18: HONEYMOON

Romance Series 889375

PERODUA Kancil lusuh berhenti di hadapan rumah papan di tengah lebatnya hujan. Asap putih berkepul-kepul keluar dari ekzosnya. Bunyinya juga sudah tidak enak didengar. Sementara penghawa dingin pula sudah lama tidak berfungsi.

Gadis itu keluar dari perut kereta tersebut selepas terkial-kial menaikan cermin tingkap manualnya. Cepat dia berlari masuk rumah sambil memayungi kepala menggunakan tapak tangan. Cuba melindungi diri dari curahan hujan yang sebenarnya langsung tidak membantu.

"Assalamualaikum." Buru-buru langkah diatur masuk ke rumah. Pakaiannya pun sudah basah. Beg plastik yang dijinjing terus dibawa ke dapur.

"Hanna! Ya Allah, basah kuyup anak ibu. Mari sini." Najwa keluar dari dapur dan mendapatkan anaknya yang baru pulang.

"Nah ibu! Minyak masak dengan pewarna kuning. Plastik pembungkus kecil tak ada," ujar Hanna.

Bungkusan plastik diterima oleh Najwa lalu diperiksa isinya. "Ala, tak ada ke plastik kecil? Aduh, macam mana nak bungkus kerepek nanti? Hanna tak cuba pergi cari kat kedai runcit ke?"

"Susahlah ibu. Hujan! Sudahlah kereta tu tak ada aircond, lepas tu semput-semput lagi. Tak dapat Hanna nak pergi sana."

Najwa melepaskan keluh seketika. Dia faham benar dengan rungutan anaknya. Kereta peninggalan arwah suaminya itu sememangnya sudah sangat uzur. "Nanti ibu ada duit, Hanna hantar kereta ke bengkel Adam ya. Suruh dia repare apa yang patut."

"Tak payahlah ibu." Hanna menolak cadangan tersebut. Sepertinya dia mempunyai rancangan berbeza.

"Ibu! Apa kata kalau kita balik KL je? Sini susahlah ibu, nak dapat kerja," luah Hanna.

Najwa tidak langsung menjawap melainkan merenung wajah anaknya. Sayu sekali. "Ibu faham, Hanna. Bukan ibu tak mahu. Tapi Hanna pun tahu kan, rumah kita di KL sudah disita sebab ibu tak mampu bayar. Sini sajalah tempat tinggal yang kita ada buat masa ini."

"Kita boleh sewa rumah dulu, ibu. Bila Hanna dah dapat kerja yang elok, nanti kita cuba bayar balik slow-slow rumah tu."

"Ibu tahu. Tapi nak pindah pun kita perlukan kos. Nak bayar deposit rumah di KL sekarang ini bukannya murah. Mahu tak mahu, kita kena tinggal dulu di sini."

Hanna tertunduk muram usai mendengar penjelasan ibunya. Peritnya hidup selepas pemergian ayah. Mujur ayahnya masih meninggalkan rumah pusaka ini untuk mereka huni. Jiran-jiran juga baik, tidaklah mereka merasa sunyi meski tinggal di pendalaman.

Rasanya Hanna perlu melakulan sesuatu. Tak boleh dengan hanya mengharapkan pendapatan ibu.

"Ermm, ibu! Ibu ada cadangan tak mana Hanna nak cari kerja buat sementara ini? Setakat pendapatan ibu, cukup tu memang cukup. Tapi cukup-cukup makan jelah," ujar Hanna.

Najwa faham dengan apa yang anaknya cuba sampaikan. Dia menguntum senyuman lalu mengusap bahu Hanna Mariyam.

"Apa kata Hanna cuba pergi tanya dekat klinik desa tu? Ibu tengok kat sana masih kekurangan tenaga," usul Najwa.

Terbit senyum di bibir Hanna serta merta. Memang benar kata ibunya. Klinik desa itu masih kekurangan tenaga. Apa salahnya jika dia turut menyumbang tenaga menjadi salah satu kaki tangan. Meski hanya klinik desa, tapi daripada tidak ada, itukan jauh lebih baik?!

***

HQ Simphony. Pemuda itu masih kerungsingan di depan kompiuter. Cubaan mencari maklumat menemui jalan buntu. Puas sudah dia jejaki, maklumat yang dia mahu masih gagal dijumpai.

"Alamat, ada dah. Nombor telifon ni, apa yang susah sangat nak dapat? Ada pun nombor telifon lama. Bila didial tak ada pemilik pulak. Haih!" Bercakap sorang-sorang itu biasa, lagi-lagi bila tengah kusut macam ni. Bukan sebab gila atau apa. Saja nak lepaskan perasaan.

Dia akhirnya putus asa. Bersandar pada kerusi lalu mengeluh sepuas-puasnya. Apalah yang susahnya nak dapatkan nombor telifon gadis bernama Hanna Mariyam ini? Bahkan sosial media pun juga tidak ada. Dia ini memang jenis anti sosialkah?

Sekadar alamat, nak buat apa? Orang nakkan nombor telifon. Apa-apapun kenalah contact dulu, kan. Takkanlah terus tiba-tiba nak terbang ke Sabah sebab nak mencari dia? Buatnya dia sudah bersuami, tak ke naya? Tak pasal-pasal nanti keluar lagu Sufiyan Suhaimi pula.

'Dan tak..... Seharusnya aku....' Adoi!!!

"Yam, Yam! Menyesal aku tak terus cari kau masa tu, Yam! Sekarang bukan main payah lagi aku nak dapatkan info pasal kau. Hurm!"

"Semekom! Busy ke, bang?"

Bagaimanapun lamunan Aryan langsung terhenti. Dia menjengah ke pintu dan melihat siapa yang datang.

Zahaedy sudah tercongok di situ. Main masuk saja tanpa perlu meminta kebenaran darinya. Aryan pun ubah tumpuan.

Zahaedy tak hanya tiba seorang diri. Turut dibawa bersamanya seorang pemuda lingkungan sebaya Aryan. Ini ke budak baru yang nak kerja tu?

"Kum salam! Tak sangat. Siapa ni, ZD?" tanya Aryan.

Zahaedy lalu memperkenalkan rakan barunya. "Ni! Partner baru untuk kau. Bad nama dia. Dia akan bantu kau sepanjang kau mengambil alih tugas-tugas Maleeq. Aku harap kau dengan Bad boleh bekerjasama dengan baik. Okey tak?"

Tanpa ragu Aryan menghulurkan salam. Pemuda bernama Bad itu menyambut salamnya bersama senyuman ramah.

"Aku Aryan! Aku harap kau boleh jadi partner kerja yang memuaskan."

Bad hanya mengangguk bersama senyum yang dikuntum. Nampaknya tak susah pun untuk mereka membina keserasian dengan cepat. Memandangkan umur mereka adalah sebaya, maka pertuturan yang digunakan adalah lebih santai.

"Baiklah! Korang berkenal-kenallah dulu. Bad! Aku kena balik sekejap nak hantar wife aku pergi check up. Apa-apa nak tanya, kau tanya je Aryan," pesan Zahaedy.

"Baik, bang. Mekasih." Bad tidak keberatan sama sekali.

Zahaedy lalu meminta diri meninggalkan mereka. Biar mereka berkenal-kenal dahulu agar lebih mesra.

Aryan terpaksa mengambil alih tugas-tugas Maleeq sepanjang pengantin baru itu berbulan madu. Jadi, kehadiran Bad amat diperlukan untuk membantu Aryan menyesalesaikan kerja.

"Yan! Aku jumpa orang mati," jerit Bad.

"Biarkan je." Aryan jawap santai.

"Kau SUS, Yan."

"Bodohlah kau, Bad! Yang kau pergi vote aku kenapa?"

"Hahaha! Padan muka."

Keduanya masing-masing membuat muka serius dengan menumpukan perhatian pada skrin telifon. Sesekala dahi mereka berkerut lalu terdengar mulut mereka mengomel sesama sendiri.

Haih! Dua-dua kaki game rupanya. Eloklah tu.

***

PESAWAT Qatar Airways dari Kuala Lumpur telah selamat mendarat di lapangan terbang Hamad International Airport, Doha. Membawa rombongan keluarga Maleeq beserta sepasang pengantin turut serta.

Destinasi bulanmadu pertama adalah, tempat persemadian abadi Syiekh Omar Al-Habsi, Allahyarham. Maleeq tidak sabar mahu menziarahi pusara ayah tercinta.

Dato Seri Sabariah dan juga anak perempuannya, Dahlia, tentu saja amat gembira menyambut kedua pengantin turut pulang bersama.

Kunjungan Puteri yang buat pertama kali ke kediaman mertua tentunya disambut bagaikan permaisuri. Canggung betul Puteri rasa. Kakak ipar dan juga mertuanya tersangatlah baik.

Barulah Puteri tahu, Mr. Mike ini rupanya sangat manja orangnya. Terutama dengan mama. Mengadanya dia!

Anak Dahlia, Dahumi namnya. Gembira dapat berjumpa semula dengan bapa saudara setelah sekian lama. Tak silap Maleeq tengok budak itu sewaktu umurnya masih empat-lima tahun. Sekarang sudah 13. Besar sudah, boleh jadi geng.

Seminggu di Qatar, pengantin baru lalu meminta diri untuk meneruskan perjalanan bulanmadu mereka. Beberapa buah negara Eropah menjadi destinasi honeymoon, tak sabar mahu segera dituju.

London, adalah destinasi bulanmadu pertama. Di sana mereka menghabiskan masa selama tiga hari.

Seterusnya, Paris. kota romantis. Destinasi wajib bagi pasangan yang baru menyulam kasih. Paling tidak sabar untuk dikunjungi. Mereka juga meluangkan masa tiga hari di sana.

Selanjutnya mereka bertolak menuju Vienna, Rome, Venice, dan perjalanan menjelajahi negara Eropah berakhir di situ.

"Are you happy, baby?" Mereka sedang menaiki Gondola. Maleeq merangkul isterinya dari belakang.

Puteri menoleh lantas tersenyum. Semestinya dia gembira. "Of course I'm so happy! But..." Puteri menggantung ayatnya.

Maleeq jadi penasaran. Ditunggu isterinya menyelesaikan kalimat.

"Ada satu lagi destinasi yang teringin sangat Puteri kunjungi. Tempoh hari abang janji nak bawa Puteri, kan?"

Maleeq tak langsung menjawap. Sengaja dia ulur masa, mahu melihat reaksi Puteri macam mana.

"Abang! Abang dah lupa eh?" Kan dah start suara kucing dia.

Maleeq pun ketawa. "Semua sudah dalam pekej honeymoon kita, sayang. Habis dari sini, kita terus terbang ke sana."

"Betul ke?"

Maleeq mengangguk. Barulah dilihat wajah isterinya bersinar-sinar. Gembiranya!

PUTERI mengangkat kedua tangan setinggi dada. Kedua belah mata terkatup dengan wajah berseri. Air jernih terbit dari pelupuk yang syahdu, yang diiringi esakan kecil dari bibir tatkala pancainderanya menghidu bauan syurga.

"Ya Rabb! Puji syukur ke hadirat-Mu kerana telah memperkanan aku berkunjung menjadi tetamu di rumah-Mu ini. Syukur juga tak lupa aku panjatkan atas kurniaan keluarga yang menyayangi aku. Curahkanlah rahmat-Mu yang tak terhingga kepada mereka semua.

Ya Rabb! Tak jemu syukur kuhaturkan ke hadapanMu, atas jodoh pertemuan yang Engkau aturkan ini. Kekalkanlah jodoh kami hingga ke syurga Firdaus-Mu. Kurniakanlah kami dengan zuriat sebagai pewaris agama Nabi-Mu. Makbulkanlah semua doaku ini. Amin Ya Rabbal Alamin."

Tapak tangan diraup ke wajah. Di hadapan Multazam doa dipinta. Merayu akan kasih sang Maha Pencipta.

Maleeq berdiri di samping dengan mengenakan pakaian ihram, tak lupa turut menadahkan tangan mengaminkan doa isterinya.

Selesai itu, mereka saling berpandangan lantas tersenyum. Seterusnya Maleeq kembali membawa Puteri untuk meneruskan langkah mengitari Kaabah.

Baitullah! Dipilih sebagai destinasi terakhir bulanmadu mereka. Berharap keberkatan dalam perhubungan ini kekal mencurah tiada putusnya. Meminta kepada Yang Maha Kuasa agar ikatan yang dijalin akan berkekalan hingga ke syurga.

Di sana mereka menyulam janji, setia hingga ke hujung nyawa. Di atas Jabal Rahmah mereka mengikat cinta sepertimana Adam dan Hawa.

Beberapa hari mereka luangkan waktu di Tanah Haram. Dua kota suci telah mereka kunjungi. Maqam Nabi dan para Sahabat tak lupa diziarahi.

Meski masih tak puas namun perjalanan terpaksa disudahi. Berharap satu hari nanti akan dapat kembali menjejakkan kaki semula ke tanah suci ini.

"Abang, Puteri tak puaslah di Tanah Suci. Rindu Maqam Nabi. Sudahlah tak dapat-dapat nak sentuh Hajarul Azwad. Lain kali kita pergi lagi, ya." Puteri mengadu pada suaminya.

Saat ini mereka sudah dalam perjalanan udara dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Maleeq tersenyum. Isteri yang melekap dalam ragkulan ditenung wajahnya. "Insya-Allah! Boleh, sayang. Next time, kita pergi bertiga pulak, ya."

"Apa? Bertiga?"

Terkejut Maleeq campur bingung. Tak faham silapnya di mana? Kenapa isterinya tiba-tiba melenting? Salah kosa katakah?

"Apa maksud abang dengan pergi bertiga?"

Haa, tudia! Confirm lain dah tu fikiran dia. Tapi tak apa. Semenjak dah jadi suami orang ni Maleeq sudah pandai memujuk, tak perlu guna khidmat Aryan lagi.

"Sayang! Sayang fikir apa ni? Maksud abang, nanti kalau kita dah ada anak, kita pergilah bertiga dengan anak sekali."

Tapi Puteri masih merengut. "Betul ni, bertiga dengan anak?"

"Ya Allah, Princessku. Betullah! Sayang ingat abang nak bawa siapa lagi?"

"Huh! Nasib baik. Puteri ingatkan abang nak ajak orang ketiga. Jangan abang berani nak terfikir pasal tu eh."

"Dia yang cakap. Bukan abang cakap!" Maleeq membela diri. Iyalah, dia tak tahu apa-apa tapi tak pasal-pasal dapat ugutan.

"Tak kira! Tapi Puteri tak nak langsung dengar perkataan 'orang ketiga' di antara kita. full stop!"

Eh eh, dia yang cakap, orang pulak yang diugut. Lepas tu monyok sendiri. Siapa yang mulakan dulu pun tak tahu. Tiba-tiba sendiri merajuk. Bini siapalah ni? Aih!

"Cik Hajah! Kita baru je balik umrah ni, sayang. Jangan sampai abang bertukar jadi hantu kejap lagi makan sayang dekat sini. Bibir tu, muncung lagi. Cium baru tahu."

Geram! Tak ada angin tak ada ribut terus nak monyok-monyok. Dahlah menggoda gila. Nasiblah, siapa suruh jadi orang cantik? Buat muka lepat pisang pun tetap menggoda. Eeyy, kang...

Mujur perjalanan udara mengambil masa sembilan jam lamanya. Kehendak jiwa sudah mula ronta semula tengok bibir isteri monyok nan seksi. Terpaksa ditahan dulu hasrat di hati sehingga selamat tiba di rumah nanti.

Takkanlah nak bedal dalam kapal terbang pula, kan. Jangan buat pasal. Tak pernah dibuat dek orang oi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience