17: DEJA VU

Romance Series 889375

"ABANG! Abang rehat dulu ya. Puteri nak pergi bilik depan sekejap nak ambil pakaian bawa ke sini. Kalau abang nak apa-apa bagitahu Puteri, okey?"

Jam sudah menunjukkan lapan malam. Mereka pun keletihan akibat berpesta seharian. Puteri perlu mengambil pakaiannya sebentar untuk dipindahkan ke bilik baru. Jadi dia minta keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.

Tetapi, Maleeq malah merengek macam budak kecil nak kena ditinggal emaknya. Tak dikasi isterinya beredar. "Ala, besok-besok pun boleh ambil, sayang. Janganlah tinggalkan abang. Takut!" Apa yang ditakutkan pun tak tahu.

"Mengadalah abang ni! Seriuslah takut?"

"Aah! Takut nak jauh-jauh dari sayang. Seinci pun tak mahu pisah, tau!"

Puteri ketawa lucu. Ada-ada saja suaminya ini. Tahu dah, miang! "Abang sabarlah dulu. Puteri kejap je. Sekejap lagi Puteri datang balik."

"Alah, sayang. Sayang... Janganlah! Princess..."

Tak tahulah dia punya mengada tahap macam mana. Bukannya bini dia nak keluar jauh pun. Pergi bilik sebelah je.

Terpaksa suaminya ditinggalkan dulu. Puteri perlu mengambil barang-barangnya di bilik lama. Kosmetik dan mandian perlu dibawa pindah selain pakain dan bantal peluk kesayangan.

Sementara Maleeq, terpaksa melopong membiarkan isterinya keluar. Sebenarnya dia pun dah kepenatan, sebab itu dia tak bagi Puteri keluar. Karang dia tertidur betul-betul, apa pun tak dapat. Rugi besarlah!

Uwaaah!!! Menguap banyak kali, mata pun dah mula kuyu. Isteri pula tak kunjung tiba. Mana sayangku ni? Katanya sekejap je. Akhirnya Maleeq kalah. Terlelap juga matanya.

Tetapi, lelapnya kali ini agak berbeza. Dia rasakan tidurnya cukup nyaman dan selesa. Mungkin kerana penangan bilik baru? Mungkinlah!

Tapi Maleeq rasakan dirinya seolah sedang tidur di biliknya sewaktu dia masih tinggal di rumah Zahaedy dulu. Begitulah perasaannya. Sebab itu mudah sungguh dia terlelap. Dalam kiraan detik saja, jiwanya sudah bagaikan terapung ke awang-awangan, ringan seperti awan.

Namun 10 minit kemudian dia kembali tersentak. Pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Mata kekal terlelap tapi sukma seakan masih sedar akan kehadiran.

"Abang! Are you sleep?"

Suara itu muncul mendayu-dayu di pendengaran. Ya! Aura ini sama seperti ketika itu. Maleeq cuba gagahkan diri untuk terjaga, namun dia masih belum berjaya.

Sehinggalah sentuhan tangan lembut meraba dadanya, Kedua matanya automatik terbuka.

Wanita itu tersenyum lembut. Rambutnya yang panjang dibiarkan terurai. Maleeq amati dengan seksama, memaksa mata yang masih separa sedar meneroka sekujur tubuh di hadapannya.

Seperti dia pernah lihat wanita ini mengenakan pakaian itu. Night dress satin berwarna hitam, hanya itu yang melekap pada tubuh rampingnya. Ya! Hanya itu.

Jelas terlihat lekuk badan dan segala bentuk yang si dia miliki. Maleeq cuba ingat semula, di manakah dia pernah melihat wanita ini mengenakan pakaian itu?

Jiwa telah kembali sedar lalu mengusir kantuk dari kepala. Kedatangan isteri yang sedia menyerah diri disambut dengan tangan terbuka. Inilah masanya! Inilah malamnya! Tiada apa lagi yang akan menghalangi. Dia dan Puteri semestinya saling memiliki.

Puteri dirangkul dan dibiarkan duduk di atas pangkuannya. Terlalu dekat sehingga dia dapat merasakan setiap lekuk tubuh wanita itu. Wanginya! Indahnya! Senyuman si dia membuatnya bertambah sedar, bahawa satu ketika, dia pernah mengalami situasi ini. Tetapi ianya hanya di dalam mimpi.

"Sayang! Adakah abang sedang bermimpi?" Dia tak yakin dengan suasana ini. Bagaimana jika dia benar-benar sedang bermimpi?

"Jika abang sedang bermimpi, abang rela untuk tidak bangun. Biarlah abang terperangkap di dunia mimpi buat selama-lamanya. Abang takut jika abang bangun, sayang tak ada dalam pelukan abang."

Betul! Suasana ini betul-betul serupa dengan kejadian dalam mimpinya ketika itu. Dia rasakan seolah, dia dan Puteri telah betul-betul melalukannya. Tetapi bila subuh menjelma, semuanya sirna dan kembali ke dunia nyata.

Cuma masa tu mereka belum menjadi suami isteri lagi. Belum pun bercinta, bahkan sama-sama saling bermasam muka. Tak apalah kalau Puteri tak ada betul-betul pun, kan!

Ya! Dia pasti. Peristiwa ini pernah hadir dalam mimpi. Hari ini dia alaminya semula, tetapi dalam wujud yang nyata.

Ataukah, ini yang disebut, Deja vu?

Puteri meraih tangan suaminya yang masih cuba merangkai keyakinan. Tangan itu lalu diletakkan di atas dadanya. Puteri pun berbisik. "Just touch it, and feel it. Rasakan degupan jantung ini, bergetar menanti sentuhanmu. Puteri hanya milikmu, Mr. Mike-ku."

Puteri lalu membawa tangan Maleeq ke mulut, biar jari-jemari perkasa itu merasai kehangatan sentuhan bibirnya yang lembut.

Agak lama Maleeq tergamam membiarkan Puteri mencium jari-jarinya, jari itu perlahan bergerak menyentuh bibir tersebut.

Bibir, hidung, pipi, mata dan juga dagu, bahkan hingga ke leher Puteri semua disentuhnya. Dia mahu pastikan bahawa dia tidak sedang berkhayal atau bermimpi lagi. Tak mahu perasaannya dipermainkan oleh khayalan bersama Puteri.

Baju tidur satin itu hanya menutupi paras dada, dengan memiliki tali halus bergantung di bahu. Maleeq lurut tali itu ke bawah sehingga tiada apa yang menutupi isterinya lagi.

Disentuhnya, dipegangnya dan didekap erat-erat. Apa saja yang ingin dilakukan dulu kini dituntaskan semua.

Dua batang tubuh telah saling melekap, lalu berguling-guling di atas pembaringan yang hangat, saling mencurahkan rasa yang ada. Sentuhan-sentuhan cinta semakin panas bersama gelora asmara.

Tiada lagi yang menghalangi, bahkan secarik kain pun tidak lagi menutupi. Malam ini adalah milik mereka, bersatu dalam kehangatan cinta yang suci.

"Aaw! Abang... Sakit." Puteri menggit bibir bawah menahan rasa yang untuk pertama kalinya.

"Sakit sikit je, sayang! Hold it, and feel it. Nanti lama-lama mesti best." Suara Maleeq terdengar garau tatkala mengatakannya.

"Aaaahh! Sakit, abang."

Maleeq sungging tawa di bibir. Rintihan Puteri justeru semakin membangkitkan syahwatnya. "Sayang tahan ya. Abang buat slow-slow."

Dengan lafaz Bismillah, akhirnya Maleeq memulakan tugasan utamanya sebagai suami. Hutang telah dilangsaikan. Gejolak jiwa sudah temui habuan. Malam ini adalah satu permulaan, sebagai saksi akan penyatuan cinta suci yang akan berlayar bersama-sama mengharungi bahtera kehidupan.

Puteri membiarkan matanya terpejam saat menerima setiap tujahan. Bibir digigit menahan rasa yang tidak pernah dia alami sebelum ini. Desahan demi desahan yang semakin asyik telah mula kedengaran.

Malam yang panjang! Malam terindah buat si dara dan teruna bertemu dalam nikmatnya asmara. Meski sedikit agresif pada permulaan, tetapi Puteri hanyalah seorang gadis sunti yang masih lugu.

Sementara Maleeq pula, walaupun ini merupakan pengalaman pertama baginya, namun sebagai lelaki dia sudahpun bersedia.

Dari mana dia belajar? Tidak perlu ditanya. Semua lelaki pasti tahu jawapannya.

Memang benar kata Zahaedy tempoh hari. Malam pertama adalah malam yang panjang, di mana hampir tiada sesaat lena pun datang menyapa. Keletihan yang pada awalnya hampir menguasai diri kini langsung hilang tanpa sisa. Kehangatan asmara terus membara sehingga subuh menjelma.

Dan, adakah sudah berakhir di situ? Entahlah! Hanya mereka yang tahu penyudahnya.

***

PAGI Sabtu yang tenang. Di meja makan utama, Tan Sri Baharudin sedang menghirup secangkir kopi ditemani isteri tercinta. Hidangan mi goreng mamak kegemaran disua ke mulut dan dikunyah berselera.

Nikmatnya masakan isteri. Meski sudah 26 tahun menikmati air tangan wanita itu, namun tidak sekali tekaknya merasa jemu.

"Ehem! Kiah," panggil beliau pada isteri.

"Iya, bang. Nak apa-apa ke?" Puan Sri menyahut segera.

"Apa cerita anak dan menantu awak tu? Hidup lagi ke tidak?" Tan Sri bertanya selamba.

Tetapi soalan itu malah mengundang kerutan di wajah Paun Sri. Kurang setuju dengan kata-kata suaminya. "Apa abang cakap macam tu? Tak baiklah," marah beliau.

Baginya, kata-kata itukan berupa satu doa. Jadi, tidak baik berkata yang bukan-bukan.

Tan Sri lalu menghela sambil membawa cangkir kopi mendekat. Disisip ke bibir buat membasahkan tekak. "Habis tu! Daripada selesai majlis minggu lepas sampai ke hari ini, tak nampak batang hidung. Kiah ada tengok-tengok mereka ke tak?" sambung Tan Sri.

"Mestilah ada! Mak Jah pun ada hantar bekalan makanan setiap hari ke bilik mereka," terang Puan Sri.

"Mak tuan! Sampai hantar makanan ke bilik?" Tan Sri tidak percaya. Kopi di mulut hampir-hampir nak tersembur semula.

"Lah, dah kenapa? Biarkan ajelah."

"Tak adalah, memanglah biarkan aje. Tapi melampau betul. Apa saja dibuat sampai seminggu tak keluar bilik? Sampai makan pun dihantar dekat bilik?"

"Aih, abang ni pun. Bukan abang ke yang kata sebelum ni? Diorang tak nak keluar bilik langsung pun tak apa. Lagi nak tanya diorang buat apa. Macamlah tak pernah muda?" bidas Puan Sri.

"Muda-muda saya pun tak adalah macam itu rupanya! Aih... Kalau macam gini caranya, mau lebat kita dapat cucu nanti, Kiah."

"Bukan itu ke yang abang nak? Nak cucu ramai-ramai sangat kan?"

Tan Sri pun terkebil-kebil. Kata-kata isterinya tidak lagi dijawap. Lebih baik sambung makan. Sedap betul mi goreng ni.

"Sebab itulah saya decide nak gantungkan dulu perkahwinan mereka sebelum ini. Biar si Maleeq tu buat kerja dulu. Sebab saya tahu dia ini jenis macam apa. Hah! Bila satu kali dibagi chance, macam nilah jadinya. Sampai seminggu tak keluar bilik. Mentang-mentanglah dapat cuti kahwin sebulan. Ini belum kira honeymoon lagi. Aih, sabar jelah!"

Puan Sri hanya tergeleng-geleng sambil ketawa kecil melihat suaminya menggerutu seorang diri. Dia biarkan sahaja lelaki itu membebel. Mi goreng dipinggan kembali nikmati. Apa-apa saja, janji anak dan menantunya happy.

***

"ABANG! Bila kita nak keluar ni?"

Berbikini di tepi kolam renang, Puteri melekap pada tubuh sasa suaminya yang telanjang dada dan hanya mengenakan boxer.

Mereka sedang berbaring di atas nap chair menikmati cahaya matahari usai berendam sebentar tadi. Sunbreathing orang kata. Eh, sorry silap! Sunbathing. Hehehe.

Maleeq menyelak sunglasses untuk melihat ke wajah Puteri. Dia menyeringai. "Bila kesan-kesan love bites dah hilang, baru kita turun. Okey tak," usulnya.

"Tapi macam mana nak hilang? Asal nak hilang je abang topup."

"Ala, biasalah sayang. Balas dendam."

Puteri merengus lalu bangun. "Oo, balas dendam ya? Kalau macam tu, take this!" Dia pun naik ke atas badan Maleeq lantas mengigit leher lelaki itu ganas sekali.

"Aaaw! Ganasnya Princess. I like!"

Nak main gigit-gigit rupanya. Maleeq tak biarkan isterinya melakukan sorang-sorang. Dia join sama rancaknya.

"Nak sambung kat sini pula ya? Baiklah! Let's go!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience