63: ORANG DALAM

Romance Series 889375

TAN Sri baru saja tiba dari luar bersama isterinya. Masuk sahaja ke dalam ward, mereka sedikit terkesima. Tetapi tidak lama apabila reaksi itu langsung bertukar senyuman.

Lantas dihampiri menantunya yang sedang sibuk menukarkan lampin si kecil. Hampir-hampir Tan Sri mahu menitikkan air mata melihat ketekunan menantunya itu mengurus anak.

"Maleeq. Sudahlah tu. Bagi Khaleed pada mommy. Biar mommy uruskan," kata Tan Sri. Berasa simpati melihat Maleeq yang masih belum pulih betul.

"Tak apa, daddy. Sikit aje ni. Dah siap dah pun."

Tan Sri mengeluh perlahan sambil meletakkan punggung di sofa. Isterinya turut duduk sekali. "Kamu tak penat ke? Kan baru selesai menjalani sesi treatement. Selesai aje, kamu terus uruskan Puteri, uruskan baby. Bawalah berehat, Maleeq. Nanti kamu pula yang sakit."

"Benar tu, Maleeq. Mari, biar mommy aje yang uruskan Khaleed tu."

Maleeq menguntum bibir. Selanjutnya dia menoleh pada Puteri yang masih tidur lena tak tahu bila akan membuka mata. Sayu hatinya sedang cuba diusir walaupun dia amat mendamba Puteri segera bangun. Tetapi kehadiran Baby Khaleed membuatnya tidak terlalu terperuk dalam kesedihan. Maleeq lalu beralih semula pada kedua mertuanya.

"Mommy dan daddy tak perlu risau. Saya okey. Setakat urusakan Puteri dan Khaleed, bukan perkara besar pun. Lagipun dah tanggungjawap saya. Anak saya ni, tak cerewet mana pun, daddy. Dia baik dan senang diurus."

Tan Sri dan isteri lalu saling berbalas pandang. Mereka sama-sama mengeluh perlahan membiarkan menantunya menyelesaikan urusan.

Oleh sebab itu mereka amat menyayangi Maleeq seperti anak sendiri. Dalam keadaan belum begitu pulih pun dia tak lupa tanggungjawapnya.

"Oh ya, Maleeq. Tadi Aryan ada mesej pada daddy. Katanya dia nak ajak kamu keluar," sela Tan Sri.

"Keluar? Keluar ke mana, daddy?"

"Tak tahulah. Mungkin minum-minum teh barangkali. Kebetulan Bad sudah berjumpa dengan Adam, kembarnya. Makin meriahlah geng kamu lepas ni."

Maleeq tak menjawap melainkan hanya menguntum senyuman. Khaleed sudah selesai dipakaikan baju. Si kecil itu lalu diambil alih oleh Puan Sri untuk diberikan susu.

Maleeq lalu terfikir tentang Adam dan Bad. Siapa sangka mereka dua itu adalah kembar. Bad adalah stafnya dulu. Manakala Adam pula majikannya sewaktu di Sabah. Terasa lucu, tetapi juga menyeronokkan.

"Kalau kamu nak keluar minum dengan mereka, pergilah, Maleeq. Tak perlu risau pasal anak dan isterimu, kami ada sini," kata Tan Sri.

"Tapi, daddy dan mommy tak apa ke?"

Puan Sri tersenyum. "Tak apa. Pergilah keluar dengan mereka. Awak tu pun perlukan refreshing. Kasi segar sikit minda dengan hangout bersama kawan."

Ada betulnya kata-kata mommy dan daddy. Kalau tak silap sudah seminggu dia di sini. Setiap hari dia habiskan masa di dalam bilik wad menemani Puteri sahaja. Kadang menangis, kadang berdoa. Mujur Baby Khaleed sedikit membuat perhatiannya terbahagi. Jika tidak, pasti dia akan terus-terusan bersedih menyalahkan diri sendiri.

Sesekala, ada baiknya jika dia mencuri masa sebentar untuk sekadar keluar minum bersama Aryan dan geng. Mana tahu ia juga membantu memflashback memori-memori yang terlepas pandang.

Kalau begitu, ajakan Aryan untuk keluar minum petang ini disetujui. Kebetulan kedua mertuanya ada. Tidaklah terlalu risau mahu meninggalkan Khaleed dan Puteri.

***

"ARYAN. Kita nak ke mana sebenarnya?" Maleeq berjalan beriringan dengan Aryan keluar dari bangunan hospital.

Semenjak kepulangannya minggu lalu, inilah kali pertama dia keluar dari bangunan tersebut. Selama ini, sepanjang harinya dia akan habiskan masa buat menemani Puteri serta menguruskan Khaleed. Bagus juga bila dia mencuba atmosfera baru di luar sana, di dunia yang masih terasa asing bagi dirinya.

Benar. Maleeq masih belum mampu mengingat dengan sempurna. Tetapi kegigihannya untuk segera sembuh telah membuka sedikit demi sedikit titik cahaya itu. Maleeq mula merasa selesa berada di tengah-tengah keluarga.

"Tak ada mana. Kita pergi lepak di cafe je. Minum-minum coffee. Macam yang kita biasa buat dulu bila habis kerja," kata Aryan.

"Bad dengan Adam tak ikut sekali ke?"

"Tak. Dia orang pergi Low Yat. Nak cari handphone baru katanya."

Maleeq membentuk miming 'o'. "Jadi, kita lepak dua orang ajelah?"

"Taklah. Dengan ZD sekali. Kita dari dulu memang bertiga macam ni. ZD, aku dan kau. Ke mana-mana, kita memang sentiasa bertiga."

Maleeq mula membentuk senyuman di bibir mendengar penjelasan Aryan. Tak hairan apabila jiwanya terasa amat selesa dengan lelaki bernama Zahaedy itu. Rupanya mereka memang serapat adik beradik sedari dulu.

"Nah!" Aryan mencampak segugus kunci kepada Maleeq sebaik mereka tiba di tempat letak kereta.

"Apa ni?" Maleeq membelek bendalah di tangannya itu.

"Kunci kereta kesayangan kau. Aku sengaja bawanya ke mari supaya kau boleh melepaskan rindu pada si merah kebanggaan kau ni."

Barulah Maleeq sedar bahwasannya mereka kini sedang berada di hadapan sebuah kereta sport berwarna merah. Maleeq tertegun. Bayangan-bayangan flashback mula berpusu-pusu bermunculan. Sesekali dia memegang kepala bila memori terlampau penuh sedang berlumba-lumba mahu menerobos keluar dari sangkar otaknya.

"Kau okey tak?"

Maleeq mengeluh halus lantas mengangguk. "Okey. Cuma aku belum confident nak membawanya."

Kunci lalu diserah semula kepada Aryan. "Kau bawa dululah, Aryan."

Aryan mengeluh lalu menayang muka menyampah. 'Aryan, dia panggil nama aku? Memang sah kau masih belum sembuh, Maleeq. Diri kau yang sebenar tak akan bercakap lembut, sopan santun macam ni dengan aku.'

"Aryan. Boleh ke? Kalau kau keberatan, tak apalah aku cuba bawa."

Aryan menggulingkan anak mata. "Yalah, yalah. Aku bawa. Huh!"

***

MEREKA telah tiba di cafe favorite. Kebiasaan seperti kedai kopi modern, cafe tersebut ada menyediakan minuman dan juga pencuci mulut ala-ala barat. Caramel latte langsung dipesan oleh Aryan.

Makala Maleeq biasa akan memesan espresso. Kopi yang dibrew tanpa gula, pekat dan panas. Namun, dia masih blur untuk beberapa saat. Sehinggalah Aryan menunjukkan padanya coffee tersebut.

"Kau biasa minum ni." Mununjuk pada gambar di buku menu.

Tanpa ragu Maleeq kemudian memesannya.

"Oh ya. Mana ZD? Katanya nak lepak sekali?"

"Sekejap lagi dia sampailah tu."

Maleeq tak bertanya lebih. Dia hanya mengangguk lantas mula meneguk minuman yang telah sampai.

"Maleeq, kau tahukan apa jadi pada syarikat ayah mertua kau?" Aryan mula membuka cerita.

Maleeq mengangguk kembali. Hanya perlahan.

"Itulah yang aku ajak kau sembang ni. Tentu Tan Sri ada memberitahu kau serba sedikit, bukan?"

"Betul! Daddy ada bagitahu aku, tapi bila aku bertanya lebih, daddy nampak sedih dan enggan bercerita. Bagus juga bila kau buka cerita pasal ni. Aku memang nak tahu sangat. Apa dah jadi sebenarnya?"

Aryan mengeluh perlahan. "Syarikat Tan Sri kena rampas."

"Lalu?"

"Yang melakukannya bukan orang lain, tetapi anak buah Tan Sri sendiri. Sepupu isteri kau, Puteri."

Maleeq meletakkan sepenuh tumpuan.

"Nama dia Tengku Mukhriz. Dia... dia ada hati dengan isteri kau."

"Apa kau cakap?" Maleeq tiba-tiba bingkas dari posisi duduk.

"Sabar dulu. Aku belum habis bercerita."

Maleeq cuba mengawal dirinya. Perlahan-lahan dia mengatur nafas dan duduk kembali.

"Dia memang berkenan sangat dengan Puteri. Tapi sayang, Puteri lebih pilih kau. Jadi dia tak puas hati, dan merancang untuk merampas syarikat itu dari tangan Tan Sri."

"Bedebah!"

Aryan menguntum senyum nipis melihat Maleeq mula berapi-api. Tangan digenggam erat serta wajahnya mula memerah. Inilah rupa sebenar Maleeq apabila sudah marah. Aryan rindu mahu melihat reaksi sepupunya itu sedemikian rupa.

"Hei, kau nak pergi mana?" Ditahan Maleeq apabila lelaki itu tiba-tiba mahu terus mengangkat kaki.

"Aku kena cari si Tengku Mukhriz tak guna tu. Aku kena buat perhitungan dengan dia."

"Sabar, bukan semudah itu. Meh duduk dulu."

"Macam mana aku nak sabar membiarkan musuh menang? Ya, aku masih belum ingat semua benda, tetapi aku dah mula faham keseluruan jalan cerita. Aku tak boleh biarkan manusia durjana itu terus bermaharaja lela."

"Aku tahu. Sebab itu aku ajak kau sembang ni. Kita tak boleh main serang terus. Kita perlukan perancangan."

Darah sudah menggelegak terpaksa diredam kembali. Maleeq menuruti kata-kata Aryan untuk kembali duduk dan bertenang.

"Kita tak boleh bertindak melulu, Maleeq. Kita perlukan plan. Aku yakin Tengku Mukhriz tak keseorangan. Pasti ada campur tangan orang dalam sekali."

"Maksud kau?"

"Pembelot."

Maleeq ternganga.

"Tak apa, kita tunggu ZD tiba. Nanti kita bincang sekali dengan dia. Dia mesti ada cara. Diakan leader kita."

Huh! Betul cakap Aryan. Mana boleh terus nak serang aje. Sedangkan dirinya nak memesan minuman pun perlu diajar oleh Aryan.

Kalau begitu, mereka perlu menunggu sehingga Zahaedy tiba. Berbincang bertiga mesti lebih mudah mencari jalan penyelesaian.

Tak lama kemudian Zahaedy pun sampai. Mereka bertiga bersembang santai dahulu, tidak mahu langsung mengusutkan keadaan dengan terus menerjah ke topik utama.

Yang penting sekarang ini, biar Maleeq membiasakan diri berada di tengah-tengah mereka, supaya flashback ingatan semakin terangsang.

Tidak sia-sia, Maleeq mula kelihatan kembali berseri mukanya. Senyumnya turut timbul apabila mereka menceritakan hal-hal lucu tentang kisah-kisah lama.

"Kau ingat tak, ZD? Masa tu ada akak tu datang ke markas kita, minta bantuan nak siasat suami dia. Last-last dia ajak kau kahwin pulak." Aryan terbahak besar usai menyudahi ceritanya.

"Eleh, kau pun apa kurangnya? Kau yang berjaya siasat suami akak tu, alih-alih suami dia tu pulak nak jadikan kau anak ikan. Hahaha! Geleman, siot."

Terus padam tawa Aryan apabila Zahaedy balas membahannya. Memang mencabar betul kerja jadi spy ni. Bila diingat, Aryan serasa mahu mandi tujuh perigi nak samak badan sendiri kerana sempat diraba oleh suami kepada kliennya yang ternyata memiliki nafsu songsang. Eeww... Naudzubillah!

"Aku pula macam mana?" Maleeq menyampuk.

Nak tahu juga cerita tentang dirinya sendiri yang dia masih tak berapa nak ingat. Mana tahu ada kisah-kisah lucu macam mereka juga. Boleh buat bahan ketawa.

"Kau? Kau tu boring. Mana da cerita best pasal kau." Tajam Zahaedy membidas.

Padam terus muka ceria Maleeq.

"Haah. Cerita kau tu, tak habis-habis dengan angau kau pada Puteri Zaharah. Angau tapi tak nak mengaku. Lepas tu aku juga tukang dengar cerita angau kau. Menyampah."

"Kan???"

Aryan dan Zahaedy ketawa besar bila berjaya mengenakan Maleeq.

Merah muka orang tu, tersipu-sipu. Baru dia tahu, macam tu sekali nampaknya dia angaukan Puteri dulu. Tapi Puteri memang cantik pun. Tak hairan bila dirinya sampai angau.

Maleeq mendesah usai menghabiskan tawanya. Dalam hati tak berhenti berdoa, supaya Puteri lekas terjaga. Tak sabar ingin mengulang kembali kisah angaunya bersama wanita itu nanti.

"Oh ya, ZD..."

"Aah, ma'am dah mesej. Aku kena gerak dulu, guys." Zahaedy terus berpamitan selesai membaca pesanan ringkas di beranda telifon.

"Ala, baru lepak kejap."

"Haih, sorrylah. Petang-petang begini orang gaji dah nak balik. Apa lagi, akulah yang ambil tugas uruskan baby. Kau faham kan?"

Maleeq dan Aryan akhirnya faham dengan keadaan sepupu tertuanya itu. Begitulah kalau isteri sedang dalam pantang. Nak lepak lama-lama pun tak senang.

Zahaedy sudah berpamitan. Tinggallah Aryan dan Maleeq sahaja yang masih di situ.

Aryan lalu memberi isyarat anggukan kepala. Maleeq mengerti. Mereka berdua turut beredar dari tempat tersebut.

***

ZAHAEDY berada di sebuah basement tempat letak kereta. Agak lama lelaki itu berdiri di situ. Seperti menunggu seseorang, tetapi tak tahu siapa yang ditunggu.

"ZD. Kau buat apa sini?"

Zahaedy tersentak lantas berpusing ke belakang. "Yan, Maleeq. Korang, buat apa kat sini?"

Aryan mengecilkan mata merenung Zahaedy. "Aku yang tanya soalan tu pada kau. Kau buat apa kat sini? Bukan kau kata kau nak balik ke?"

"Aah! Aku nak baliklah ni. Nak pergi kat kereta."

"Kereta kau kat depan cafelah, ZD. Lepas tu kau nak cakap kau turun sini sebab nak ambil kereta kau?"

Zahaedy kehilangan keta-kata buat beberapa ketika.

Aryan yang dapat menangkap gelagat itu, semakin mempertajam seluruh panca inderanya buat mengesan sebarang gerak-geri mencurigakan.

"Tak, yang korang ekori aku ni apahal?" Zahaedy mula menunjukkan riak tidak puas hati.

"Kenapa? Tak ada masalah pun, kan?" Aryan menjawap tenang. Sementara Maleeq bersedia di sebelahnya.

"Masalah tu tak. Cuma kau dah cuba ceroboh ruang privasi aku."

"Sejak bila di antara kita ada ruang privasi? Lainlah kau di rumah dengan anak bini, itu barulah privasi."

"Kau nak apa sebenarnya ni, Yan?"

Aryan menyungging senyum sinis. "Aku nak tahu, apa yang kita orang tak tahu."

Share this novel

norsila
2023-11-23 12:05:08 

adakah zd yg pkhianat tu..?

Zue
2023-11-21 00:31:41 

jgn ckp zd belot pulak.....mau MKN kaki Aryan ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience