11: TELEPATHY

Romance Series 889375

KETIBAAN Maleeq telah disambut oleh mertuanya dengan hati risau. Puan Sri Zakiah yang paling menggelupur. Walaupun menantu, tapi sayang sama macam anak sendiri juga, tau.

"Ya Allah! Kenapa sampai jadi macam ni? Macam mana boleh accident ni?" jerit beliau.

"Tak tahulah, mommy. Tengah nasib tak baik agaknya." Maleeq jawap ala kadar. Kekal diapit isteri tak mahu renggang.

"Ish! Kamu ni. Mommy dah cakap, jangan keluar-keluar sangat. Darah tengah manis, tak elok." Sambung mengomel.

Maleeq tak menjawap melainkan hanya tersengih. Dia faham. Emak-emak kalau risau memang macam tulah.

"Amboi! Dia pulak yang lebih-lebih. Maleeq elok aje tu hah." Tan Sri mencelah.

"Elok apanya, bang? Tu! Tak nampak kepala dah berbalut tu? Majlisnya tak lama lagi. Minggu depan dah, tau. Bukan bulan depan. Kalau tak baik-baik macam mana?"

"Mommy. Daddy. Saya tak apa-apalah. Jangan risau. InsyaAllah sehari dua eloklah ni." Tak dibiarkan kedua mertuanya berbalah sesama sendiri. Baginya, dia tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

"Betul tu! Biar Puteri rawat suami Puteri supaya cepat baik. Kan, abang?" Puteri menyampuk.

Terkoyak senyum di bibir melirik wanita cantik itu di sisi. Belum habis geram tengok muka comel kesayangannya itu. Macam minta kena terkam hidup-hidup je. Eii!

Jangan, sayang! Abang ni kepala je yang cedera, tau. Anggota lain elok je ni hah. Nak bagi daddy dan mommy cucu setahun sekali pun tak ada hal!

"Sudahlah tu. Puteri pergi bawa suami Puteri ke bilik. Biar dia berehat," kata Tan sri.

"Apa dia daddy? Bawa masuk bilik? Betul ke?"

Ish, budak ini. "Bilik mana? Bilik tetamu. Bukan bilik awak tu."

Puteri terus cemberut. "Ala, daddy ni. Kenapa bilik tetamu? Bilik Puteri jelah."

"Belum masanya lagi. Sudah! Pergi bawa naik cepat." Tan Sri tak mahu layan rayuan anaknya. Saja je budak ni.

Nak tak nak kata ayahnya terpaksa dituruti. Maleeq dibawa naik ke bilik di tingkat dua. Tak apalah, janji daddy bagi suaminya tidur sini. Kesihan tengah sakit-sakit macam tu nak disuruh balik.

"Abang ni kan, saja tau. Kesian budak-budak tu." Puan Sri membidas tindakan suaminya.

"Biar je. Saya saja nak test mereka," kata Tan Sri.

"Tak baiklah. Mereka kan sudah sah sebagai suami isteri."

"Biar dulu. Awak jangan nak pandai-pandai kasi lesen pada mereka sebelum majlis selesai, okey! Saya cuma nak pastikan Maleeq tu betul-betul membuat kerja dalam tempoh sebulan percubaan ini."

"Iya! Kan lagi 10 hari je lagi. Lagipun sudah abang saksikan sendiri kan macam mana Maleeq buat kerja."

"Saya tahu! Tapi biarkan dulu. Saya tahu sangat mereka dua ini jenis macam mana. Kalau dikasi can, memang confirm lupa terus dengan kerja. Silap-silap majlis pun tak jadi dibuat." Tan Sri terus beredar.

Huh! Apa-apalah orang tua ni. Saja je nak seksa anak-anak. Jangan tanya kenapa kalau Puteri tu degil. Bapaknya pun dua kali lima. Haih, sabar.

***

"ASSALAMUALAIKUM!"

Rasanya dah puas Aryan pusing dalam hospital itu cari misi bernana Hanna Mariyam. Tapi tak jumpa. Terpaksalah dia datang ke kaunter untuk bertanya.

"Walaikum salam. Iya?" Damia nama yang tertera di bajunya. Bertugas di kaunter pertanyaan di depan pintu masuk hospital.

"Mintak maaf ya, Cik. Saya nak tanya. Ada tak staff yang bernama Hanna Mariyam? Dua bulan lepas saya ada jumpa dia dekat sini." Sebagai seorang gantleman, Aryan kenalah bersopan santun. Lagi-lagi dengan perempuan.

Boleh tahan comel juga cik misi bernama Damia ini. Mengenakan uniform purple beserta tudung bawal berwarna putihnya. Sama macam yang Hanna Mariyam pakai.

"Hanna Mariyam? Maaf Encik, Hanna sudah tak bekerja dekat sini. Dia balik kampung bulan lepas. Ayah dia meninggal dunia," terang Damia.

Mendung terus muka Aryan."Innalillahi wainnailaihirojiun." Lalu dia cuba bina kembali kekuatan untuk bertanya. "Memang dia dah berhenti terus ke atau dia akan kembali lagi?"

"Rasanya tak balik dah, encik. Dengar khabaranya, Hanna akan terus menetap di Sabah, kampung arwah ayahnya."

"Emm. Faham! Ada tak dia tinggalkan nombor telifon atau alamat?"

Damia cukup hanya menggeleng kepala, ia sudah cukup membuat Aryan tak lagi bertanya.

Aih! Lagi sekali dia kehilangan jejak Hanna Mariyam. Sibuk sangat sampai tak sempat nak cari kawan dia tu dekat sini. Padahal dah jumpa dah hari tu. Sayang tak sempat minta nombor telifon. Yam, Yam! Memang kita tak ditakdirkan bertemu agaknya! 

"Eh, tapi encik." Damia memanggil semula.

Ia telah memberi harapan kepada Aryan untuk berjumpa Hanna. Mana tahu masih ada maklumat yang boleh dia jejak.

Damia menguntum bibir malu-malu. "Kalau encik tak keberatan, saya pun boleh beri nombor telifon saya," kata Damia. Terus merunduk tersipu-sipu.

Malu sebenarnya tiba-tiba nak offer nombor tilifon pada lelaki. Tapi mamat ni helok kot. Muka ala-ala Korea. Tolak tepi dululah malu tu. Hihihi!

"Tak apalah. Terima kasih ya, Cik Damia. Saya minta diri dulu." Dia cuma mahukan nombor Hanna Mariyam. Bukan orang lain. Aryan pun lekas meminta diri.

Gigil bibir Damia, remuk hatinya. Beginikah rasa sakitnya kena rejek oleh jejaka tampan? Malu mat! Nasib baik tak ada orang nampak. Kalau tak sia-sia dia kena bahan satu hospital. Bertabahlah wahai hati!

Aryan sudah masuk ke dalam kereta. Dia mengeluh melepaskan perasaan. "Hanna Mariyam! Kat mana kau sekarang, Yam? Hati aku sungguh terusik hari ini bila teringatkan kau. Agak-agak kau masih ingat aku tak?"

***

DI sebuah kampung di pedalaman Sabah. Dua orang anak beranak sedang struggle menyara diri demi kelangsungan hidup. Setelah kehilangan satu-satunya tulang belakang, mereka menghadapi sedikit kesukaran dari segi kewangan.

Najwa terpaksa membuat dua job, tak boleh nak harapkan upah tempahan menjahit baju sahaja. Kalau bukan musim perayaan memang susah sikit nak cari makan. Maka dia turut mengambil tempahan kuih muih, kerepek dan juga juadah.

Anaknya Hanna Mariyam terpaksa dipanggil pulang ke kampung memandangkan mereka hanya tinggal berdua saling memilki. Nasiblah ada Hanna, boleh tolong-tolong sikit apa yang patut.

Tapi, itupun tak boleh nak harapkan sangat. Hanna tetap kena usaha mencari job baru di kampung ini. Agak susah berbanding di bandar. Sudah sebulan duduk saja di kampung ini selepas pemergian ayahnya, Hanna masih belum jumpa pekerjaan yang sesuai.

"Hanna," panggil Najwa. Dua buah beg plastik dibimbit dari bilik.

"Iya, bu." Hanna menggelabah. Sedang termenung di singki dapur, ibunya tiba-tiba panggil.

"Lah, kat situ rupanya. Hanna melamun lagi ke?"

Hanna merunduk segan. "Tak! Tak adalah, bu. Hanna cuma fikir nak cari kerja. Iyalah, dah sebulan Hanna menganggur. Tak bolehlah nak harapkan income ibu aje," jelasnya. Pandai berdalih.

"Ouh! Baguslah kalau begitu. Nah, tolong ibu hantar baju costumer ni."

Beg plastik yang dihulur ibu langsung diterima. Hanna membelek nama yang tertera pada secarik kertas yang turut disertakan. 'Puan Faiza Rm150.' "Baik, ibu. Sekejap Hanna keluar ya."

Hanna segera mencapai tudung bawal untuk menutup rambutnya sebelum bergegas keluar. Perodua Kancil lapuk peninggalan arwah ayah segera dihampiri. Agak uzur kondisi kenderaan itu. Tapi itu sajalah satu-satunya transport yang ada.

Hanna mengeluh seketika setelah selamat masuk ke dalam kereta. Sambung balik lamunan di singki dapur tadi. Entah kenapa dia teringat dengan seseorang hari ini. Tiba-tiba dia jadi kuat melamun tak kira tempat.

"Aryan! Kenapa aku jadi teringat pasal kau eh? Agak-agak kau tengah buat apa dekat KL tu? Ingatkan kau nak datang cari aku lagi. Tak ada rupanya. Kau masih ingat aku ke tak, Yan?"

Sempat jumpa sekejap tempoh hari, sebelum mereka kembali lost contact. Sekarang Hanna pula sudah memutuskan untuk menetap di kampung. Memang tak adalah harapan nak jumpa semula dengan kawan lamanya itu.

Tapi, rangsangan perasaan antara kedua hati mereka mula terhubung. Ia dipanggil Telepathy. Adakah mereka akan bertemu juga suatu hari nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience