.

"Apa dah jadi ni, doktor? Kenapa dengan anak saya?"

"Minta maaf, Puan sri. Pesakit telah mengalami kancing gigi atau kejang. Kami terpaksa melakukan kaedah vacumm untuk mengeluarkan bayi. Jika tidak bayi akan lemas."

Melopong mulut Puan Sri untuk seketika. Hampir tak percaya dengan apa yang Puteri alami. Mustahil keadaan anaknya sampai teruk begitu sekali.

"Ya Allah, Puteri! Kenapa sampai macam ni anak mommy?"

Puan Sri menangis terisak-isak sambil dipimpin oleh doktor keluar bilik. Beliau pasrah dan menurut serta percaya pada kemampuan doktor untuk menolong anaknya.

Apa-apapun Puan Sri tetap meletakkan sepenuh harapan kepada yang di atas. Hanya Dia penentu segala percaturan hidup seseorang manusia.

Doktor dan kedua penolongnya segera menyiapkan peralatan untuk melakukan kaedah vacuum extraction, atau kelahiran vakum. Pesakit yang kejang segera dipasang alat bantuan. Keadaan hampir cemas apabila keadaan pesakit semakin mengeras dan tidak mahu membuka kedua kaki, menyukarkan mereka melakukan proses seterusnya.

"Panggil Dr. Fakrul datang, cepat," arah Dr. Nabilah kepada penolongnya.

"Tapi, doktor. Doktor lelaki..."

"Kita tak ada masa nak fikir buat masa ni. Keselamatan pesakit adalah priority. Lekas!"

Akhirnya misi pun bergegas keluar buat memanggil doktor pakar saraf yang dimaksudkan. Keadaan sedang darurat. Apapun caranya mereka mesti cari jalan keluar dari krisis ini.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-10-10 18:56:01 

kesiannya Puteri, semoga Puteri selamat bersalin.. Maleeq dtg lah cpt..

Hawani Hashim
2023-10-10 15:24:44 

Bersalin dlm keadaan yg sangat stress sangat bahaya putri rasa kecewa sangat bila maleeq cakap nk kawin ngan hanna harap putri dan baby selamat

Rohani Hussin
2023-10-10 14:46:17 

kesian puteri..harap2 puteri ngan baby selamat..x sabar tggu sambungannya


NovelPlus Premium

The best ads free experience