64: HARI ITU...

Romance Series 889375

KELMARIN...

"Ada hajat apa kau datang menemui aku, Aryan?"

Siang itu, Hanna Mariyam menerima kunjungan Aryan setelah lelaki tersebut memaklumkan mahu berjumpa dengannya melalui mesej yang dihantar. Nasib baik sempat bertukar nombor telifon tempoh hari. Tidaklah terputus hubungan lagi.

"Ada benda aku nak tanya pada kau. Hal ini agak serius, sebab itu aku datang langsung menemui kau. Aku harap kau boleh beri kerjasama dalam hal ini. ungkap Aryan, tak main-main.

Hanna terus meletakkan sepenuh perhatian memandangkan Aryan tidak kelihatan sedang bergurau sekarang ini.

"Kau kenal Tengku Mukhriz?" Tak main kona-kona, Aryan langsung pada soalan utama.

Sayang sekali, Hanna menggeleng.

"Aku tak tahu nama dia. Tapi, ada dua orang lelaki datang menemui aku waktu itu."

Hanna menceritakan tentang kronologi bagaimana dia peroleh pil tahan sakit yang kemudian diberinya kepada Maleeq pada ketika itu.

"Kau boleh cerita pada aku serba sedikit, Yam?"

Hanna yang tidak keberatan lalu memberi jawapan dengan anggukan. Dia merunduk sambil bercerita.

"Lelaki yang datang kemudian itu, dia menemui aku sebanyak dua kali. Dia yang menjelaskan kepada aku bahwa semua ini adalah rancangannya. Pada masa itu, aku dah mula ragu. Tapi dia brainwash aku, supaya teruskan kerja terkutuk itu. Jika tidak, dia bagitahu bahawa aku akan masuk penjara. Disebabkan aku pun memang menaruh hati pada Maleeq ketika itu, maka aku teruskan seperti yang dirancang. Tapi sayang, Maleeq sedikitpun tak mahu pandang aku lagi."

"Lalu, siapa lelaki yang mula-mula datang?" Aryan menyoal kembali.

"Aku pun tak tahu namanya. Tapi..."

"Tapi apa, Yam?"

Hanna mengangkat kepala perlahan dan mencuri pandang pada wajah Aryan yang serius.

"Orang yang datang, menemui kau di hospital kelmarin, dialah orangnya."

"Kau jangan main-main, Yam. Kalau tuduhan tu tak betul boleh jatuh fitnah, tau. Kau tahu tak? Dia tu sepupu aku."

Hanna laju-laju menggeleng apabila Aryan mula berbicara tegas. "Tak, Yan. Aku tak berdusta. Aku tak kenal dia, aku tak ada urusan apa-apa dengan dia."

Hanna sedikit takut untuk melihat muka Aryan. Maka dia kembali turunkan pandangan.

"Tapi, aku cam wajahnya. Pakaiannya. Dia datang menemui aku ketika itu, dan memberikan padaku pil yang katanya boleh meredakan sakit kepala yang Maleeq alami. Dia mengaku yang di adalah ahli keluarga Maleeq, dan meminta aku supaya melindungi Maleeq daripada orang-orang tidak dikenal, yang datang mahu menuntut dia.

Aku bingung masa tu, Aryan. Aku risau jikalau benar ada orang yang sedang memburu Maleeq dan hendak menghapuskan dia. Walaupun aku bukan siapa-siapa, tapi aku rasa bertanggungjawap untuk memastikan dia selamat."

Lirih bicara Hanna, membuat Aryan merasa perlu mengawal tegang suaranya.

Pemuda itu menghela nafas perlahan. Dia tahu Hanna gadis yang jujur dan polos. Mustahil untuk Hanna mahu mereka cerita tanpa sebab.

"Kau ingat tak tarikh pada hari tu?" soal Aryan. Cuba bertanya dengan tenang.

Hanna menggeleng lagi. "Mana nak ingat. Benda tu dah lama, kot. Kurang lebih dalam enam ke tujuh bulan lepas. Masa tu tak silap aku baru dua bulan bekerja menjadi kaki tangan klinik."

Aryan mengeluh lagi. Bukti tak cukup kuat untuk terus meletak tuduhan. Tapi bagaimana pun, kecurigaan mula menguatkan dia untuk meletakkan Zahaedy sebagai suspek.

Ugh, ini rumit. Mustahil! Sangat mustahil. Tak mungkin Zahaedy adalah suspek di sebalik semua ini. Selain sepupu yang sudah seperti adik beradik sendiri, Zahaedylah yang selama ini kuat memberi dorongan supaya Maleeq cepat dibawa pulang.

Atau, itu hanya muslihatnya? Dia mahu mengaburi mata semua orang dengan berpura-pura peduli, sedangkan dia sendiri tiada turun tangan langsung dalam usaha membawa pulang Maleeq waktu itu.

Usaha membawa Maleeq pulang?

Aryan tiba-tiba tersentak di saat dia sedang cuba menyingkap helai demi helai peristiwa.

Bukan tak ada langsung Zahaedy turun tangan dalam misi mencari Maleeq waktu itu. Dia dan lelaki itu ada turun langsung ke Sabah dan tinggal selama dua hari di negeri itu untuk menjejaki Maleeq. Tetapi usaha mereka tak membuahkan hasil.

"Aku rasa kita tak ada peluang di sini Yan. Jom kita balik jelah."

"Kenapa pulak? Baru dua hari kita cari dia. Takkan kau nak give-up macam tu je?"

"Yan, isteri aku tengah sarat mengandung, Yan. Aku tak boleh tinggalkan dia lama-lama."

"Tapi ZD..."

"Kita balik malam ni."

Aryan juga tak tahu kenapa waktu itu Zahaedy terlalu awal menyerah dan memutuskan untuk kembali ke KL selepas dua hari usaha mereka menemui kebuntuan. Alasan mudah diberikan, iaitu tak mahu meninggalkan Puspa terlalu lama yang waktu itu sedang sarat mengandung. Aryan tak punya pilihan dan akhirnya menurut sahaja.

Selepas itu, Zahaedy tidak lagi turun tangan dalam usaha menjejak Maleeq. Lelaki itu juga mengurangkan aktiviti travel ke luar wilayah, dan fokus dalam menjaga isterinya yang sedang hamil.

Sekejap! Mengurangkan aktiviti travel, bukan bererti tidak travel langsung, bukan?

"Agh, Bad!" Aryan terus bingkas dari tempat duduk.

"Yam, aku kena gerak dulu. Terima kasih atas keterangan kau," pamit Aryan. Tiba-tiba.

"Tapi, Yan... Apa itu sudah cukup membantu?"

"Kau tak usah risau. Itu saja pun dah cukup. Dan, satu lagi. Jangan lupa untuk call aku bila-bila saja kau perlu. Kalau tak sempat call, teks saja."

"Maksud kau apa, Yan?"

"Aku tak ada masa nak explain sekarang. Cuma itu pesan aku. Call dan mesej. Jangan lupa."

Hanna mengangguk setuju. Aryan lalu dibiarkan berlalu. Tak tahu lelaki itu hendak ke mana. Tapi nampaknya sangat terburu-buru.

Dia mengeluh halus menyaksikan Aryan sudah bergerak meninggalkan halaman rumahnya. Sebenarnya, ada seperkara lagi yang dia belum sempat beritahu Aryan. Iaitu tentang bagaimana dia boleh menjumpai Maleeq.

Tapi, mungkin sekarang bukan waktu yang sesuai untuk Hanna menceritkan hal tersebut memandangkan Aryan sedang kesuntukan masa. Tak mengapa. Semoga di kesempatan berikutnya, Hanna mempunyai peluang untuk menceritakan semuanya kepada Aryan.

Apa-apapun, Hanna turut berdoa semoga segalanya dalam keadaan baik-baik saja.

***

"BAD, cepat Bad."

"Ish, kau ni. Tak reti sabar. Sekejaplah."

"Tak ada masa nak sabar-sabar. Ini darurat, tau."

Siang itu juga Aryan menggesa Bad supaya menyimak rekod milik Zahaedy. Mujur Bad sedang free.

Tetapi, Bad menemui kesukaran kerana rekod lelaki tersebut ditetapkan sebagai privasi. Sebagai pakar penggodam, rekod milik Zahaedy agak sukar untuk ditembusi.

"Susahlah, Yan. Dia lock privasi dia," rungut Bad.

"Aduh, kau pun hacker juga, kan. Mustahil kau tak boleh tembus."

"Masalahnya dia boss kita. Kemampuan aku tiga tingkat di bawah berbanding dia."

"Banyak bunyilah kau, Bad. Cuba jelah."

Bad mengeluh. Jalan sudah buntu untuk melacak maklumat tentang Zahaedy. Dia menoleh ke samping, Adam kembarnya sedang melahap potato chips kepunyaannya.

Adam perasan Bad sedang memandang dirinya. Tetapi pandangan abangnya itu seperti sedang meminta petunjuk di tengah kebuntuan.

Tapi apalah sangat yang Adam boleh bantu. Dia bab-bab komputer ni memang kurang. Dia lebih pakar dalam bidang automotif berbanding IT. Jadi, bila abangnya memandang sedemikian, Adam hanya mampu mengangkat kedua bahu yang memberi maksud dia tidak tahu.

"Haih, susahlah, Yan. Rekod dia mustahil untuk digodam. Cuma..."

"Cuma apa?"

"Ni jelah, rekod travel ke Sabah dengan kau dulu. Dan ada satu lagi, ke tempat yang sama, sebulan selepas itu."

"Apa?" Aryan sedikit membongkok, mendekatkan mukanya pada skrin PC. Bulat matanya melihat maklumat yang Bad tunjukkan.

Rekod perjalanan Zahaedy ke Sabah yang Aryan tak pernah tahu. Dia ada travel ke Sabah lagi selepas itu?

Aryan menegakkan kembali badannya lalu menyipitkan mata. Adakah rekod ini cukup untuk dijadikan bukti?

***

"BAGITAHU kami, ZD. Apa yang sebenarnya kau sedang sembunyi?"

"Apa yang kau nak tahu?"

"Semua perkara. Di antara kita tak pernah ada rahsia. Kau abang kita orang, mustahil kau tergamak nak tikam kami dari belakang."

Zahaedy mengoyak senyum sinis memandang kedua lelaki itu di hadapannya. Wajah Aryan yang penuh harapan, serta Maleeq yang penuh persoalan. Tapi Zahaedy tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka.

"Kau ada apa-apa bukti ke tiba-tiba nak syak pada aku?"

Aryan menggeleng dengan tetap meletakkan pandangan tepat pada Zahaedy. "Tak! Cuma aku tak sangka yang rupanya kau private-kan details kau daripada kita orang. Aku faham jika itu bertujuan supaya rekod kita tidak dapat dikesan pihak tidak bertanggungjawap. Tapi kenapa kau diam-diam pergi ke Sabah tanpa sepengetahuan kita orang?"

"Macam tu sekali ya kau mengesyaki aku? Apa yang kau cuba nak buktikan sebenarnya, Yan?"

Aryan menarik nafas dalam sehingga terkatup kedua matanya. Dia menoleh pada Maleeq untuk seketika. Maleeq memberi anggukan. Ayan lalu kembali meletakkan fokusnya pada Zahaedy.

"Bagitahu aku, kau bukanlah orang yang memberi ubat kepada Hanna Mariyam waktu itu. Ubat untuk membuat Maleeq semakin hilang ingatan, dan lupa siapa diri dia. Bagitahu aku yang kau bukan orangnya, ZD."

"Ya! Memang aku orangnya. Apa kau nak sekarang?"

Ringkas jawapan Zahaedy itu bagaikan panahan kilat di telinga Aryan dan Maleeq. Mereka tak percaya bahawa lelaki yang mereka anggap abang itu telah tergamak menikam mereka dari belakang.

Aryan menggeleng kepala seakan tak mahu mempercayainya. "Tergamaknya kau, ZD."

Aryan tak dapat mengawal perasaan lantas mara ke hadapan lalu merentap kolar baju Zahaedy. "Apa tujuan kau buat semua ni, hah? Apa maksud kau? Kalau kau nak kita semua berpecah, cakap. Kenapa kau sampai perlu menggunakan Maleeq sebagai alat uji kaji kau?" Suara Aryan lantang menjerit ke muka Zahaedy.

Zahaedy melepaskan tangan Aryan dari terus merentap kolar bajunya.

Aryan yang tak mahu mengalah, mereka sudah benar-benar bertembung pandangan. Hampir-hampir mahu berentap.

"Aryan, sabar. Kita bincang dengan dia dulu baik-baik."

Bagaimana pun, Maleeq tak boleh biarkan mereka berkelahi. Dia berusaha menarik bahu Aryan supaya mengawal perasaan marahnya.

"Nak bincang baik-baik apa? Dia tu pengkhianat. Dia dah betrayed kumpulan kita. Kau nak biarkan aje ke semua ini?"

"Tapi kita masih boleh bincang, Aryan. Pasti ada sebab kenapa dia buat aku macam tu."

Pujukan Maleeq tak dapat mengubah perasaan marah Aryan. Tetapi paling tidak ianya berjaya membuat Aryan mengawal diri. Mereka bertiga lalu saling berpandangan.

"Aku faham kalau kau ada sebab buat macam tu pada aku, ZD. Kau boleh ceritakan pada kita orang. Aku sedia mendengar penjelasan kau."

"Tak ada apa yang perlu dijelaskan."

Dengan wajah angkuh Zahaedy menolak bila diajak berbincang. Jawapan lelaki itu membuat Maleeq dan Aryan tergamam.

Sungguh tak sangka, lelaki sebaik Zahaedy ternyata menggunakan wajah sucinya sebagai topeng kejahatan. Iannya terlalu sukar untuk diterima oleh akal waras semua orang.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-12-08 01:00:54 

Update lagi

norsila
2023-11-23 12:31:39 

yess sbb duit ...di byr oleh si mukris tu..huuu...dio dah lupa diri..huuu sdihnya..

Zue
2023-11-22 18:22:31 

kau dah kenapa zd....gelap mata sbb duit ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience