26: TAK MAKAN SAMAN

Romance Series 889375

BUMI Borneo mengucapkan selamat datang kepada manusia bernama Maleeq Al-Habsi. Bukan perkara asing pun mendaratkan kaki di negeri ini. Banyak kali juga Maleeq outstation ke pelbagai daerah di Sabah ini.

Tetapi kali mungkin agak berbeza, kerana dia datang dengan membawa satu misi mustahak. Semoga Tuhan memberi keberkatan pada setiap langkah sehingga segalanya berjalan dengan lancar.

Maleeq telah disambut oleh PA daripada klien yang telah menantinya. Memandangkan dia tak datang bersama Aryan mahupun Bad, maka PA tersebut ditugaskan untuk memudahkan segala urusan Maleeq di sini.

Simon nama lelaki itu. Memandu pacuan empat roda bagi menghantar Maleeq ke sebuah hotel lima bintang.

Di sana Maleeq lalu diturunkan. "Thank you for your helping, Simon. Tapi saya rasa hari ini saya tak perlukan apa-apa selain berehat," katanya. Hanya menggalas backpack dan berhajad mahu segera naik ke hotel.

"You're welcome, tuan. Tapi saya ditugaskan untuk membantu urusan tuan di sini. Jika mahu apa-apa, hubungi saja saya," ujar Simon.

"Tak apa, awak boleh balik. Tapi kalau boleh, awak tinggalkan 4x4 tu untuk saya guna. Boleh?"

"Tak ada masalah, tuan! Tapi alangkah baik jika saya drive untuk tuan. Tidak perlu tuan bersusah-susah sendiri."

Maleeq ketawa. "Awak tak perlu berlebihan dengan saya. Saya okey! Tak apalah, saya naik dulu. Kunci kereta nanti tinggalkan dekat reception."

"Baiklah, tuan!"

Maleeq segera naik ke atas usai berpamitan. Dia tak sabar mahu mengabari isterinya yang dia telahpun tiba. Pasti wanita itu sudah tertunggu-tunggu. Kesihannya! Kena tinggal ya?

"Hello, sayang! Abang dah sampai ni." VC turned on.

"Abang! Abang tak pergi dengan Aryan ke? Kenapa si Aryan tu ada je dekat sini?" Muncul-muncul saja Puteri terus serang dengan soalan.

Tadi Aryan ada datang ke rumah bersama Zahaedy berjumpa Tan Sri. Mati-mati Puteri ingat Aryan pergi sekali. Rupanya suaminya pergi seorang diri.

"Tak, sayang. Abang pergi seorang je. Aryan ada kerja banyak kat office, jadi abang tak dapat bawa dia." Maleeq merebahkan badan di atas tilam hotel. Penat!

"Sampai hati abang tak bagitahu Puteri, kan. Kalau Puteri tahu abang pergi sorang-sorang, Puteri tak bagi abang pergi. Paling tidak pun Puteri akan ikut sekali."

Haa, tulah Maleeq. Buat kerja tak clean. Kan dah kena bebel dengan bini. Puteri sudah pesan jangan berahsia. Apa saja aktiviti kena update pada dia. Sudahlah orang itu sedang mengandung.

Pandai-pandailah nak pujuk. Nasib baik sekarang sudah pakar dalam bab pujuk memujuk ni. Bagi cak-cak sikit je, terus Puteri senyum balik.

    
***

MEETING hari Isnin pagi, Maleeq telahpun sedia berangkat dengan pacuan empat roda yang Simon tinggalkan. Tempatnya tidak terlalu jauh dari hotel iaitu terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. Maka dia tak perlu terburu-buru bersiap terlalu awal.

Hanya 10 minit Maleeq pandu kenderaan, dia telahpun tiba di lokasi. Di sana Simon sudah menanti bersama majikannya. Maleeq segera disambut dengan ramah.

Memang tak salah Tan Sri Baharudin mempercayakan menantunya membentangkan mesyuarat hari ini. Klien-klien dari luar negara khususnya amat terpegun dengan persentation Maleeq yang begitu berwibawa. Hubungan diplomatik langsung disetujui serta merta. Tak ada seorang pun yang menolak cadangan-cadangan yang Maleeq bentangkan.

"Huh! Syukur Alhamdulillah. Selesai juga, sayang." Pukul dua petang Maleeq dihantar oleh Simon kembali ke hotel. Sempat lagi on VC dengan isteri dalam perjalanan.

"Alhamdulillah! Tahniah, abang. Puteri tahu abang pasti berjaya."

"Thank you, Princess! Biar daddy bangga dengan menantu dia ni. Berjaya uruskan syarikat, berjaya hamilkan anak dia. Oops!"

"Abang..." Puteri merengut. Biasa betul suami dia ni. Bikin orang tambah rindu saja. Hihihi!

Maleeq pula terspu sendiri main terlepas-terlepas cakap. Sedangkan di sebelah ada Simon masih fokus memandu. Tak pasal-pasal member tu melirik. Ish, tak tahu malu betul.

"Tak sabar nak jumpa abang petang ni. Abang balik hari ini, kan?" soal Puteri. Menurut yang Maleeq beritahu semalam dia balik hari ini.

"Err... Ya! Tapi abang nak kena balik hotel dulu. Nak rehat jap," kata Maleeq.

"Abang ambil hotel berapa hari? Bukan sepatutnya dah check out ke?" Puteri mula curiga.

"Err, betul! Tapi abang ambil dua hari. Dengan hari ini, kan. Balik meeting ni abang nak kena rehat dulu sebelum bertolak balik."

Kenapa Puteri rasa lain macam jawapan Maleeq ni? Macam meragukan. Tapi dia sedapkan saja hatinya untuk tidak mahu terlalu curiga. Dia percaya Maleeq bukan begitu orangnya.

Tiba di hadapan hotel, Maleeq lagi sekali berpamitan kepada Simon. "Baiklah, Simon. Terima kasih atas pertolongan awak. Dan kalau boleh, saya nak awak tinggalkan kunci kereta lagi sekali di reception. Saya masih nak guna petang ini."

Simon hanya mengangguk walaupun dia sedikit janggal. Bukankah sepatutnya hari ini Tuan Maleeq bertolak pulang ke KL?

Tetapi Simon tak mahu banyak bertanya. Dia turuti sahaja sesuai kemahuan. Lagipun tugasnya juga sudah selesai.

***

"MALEEQ! Apa yang kau cuba buat ni?" Zahaedy tak sedap hati. Dia terus menghubungi Maleeq yang masih berada di Sabah.

Sepatutnya petang ini Maleeq bertolak pulang. Tapi sepupunya itu tak mengabari apa-apa selepas meeting selesai siang tadi. Jam sudah hampir pukul enam petang waktu Kuala Lumpur. Zahaedy terus menghubungi dia segera.

"Aku dapat trace satu lokasi yang mencurigakan. Aku yakin ianya adalah lokasi projek rahsia itu berlangsung. Sebab itu aku bermati-matian mahu terbang ke Sabah untuk membongkar kegiatan ini. Biar tangan aku sendiri yang menghadapkan muka-muka itu ke hadapan mertua aku," tegas Maleeq. Kini sedang dalam perjalanan memandu 4x4 ke sebuah tempat yang terletak di pedalaman.

Terduduk Zahaedy mendengarnya. Susah payah dia cuba rahsikan perkara itu, alih-alih Maleeq sendiri yang dapat mengesan lokasi. Silap besar kalau nak sembunyikan sesuatu dari dia ini. Memang deria anjing betul.

"Maleeq, tapi kau tak boleh buat macam ni seorang diri. Terlalu bahaya! Kenapa kau tak beritahu kita orang, hah? At least ada yang cover kau," marah Zahaedy.

"Tak perlu! Aku tahu macam mana nak handle. Sebab selain hal bisnes, perkara ini mungkin menyangkut hal peribadi juga."

"Hal peribadi? Apa maksud kau?" Sumpah Zahaedy semakin bingung dengan si Maleeq ini.

"Itu kau tak perlu tahu. Doakan saja aku berjaya memberkas mereka semua."

"Kat mana lokasi tu? Send pada aku. Biar aku dan Aryan menyusul kau ke sana."

"Nanti bila dah tiba aku akan share location pada kau. Sekarang bagi aku memandu dengan tenang dulu. Jangan kacau aku boleh tak?" Dia siap jerit di penghujung ayat.

Pening Zahaedy dengan dia ni. Budak ini memang tak makan saman betul.

"Maleeq, kalau iya pun kau perlukan escort. Tak boleh kau pergi seorang diri macam ni."

Dia justeru ketawa mendengar saran sepupunya. "Escort? Hah! Kau jangan buat aku gelaklah."

"Kenapa pulak?"

"Okey, first aku nak bagitahu kau! Aku bukan VVIP atau putera raja. Aku juga bukan menteri. Aku hanya insan yang memegang amanah daripada yang berbahagia Tan Sri Baharudin, that's all! Second! Orang nak escort aku? Aku escort orang adalah!"

Ish! Dah cakap dah, Maleeq ni tak makan saman. Itu pasal mertua dia pesan sangat-sangat supaya dia tak perlu tahu tentang perkara ini.

"Alamak! Matilah aku." Maleeq mengeluh. Telifon yang digantung pada dashboard masih terhubung dengan Zahaedy.

"Wei! Kenapa?" Risau je Zahaedy.

"Ma'am! Ma'am dah call. Habislah dia nak mengamuk ni. Dahlah, ZD. Malas aku layan kau. Baik aku jawap panggilan orang rumah aku je," bentaknya.

"Ish, kau ni. Apa-apa jelah." Kesal Zahaedy. Orang risau, dia pula risau takut kena marah bini. Lantak kaulah, Maleeq.

"Hello, sayang!" Tayang muka manis.

"Abang! Abang dekat mana ni hah? Kenapa tak balik lagi?" Video call wajib.

Maleeq tayang sengihan. "Princess, abang minta maaf sangat-sangat. Tapi abang perlu selesaikan satu misi lagi. Alang-alang abang dekat sini, jadi abang kena buat semua sekali."

Puteri sudah menangis. "Sampai hati abang! Puteri benci. Abang dah tak jujur dengan Puteri."

Haa, habislah kau, Maleeq. Siapa suruh tak cakap jujur. Merajuk dah bini tu.

Tetapi, rajuk isteri untuk saat ini tak dapat mematahkan semangatnya untuk selesaikan perkara ini. Dia harus teruskan perjalanan sehingga tiba di lokasi yang dimaksudkan.

Pasal Puteri tu, pandai-pandailah dia pujuk. Memang kerja keras sikit, tapi dia sudah biasa.

"Betul ke sayang dah benci abang?" cabarnya. Puteri terus terdiam. "Kalau sayang memang dah benci, abang sekarang tengah memasuki area hutan-hutan, tau. Sebelah kanan jalan ada gaung yang dalam. Kalau sayang dah benci, biar abang terjun je dekat gaung dengan kereta-kereta sekali. Macam mana?"

"Abang, abang, abang, please. Jangan macam ni, abang. Tolong! Puteri cuma nak suami Puteri cepat balik je. Abang, tolong jangan buat macam tu. Puteri sayang abang sangat-sangat."

Huh! Tahu takut. Maleeq tersengih. "Kalau macam tu, sayang kenalah doakan abang berjaya. Jangan cakap bukan-bukan. Abang lakulan semua ini untuk career, untuk syarikat, untuk daddy dan untuk sayang tentunya. Jangan nangis lagi ya."

Puteri terdiam meredakan tangisan. Namun air matanya tetap tak berhenti mengalir. "Abang hati-hati. Puteri sayang abang sangat."

"Iya ke sayang abang? Tak jumpa dua hari ni, rindu abang tak?"

"Mestilah rindu. Lagi nak tanya ke?"

Pandai pun dia pujuk isterinya jarak jauh. Puteri tak lagi marah, namun tetap tak mahu mematikan panggilan.

"Sayang temani abang macam pun abang dah happy. Tak adalah rasa sunyi sangat masuk ke pedalaman ni," kata Maleeq.

"Abang nak Puteri sentiasa on VC?"

"Aah! Temani abang ya. Barulah abang tambah semangat."

Baiklah, kalau itu yang Maleeq mahu. Tak adalah Puteri curiga bila video call sentiasa terhubung macam ni.

Sepanjang memandu menelusuri hutan-hutan kecil dan perkampungan, Maleeq tak rasa sunyi bila bersembang dengan isterinya. Lagi bagus sembang dengan Puteri macam ni daripada sembang dengan Zahaedy. Si ZD tu siap suruh orang patah balik lagi tadi. Saja je nak gagalkan misi.

"Sayang! Dah nak masuk waktu magrib ni. Abang rasa kat depan sana ada perkampungan. Abang nak singgah solat sekejap. Kita off VC dulu ya."

"Baiklah, abang. Hati-hati, tahu. Dah selesai nanti call Puteri balik."

"Baik, ma'am! Habis solat nanti abang online. Bye sayang." Terpaksa dimatikan panggilan. Dia perlu singgah di perkampungan kecil buat menunaikan solat sekejap.

Puteri pula tetap memendam risau tapi juga sedikit lega. At least suaminya sentiasa mengabari di mana dia berada.

30 minit berlalu usai panggilan tamat. Maleeq masih belum mengabari isterinya. Puteri mula resah menanti. Takkan solat magrib lama sangat kot?

Tapi Puteri masih cuba bersabar sehingga setengah jam kemudia. Masih juga tiada panggilan. Puteri mulai tak sedap hati. Kalau begitu ebaiknya dia yang cuba call dulu.

Panggilan cuba disambungkan tetapi tiada jawapan. Maleeq ada memberitahu tadi bahawa di daerah pedalaman itu line tidak berapa kuat. Mungkin saja panggilannya tidak masuk.

Sehinggalah selepas isyak waktu Kuala Lumpur, tetap tiada panggilan dari Maleeq. Puteri mula tak senang duduk. Mana abang ni? Ya Allah, risaunya.

Akhirnya Puteri pergi ke ruangan chat di aplikasi WhatsApp. Dia lihat last seen masih tak berubah, iaitu kali terakhir sewaktu on VC dengannya. Maknanya Maleeq tiada membuka chat lagi hingga sekarang. Apa mungkin di tempat itu line teruk sehingga begitu sekali?

Apa-apapun Puteri kena banyak berdoa semoga suaminya baik-baik saja. Mungkin Maleeq perlukan ruang untuk menyelesaikan misinya. Jadi dia tak patut mengganggu hati sendiri dengan sebarang kecurigaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience