23: KEK MADU SARANG LEBAH

Romance Series 889375

SEJUK hati lihat wajah isteri berseri pagi-pagi. Siap make-up cantik-cantik lagi nak teman suami sarapan. Kopi hangat yang dihidang bertambah hangat bila dinikmati berdua. Nak pergi kerja pun tambah bersemangat kalau begini caranya.

Apa lagi yang Maleeq nak sekarang? Tak ada! Semua yang dia mahu sudah jadi kepunyaannya. Keluarga, kerjaya. Semuanya bagus-bagus belaka. Siap ada bidadari cantik lagi jadi meneman setia.

Untunglah kau, Mr. Mike. Hidup dah macam dalam sorga saja.

Baju pun kemas isteri yang gosokkan. Tak suruh orang gaji, tau. Tali leher dah segak. Pun isteri yang pakaikan. Apa lagi mau?

Tapi jangan beria sangat, ini masih di dunia, bukan syurga. Kena pergi kerja juga. Hahaha!

Selesai menikmati minum pagi di tepi kolam berdua, Puteri ikut turun ke bawah menghantar suami yang nak berangkat kerja. Tak dilepas lengan lelaki itu diganding saja.

Gila tak senang hati kalau dilayan begini hari-hari? Sampai telinga senyum Mr. Mike punya suka.

"Sakit lagi ke?" Dia bisik ke telinga isterinya.

Puteri tayang muka cemberut lalu mengangguk. "Emm, sakit! Ganas sangat abang buat," rungutnya. Manja!

Maleeq ketawa. "Itulah! Lain kali jangan buat abang geram. Kan dah mendapat."

"Tapi Puteri suka." Senyum malu-malu.

Lebar tawa Maleeq terkoyak. "I know you, sayang! Saja jual mahal. Padahal sama juga, hari-hari mau."

Mereka pun ketawa sama-sama. Langkah diteruskan sehinggalah tiba di depan pintu utama, dan terhenti di situ.

"Abang! Hari ini abang free tak?" Puteri menyoal sambil menguis habuk di baju suaminya. Padahal tak ada habuk pun.

"Emm, tak pastilah, sayang. Tapi abang cuba. Sayang ada nak apa-apa ke?"

"Puteri nak pergi Putrajaya. Ada kedai kek tengah viral kat sana. Teliurnya Puteri tengok kek madu sarang lebah dia. Dia cheese cake, tapi ada honeycomb dekat atas dia. Macam sedap je, abang. Please, nak pergi sana."

Nafas dihela dulu lantas menghadap isterinya. "Jauhnya sampai ke Putrajaya. Sini-sini tak ada jual ke? Abang busy sikit hari ini."

"Ala, mana ada jauh! Puteri ingat lagi apa abang pernah cakap dulu, 'Tak ada jarak yang terlalu jauh untuk saya tempuh demi awak, Princess.' Haa, lupalah tu."

Ambik kau, siap flashback! Terkedu terus Maleeq. Geram je tengok muka isteri tu. Terus dicubit hidungnya. "Ish, dia ni. Iyalah, iyalah. Nanti kita pergi. Setakat kek madu sarang lebah, tak ada hal punya. Kalau sayang nak madu berkaki dua sekalipun abang boleh tunaikan." Dia berseloroh.

Namun, siapa sangka gurauan spontan itu telah membuat Puteri terdiam. Bukan hanya itu, mukanya juga sudah memerah. Bibir bergetar seperti mahu menangis.

Maleeq sudah bingung tak tahu apa sebabnya. Dia salah cakap ke?

"Ada hati abang rupanya nak buat macam tu pada Puteri?"

Lah, pasal cakap madu kaki dua tu ke? Aduh! New problem unlocked. "Sayang, abang gurau jelah. Sumpah, gurau."

"Kan Puteri dah cakap, gurau pun Puteri tak nak dengar. Sampai hati abang, kan."

Haa, sudah! Menjadi dah merajuk dia. Tulah, Maleeq. Mulut capoi sangat. Ada ke patut sebut pasal madu kaki dua pada isteri.

"Okey, okey! Sorry. Abang betul-betul tak sengaja. Sumpah abang gurau je."

Puteri tak peduli lagi dengan pujukan. Ditepis tangan Maleeq yang cuba menyentuhnya. Rajuk sudah terlanjur menjadi, air mata juga tumpah tak terbendung lagi. "Puteri tak nak dengar. Abang dah sebut pasal tu, maknanya abang dah guris hati Puteri. Puteri benci abang."

Hak elah! Over pulaklah isteriku ini. Macam tu pun sampai nak benci-benci? "Alah! Orang baru salah cakap je pun. Yang dia semalam jalan dengan lelaki lain tu tak apa pula?"

Kalau salah cakap macam tu pun Puteri boleh merajuk, nampaknya Maleeq kena ungkit balik hal yang semalam punya. Yang itu memang dah jelas dan nyata, tapi boleh je Maleeq maafkan. Takkan pasal hal salah cakap pun nak merajuk macam tu sekali.

"Semalam tu semalamlah, Puteri cakap pasal hari ini. Kenapa abang perlu sebut macam tu? Abang memang dah tak sayang Puteri lagi."

"Hah? Princess, apa ni? Takkan macam tu sekali sayang fikir?"

Puteri tak mahu mendengar penjelasan lagi. Dia buang muka lantas berlalu pergi masuk lif dan naik ke bilik.

Bingung Maleeq dibuatnya. Macam tu pun boleh merajuk? Tak fahamlah dengan orang perempuan ni. Yang dia jelas-jelas semalam keluar dengan lelaki lain, dia minta maaf orang pun maafkan. Bila orang salah cakap sikit je terus tarik muka merajuk beriya-iya. Astagfirullahaladzim!

Aih! Betullah apa yang daddy kata dulu. Puteri memang keras kepala. Tapi Maleeq dah tak ada masa nak pergi naik atas pujuk dia. Jam sudah pukul lapan pagi. Kalau pujuk pun bukannya Puteri nak dengar.

Lebih baik berangkat kerja saja. Biarlah Puteri tu merajuk. Pandai-pandailah dia pujuk diri sendiri nanti. Orang pujuk tak nak. Penat, penat!

***

10 pagi, aktiviti di pejabat berjalan seperti biasa. Adalah Maleeq nampak kelibat Tengku Mukhriz tadi naik ke office Tan Sri. Boleh pula tayang muka manis padanya, siap merunduk lagi konon hormat. Ceh!

Maleeq tak akan mudah terpedaya dengan tampak baik dia tu. Nampak sangat fake. Maleeq tahu pasti dia itu sedang rancangkan sesuatu. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menyingkap wajah sebenar di sebalik topeng baik tersebut. Tengoklah nanti!

Bersandar di kerusi, dia mengeluh panjang. Sebenarnya dari tadi hati masih tak tenteram gara-gara perselisihan kecil dengan isteri dekat rumah tadi. Macam mana macam tu pun Puteri boleh sampai merajuk eh? Tak masuk akal betul.

Tapi jujur dia tak tipu, hatinya tak tenang meninggalkan rumah dengan keadaan isteri sedang merajuk. Sepatutnya dia pujuk dulu tadi, sekurang-kurangnya sampai Puteri berhenti berperasangka. Mana mungkin dia sampai nak hadirkan madu untuk Puteri. Handle isteri seorang saja sudah pening kepalanya. Dahlah kuat merajuk.

Aduh! Apa kena buat sekarang ni?

Suka atau tidak, nampaknya Maleeq terpaksa kena menunggu sehingga waktu lunch tiba. Dia perlu pulang ke rumah tengahari nanti untuk memujuk isterinya. Sekurang-sekurangnya dia balik, dia tahu yang Puteri sudah tidak menangis. Baru lega hatinya.

Seksa tahu, hati ini melihat isteri menangis sedangkan dia tak dapat nak pergi pujuk. Jadi dia kena ambil leave sekejap lagi untuk pulang ke rumah melihat keadaan Puteri. Ya! Balik rumah.

12:45 Maleeq tiba dengan selamat. Masuk ikut pintu depan macam biasa, tetapi langkahnya mati apabila muka Mukhriz sudah tercongok di meja makan bersama Tan Sri dan Puan sri.

Hangin pula Maleeq tengok mamat ni. Kat mana-mana nak menebeng je. Siap sedekahkan senyum padanya konon nak berbaik-baik. Sikitpun Maleeq tak balas.

"Eh! Maleeq balik? Mari sini, makan tengahari sekali," panggil Puan Sri.

"Haa, balik rupanya. Daddy ingat kamu keluar tadi dengan Aryan. Kalau macam tu marilah makan sama-sama." Tan Sri pun mempelawa.

Tetapi, Maleeq tak boleh! Dia tak akan duduk semeja dengan si mangkuk Tengku Mukhriz itu.

"Tak apalah, daddy, mommy. Terima kasih! Err... Puteri ada turun tak, mommy?" First, dia kena tahu adakah Puteri ada sekali menyertai acara makan tengahari itu.

"Tak ada pula! Kenapa tu, Maleeq? Mommy panggil turun tadi, tapi dia tak mahu keluar."

Huh! Lega hati Maleeq. Sekurang-kurangnya Mukhriz hanya menjamu makan tengahari dengan makanan, bukan dengan wajah cantik Puteri. Padan muka kempunan malaun tu.

"Tak ada apalah, mommy. Dia merajuk. Itu yang saya balik ni, nak pergi pujuk dia," beritahunya.

Puan Sri pun faham. "Merajuk pulak? Ada-ada jelah dia tu. Iyalah, pergilah pujuk sana. Macam-macam hal je," omel Puan Sri.

Selanjutnya Maleeq dibiarkan naik ke atas. Puan Sri sendiri sambung makan.

"Dah kenapa tu?" Tan Sri pun tak ketinggalan nak tahu apa jadi.

"Tak ada apa. Merajuk!" Makanan disuap ke mulut.

Tan Sri cuma tayang miming O lantas disusul cebikan bibir. Tahu dah peel anaknya. Pandai-pandailah suaminya handle. Hurm!

Di atas, Maleeq sudah tiba. Langsung membuka pintu agak tergesa-gesa. Penasaran nak tahu isterinya sedang buat apa. Takkan dari pagi tak turun-turun kot? Risau, bukan apa.

"Princess! Abang balik, sayang."

Jeda! Risau hati bertambah bila bilik sunyi saja. Tingkap bertutup, aircond pun hidup. Dia tidurkah?

"Princess! Sayang tidur ke? Sayang."

Oleh kerana masih tiada jawapan, lekas Maleeq hampiri ke katil. Puteri tutup badannya dengan selimut. Nampak macam nyenyak saja tidurnya. Maleeq lalu periksa. Dia terkejut selepas itu.

"Demam? Hah?"

Hati terus dilanda rasa bersalah. Puteri merajuk sampai demam? Biar betul? Apa kau dah buat ni, Maleeq?

"Sayang! Kenapa sampai demam ni? Sayang marah sangat kat abang ke?"

Diusap dahi Puteri yang berpeluh, dielus pipi yang meningkat habanya. Sayang sekali Puteri tetap terlelap tak membuka mata. Membuat Maleeq tambah miris dicekam rasa bersalah.

Maleeq lalu memutuskan untuk turun semula bagi mendapatkan ubat buat Puteri. Atau paling tidak, minta bantuan mommy. Maleeq mengadukan keadaan Puteri pada mertuanya.

"Macam mana ya, mommy? Kena bawa pergi klinik ke?"

Puan Sri lalu tampil memberi solusi. "Mommy rasa tak perlu bawa ke klinik. Kita panggil Doktor Fatimah saja," usul beliau.

"Doktor Fatimah?"

"Benar! Dia doktor keluarga kita. Puteri dari kecil lagi sudah biasa dengan doktor tu. Sebentar mommy hubungi dia." Puan Sri pantas bergerak mendapatkan telifon buat menghubungi Doktor Fatimah.

Maleeq tak kesah apa saja cadangan mertuanya. Janji Puteri segera diubatkan.

Tak lama kemudian Doktor Fatimah pun tiba. Langsung dibawa naik ke bilik untuk memeriksa keadaan Puteri. Doktor itu diberi ruang buat melakukan tugasnya. Maleeq mahupun Puan Sri bersabar menunggu di bawah.

Tak lama kemudian Doktor Fatimah turun setelah selesai membuat pemeriksaan terhadap Puteri. "Alhamdulillah! Jangan risau, Puan Sri. Semuanya baik-baik saja. Demamnya tidaklah membimbangkan. Saya sudah berikan ubat yang bersesuaian. Dan sila continue ubat tersebut bila demamnya datang semula. Ingat ya, jangan guna ubat lain," kata sang doktor.

"Owh, terima kasih, doktor. Tapi kenapa tak boleh guna ubat lain ya?" Sebagai suami, Maleeq perlu tahu apa sahaja masalah isterinya.

Doktor Fatimah dengan senang hati menerangkan. "Begini! Perubahan hormon sedang berlaku pada Puteri. Bila-bila masa dia boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan dan juga mood yang berubah-ubah. Dia tak digalakkan mengambil ubat-ubatan sembarangan. Tidak bagus untuk pertumbuhan janin dia."

Puan Sri dan juga Tan Sri mengangguk faham. Hanya Maleeq saja yang kurang cerna dengan penerangan tersebut.

"Apa dia doktor? Janin?" Dia ulang ayat terakhir doktor itu menjadi soalan.

Doktor Fatimah lalu beralih pada Puan Sri Zakiah. "Maaf, Puan Sri. Menantu Puan Sri masih belum tahu ke?" soal beliau.

"Rasanya belum, doktor. Maklumlah, anak pertama mereka," kata Puan Sri.

"I see!"

Maleeq pula tambah tak puas hati. Apa yang mereka tahu dan yang dia tak tahu ni? "Maksud mommy, adakah Puteri..."

"Betul! Isteri kamu sedang mengandung. Pergilah tengok dia."

"Allahuakbar!"

Macam tak terucap bibir berkata, penjelasan mertuanya membuat Maleeq pegun hingga beberapa saat lamanya. Betulkah semua ini? Jadi, Puteri demam tu kerana sedang mengandungkan zuriatnya? Ya Allah!

Akhirnya Maleeq tiba semula di bilik buat melihat keadaan isterinya. Puteri masih lagi tidur nyenyak. Dia hampiri ke sisi turut berbaring rapat.

Dipeluk Puteri dari belakang. Air mata menitik tika rasa terharu tak dapat ditahan. Bagaimana dia boleh tak alert dengan perubahan Puteri? Sebagai suami sepatutnya dia yang lebih dulu tahu.

Patutlah perangainya sejak kebelakangan ini makin mencabar kesabaran. Ingatkan sebab mengada-mengada. Rupanya... Ya Allah.

Maleeq menangis menciumi tangan Puteri yang masih lena. Dia sangat ralat kerana telah gagal memahami perubahan yang berlaku pada isterinya.

"Maafkan abang kerana tak peka dengan keadaan sayang. Abang terlalu naif dan pentingkan diri sendiri. Please forgive me, Princess."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience