20: SCAMMER

Romance Series 889375

NOMBOR telifon yang dimahukan sudah di tangan. Aryan periksa kembali untuk memastikan. Senyum di bibir menyusul tanda senang. Nombor segera disalin ke dalam phone dan sedia untuk didial.

Aryan mendekatkan smartphone pada telinga. Panggilan pun terhubung. Berdebar Aryan menanti panggilan berjawap. Mudah-mudahan ianya seperti yang diharapkan.

HAMPIR enam petang, azan Magrib sekejap lagi akan berkumandang. Adam masih belum selesai memperbaiki kereta Kancil milik Hanna Mariyam.

Aduh! Nampaknya memang teruk rosak dia. Tak boleh ni siap hari ini. Bukan tak boleh baiki langsung, boleh, cuma ambil masa sikitlah. Nak siapkan hari ini memang tak sempat punya. Esok barulah boleh kot. Lagipun, untuk gadis cantik macam Cik Hanna Mariyam, mana mungkin tak boleh. Hehehe!

Adam menyeringai seorang diri. Biasalah orang lelaki. Masih single lagi. Mengurat orang perempuan itu lumrah. Mana tahu ada repons dari tuan punya badan. Dia juga untung.

Adam mendongak, kerjanya pun terhenti. Macam ada bunyi lagu dari dalam kereta. Telifonkah? Tapi tak mungkin dia punya. Bunyinya lain. Apa mungkin Cik Hanna punya yang tertinggal? Adam pun beralih sebentar untuk pergi memeriksa.

"Alamak! Betullah, Cik Hanna punya."

Adam jadi serba salah. Siapa yang call Hanna ni? Takut hal penting bukan apa. Tapi takkanlah dia nak pandai-pandai pergi jawapkan telifon orang. Tak elok.

"Ah, biarkan saja. Nanti dia datang ambillah tu." Ya! Biar saja pemilik dia datang ambil sekejap lagi. Adam pun beralih ke bonet semula mahu sambung kerjanya.

Tapi panggilan berbunyi lagi. Tak silap ini dah masuk kali ke tiga. Adam mula naik rimas mendengarnya. "Apa yang beriya sangat orang tu call? Penting sangat ke?"

Habis sudah sabarnya. Adam tiada pilihan selain tolong jawapkan panggilan tersebut. "Hello!" tegur Adam.

"Hello! Siapa ni?" Aryan di sebalik talian. Pelik bila yang menjawap panggilan adalah orang lelaki. Betul ke ini nombor Hanna Mariyam?

"Kaulah siapa?" Adam balas bertanya.

"Aik! Saya tanya, awak ni siapa?"

"Aku Adam! Apa kau mau?"

Aryan jauhkan telifon dari telinga. Nampaknya ada yang tak kena. Bad kata ini betul dah nombor terbaharu Hanna Mariyam. Tapi kenapa yang jawap lelaki?

Apa mungkin Hanna Mariyam sudah bersuami? Jadi yang jawap panggilan tadi adalah suami dia?

Pelbagai teori dan asumsi bermain-main di fikiran. Tak mustahil sangkaannya benar, bahawa Hanna Mariyam kemungkinan sudahpun berkahwin.

Terus mendung wajah Aryan. Panggilan tidak lagi diteruskan. Telifon pula ditelangkupkan ke atas meja. Aryan mendesah panjang. "Yam! Betul ke kau dah kahwin, Yam?"

Muka Bad tercongok di pintu membawa air Nescafe dari pantry. "Macam mana Yan? Dapat tak call?" soal Bad.

Aryan menggeleng perlahan. "Kau pasti ke Bad, itu nombor dia?"

"Aku rasa betul dah. Menurut makluman yang aku dapat, dia baru sebulan mendaftar bekerja di sebuah klinik desa kat tempat tu. Dari situlah makluman dia keluar," terang Bad.

"Tapi bila aku dial yang jawap lelaki. Ada tak maklumat lebih pasal dia? Maksud aku, pasal status dia ke. Dah kahwin ke belum?"

"Aduh! Yang itu tak ada pula, Yan. Itu jelah aku boleh dapat." Bad pun kembali ke desk. Duduk dan minum Nescafe, sedia nak sambung kerja.

Aryan yang sudah muram tak dapat dibantu. Apa lagi dia boleh buat? Setakat ni itu sajalah dia boleh dapat. Selebihnya itu urusan Aryan sendiri dah.

***

HONDA Ex5 kepunyaan Adam telah tiba di bengkel. Masih lengkap dengan unform jururawat, Hanna Mariyam turun dari motor yang ditungganya. Dia datang menemui Adam yang masih belum selesai kerja.

"Assalamualaikum, Adam. Adam ada nampak fon Hanna tertinggal tak?" tanyanya.

Adam menoleh ala kadar, sibuk dengan kerja. "Oh. Ada! Dalam kereta tu."

Hanna pun periksa segera! Huh, syukur! Ingatkan dah hilang tadi. Puas cari dalam bag, tak jumpa. Kalau hilang, satu hal lagi nak kena beli telifon baru. Mana ada duit? "Ada siapa-siapa call tak, Adam?" Hanna bertanya

"Ada tadi! Tak tahu siapa. Banyak kali orang tu call. Bila saya tolong jawapkan, boleh pula dia tanya saya balik. Saya rasa itu scammerlah, Cik Hanna."

Terpegun Hanna sesaat. Siapa ya yang call? "Itu je ke, Adam?"

"Itu jelah, Cik Hanna."

Hanna mengeluh. Lupa! Siapa pula nak call, kan? Macamlah ada orang minat kat dia. Huhuhu! "Kereta Hanna macam mana, Adam? Boleh elok tak?"

"Boleh! Tapi hari ni tak dapatlah. Cik Hanna pun tahu kan, saya mana ada pekerja. Di bengkel ni, sayalah boss, sayalah kuli. Bengkel pun bawah pokok. Jadi, saya harap Cik Hanna bersabarlah ya. InsyaAllah esok boleh dah jalan," jelas Adam.

Hanna hanya mengangguk faham. Mahu tak mahu dia harus pulang berjalan kaki ke rumah sementara keretanya diperbaiki. Mujur rumahnya tidak jauh.

Tapi, mengenai panggilan yang Adam beritahu tadi, Hanna memilih untuk mengabaikan. Betul kata Adam. Berkemungkinan itu scammer. Zaman sekarang scammer semakin berleluasa. Dia tak mahu mengambil resiko dengan melayan pemanggil misteri seperti itu. Lebih baik dia segera balik.

***

PUSPA dinasihatkan untuk kerap menjalani check-up sekurang-kurangnya seminggu dua kali. Komplikasi darah tinggi dan kencing manis menyerang serentak. Puspa juga pengkonsumsi insulin setiap hari untuk menstabilkan kadar gula dalam badan.

Perlu menjaga diet seimbang supaya tidak hypo dan pitam. Tidak boleh mengambil jenis makanan kurang bernutrisi. Abaikan segala bentuk mengidam itu semua. Keselamatan dirinya dan bayi jauh lebih utama.
 
Kenyataan itu membuat Zahaedy amat tertekan. Tak dapat bayangkan bagaimana Puaspa kelak akan dibedah sama seperti arwah Rania dulu. Dan bagaimana jika Puspa juga tidak bernasib baik sama seperti Rania? Ya Allah! Kusutnya.

Zahaedy tersentap dari lamunan. Jantug berderau bila teringat akan perkara itu. Cukuplah dulu hidupnya hancur sewaktu kehilangan Rania. Dia tak mahu benda itu terulang lagi sekali. Tidak!

Ditatap wajah Puspa yang lena di sisinya. Dielus pipi lalu digenggam tangannya. Biarkan tangan itu melekap di bibirnya agak lama, air mata dibiarkan turun dengan deras membasahi muka.

"Abang janji, sayang! Abang tak akan menuntut anak lagi selepas ini. Cukuplah sekali ini saja sayang menderita. Abang tak nak sayang hamil lagi. Tapi sayang juga kena janji pada abang bahwa sayang akan bertahan. Sayang kena kuat. Abang cuma mahukan sayang."

Memori silam membuat Zahaedy trauma dengan perkara-perkara seperti ini. Malah dia lebih rela kalau Puspa tak perlu hamil, asalkan isterinya tak perlu tanggung risiko berat dengan memperjudikan nyawanya.

***

"BEGITULAH yang ZD bagitahu abang tadi, sayang. Kesihan dia."

Di atas pembaringan yang hangat, ada orang sedang bercerita pada isterinya. Dibiarkan dadanya dijadikan bantal oleh wanita tersayang. Hangatnya! Sungguh mengasyikkan.

"Kesiannya Kak Puspa! Abang, Puteri nak jumpa kak Puspa boleh tak? Lama dah tak jumpa diorang. Rindu dengan Naurah juga."

Maleeq hanya tersenyum sambil membelai rambut isterinya. "Mestilah boleh. Bila sayang nak perginya?"

"Emm... Esok?"

"Okey! Nak abang hantar ke?"

"Nak nak nak."

Seringai jahat pun keluar. Adalah tu agenda dia. "Good! Tapi malam ni nak upah dulu."

Puteri languikan muka yang tidak faham. "Upah? Upah apa?"

Tawa jahat di bibir semakin nakal. Bab ambil kesempatan dia memang pakar. "Ala, upahlah seround dua. Apa lagi? Hehehe!"

"Ish! Abang ni. Tak habis-habis nak itu."

"Mestilah! Tengah aktif ni, tau."

"Kalau iyapun bagilah Puteri rehat. Takkanlah hari-hari nak?" Rabak tau, dapat kat Mr. Mike ni. Hari-hari mau!

"Mana boleh? Haruslah nak hari-hari. Buatnya nanti sayang naik red flag, jenuh abang kena puasa. Ni tengah clear ni, balun jelah selagi boleh."

"Eeyyy! Makin nakal eh, abang." Cubitan di perut sebagai bentuk protes. Harap-harap suaminya pandai serik.

Malang sekali, tak berkesan langsung. Tangan itu malah diambil dan diletakkan pada tempatnya. "Oh, babeyh! It's so good. Aaah! Abang nakal dengan isteri abang ni je. Tak salah, kan? Lagipun sayang hanya tinggal tadah. Abang yang buat kerja. Betul tak?"

"Tapi Puteri pun penat juga, tau!"

Posisi sudah berubah tak mahu berbincang lama-lama. Isterinya langsung ditindih tiada kompromi lagi. "Penat sekejap. Selebihnya sedap dan nikmat. I know you, Princess. Let's begin!"

Apa lagi yang Puteri boleh buat selain pasrah? Nak ditolak suami sendiri. Nak tak nak dia paut saja pada tengkuk Maleeq, melayan hangat sentuhan yang tak boleh dielak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience