10: JEALOUSY MEANS LOVE

Romance Series 889375

MACAM tak jejak tanah kaki Puteri Zaharah berlari selepas kereta yang membawanya telah berhenti di hadapan hospital.

Mendapat perkhabaran daripada Aryan yang memberitahu bahawa Maleeq terlibat kemalangan, telah memberi jawapan kepada firasat Puteri yang merasakan sepeti telah terjadi sesuatu tidak baik pada suaminya.

Dihantar oleh Saad pemandu Tan Sri, Puteri tidak menunggu lama untuk menyusul ke hospital. Setakat ini keadaan Maleeq masih belum diketahui pasti. Ia membuat Puteri seperti kehilangan arah.

'Ya Allah. Kau lindungilah suamiku. Janganlah sesuatu yang buruk terjadi padanya.'

Nasib baik ketibaan Puteri langsung disambut oleh Aryan. Lelaki itu lalu tampil untuk memujuk Puteri agar bertenang. Tapi, tak semudah itu untuk menenangkan orang yang sedang cemas. Aryan jadi bingung sendiri.

"Aryan! Mana suami Puteri? Abang Mike tak apa-apa kan, Yan?"

"Puteri tenang dulu ya. Bawa bersabar." Itu saja yang Aryan boleh katakan.

"Apa Aryan cuba cakap ni? Katakan yang Abang Mike tak apa-apa. Abang Mike tak apa-apa kan, Yan? Mana dia? Mana suami Puteri?" Air mata wanita itu mencurah tak dapat dihenti. Jawapan yang diterima dari Aryan membuatnya semakin berfikir yang bukan-bukan.

Aryan pula terus tergamam melihat Puteri sudah sakan menangis. Tersentuh hatinya melihat kesedihan di wajah wanita itu. Jelas terpancar sinar cinta di matanya untuk lelaki bernama Maleeq.

'Bertuah kau, Maleeq. Perempuan cantik ini terlalu cintakan kau. Jujur aku aku katakan yang aku cemburu. Tapi aku juga tumpang gembira untuk kebahagiaan kau.'

"Aryan. Kenapa Yan diam saja? Bagitahu Puteri abang Mike dekat mana? Aryan, cakaplah."

Ya Allah, jauh sangat mengelamun tenung isteri orang. Aryan buru-buru tundukkan pandangan. Tak elok pandang isteri orang lama-lama. Berdosa!

Tapi, memang tak hairan kalau Maleeq jadi kuat cemburu. Dapat isteri cantik macam ni siapa tak sayang? "Ah! Maaf, Puteri. Saya, saya..."

"Apa ni, Aryan? Cakaplah suami Puteri dekat mana? Dia tak apa-apa, kan?"

"Princess!"

Puteri menoleh ke samping kanan. Dilihat Maleeq sudah keluar dari unit kecemasan dengan kepala siap berbalut. "Abang..."

Tumpahan air matanya tambah deras melihat sosok lelaki yang dirisaukan telah bediri di depan matanya. Puteri segera berlari mendapatkan Maleeq. Langsung dirangkul tubuh lelaki yang dicintainya. "Abang tak apa-apa ke? Puteri risaukan abang, tahu tak. Risau sangat."

Maleeq pun balas pelukan isterinya dengan berhati-hati memandangkan lengan sebelah kanan turut tercedera. "Abang tak apa-apa, sayang. Jangan risau ya."

"Macam mana Puteri tak risau? Puteri takut jadi apa-apa buruk pada abang. Puteri boleh jadi gila, tahu!"

Maleeq ketawa kecil sambil mempererat pelukannya. "Alalah, abang okey, lah. Jangan risau lagi ya. Yan tak bagitahu ke yang abang tak apa-apa?"

Puteri lalu melonggarkan pelukan seraya mengesat air matanya. Dia beralih melihat ke arah Aryan. "Tak ada pun! Bila Puteri tanya mana suami Puteri, balik-balik Aryan suruh Puteri bertenang, sabar. Mahu Puteri tak risau," adunya.

Maleeq tergeleng-geleng. "Aih, kau ni pun Yan. Saja je bikin orang risau."

Aryan menyerongeh menggaru kepalanya. "Hehe! Sorry. Aku, aku jadi speechless bila tengok perempuan menangis. Nak cakap apa pun jadi tak tahu. Kelu lidah."

Boleh pulak macam tu. Ada-ada saja si budak Aryan ni.

Apa-apapun, lega hati Puteri melihat suaminya tidak apa-apa. Hanya mengalami keceraan ringan di dahi, lengan sebelah kanan dan juga lutut kiri. Tetapi semuanya sudah selamat mendapat rawatan.

"Syukur Alhamdulillah abang tak apa-apa. Puteri risau gila, tau! Tapi cedera kat dahi pula. Sudahlah wedding kita lagi 10 hari. Tak hansome nanti suami Puteri ni."

Maleeq tergelak kecil menyentuh dahi yang sudah berbalut bandage. "Ala, luka ringan je. Tak terjejas punlah kehandsoman abang."

"Saja je abang, tau! Suka buat Puteri risau."

"Abang tadi beli bunga untuk sayang. Tapi tak tahu kenapa benda tiba-tiba jadi macam ni. Habis bunga sayang jatuh kat jalan."

Puteri gelengkan kepala banyak kali. "Tak nak! Puteri tak nak bunga atau hadiah. Puteri cuma nak suami ni Puteri je. Kalau benda tu rasa-rasa boleh menyebabkan abang kenapa-napa, jangan paksa. Puteri okey! Puteri tak nak sampai suami Puteri ni dapat kemalangan macam ni. Please, abang. Jangan buat Puteri risau lagi."

Termenung sejenak Maleeq pandang wajah cantik wanita itu. Geram pun ada melihat pipi putih gebunya sudah memerah dengan sisa-sisa air mata. Tahan je rasa mahu cubit kedua pipi tu. Kenapalah comel sangat? "Okey, okey! Sayang tak usah risau lagi. Abang kan kuat. Abang tak akan apa-apa demi isteri abang ni tidak perlu merasa risau. Okey?"

"Janji tau."

"Janji, sayangku!"

Terpejam kedua mata Puteri tika kedua pipinya dicubit manja oleh suami. Senang! Hati yang sedih telah bertukar gembira. Dia tak mahu apa-apa lagi, yang penting suaminya ada dalam keadaan baik-baik saja.

"Abang. Marilah kita balik," ajaknya.

"Balik? Maksud sayang balik rumah ke? Tapi abang datang dengan Aryan."

Puteri lalu beralih pada Aryan.

Pemuda itu jadi malu-malu. Sudahlah free-free dia tengok adegan sweet suami isteri itu tadi tak kira tenpat. Dekat hospital pun tak nyempat-nyempat. Ish, tak agak-agak dia orang ni. Diri ini pun teringin juga nak ada isteri, paling tidak pun kekasih hati. Tapi nak buat macam mana? Jodoh tak sampai lagi. Aih, nasib!

"Aryan! Puteri nak culik suami Puteri dulu boleh tak?" kata Puteri.

Aryan tambah speechless. Nak culik suami katanya.

"Aryan tak apa-apa kan balik sendiri?" kata Puteri lagi.

"Err... Okey! Okey je. Saya, saya tak apa-apa." Aryan tersengih. Lawa betullah bini si Maleeq ni. Takut nak pandang lama-lama.

"Thanks, Aryan. Kami gerak dulu ya. Terima kasih tolong hantar abang Mike ke hospital."

"Sama-sama. Tak ada hal lah."

"Okeylah, Yan. Aku gerak dulu ya. Jumpa kat rumah nanti." Maleeq turut berpamitan.

Aryan cukup hanya dengan mengangkat ibu jari seraya mengangguk. Selanjutnya dia biarkan sepasang suami isteri itu keluar dari hospital. Berkepit si Puteri tu rangkul suaminya macam tak mahu dilepaskan. Aih, untung betul jadi kau, Maleeq.

***

"HELLO! Korang ni buat kerja ke tak sebenarnya?" Panggilan dari klien misteri diterima oleh kumpulan penyamun itu.

"Dahlah, boss. Kami dah buat macam yang boss nak tu."

"Tapi aku tengok mamat tu masih okey je."

"Lah, boss yang cakap langgar saja jangan kasi sampai mati, kan? Kami buat macam yang boss cakap tu jelah."

"Iyalah, tapi sekurang-kurangnya bagilah cedera parah sikit. Patah kaki ke, koma ke. Setakat cedera melecet macam tu baik aku hantuk kepala dia ke dinding je, tak payah suruh korang."

"Ala, boss. Dia tu pandai buat flip lah. Nampak gaya bukan orang biasa-biasa budak tu. Dia punya lompatan saja setinggi lima kaki. Setara tinggi bumbung kereta, tau. Mana ada orang biasa-biasa boleh lompat setinggi itu."

"Dah tu korang tak cuba langgar lagi ke?"

"Kami cuba dah boss. Saya undur kereta ke arah dia, tapi dia terlalu cekap buat gulingan badan. Nak cuba lebih-lebih mana berani, boss. Tempat awam kot."

Si klien misteri itu mengeluh kesal. Rancangan mahu mencederakan saingan nampaknya gagal. "Ish, tak boleh harap betullah korang ni."

"Boleh harap ke, tak boleh harap ke, yang penting kami dah buat kerja. Jangan buat-buat lupa nak transfer baki payment pula."

Ceh, tang payment dia lagi cekap. Padahal semalam dah transfer 3k. Baki lagi 7k bila dah siap kerja. Macam gini sia-sialah bazir 10k untuk sekadar cederakan dahi mamat tu aje. Haih!

Tapi tak apalah. Biar mamat tu anggap ini sebuah peringatan untuk dia. Nak main-main sangat dengan orang, kan?

Jangan risau, kali ini operasi dijalankan secara tersembunyi. Yakin tak akan ada sesiapa boleh jejak memandangkan tak ada apa-apa bukti dan maklumat berkenaan individu di belakang tabir. Bahkan si balaci suruhan pun tak tahu mereka sedang bekerja dengan siapa.

Operasi kali ini mesti clean and clear memandangkan yang di-aimed bukanlah orang sembarangan.

***

TOYOTA Vellfire yang dipandu oleh Saad telah bergerak pergi meninggalkan perkarangan hospital. Maleeq bersetuju untuk pulang bersama Puteri walaupun tadi datang dengan Aryan. Terpaksa dibiarkan Aryan balik sorang-sorang pandu kereta. Kesihan juga kat budak tu.

Tapi tak apa, jumpa dia dekat rumah Tan Sri saja nanti. Tan Sri dan Puan Sri pun baik dengan dia. Diakan bagus budaknya. Tak banyak merungut walaupun kadang-kadang terpaksa kena kerja lebih untuk Maleeq.

Kadang simpati juga dengan budak Aryan tu. Kalau nasib Maleeq sudah cukup sedih kerana dibuang keluarga, nasib Aryan lagilah menderita. Sejak tadika lagi sudah ditinggal pergi oleh kedua orang tuanya akibat sebuah kemalangan.

Dia anak yatim piatu yang dibesarkan oleh bapa saudaranya, iaitu Tuan Iskandar, arwah ayah Zahaedy. Dato' Seri Sabariah pula hanya dapat membantu dari segi kewangan memandangkan beliau terpaksa bertugas di tempat jauh. Sebab itulah mereka bertiga ini rapat layaknya adik beradik. Mereka sudah dididik sedari kecil untuk saling melengkapi satu sama lain.

"Hello! Ha, Yan. Kenapa?" Maleeq terima panggilan daripada Aryan.

"Aku, aku balik rumah teruslah ya," beritahu Aryan.

"Lah! Kenapa pula? Kan mertua aku ajak kau datang sekali."

"Sorry lah, aku rasa kena balik rumah terus je. Lagipun kau tengah tak sihat, kan. Kau rehat jelah kat rumah mertua kau."

Maleeq mengeluh, kecewa sikit. "Hurm, kau ni! Apa-apa jelah."

"Okeylah, aku balik dulu."

"Okey!"

Maleeq jauhkan telifon dari telinga. Pandang ke sebelah lalu memuncungkan bibirnya. Saja nak tarik perhatian orang yang sedang melekap di ketiak ni hah. Nasib baik ketiak tak bau masyam.

"Kenapa, abang!"

"Si Yan tu, tak jadi datang rumah. Dia balik rumah terus katanya."

"Iya ke? Kesihan pula dia. Dahlah dia baik, tolong suami Puteri pulak tu."

Maleeq mencerlung. "Amboi! Tak main beragak puji lelaki lain depan abang ya?"

Tegang terus muka Puteri. Hairan pun ada. Macam tu dikira puji ke? "Taklah! Mana ada Puteri puji. Puteri cuma cakap macam tu sebab dia tolong suami Puteri ni je. Lagipun dia sepupu abang, kan?"

Geram dilampiaskan semula dengan mencubit hidung isterinya. Rasa nak makan sekarang je. Eii!Kenapalah cantik sangat perempuan ni? "Sepupu tak sepupu, tetap cemburu, tau."

Puteri ketawa. "Teruknya suami Puteri ni punya cemburu. Dengan sepupu sendiri pun nak jealous."

"Sebab tulah jangan puji lelaki lain. Tak kiralah lelaki tu sepupu abang, ke siapa ke. Puji abang je, okey?" Itu pesannya sebelum riak mukanya bertukar kesakitan. Tahan saja kulit perut sudah dicubit isteri. Tak apa, cubitlah puas-puas, janji Puteri happy.

"Baiklah, suamiku yang tampan, handsome, nakal. Haa, ni makan dia. Geram je orang dekat dia ni."

Begitulah gelagat mereka. Itu baru dalam kereta je. Sampai rumah nanti tak tahulah macam mana. Sabar jelah Bang Saad tahan telinga dengar ayat-ayat sweet lagi romantik itu. Esok bila dah rasmi mahu tumpah lori-lori gula di jalan raya, kalah dek kemanisan mereka. Adeh!

***

ARYAN sudah mengabarkan pada Maleeq bahawa dia tak dapat turut serta ke rumah Tan Sri. Jadi dia memutuskan untuk pulang sahaja. Dia tahu Maleeq pasti sedikit kecewa, Tan Sri pun sama. Tapi rasanya ia satu pilihan yang baik.

Maleeq tu tak apalah, balik rumah mertuanya. Sementara dia? Segan kot!

Segan juga dengan Puteri. Dulu wanita itu seksi gila. Badan ditayang sana-sini. Mana ada lelaki tak suka tengok? Dahlah lawa, seksi pula.

Tapi sejak dah bercinta dengan Maleeq ni, sikap dia terus berubah menjadi lebih terkawal. Sopan dan pandai menjaga batas. Lagi-lagi bila mereka dah berkahwin, Puteri terus memutuskan untuk berhijab.

Sumpah wei, makin meningkat aura dia. Masa seksi dulu sukalah juga tengok. Tapi bila dah tutup aurat macam ni, ish! Jadi takut nak tengok lama-lama. Makin lawa pulak. Padanlah si Maleeq tu jadi kuat jealous.

Astagfirullah! Apa aku merepek ni? Gila ke fikir pasal bini orang? Jangan cari pasal, karang kena siat kulit dengan si Maleeq tu apapun tak dapat. Lebih baik balik rumah terus, jangan fikir bukan-bukan lagi.

Eh, tapi tunggu sekejap!

Aryan baru teringat sesuatu. Kalau tak silap, hospital inilah Puteri dulu dirawat selepas peristiwa kebakaran tu. Di sini juga dia sempat terjumpa dengan member lamanya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Apa nama dia? Hanna Mariyam?

Ah! Betullah. Dekat sini Yam tu kerja.

Terus bersinar mata Aryan. Baru teringat dengan bekas kawan lamanya yang sempat berjumpa sekejap kala itu. Niat nak terus balik nampaknya kena tangguh sekejap. Aryan masuk semula untuk mencari rakan lamanya, Hanna Mariyam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience