21: SUMPAH, AKU BUNUH KAU!

Romance Series 889375

BUKAN tanpa sebab Maleeq asyik ulit isterinya hari-hari. Dia tahu bila dah start kerja ni dia akan jarang di rumah. Itu belum kira kena outstation lagi. Jadi bila tengah ada masa tu, dia pun all out kerjakan Puteri. Hahaha!

Macam hari itu, dia kena terbang ke Indonesia. Lama juga di negara jiran tersebut. Tiga hari di Jakarta, terus terbang ke Jogja. Kemudian ke Bali pula. Lima hari di Bali barulah terbang balik KL.

Nak buat macam mana, dia dah terlanjur menggalas tanggungjawap dari bapa mertua. Walaupun berat nak tinggalkan isteri, kenalah tabahkan hati.

Nasib baik Aryan ada dibawa sekali. Tidaklah cik bini tu curiga sepanjang masa. Itupun tak putus dengan video call. Apa sahaja aktiviti di sana kena bagitahu Mrs. Queen dulu. Dah upgrade jadi queen kan sekarang. Maleeq kenalah patuh. Huhuhu!

Baru petang semalam kembali dari Indonesia, pagi-pagi lagi Maleeq perlu tiba di pejabat. Klien dari Tokyo sudah mendarat dan mahu berjumpa. Memang banting tulang betul-betul dia kali ini. Nak rehat pun tak sempat.

Tak apalah, tenaga muda. Cukup sudah bulanmadunya. Sekarang waktunya untuk mengerah tenanga. Sampaikan isteri ajak sarapan pun tak dapat dilayan. Dia perlu tiba di ofis lebih awal. Tak suka membiarkan orang menunggu. Biar dia menunggu tak apa.

Monyok jugalah muka Puteri. Sudahlah baru semalam berjumpa, awal pagi lagi dah kena tinggal pergi office. Hurm!

Aha!!! Puteri mendapat satu idea.

Memandangkan belum puas rindu dengan suami, apa kata kalau dia buat kejutan saja? Hurm... Sounds good!

Akhirnya Puteri datang berjumpa mommy untuk bertanyakan resepi-resepi masakan yang paling Maleeq gemari. Dia mengoyak senyum bila mommy bersedia membantunya memasak.

Asam pedas ikan pari. Salah satu menu yang suaminya paling suka. Puteri tak ragu-ragu memilih menu tersebut untuk dimasak siang ini. Tak sabarnya nak buat surprise untuk cik abang.

Bergodek di dapur dengan mommy, akhirnya siap juga masakannya. Puteri langsung bergegas ke bilik untuk mempersiapkan diri.

Tepat 12 tengahari, Puteri datang berjumpa pemandunya Abang Saad untuk minta dihantar ke pejabat. Excited nak buat surprise untuk suami. Harap-harap suaminya suka.

Satu tengahari, Maleeq baru kembali ke pejabat selepas keluar sebentar bersama Aryan dan Bad. Berasa aneh melihat keududukan kerusi terbalik menghadap ke belakang. Perasan tadi elok je masa dia tinggalkan.

Dia tak punya banyak masa untuk berfikir. Lebih baik dia cepat masuk dan periksa.

"Surprise!"

Lah! Ada orang rupanya. Patutlah. "Princess! Terkejut abang, tau. Bila sayang sampai ni?" Lebar senyumnya menghampiri isteri.

"Tadi lagi. Lama Puteri tunggu abang. Abang dari mana?" Ketibaan suami langsung disambut riang.

"Abang keluar lunch tadi dengan Yan. Tak sangka pula sayang datang," beritahunya. Senyum mekar tanpa rasa bersalah.

Tapi, mendadak senyumnya pudar bila raut wajah isteri sudah berubah. Kening sudah mencondong, muka pun menjadi mendung. Alamak! Kenapa ni? Ada yang tak kena ke? "Princess! Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?"

Sikit lagi nak menangis. Puteri lalu memberitahu. "Tahu tak? Puteri datang sini nak buat surprise untuk abang. Puteri nak ajak abang lunch sama-sama. Penat Puteri masak asam pedas ikan pari kegemaran abang. Iyalah, sekarang kan abang asyik busy je."

Lah! Macam tu pulak? Aduh, macam mana ni? Jenuh Maleeq pusing otak nak pujuk isteri biar tak merajuk. "Iya ke? Kenapa sayang tak bagitahu?"

"Bukan surpriselah namanya kalau bagitahu. Dahlah! Puteri nak baliklah kalau macam ni."

Haa, kan dah merajuk sungguh.

"Eh, Princess! Janganlah merajuk dulu sayang. Memanglah abang keluar lunch tadi, tapi abang tak makan pun. Abang cuma minum apple juice je." Yes! Pandai pun reka alasan.

Puteri kebil-kebilkan mata. Masih monyok tapi sudah sedikit reda. "Betul ke abang tak makan lagi?"

"Be, betul, sayang. Tak selera abang tengok makanan dekat cafe tu. Jadi abang minum jelah," tipunya.

Tak apa, tipu sunat. Padahal tadi dah selesai pekena sambal tempoyak udang. Siap dua kali tambah lagi. Nasib baik tak tersendawa bau tempoyak.

"Jomlah kalau nak makan. Abang lapar ni. Tak sabar nak rasa asam pedas masakan sayang. Mesti sedap." Demi mengambil hati isteri, nampaknya dia kena take a lunch lagi sekali. Habislah, buncit perut ni nanti.

Barulah bersinar senyum di wajah Puteri. Dengan bersemangat terus hidangkan makanan untuk suami di atas meja coffee.

Haih! Tak apalah, boroi pun boroi. Janji isteri senang hati. Hohoho!

***

    
"ADUH! Dah kenapa tiba-tiba pancit pula ni?" Saad mengeluh seorang diri tika didapati tayar kereta Vellfire yang dia parkir di hadapan pejabat tiba-tiba pancit. Pancitnya keempat-empat sekali pula tu.

Jam sudah menunjukkan tiga petang. Tadi Puteri sudah memaklum yang sebentar lagi dia mahu pulang. Tapi tayar pula pancit. Aah! Masak.

Sepasang suami isteri itu masih melekap sesama sendiri. Di bilik pejabat pun jadi. Rindu belum habis lagi katanya.

Sampaikan Aryan yang tiba-tiba masuk tak pasal-pasal disaji dengan adegan 18+. Dia tak tahu yang bini si Maleeq ni tengah datang ke pejabat. Kesihan Aryan merah mukanya.

Itupun nasib baik adegan ringan-ringan saja. Kalau berat-berat, tak ke lagi berat mata dia memandang. Sudahlah single lagi.

Yang mereka ini pun satu hal. Dekat pejabat pun tak nyempat-nyempat. Macamlah dekat rumah nanti tak boleh sambung. Haish!

"Abang! Puteri nak balik dululah. Abang cepat balik nanti, tau. Jangan lama-lama." Akhirnya Puteri berpamitan.

"Okeylah, sayangku. Hati-hati balik, ya. Abang nak sambung kerja sikit lagi je ni. Jumpa kat rumah nanti. Sayang ada nak singgah ke mana-mana ke lepas ni?"

Kerusi dan sofa punya main luas, tapi paha suami juga best dijadikan tempat duduk. Kolar baju suaminya dibelek-belek sekali. "Puteri nak singgah shopping sekejap. Nak pergi butik skin care je. Lepas tu nak terus balik rumah."

"Iya ke? Nak abang temankan tak? Tapi abang lambat sikit."

"Ala, tak apa. Biar abang Saad hantar Puteri, tak adalah lama sangat Puteri kat dalam shopping mall tu."

"Tapi hati-hati. Abang isau sebenarnya nak biarkan sayang jalan sorang kat mall. Kalau ada lelaki mengurat sayang macam mana? Abang cemburu, tau."

Lebar tawa Puteri. Mengadanyalah suami dia ni. "Abang! Percayalah pada Puteri. Tak ada siapa berani mengurat isteri abang ni."

"Iyalah tu. Tetap juga abang risau."

Ewah, ewah! Dah kata jangan risau tu tak payahlah risau. Kalau risau sangat pergilah hantar sendiri. Ish!

Akhirnya terpaksa direlakan isterinya pulang. Harap-harap selamat jelah sampai rumah tak luak walau seinci. Terlalu sayang masalahnya!

***

"ABANG Saad, kenapa ni?" Puteri sudah tiba di bawah. Mendapati pemandunya sedang susah hati.

"Ni, Cik Puteri. Tayar ni haa, tiba-tiba pancit pulak. Keempat-empat pulak tu," lapor Saad.

"Iya ke? Pancit aje ke, ataupun pecah sekali, bang?"

"Pecah masalahnya. Tadi elok je. Ini tiba-tiba pulak." Saad sudah bingung.

Puteri pun sama bingungnya. Nampaknya dia kena naik semula ke ofis Maleeq sementara tunggu Saad mencari solusi.

"Assalamualaikum! Kenapa ni?"

Seseorang telah muncul dan menghampiri. Automatik pandangan tertuju pada kemunculannya

"Waalaikum salam! Eh, Tengku. Tayar ni haa, pancit pulak," adu Saad.

"Abang Riz! Bila abang Riz sampai?" Tak sangka Mukhriz yang akan muncul. Puteri ingat Mukhriz masih di Switzerland.

"Hai, Puteri! Semalam lagi abang Riz tiba. Naik ofis sekejap tadi jumpa ayahngah. Tak sangka pula Puteri ada sini sekali," kata Mukhriz.

"Haah! Saja Puteri datang bawakan lunch untuk suami. Nak balik kereta pula pancit."

Mukhriz perlebar senyuman. "Wah! Hantar lunch untuk suami ya? Bertuahnya suami Puteri tu. Kalau abang Riz dapat macam tu, tak pandang dah makanan luar. Makan air tangan isteri lagi berkat, kan?"

Eh, rancak pula borak di situ.

"Ni tayar pecah ni, ada apa-apa yang saya boleh tolong ke? Teruk ni bang. Kena bawa pergi bengkel terus." Mukhriz akhirnya mempelawa.

Saad jadi serba salah. "Itulah, Tengku. Tayar spare pun satu je ni," kata Saad.

"Tak apa, kalau macam tu biar saya call towing. Supaya kereta ni boleh terus ditunda ke bengkel."

"Tak menyusahkan Tengku ke?"

"Ish, tak ada susahlah, abang Saad. Sekejap saya call ya."

Saad mengeluh lega. Nasib baik ada Tengku Mukhriz ni. Dia dahlah tak ada nombor orang towing.

Puteri juga tak ketinggalan berdetik kagum. Nampak ketara perubahan pada Mukhriz sekarang. Lebih sopan bila berbicara waimma dengan orang bawahan. Tidak lagi bongkak macam dulu.

Baguslah jika teguran selama ini telah berjaya membentuk dia menjadi orang lebih baik. Puteri pun tumpang gembira.

"Okey, abang Saad. Sekejap lagi towing sampai," beritahu Mukhriz.

"Terima kasih banyak, Tengku. Saya ni sudahlah tak ada nombor towing. Nasib baik Tengku ada."

"Tak ada hal pun, bang. Benda kecik je! Oh ya, Puteri." Mukhriz beralih pada Puteri. "Puteri ada nak ke mana-mana ke?"

"Puteri sebenarnya nak balik. Tapi kereta jadi macam ni pula. Terpaksalah kena tunggu dulu."

Mukhriz kuntum bibirnya. "Nak abang Riz hantar ke?"

"Hah?" 

***

PUKUL empat, Maleeq turun ke lobi atas satu urusan. Dia hentikan langkah bila dikesan bayangan Saad masih berada di situ. Aneh! Bukan sepatutnya Abang Saad dah hantar Puteri balik ke?

Didorong curiga, Maleeq pun hampiri. "Abang Saad. Buat apa di sini?" tegurnya.

Saad pun berdiri lantas sedikit membongkok badan. "Tuan! Saya tengah tunggu kereta dibaiki," lapor Saad.

"Kereta dibaiki? Kenapa kereta?" Maleeq tambah curiga.

"Tayar pecah, tuan. Keempat-empat sekali. Orang workshop dah bawa untuk ditukarkan tayar. Itu yang saya tunggu kat sini."

Maleeq faham. Cuma dia masih musykil. "Okay? Jadi, wife saya mana?"

"Owh! Cik Puteri. Cik Puteri dah balik, tuan"

"Dah balik? Dengan siapa?"

"Tengku Mukhriz tadi ada datang. Dia yang panggilkan towing, lepas tu dia tolong hantar Cik Puteri balik."

"Apa?" Darah langsung mendidih mendengar nama Tengku Mukhriz disebut. Kepala hotak terus gagal nak berfikir positif.

"Kenapa abang Saad biar dia hantar Puteri? Kenapa tak call saya saja?" Maleeq marah.

Saad jadi serba salah. "Maafkan saya, tuan. Saya tak tahu. Saya fikir, sebab Tengku sepupu Cik Puteri. Jadi yang saya biarkan saja."

Api makin berkobar membakar dada. Apa lagi si Mukhriz tu nak? Tak habis-habis cuba nak dekati Puteri. Maleeq benar-benar tak puas hati.

"Lama dah ke mereka gerak?" Tanya pada Saad.

"Lama jugalah, tuan. Mungkin juga sudah sampai rumah." Saad gugup. Gerun bila menantu Tan Sri ini sudah mula marah. Dia tak tahu. Ingatkan okey aje.

Maleeq tak dapat bertenang. Panas hati bila nama Tengku Mukhriz masih ada berkait dengan Puteri. Tak menunggu lama, nombor Puteri segera didial.

"Aaghh, shit!" Dia merengus. Panggilan gagal terhubung. Nombor Puteri seperti sedang di luar talian. Apa dah jadi ni?

Fikiran sudah negatif saja. Dalam kepala tak habis-habis syak yang Mukhriz sudah membawa Puteri lari. Dia perlu hentikan sebelum benda itu benar-benar terjadi.

Berkejar balik ke rumah dengan segera. Urusan ofis terpaksa diabaikan dulu. Bahkan tak sempat nak memberitahu Aryan mahupun Bad yang dia terus bertolak balik ke rumah.

Aah! Biarkan saja. Kerja tu bila-bila saja boleh buat. Isteri hanya seketul. Kalau yang itu hilang, gaya macam mana dia nak meraung dia pun tak tahu. Semoga sampai di rumah nanti Puteri sudah ada. Mudah-mudahan.

Tak sampai 30 minit Maleeq pun tiba di rumah. Macam tak jejak tanah terus berkejar masuk. Sikit lagi nak terlanggar ibu mertua yang menyusul ke pintu.

"Salamualaikum, mommy. Puteri dah balik tak?" Tudia! Tak nyempat-nyempat terus tanya isteri.

Puan Sri pun naik bingung. "Waalaikum salam! Puteri? Tak ada pula. Kenapa ni Maleeq?"

Argh. Sialan! Ke mana si bedebah tu membawa Puteri? Kalau dihantar balik rumah sepatutnya dah sampai.

"Bajingan! Seinci kulit isteri aku kau sentuh, sumpah aku bunuh kau, Mukhriz!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience