42: AYAM GORENG

Romance Series 889312

SEPERTI yang dijanjikan, minggu berikutnya Aryan pun turun ke Sabah. Syukur Alhamdulillah. Setakat ini semua berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang gangguan. Pun begitu, Aryan tetap perlu berwaspada. Bimbang kalau-kalau ada pihak yang memerhati pergerakannya.

Bad di KL sedang menjalankan peranannya. Melaporkan kepada Aryan jikalau ada sebarang pergerakan mencurigakan.

Zahaedy pula, tak dapat untuk sentiasa perform dalam sebarang misi. Puspa isterinya sedang menunggu hari menghadapi detik-detik pembedahan.

Jadinya, Aryan perlu turun seorang diri ke Sabah buat memeriksa keadaan Maleeq. Mujur dia sudah ada pakat dengan Adam. Setakat ini, perkembangan yang Adam maklumkan cukup membuat Aryan tersenyum gembira.

Aryan tiba sekitar 10:00 pagi waktu Kota Kinabalu. Tanpa membuang masa, dia segera bertolak ke kampung di mana Maleeq berada.

Di daerah ini memang cukup popular kenderaan pacuan empat roda memandangkan ia tahan lasak untuk meredah ke pedalaman. Jadi seperti biasa, 4x4 disewa untuk memudahkan Aryan bergerak ke lokasi yang diinginkan.

Ringkas cerita, Aryan akhirnya tiba di kampung tersebut. Premis kampung di tepi jalan menjadi destinasi. Tak sabar Aryan mahu berjumpa Maleeq yang katanya sudah mampu berkomunikasi dengan normal.

"Assalamualaikom."

"Waalaikum salam. Hei, Aryan. Sampai pun." Adam muncul dari bawah badan kereta. Terus bangun bagi menyambut ketibaan Aryan. Mereka berjabat tangan.

"Sorry lah, tangan kotor."

"Ala, tak ada hal pun! Apa khabar, Adam? Macam mana bisnes?"

"Alhamdulillah, baik. Macam ni jelah, Aryan. Kais pagi makan pagi. Tak ada job, tak adalah duit. Mari duduk"

Hanya kerusi dan meja plastik yang tersedia, Adam mempersilakan tetamunya duduk. "Gerak pukul berapa dari KL? Sekejap aku order minuman."

"Eh, tak payah susah-susah. Nanti biar aku beli sekali. Gerak dari rumah pukul enam pagi lagi. Itu yang sampai awal ni."

"Ooo."

Berbual kosong bagi meredakan nafas yang mengah usai meredah perjalanan jauh. Setelah itu barulah Aryan mula bertanya.

"Mana dia, Adam? Dia kerja tak hari ini?" soal Aryan. Maleeq yang dimaksudkan.

"Ada. Dia baru selesai repair kereta orang. Dia pergi test agaknya. Sekejap lagi dia sampai."

Aryan mengangguk. Tersenyum sekali. Dah pandai repair kereta. Power betul si Maleeq ni. Dalam amnesia pun masih pandai buat kerja.

"Haa, itu pun dia," kata Adam. Kereta customer yang Maleeq test sudah kembali.

"Hei, Maleeq. Sini."

Maleeq terus ke tempat Adam bila dipanggil dirinya datang. Kunci kereta pelanggan tak lupa digantung dahulu di tempat yang tersedia, barulah kemudian dia berabung ke tempat mereka.

"Macam mana? Okey tak kereta?" soal Adam.

"Okey dah lepas service dan tukar minyak hitam. Dah boleh dah orangnya ambil." Maleeq duduk. "Siapa ni?" Perasan akan kehadiran orang baru, Maleeq bertanya.

"Ini Aryan. Kawan aku," beritahu Adam.

"Hello. Sihat ke?" tegur Aryan.

"Sihat, Alhamdulillah. Daripada mana?" Maafkan jika bahasanya agak baku. Okey, Aryan maklum!

"Aku dari KL. Kau Maleeq, kan?"

"Haah! KL? Jauh ke dari sini?"

"Jauhlah, kena naik kapal terbang."

"Ooo."

Serupa orang asing yang baru bertemu, Aryan cuba berbual secara natural. Tak mahu terlalu gopoh dalam usaha mendekati Maleeq.

"Korang dah makan belum? Kalau belum, biar aku belanja," kata Aryan.

"Wah, langkah kananlah kami kalau ada orang nak belanja. Kau nak makan apa, Maleeq?" tanya Adam.

"Aku apa-apa je. Tak kesah pun."

"Iyalah tu. Nanti dah beli kau tak suka pula."

Maleeq diam dan hanya mengemam senyuman tawar. Entah apa yang difikirkan.

Tapi di mata Aryan, karakter itu jauh berbeza dengan Maleeq yang dulu. "Maleeq, kalau aku nak cakap sikit dengan kau, boleh tak?" Aryan cuba memulakan pendekatan.

"Nak cakap dengan aku? Pasal apa?"

Aryan menoleh pada Adam. Adam mengangguk, barulah Aryan yakin untuk meneruskan. "Macam ni. Aku ni, sebenarnya sepupu kau."

"Sepupu aku? Jadi kita memang dah saling kenal?" Maleeq mula tertarik untuk mengetahui.

"Benar! Kau tak ingat langsung ke?"

Maleeq merunduk, lalu menggeleng perlahan. "Maaf!"

"Tak apa, tak perlu minta maaf. Aku datang ni memang nak bagi kau refresh balik ingatan kau. Kalau kau nak tahu, kau, aku, dan seorang lagi sepupu kita iaitu ZD. Kita bertiga, dah macam adik beradik. Kita rapat seperti saudara kandung. Kita sentiasa bersama, dalam hal kerja atau apa saja. ZD dah kahwin, kau pun dah kahwin. Aku juga yang tak jumpa jodoh lagi. Tapi, itu menjejaskan perhubungan kita. Kita tetap bersama-sama. Kau tahu tak?"

Sayu wajah Maleeq mendengar pendedahan Aryan. Benarkah seperti itu kisahnya? Kenapa dia tak jumpa satupun bayangan itu di dalam mindanya? Semuanya kelam dan gelap. Siapa dan apa yang Aryan maksudkan pun dia tak berjaya mencari jawapan. Ruginya diri ini.

"Maleeq, tak apa. Kalau kau masih tak ingat, jangan paksa diri. Aku datang ni bukan nak paksa kau ingat semula. Cuma aku nak perkenalkan diri, supaya kau tahu yang aku ni sepupu kau," kata Aryan. Perlu berhemah dalam melakukan pendekatan. Dia tahu bukan mudah untuk memaksa orang yang mengalamni amnesia untuk mengingat semula.

Maleeq mendesah dengan memejamkan matanya. "Benar ke, yang, aku ni dah kahwin?" soalnya.

Aryan menguntum senyuman. "Benar! Kau adalah suami kepada seorang wanita, yang kau amat cintai."

"Tapi kenapa aku tak boleh mengingatnya?"

"Macam aku cakap tadi, slow-slow. Jangan paksa diri. Kau, nak tahu nama isteri kau?"

Maleeq membuka matanya lantas mengangguk.

Bergayut semula senyuman di bibir Aryan. "Nama isteri kau, Puteri Zaharah. Dia seorang wanita yang cantik, yang kau amat tergila-gilakan dulu. Kau hilang ketika kandungannya masih kecil. Sekarang kandungan dia sudah semakin besar. Dia sabar tunggu kau balik."

Maleeq merunduk semula sambil memicit kepalanya. Apa yang Aryan sampaikan semua terasa asing di telinganya. Kenapa tiada sebarang gambaran tentang masa lalunya? Adakah dia akan mampu mengingat semula? Ataukah dia akan terus seperti itu selama-lamanya? Maleeq mendesah perlahan.

"Oh ya, kau nak tengok gambar dia tak? Mana tahu ia membantu," cadang Aryan.

Maleeq menoleh pada Adam selanjutnya beralih pada Aryan. Dia pun mengangguk.

Aryan lalu mengeluarkan telifon bimbitnya. Dibuka galeri, dicari gambar Puteri yang dia simpan, sengaja untuk ditunjukkan kepada Maleeq. "Ini dia isteri kau."

Skrin telifon mulai dipandang. Wajah seorang wanita cantik bertudung sopan telah dijamah oleh kornea. Agak lama Maleeq menatapnya, mencari sebarang petunjuk yang mungkin dapat merungkai kegelapan ini.

"Ugh!"

"Maleeq, kenapa?"

Dia memegang kepala. Mula-mula hanya dengan satu tangan. Lama kelamaan dia semakin tersiksa, sehingga dia perlu mencengkam rambutnya.

"Aahh..."

"Hei, kau okey ke?" Adam buru-buru mendapatkannya.

"Adam, kenapa dengan dia?" soal Aryan. Turut panik.

"Dia memang macam ni kalau paksa diri untuk mengingat sesuatu. Sekejap aku bawa dia berehat." Adam lalu memapah Maleeq bangun untuk dibawa berehat.

Kerusi malas ada tersedia di belakang digunakan untuk Maleeq menenagkan sakit kepalanya. Tak lupa ubat diberi sesuai pesanan Hanna apabila Maleeq mengalami sakit kepala. Setelah itu barulah Maleeq berangsur tenang. Adam biarkan dia berehat sebentar.

Adam lalu kembali semula menemui Aryan.

"Dia memang selalu macam tu ke, Adam?" tanya Aryan.

"Haah! Dia akan sakit kepala kalau dia paksa diri mengingat sesuatu. Ada satu tahap tu dia sakit kepala sampai termuntah-muntah," jelas Adam.

"Iya ke?" Sayu muka Aryan diselimuti rasa bersalah. Berkemungkinan caranya agak berlebihan dalam meng-approach Maleeq yang belum pulih. Aryan tak patut memaksa sehingga sejauh itu.

***

TIGA puluh minit kemudian, Maleeq telah kembali stabil. Dia menemui Adam yang tak lagi bersama Aryan. "Adam, mana dah tadi tu?"

"Maksud kau, Aryan?"

Maleeq mengangguk.

"Dia pergi ke pekan sekejap. Katanya nak beli makanan untuk kita. Kau dah okey ke?"

Dia mengangguk lagi.

"Tak apalah, kalau masih tak okey kau rehat je."

"Tak apa, aku dah okey."

Adam tak dapat melarang bila Maleeq mahu sambung kerja. Harap-harap dia benar-benar sudah okey.

"Assalamualaikum." Aryan datang semula. "Nah, makanan. Kau orang belum makan lagi kan?" Satu bucket set ayam goreng diletakkan di atas meja. Aryan berharap Maleeq suka.

"Wahh, KFC," jerit Adam. Teruja!

Jarang dapat makan hidangan ayam goreng popular tersebut. Terhalang oleh jarak yang agak jauh, dan juga dari faktor kewangan yang amat terhad. Kalau dapat makan setahun sekali pun dah syukur.

"Hei, Maleeq. Mari berhenti dulu. Kita makan," panggil Adam.

Tak lama kemudian Maleeq pun datang bergabung.

"Dah okey ke?" soal Aryan.

Maleeq hanya mengangguk dengan senyuman tawar. Dia duduk sedikit canggung.

"Dah, makanlah. Jangan malu-malu. Aku beli ni memang untuk korang pun," kata Aryan.

Tak lama kemudian, Maleeq dan Adam mula menjamah hidangan. Dibiarkan oleh Aryan mereka menikmatinya. Nampak sangat berselera, buatkan Aryan serasa mahu menangis.

"Sedap ke?" Aryan bertanya pada Maleeq.

"Sedap! Terima kasih, Aryan. Kau tak makan sekali ke?"

Aryan menguntum senyuman. "Tak apa! Kau makanlah dengan Adam. Kalau kau suka, nanti aku beli lagi."

Maleeq mengangguk. "Suka!"

Aryan menyedut udara dalam-dalam lantas menghembusnya perlahan-lahan. Miris hati melihat Maleeq makan ayam goreng dengan berselera. Dalam fasa pemulihan ini, dia tentu perlukan banyak tenaga. Tak hairan kalau dia menikmati makanan lahap sekali. Sebak Aryan melihatnya.

"Maleeq!"

Maleeq menoleh. "Apa?"

Aryan merangkai ayat terlebih dahulu sebelum terus berkata-kata. "Esok, nak tak kita pergi jumpa doktor?"

Maleeq berhenti makan. Perlahan-lahan mula meletakkan tumpuan pada Aryan. "Pergi doktor? Kenapa?"

"Untuk periksa kaulah. Supaya kau tak asyik sakit kepala macam tadi."

Maleeq tak segera menjawap. Dia berfikir sejenak. "Mahal ke bayaran dia? Aku mana ada duit."

"Yang tu kau tak perlu risau. Kalau kau setuju pergi jumpa doktor, aku akan belikan ayam goreng ni untuk kau hari-hari. Macam mana?"

Maleeq tak tahu untuk menjawap, sebaliknya dia mencari jawapan di wajah Adam. Malangnya Adam hanya menjongkitkan bahu. Setelah itu barulah dia menemukan jawapan sendiri.

Dia setuju.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-09-10 13:44:59 

Update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience