28: WALAU KE NERAKA MANA SEKALIPUN

Romance Series 889375

"UGH!"

Matahari pagi mula naik menyirami bumi dengan cahayanya yang terik. Menembusi dari celah dedauan, cahaya hangat itu menerpa tepat hingga ke wajah yang masih tertutup rapat matanya. Dia merintih perlahan. Silau! Sakit! Ngilu dan pedih.

Perlahan kedua belah mata dipaksa untuk terbuka. Wajah yang dipenuhi kesan lebam serta berlumuran darah membuatnya sedikit kesukaran untuk membuka mata. Di mana dia sekarang? Adakah dirinya sudah mati?

"Princess!"

Nama itu yang disebut buat pertama kali di saat mindanya mula menjengah sedar. Dia mula menggerakkan tubuhnya ke samping lantas berusaha untuk bangun dari semak-semak yang sepanjang malam menjadi alas tidurnya.

"Princess! Abang minta maaf, sayang. Abang akan segera pulang pada sayang. Tunggu abang."

Teringat akan jadwal hari ini yang dia sepatutnya bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi dirinya malah terdampar di tempat ini tak tahu mana arah kiri dan kanan. Yang dia pasti, ada seseorang yang sedang cuba membuat kerja khianat dan dia sedang cuba merungkainya. Tapi sayang, ini pula yang jadi.

Bukan hanya misi yang gagal. Malah dirinya turut tercampak ke dasar jurang, terkontang-kanting seorang diri menunggu mati.

Tidak! Dia tak boleh biarkan dirinya mati di sini. Dia mesti berusaha mencari bantuan. Setidaknya, dia perlu menemukan jalan keluar.

Agh! Tapi bangaimana dia hendak mencari bantuan dengan keadaan tubuh yang lemah seperti ini? Lagi pula hutan ini nampaknya cukup lebat. Mungkinkah ada manusia datang ke tempat ini?

Perlahan-lahan dia berusaha, memaksa kudrat yang tersisa untuk bangkit dari keputusasaan. Pepohonan yang tumbuh di sekeliling dijadikan alat penopang tubuh yang sudah tak mampu menampung diri. Dia berpegang dari satu pohon ke pohon yang lain, menyeret langkah yang tertatih tak tahu mana tujuannya.

"Princess! Tunggu abang. Abang akan pulang segera. Ugh!"

Sakit di badan bertambah nyeri bila kaki kian dipaksa terus berjalan. Apapun caranya dia mesti dapatkan bantuan.

Hampir sepuluh meter dia menyeret kakinya yang lemah, sayup-sayup pendengaran menangkap suara gemercik air sungai. Belum kelihatan lagi tetapi hatinya sudah cukup lega. Mudah-mudahan sinar harapan sedang menanti di hujung sana. Walau sekecil-kecil bantuan, untuk saat ini amat-amat dia harapkan.

"Aku tahu kau akan masuk perangkap."

"Hah?"

Terkejut mendengar suara yang tiba-tiba muncul dari arah belakang. Maleeq menoleh pantas. Adakah ini bantuan yang diharapkan? Rasanya bukan.

"Tapi aku tak sangka yang nyawa kau ni liat sangat! Kenapa susah sangat kau ni nak mati hah?"

Pertolongan yang diharapkan langsung tiada. Justeru malah bala yang kini tiba. Maleeq tahu pasti semua ini telah dirancang oleh si bajingan ini. Dia tak rasa dirinya akan berjaya keluar dengan selamat dari tempat ini.

"Bedebah! Aku dah agak ini semua kerja kau. Apa lagi yang kau tak puas hati hah, jahanam?"

Mukhriz datang semakin dekat menghunus sebatang kayu sebesar betis orang dewasa.

Maleeq perlu mengambil jarak. Melihat roman wajah lelaki itu jelas kedatangannya ialah untuk menghapuskan dirinya. Walaupun dia rasakan sangat tipis peluang memandangkan keadaan dirinya yang bahkan mahu berdiri saja tidak kuat, dia tetap perlu bertahan mengelak maut yang datang. Walaupun hanya, satu saat.

"Ugh! Apa lagi kau nak dari aku?"

Mukhriz ketawa sendeng menuntaskan pandangannya pada tubuh lemah di hadapan. Batang kayu yang dipegang lalu dipikul di bahu.

"Kau cari maklumat tentang projek rahsia di sini, bukan? Ya! Di sini tempatnya, projek rahsia itu berlangsung."

"Apa? Apa yang nak lakukan? Kalau kau cuba sabotaj syarikat bapa mertua aku, kau memang tak akan terlepas."

"Hahaha! Jangan risau, projek rahsia tersebut bukan bertujuan untuk menjahanamkan syarikat. Tetapi..."

"Huh?"

Batang kayu dihayun pantas ke arah Maleeq namun ditahan sebelum betul-betul mengenai kulit lelaki itu.

"Ia adalah projek untuk menghapuskan kau!"

Kayu segera diusir dari menyentuh badan. Dengan sisa-sisa kekuatan otot beserta semangat, Maleeq perlu bertahan. Berpantang maut sebelum ajal.

Sebuah tumbukan sempat mengenai wajah Mukhriz yang tak sempat mengelak. Tumbukan kedua menyusul sehingga hidung lelaki itu berdarah.

Mukhriz termundur. Batang kayu di tangan turut terlepas. "Agh! Tak guna," rungutnya sambil mengesat darah di hidung.

Kurang ajar! Lelaki ini memiliki semangat yang begitu kuat. Dalam keadaan tidak berdaya seperti itu pun dia masih sempat membuat hidung Tengku Mulkhriz memuntahkan darah.

Nampaknya Mukhriz perlu bertindak lebih pantas. Jika Maleeq berjaya terlepas, maka masa depannya tentu gelap.

Buru-buru dia merunduk untuk mendapatkan semula batang kayu yang dijumpainya semasa dia menuruni tebing tadi. Namun lagi sekali tapak kaki Maleeq yang sudah tidak berkasut lebih pantas mengenai mulutnya.

Tiga meter Mukhriz termundur akibat impak tersebut. Kini tak hanya hidung, bahkan bibirnya juga turut pecah mengeluarkan darah.

Mukhriz tak boleh mengalah. Dia bangkit cepat sebelum Maleeq menyerang semula. Dia balas dengan melayangkan tumbukan ke wajah lelaki itu. Pukulan pertama dapat dielak, selanjutnya Maleeq mula tersudut bila tenaganya sudah semakin terkuras.

"Ugh!" Dentuman bergema di bawah menambah lebam di muka semakin parah. Maleeq termundur merintih pedih. Tapi bagaimana pun dia tetap cuba bertahan.

"Kenapa liat sangat nyawa kau ni? Kaulah satu-satunya penghalang matlamat aku terlaksana," jerit Mukhriz yang telah sedia menghayunkan penumbuknya lagi sekali.

"Aku perlu menghalang matlamat kau. Walau dengan nyawa aku, aku tak akan biarkan kau berjaya."

"Kau tahu tak kenapa aku sangat dendam pada kau?"

Jeda!

"Kau dari dulu lagi lebih daripada aku. Kau maju selangkah berbanding aku. Padahal aku tak kalah hebat dari kau. Tapi kenapa tuah itu tak pernah berpihak pada aku? Sampaikan bapa saudara aku sendiri, lebih sanggup percayakan kau daripada aku untuk memegang jawatan itu. Selepas aku hapuskan kau nanti, aku akan hapuskan sekali rakan-rakan kau. Barulah aku bebas menakluk semuanya, termasuk ayahngah."

Api amarah langsung berkobar membakar jiwa, membuatkan tubuh yang lemah itu seperti recharge semula. Sepantas kilat Maleeq menyambar tengkuk Mukhriz lalu mendorongnya sehingga tersandar di sebatang pokok. Tenungan menyatu, memperlihatkan api perang yang menyala-nyala.

"Kau nak ambil semua, kau ambil semua! Jawatan, harta, kekuasaan. Kau ambil semua. Aku tak hairan. Tapi, jangan sekali kau berani sentuh Puteri Zaharah. Sebab kalau itu berlaku, walau ke neraka mana sekalipun, aku akan tetap buru kau."

Mukhriz tak rasa bahwa Maleeq masih memiliki kekuatan untuk menyerang. Dia dapat rasakan cengkaman tangan Maleeq pada lehernya semakin melemah. Kesempatan itu dia tak akan sia-siakan. Mukhriz perlu mendorong Maleeq dan kemudian mengadakan perlawanan.

Maleeq tersungkur ke semak-semak akibat dorongan Mukhriz. Dia cuba bangkit semula, tapi mungkin sudah terlambat.

"MATILAH KAU!"

Maleeq tak dapat menghalang Mukhriz yang datang bersama batang kayu yang sedia dihayun pada kepalanya. Dentuman dirasakan keras mengenai kepala membuat pandangannya langsung berpinar. Maleeq rebah, tetapi masih cuba untuk bertahan.

Tidak dapat diteruskan lagi, bila sekali lagi hentaman keras bersarang kembali mengenai kepala. Tidak cukup sekali, bahkan berkali-kali. Sehingga Maleeq tidak dapat merasakan apa-apa lagi.

"Hoi! Berhenti!"

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-03 16:04:24 

Kesian maleeq..tp tu la degil nk p sorg2


NovelPlus Premium

The best ads free experience