9: DON'T SAY HER NAME

Romance Series 889375

PAGI-PAGI lagi mukanya sudah terpacak di lobby pejabat. Rajin betul! Memang padan jadi menantu pilihan Tan Sri. Serba-serbi boleh diharap.

Hehehe! Iyalah tu. Padahal sebenarnya dia ada kerja yang sepatutnya siap semalam tapi belum sempat selesaikan. Iyalah, asyik travel ke sana kemari kadang banyak benda terlepas pandang. Walaupun ada Aryan sebagai PAnya, tak bolehlah nak harapkan Aryan saja. Budak itu pun bukan tak banyak kerja juga.

Aih, nampaknya dah sedang elok kalau rekrut budak baru jadi penolong Aryan. Khabarnya tempoh hari Zahaedy sudah ada berjumpa dengan budak yang setuju nak bekerja tu. Tak apa, tunggu kata putus Zahaedy nanti macam mana.

Langkah diteruskan menuju lif. Seorang diri saja hari ini. Aryan belum tiba, saja je dia datang lebih awal. Telifon tiba-tiba berdering. Sejenak dia ambil masanya untuk menjawap panggilan yang tak lain adalah dari mertuanya.

"Assalamualaikum. Tengah buat apa tu?" sapa Tan Sri.

"Waalaikum salam, daddy. Dah dekat ofis dah ni. Kenapa daddy?" Maleeq jawap bersahaja.

"Wah, awal betul. Daddy ingat masih dekat rumah lagi."

"Oh, tak. Saya berangkat awal hari ini."

"Ouh, eloklah tu. Ni, daddy nak bagitahu daddy tak dapat datang ofis hari ini. Maleeq tolong uruskan semua ya. Kalau perlu ambil pembantu, ambillah budak baru. Supaya senang kerja kamu."

"Baiklah, daddy. Daddy jangan risau. Saya, Aryan dan juga ZD akan pastikan segalanya dalam kawalan."

"Alhamdulillah. Lega hati daddy mendengarnya. Oh ya, jangan lupa pula petang ni singgah rumah. Ada orang tu sudah sehat, katanya hari ini nak belajar masak dengan mommy. Nak bagi suami rasa air tangan dia katanya."

Alamak, biar betul? Aduh, awal sangat daddy ni bagitahu. Ini mahu tak tenteram jiwa nak buat kerja karang. Tak sabarnya nak rasa air tangan isteri. Mesti sedap.

"Ouh! Iya ke, daddy? InsyaAllah, saya pasti datang. Kalau saya tak datang risau demam lagi je anak daddy tu nanti."

"Hahaha, pandai kamu ya? Kamu dah jampi apa anak daddy tu sampai jadi macam tu?"

Eh eh, daddy ni. Jampi pula dia kata. Puteri tu mana perlu jampi-jampi. Cukup dibelai dengan sentuhan cinta je dah lentok dalam pelukan. Eeii, geramnya!

Alhamdulillah! Bertuah badan ada bapa mertua supporting macam Tan Sri Baharudin ni. Dalam tegas tetap diselitkan gurauan. Dalam seloroh kata-katanya tetap penuh kewibawaan. Dahlah anak dia cantik.

Selesai menamatkan perbualan telifon dengan bapa mertuanya, Maleeq meneruskan langkah naik ke pejabat yang terletak di tingkat 25. Laju lif meluncur membawa tubuhnya meninggi ke atas. Kurang dari satu minit lif pun berhenti di tingkat yang dituju. Maleeq keluar.

"Ehem!"

Langkah terhenti serta merta mendengar batuk berderam. Maleeq pandang siapa gerangan. "Hello! Wow, you surprisr me. How do you do, Tengku Mukhriz?"

Dilihat Mukhriz sudah berdiri di hadapan pejabat timbalan ketua pengarah. Tanpa gentar Maleeq menghampirinya.

"Kau fikir kau dah menang?" kata Mukhriz. Tiba-tiba pulak.

"Wait, menang? Kita ada lawan main game ke? Owh, sorry lah, aku kurang gemar main game-game ni. Sepupu aku si Aryan tu, haa dia kaki game. Kalau kau nak lawan game lawan dengan dia saja."

"Jangan kau loya buruk dekat sini." Mukhriz naik suara.

"Wow, wow, wow. Banyak kasar, ah? Tengku Mukhriz, Tengku Mukhriz." Maleeq menepuk bahu lelaki itu seraya ketawa lucu.

"Tak baik cakap kasar-kasar. Aku tahu kau baru kembali dari Switzerland, mesti penat. Marilah aku treat kau minum. Tak usah marah-marah. Kalau nak minta belanja, cakap je."

Mukhriz tepis tangan Maleeq dari bahaunya. "Kau tak layak pegang jawatan ni. Kau bukan siapa-siapa dalam keluarga Tun Wafa."

"Well! Bukan aku yang minta dan mahukan jawatan ini, Tengku Mukhriz yang terhormat! Tan Sri Baharudin, selaku waris langsung kepada Tun Wafa sendiri yang mempercayakan aku memegang tanggungjawap ini."

"Kau kena ingat. Aku satu-satunya cucu lelaki Tun Wafa, sekaligus pegegang saham dalam syarikat ini. Aku yang sepatutnya lebih layak, bukan kau yang tak ada kena mengena ini."

Maleeq hanya menghela pendek. Dia datang awal hari ini sebab nak siapkan kerja dengan cepat. Alih-alih ada gangguan sikit kat depan pejabat. "Haih! Tengku Mukhriz. Kau nak aku bacakan buku sejarah tingkatan lima dekat sini ke? Mari sini nak khabar sikit. Mana tahu kau dah lupa."

Mengelegak kepala Mukhriz melihat Maleeq seolah memperlekeh dirinya. Tapi sayang tak banyak yang dapat dilakukan untuk melampiaskan geramnya.

"Pemegang jawatan tertinggi di syarikat ini haruslah individu yang bersih dari rekod jenayah lampau. Seorang bekas banduan, atau mempunyai rekod buruk dalam pengurusan syarikat teramat dikecualikan daripada memegang mana-mana jawatan tinggi. Ada faham, Tengku Mukhriz? Lagipun, memiliki saham bukanlah lesen mutlak untuk seseorang itu mengendalikan syarikat. Tak apa, jangan risau. Aku tolong uruskan syarikat tok ayah ni baik-baik. Kau boleh duduk diam-diam di tepi ya, Abang Riz."

"Apa kau cakap?" Mukhriz semakin naik angin.

"Iyalah, kau kan abang sepupu isteri aku. Aku kenalah hormat kau sebagai abang ipar sepupu, kan? Kurang baik apa lagi aku ini?"

Mukhriz geram. Tangannya sudah mengempal penumbuk erat-erat. Semakin kurang ajar sahaja si Maleeq Al-Habsi ini memprovok dirinya. "Kau! Kau dari dulu lagi tak habis-habis nak rampas apa saja yang sepatutnya menjadi hak aku. Bedebah kau."

"Ah? Apa dia? Rampas hak kau? Tak fahamlah."

"Kau jangan buat-buat jadi bodohlah."

Maleeq ketawa enteng. "Maaflah. Benda-benda yang dah lepas ni aku tak berapa nak ingat sangat. Lagi-lagi pasal budak tak berapa nak popular tu, yang tahunya hanya pandai mensabotaj orang, malas aku nak ingat. Tak penting langsung."

Mukhriz sudah menggenggam penumbuk sedia diagah pada Maleeq. Tercabar kelakiannya mendengar kata-kata musuh lamanya itu.

"Minta maaf banyak-banyak, aku tak dapat layan kau lama-lama. Ada kerja yang kena siapkan cepat. Kalau Tengku Mukhriz a.k.a Abang Riz ni sudah tidak ada apa-apa keperluan, lif di sebelah sana ya. Takkan lah baru keluar penjara nak kena disumbat lagi, kan?" Maleeq teruskan langkah masuk ke pejabat. Tak ada point nak layan orang tak penting macam si Mukhriz ini. Buang karan.

"Puteri Zaharah sepatutnya kahwin dengan aku. Bukan dengan kau."

Yang ini Maleeq tak boleh biarkan. Langkah tadi sudah elok nak masuk, terpaksa uturn semula. "Yang itu kau jangan mention. She's mine! Pasal yang lain aku tak hairan. Tetapi Puteri, jangan kau berani sebut nama dia."

Maleeq sambung langkahnya setelah memperingatkan Mukhriz. Intercom di dinding segera dicapai. "Security! Macam mana boleh biarkan orang luar ceroboh naik ke pejabat saya ni? Naik atas cepat, bawa dia keluar."

Maleeq tak mahu tahu. Yang dia mahu Tengku Mukhriz sudah dibawa keluar dari pejabat ini. Biarlah orang nampak macam rude atau arrogant pun, dia dah tak peduli. Mukhriz sudah berani menyebut tentang Puteri di depannya. Dia tak akan biarkan mulut kotor lelaki itu menyebut nama wanita kesayangannya.

***

SYUKUR Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hari ini. Seperti yang dirancang pagi tadi, petang ini Maleeq tak sabar-sabar mahu terus ke rumah mertua, yakni berjumpa isteri tercinta. Iyalah, walaupun masih berstatus pengantin gantung, tetapi bapa dan ibu mertua sangat suppoting menjemput dirinya datang ke rumah setiap hari.

Bertemu di lobby sebelum sama-sama bergerak balik, tiga orang sepupu itu bersembang barang sebentar. Maleeq bertanyakan tentang budak baru yang akan Zahaedy ambil sebagai penolong Aryan. Katanya minggu depan baru akan mula masuk kerja. Maleeq kata okey saja.

"Hei, korang! Mertua aku ajak korang berdua datang rumah petang ni. Jomlah sama-sama," ajak Maleeq.

"Ada apa dia orang ajak datang?" Zahaedy bertanya.

"Tak ada apa sangat pun. Cuma dia orang tengah masak-masak. Dia ajaklah kau orang berdua makan malam sekali. Jomlah gerak sama-sama."

Zahaedy tak langsung menjawap. Terlebih dahulu dia periksa jam di lengan. Enam petang. "Maaflah, aku tak dapat join. Kirim salam jelah pada ayahngan dan makngah. Orang rumah aku dah semakin sarat, lepas tu dia tak berapa sihat pula tu. Tak senang hati aku nak tinggal-tinggal dia," kata Zahaedy.

"Lah, macam tu ke?"

"Tak apalah, kirim salam saja pada dia orang. Nanti kalau aku nak datang pun, aku kena bawa Puspa sekali."

Maleeq faham. "Iyalah-iyalah. Nanti aku bagitahu mereka."

Mereka lalu berpisah mengambil haluan senadiri-sendiri. Zahaedy berhajat mahu terus pulang ke rumah, sementara Maleeq dan Aryan mungkin sedang deal sama-sama.

"Kau ikut aku kan, Yan?"

"Emm, boleh juga. Lagipun boring kalau terus nak balik rumah."

"Haa, eloklah tu. Jomlah, kita gerak. Kau drive."

Haih, balik-balik Aryan jadi driver. Mentang-mentanglah Maleeq dah jadi boss. Sabar jelah.

"Untung kau ada mertua macam Tan Sri tu, kan. Supporting gila," pendapat Aryan. Mereka sudah berangkat ke rumah Tan Sri bersama-sama.

"Betul! Aku sungguh bertuah mempunyai mereka. Walaupun aku jauh dari keluarga, tapi dia orang buatkan hidup aku tak rasa sunyi."

Aryan melirik jengkel. "Eleh, tak rasa sunyi konon. Sebab ada Puteri Zaharah, kan?"

"Hoi! Nama tu kau jangan berani sebut, ya. Aku lapah kulit kau kejap lagi macam daging korban." Maleeq acukan jari telunjuk pada Aryan, serius.

"Hek eleh, sebut nana pun tak boleh?"

"Tak boleh! Aku je yang boleh."

"Ceh, kedekut."

Sensitif betul. Sebut nama isteri dia pun tak boleh. Kuat cemburu rupanya si malaun ni. Phui!

Nampaknya Aryan kena berhati-hati nak sebut nana isteri si Maleeq tu. Tak boleh sebut sembarangan, boleh meletup nanti lahar. Eloklah terus pandu saja kereta, jangan cari pasal dengan pengantin gantung ni.

"Hei, Yan. Kau berhenti depan florist tu kejap." Mereka sedang melalui barisan kedai. Maleeq meminta Aryan untuk menghentikan kenderaan.

"Buat apa?"

"Aku ada pesan bunga tadi untuk wife aku. Nak pergi ambil jap," kata Maleeq.

Aryan mengeluh. Untung dah ada wife. Bolehlah sweet-sweet bagi bunga apa semua. Aih, bilalah diri ini nak merasa juga? "Tapi tak ada parkinglah, Maleeq."

"Kau berhenti je di seberang jalan. Biar aku menyeberang ke kedai tu."

"Tak apa ke?"

"Tak apalah. Tunggu jap."

"Okeh!"

Maleeq bergegas keluar dari kereta. Dia perlu berjalan kaki menyeberangi jalan raya memandangkan kereta berhenti di laluan bertentangan. Maleeq tak ada masalah. Yang penting bunga untuk isteri tersayang segera didapatkan.

Tidak lama, Maleeq telahpun keluar dari flower shop tersebut dengan membawa sejambak bunga lily pink kegemaran Puteri. Dia yakin Puteri akan suka. Iyalah, cik isteri tu sudah penat-penat belajar memasak hari ini untuknya, dia kenalah rasuahkan bunga biar isterinya ceria.

Tak sabar Maleeq mahu segera sampai dan bertemu wanita itu. Dia melintas jalan mahu ke kenderaan yang diparkir di seberang sana.

"MALEEQ!" Aryan menjerit seraya keluar dari kereta.

Disaksikan sebuah kereta sedang meluncur pantas sebaik sahaja Maleeq menyeberang, menyebabkan Maleeq tak sempat untuk mengelak.

Bunga terjatuh ke atas tar lalu dilindas tayar kenderaan. Aryan segera berlari mendapatkan Maleeq yang sudah berlumuran darah.

***

PRANG!

"Ya Allah."

"Puteri, hati-hati pegang pinggan tu. Kenapa sampai jatuh ni?" Puan Sri hampiri anaknya yang tanpa sengaja menjatuhkan pinggan kaca sehingga berderai di lantai.

Excited memasak demi nak sambut suami datang hari ini, perasaan Puteri tiba-tiba diserang debar kurang menyenangkan. Tangannya tiba-tiba gementar sehingga pinggan terjatuh tanpa dapat ditahan.

"Puteri okey ke? Masih tak sihat lagi?" Puan Sri risau.

"Tak, mommy. Puteri cuma, Puteri cuma teringat suami Puteri. Tiba-tiba hati jadi tak sedap."

"Lah, iya ke? Sekejap lagi kan Maleeq datang. Mari bangun, jangan pegang kaca tu, nanti cedera tangan." Puan Sri lalu memimpin anaknya bangun dari posisi bertinggung. Sebenarnya Puan Sri turut risau bila dilihat air muka Puteri seperti penuh kerisauan.

Hati Puteri tiba-tiba jadi kurang senang bila terdetik tentang suaminya yang dikhabarkan sebentar lagi akan datang. Semoga tak terjadi apa-apa buruk pada abang. Hati ini tak dapat berbohong yang dia sedang risau.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-07-04 17:26:32 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience