15: BROKEN

Romance Series 889312

DI sebuah sudut, seseorang hanya duduk termangu sendiri memendam perasaan. Ingin rasa bergabung turut meraikan hari bahagia pasangan mempelai, namun ditegah oleh rasa malu dan segan. Akhirnya doa tulus hanya dititipkan dalam hati, terpancar dari wajah yang sepi.

"Mukhriz! Kamu buat apa di sini?" Tan Sri Baharudin sejak tadi telah mengesan pemuda itu duduk bersendirian di sudut dewan. Beliau datang menghampiri bagi bertanyakan apa yang sedang dilakukan.

Tengku Mukhriz tak terus menjawap melainkan mengatur pernafasannya terlebih dahulu. Jujur dia tak punya upaya untuk membalas tatapan lelaki itu. Dia terlalu malu dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.

"Tak ada apa, ayahngah. Riz cuma nak tengok adik kahwin je." Dia merunduk sayu. "Maaf jika kedatangan Riz telah mengganggu. Riz akan pergi sekarang."

"Mukhriz! Mukhriz, tunggu." Bagaimanapun Tan Sri tak membiarkan anak buahya terus mengangkat kaki begitu saja. Dia tahu apa yang Mukhriz lakukan selama ini adalah salah, tapi sebagai bapa saudara, cukuplah dia menghukum anak buahnya dengan meredakan hati serta berlapang dada.

"Riz nak ke mana? Riz tak patut duduk di sini. Mari! Bergabung bersama kami," ajak Tan Sri.

"Tak apalah, ayahngah. Riz malu nak berdepan dengan mereka. Dapat tengok Puteri kahwin dari sini pun Riz dah happy."

"Riz! Jangan macam ni." Tersentuh hati Tan Sri mendengar tutur anak buahnya. Malah sepatutnya dia mengharapkan Mukhriz beserta kedua orang tuanya ada bersama di majlis ini.

"Ayahngah tak pernah bencikan Riz, apatah lagi mommy dan daddy Riz. Ayahngah sangat terkilan bila mereka tak turut ada di sini pada hari ini. Jadi keberadaan Riz telah mengubati kekecewaan hati ayahngah atas ketidakhadiran kedua orang tuamu. Mari! Kita duduk di sana."

Akhirnya ajakan bapa saudara tak dibantah. Mukhriz dipimpin ke tempat di mana sepatutnya ahli keluarga berkumpul.

"Riz dah makan belum? Kalau belum makan mari duduk sini, sebelah ayahngah," pelawa Tan Sri.

"Tak apalah, ayahngah. Riz malu dengan Puteri dan makngah. Mesti mereka masih membenci Riz."

"Tidak, Riz. Mereka tak benci Riz. Sekejap ayahngah panggil Puteri dan Maleeq kemari. Riz duduk ya."

Mukhriz pun akur tak membantah. Dia duduk di meja beradab, sementara Tan Sri berlalu seketika buat memanggil kedua pengantin datang.

Tidak lama Tan Sri kembali, membawa pasangan pengantin yang sebentar tadi sedang beramah mesra dengan tetamu dan sanak keluaga.

Maleeq pada mulanya tak lokek sungging senyuman di bibir bahkan tatkala bapa mertuanya datang memanggil. Tetapi apabila Mukhriz yang muncul, senyum di mukanya langsung terpadam. Malah laju-laju tangan Puteri digenggam. Ingin rasa terus nak tarik isterinya pergi namun dia hormat panggilan sang mertua. Akhirnya dia akur.

"Ni, Puteri. Abang Riz nak ucap selamat pengantin baru pada Puteri. Tapi dia malu katanya." Tan Sri mewakili bila anak buahnya masih enggan mengangkat muka.

"Riz! Jangan malu-malu. Mereka berdua okey," kata Tan Sri.

Akhinya Mukhriz beranikan diri berdiri seraya mengangkat muka. Dia mula bertentang pandangan dengan Puteri. Senyuman sayu dipaksa terukir walau tahu tak akan berjaya.

"Puteri! Abang Riz, Abang Riz turut gembira atas perkahwinan Puteri. Congratulation! Abang Riz tahu Puteri masih bencikan Abang Riz! Tapi untuk hari ini, Abang Riz tebalkan muka juga untuk mengucapkan tahniah buat kalian berdua."

Senyap! Baik Puteri mahupun Tan Sri tak tahu harus berkata apa. Mereka tahu Mukhriz telah membuat kesalahan, tapi tiada salah yang tak boleh dimaafkan. Apatah lagi yang bersangkutan telah merendah diri merayu kemaafan, masihkah mereka mahu menghukum?

Tapi, mungkin tanggapan mereka agak berbeza dengan apa yang Maleeq rasa. Maleeq dapat merasa ianya hanya sebuah sandiwara. Mana mungkin si Tengku Mukhriz yang tinggi egonya mahu merendah diri hingga sebegini? Bullshit!

Bahkan, tadi dia sempat bersembang dengan kedua sepupunya. Mereka ada menyuarakan akan kecurigaan terhadap kemunculan Tengku Mukhriz hari ini. Ia telah membuat Maleeq tak mudah termakan oleh mimik muka kesihan yang ditunjukkan oleh Mukhriz di depan dirinya dan Puteri.

"Ayahngah! Riz nak minta izin sekejap," kata Mukhriz.

"Apa dia Riz?"

"Riz nak persembahkan sebuah lagu untuk Puteri, di hari perkahwinan dia ini."

Tan Sri tersenyum seakan terharu. Dia tahu anak buahnya ini minat muzik, tapi selama ini beliau tak ada kesempatan untuk mendengar atau melihat persembahan Mukhriz. Hari ini Mukhriz telah mempelawa diri mahu menyumbangkan suara di hari perkahwinan Puteri. Tentu saja beliau amat gembira.

Puteri tak memberi respon melalui kata-kata. Dia kehilangan bicara tatkala melihat wajah sayu abang sepupunya meminta maaf. Tak pernah dia lihat wajah Mukhriz seikhlas itu. Puteri hanya diam dan mengiringi Mukhriz dengan pandangan ketika pemuda itu mula melangkah ke atas pentas.

Mukhiz telah duduk di kerusi piano yang dipersilakan oleh para orkestra. Beberapa saat lelaki itu menyedut nafas sebelum jari jemarinya mula menyentuh kekunci piano.

Dentingan piano mula berirama. Seluruh dewan menjadi senyap serta merta. Yang bersembang terus berhenti, malah yang sedang makan juga turut berdiri.

Semua sedia maklum bahwa wedding anak Tan Sri ini sangat gilang-gemilang, tetapi mereka tak sangka sampaikan mengundang penyanyi Bruno Mars datang. Semua berdiri menghadap ke pentas, melihat dengan mata kepala siapa yang sedang memainkan piano dengan begitu indah itu.

Senandung mula terdengar mendakan syair lagu akan bermula. Puteri menekup mulut menyaksikannya. Seumur hidup tak pernah tahu, bahawa abang sepupunya memiliki suara yang seindah itu. Puteri masih memberi tumpuan, sehinggalah syair lagu mula dinyanyikan.

'Same bed but it feels just ajust a little bit bigger now
Our song on the radio but it don't sound the same
When our friends talk about you, all it does is just tear me down
'Cause my heart breaks a little when I hear your name'

Alunan lagu mula terdengar. Para hadirin mendesah kekaguman. Alangkah indah suara itu. Persis penyanyi asalnya.

Lagu pun diteruskan. Bahkah apabila sampai pada courses, Mukhriz menariknya tinggi-tinggi sehingga yang mendengarkan turut kesyahduan seakan mahu menangis. Dapat merasakan sakit melalui lirik yang dialunkan.

'My pride, my ego, my needs, and my selfish ways
Caused a good strong woman like you to walk out my life
Now I never, never get to clean up the mess I made, oh
And that haunts me every time I close my eyes

I hope he buys you flowers
I hope he holds your hand
Give you all his hours
When he has the chance
Take you to every party
'Cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done
When I was your man
Do all the things I should have done
When I was your man'

"Sudah terlambat untuk diriku meminta maaf. Kerosakan yang kubuat tak akan dapat diperbaiki. Aku relakan kau berbahagia dengan pilihan hatimu. Biarlah rasa bersalah ini terus menghantui hidupku.

Puteri! Abang Riz betul-betul minta maaf. Selamat pengantin baru. Semoga, hanya dia yang mampu membahagiakan Puteri sepertimana yang abang Riz mahu lakukan padamu."

Lagu telah selesai dimainkan. Tepukan dan sorakan menyusul sebagai penghargaan. Mukhriz perlahan turun dari pentas dan berniat untuk terus berdar.

"Abang Riz!" Puteri cuba menahan Mukhriz dari terus pergi. Suaminya muncul lalu menarik tangannya.

"Sayang! Apa ni?" Maleeq tak puas hati.

"Dia sepupu Puteri, abang. Izinkan Puteri untuk ucapkan terima kasih pada dia sekejap," pintanya.

Maleeq merengus lalu menyilang kedua tangan di dada. "Huh... Fine! Tapi jangan lama-lama."

"Tak, sekejap je."

Hurmm, okeylah. Maleeq biarkan isterinya berjumpa Mukhriz buat seketika. Eh, tapi... Dia ikut juga!

Tak boleh, tak boleh. Karang dia buat naya, dia bawanya Puteri lari, jenuh nak berputih mata. Sepupu tak sepupu, curiga tetap nombor satu.

Akhirnya Maleeq temani isterinya bertemu Mukhriz barang sebentar. Api dah berkobar-kobar kat dalam, tapi dia masih berjaya tunjuk muka cool. Senyum ditayang sementara mata tetap awas memerhati gerak-geri Mukhriz.

"Abang Riz nak ke mana?" Puteri bertanya.

Mukhriz mengurungkan niatnya untuk terus beranjak pergi. "Abang Riz nak terus bertolak hari ini. Saja Abang Riz gerak lambat sikit sebab nak tengok majlis Puteri. Dah selesai barulah abang Riz lega."

Hampir berkaca-kaca anak mata, terharu melihat luah tulus lelaki itu. Selama ini dia amat benci bahkan tak beri peluang untuk memperbaiki. Rupanya Puteri telah silap. Mukhriz ternyata ikhlas mengakui kesalahannya.

"Kirimkan salam Puteri pada maksu dan paksu ya. Puteri rindu mereka sangat. Abang Riz pun hati-hati."

"Puteri jangan risaukan Abang Riz. Baiklah! Abang Riz pergi dulu. Selamat pengantin baru Puteri." Mukhriz menghulurkan tangannya sebagai salam perpisahan.

Perlahan-lahan Puteri mengangkat tangan mahu menyambut salam itu.

Tapi itu tak akan dibiarkan oleh Maleeq. Laju dia halang tangan Puteri dari menyentuh salam Mukhriz. Selanjutnya salam itu dia yang menyambut. Senyum menyampah dipamer sekali. "Terima kasih ya, terima kasih! Hati-hati di jalan," kata Maleeq. Harap faham sudah!

Mukhriz menguntum kecil bibirnya dengan tatapan mata redup. Dia pererat salamnya dengan Maleeq. "Tahniah! Selamat pengantin baru. Jaga dia elok-elok ya."

Maleeq mengangguk, lantas ditarik bahu Mukhriz saling merangkul. Maleeq tinggalkan pesanan di telinga Mukhriz. "Takyah kalut pasal wife aku. Aku tahu macam mana nak bahagiakan dia."

Rangkulan terlerai, Mukhriz masih menguntum senyuman. "Baguslah kalau begitu. Aku minta diri. Assalamualaikum."

Langkah Mukhriz tak dapat dihentikan lagi. Sempat menuntaskan pandangan pada Puteri lantas berlalu pergi.

Pasangan Puteri dan Maleeq masih berdiri memperhatikan pemergian lelaki itu sehinggalah selamat melepasi pintu dewan. Maleeq lalu melirik isterinya. Puteri membalas jelingan tersebut.

"Banyak kerja abang lepas ni." Berujar tiba-tiba.

Puteri tayang muka pelik melihat suaminya.

"Yalah! Selain kerja di ofis, abang kena masuk kelas vokal pulak," tambahnya. Muka jangan cakap, kalau limau nipis tu masam, muka dia lagi masam.

Puteri tak dapat menahan mulut dari nak tergelak. Dah kenapa suami dia ni? Demamkah? "Abang okey ke?" perlinya.

"Tak! Ada nampak abang okey?"

Puteri habiskan tawa. "Iyalah, tiba-tiba nak join kelas vokal. Pelik-pelik je."

"Habis tu? Ada orang tu suka sangat bila ada lelaki menyanyi kat dia. Sampai nak meleleh-leleh air mata dia punya cair." Muka dibuang, tangan dilipat ke dada.

Okey! Puteri akhirnya faham. "Abang cemburu ya?"

Muka ditayang di depan Puteri dengan senyum paling tak ikhlas yang pernah dia buat. "Eh, taklah! Abang happy gila tengok isteri abang ni cair dengar lelaki lain menyanyi." Annoyed face reveal.

Puteri tak boleh tahan nak berdekah. "Ya Allah, suamiku. Cemburunya dia!"

"Gila ke tak cemburu? Ingat abang ni apa?"

Okey, okey! Ini memang satu kesilapan. Puteri sedar memang tak patut pun dia berlebihan memberi reaksi terhadap nyanyian Mukhriz tadi. Tapi tak sangka pula suaminya sampai begitu sekali dia punya jealous. Nampaknya Puteri kena pujuk balik suaminya biar tak asyik masam je muka dia. Majlis tak habis lagi ni.

"Abang! Setakat nyanyian macam tu, tak akan buat Puteri cairlah. Puteri cuma appreciate je dia punya efford. Tak lebih," jelasnya..

"Tak lebihlah sangat! Yang sampai nak menangis terharu tu apa?" Maleeq masih tak percaya.

"Ya Allah, abang! Abang tahu tak, macam mana Puteri boleh jatuh cinta dengan seorang Mr. Mike yang poyo tu?"

Maleeq hadiahkan jelingan maut. Dahlah hati tengah panas, sempat-sempatnya cik bini kutuk. Eey, kang...

Puteri makin tak tahan nak tergelak lihat reaksi suaminya. "Puteri jatuh cinta dengan Mr. Mike tu, sebab dia asyik jual mahal. Muka dia kejung je macam tak ada perasaan. Padahal dalam hati dia ada taman. Serius, abang. Sisi itu yang membuatkan Puteri cair, selain wajah seorang Mr. Mike yang tampan ala-ala Pan Asia tu."

Maleeq menjeling sekali lagi. Masih macam tadi tapi lain sikit dah.

"Hati Puteri tercuri oleh sifat yang abang cuba sembunyi. Padahal Puteri tahu ianya untuk Puteri. Kalau setakat lelaki yang pandai mengayat, bagi lagu-lagu jiwang tu, Puteri tak hairanlah. Lagi nampak buaya adalah."

"Iyalah tu!" Respon masih kaku macam tadi. Tak makan dek pujukan cik bini.

"Ya Allah, tak habis lagi ke merajuknya? Dahlah, Puteri jelah merajuk kalau macam ni. Leave me alone, Puteri nak nangis jap."

Barulah Maleeq ubah reaksi. Ditarik tangan Puteri takut karang nangis betul-betul. Dia juga yang susah nanti. "Sayang, janganlah nangis kat sini. Kalau nak nangis sangat nangis kat bilik malam nanti. Nangis kuat-kuat pun tak apa."

Pok! Haa, kan dah kena cepuk lengan dia. Ingat Puteri tak faham ke apa yang dia cuba cakap tu? Menyempat lagi dia. "Dahlah tu, jom balik ke sana. Mereka tengah tunggu kita."

Fine! Nasib baik Mrs. Wife pandai pujuk balik. Tak jadi nak merajuk lama-lama.

Tapi pasal si Mukhriz tadi tu, memang sampai mati dia tak akan percaya. Pandai dia buat muka kesihan ala-ala broken nak tarik simpati Puteri. Sampai sanggup jual suara konon-konon Bruno Mars ori. Phui!!

"I hope he buys you flowers konon! Tak payah kau ajarlah. Hari-hari aku boleh belikan isteri aku bunga. Dengan kau-kau pun kalau nak aku boleh bagi bunga. Huh... Bunga kubur!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience