36: KERAGUAN

Romance Series 889375

TERPAKSA Aryan bersabar sebentar menunggu sehingga Hanna pulang dari kerja. Mujurlah ada Adam sebagai pengganti Bad. Tidaklah Aryan boring di kampung itu.

Adam juga sempat membawa Aryan meronda keliling kampung dengan motor cabuknya. Seronok gila Aryan dapat berjumpa dengan kembar si Bad ini. Happening juga orangnya tak ada beza dengan Bad.

Lewat 5:30 petang, kereta Kancil milik Hanna Mariyam telah merapat ke pekarangan rumah. Gadis itu segera keluar dari kenderaan bila dilihat akan kelibat Aryan masih di situ. Aryan menghampiri ke tempatnya tetap ditunggu.

"Kau masih kat sini, Yan?" Mereka sudah bersua muka.

Aryan seperti biasa, hanya tersengih gugup sambil mengusap tengkuknya. Reaksi biasa bila berhadapan dengan wanita. Gugup dan serba tak kena. "Aah! Aku, tunggu kau sebenarnya."

"Tunggu aku?"

"Iyalah, bukan senang dapat jumpa kau ni. Lagipun esok baru aku balik KL. Jadi adalah masa sikit nak borak dengan kau, kan! Ikutkan, memang banyak benda aku nak sembang dengan kau, Yam." Aryan tayang seringai lagi.

Hanna pula cuma membalas kata-kata Aryan dengan senyuman manis. Jujur dia tak menafi, kata-kata Aryan sempat menyinggahi hatinya serta mencipta sebuah debar. Hanna merunduk menyembunyikan blushing di wajahnya.

"Kalau macam tu bagi aku masa sekejap, aku nak masuk dulu. Nanti kita sambung borak," kata Hanna.

"Baiklah!"

30 minit selepas itu, Hanna keluar dari dalam rumah menemui Aryan yang memilih duduk di pangkin saja tak masuk ke dalam. Hanna telah selesai menukar pakaian kepada lebih santai. Hanna hanya berdiri tersipu-sipu. Lengannya digosok bila terasa canggung berhadapan dengan Aryan.

"Hal apa yang kau nak bincang dengan aku ni? Macam mustahak je," soal Hanna.

Memandangkan Hanna hanya berdiri, maka Aryan pun turut mengangkat punggungnya dari pangkin kecil yang dia duduki. Bersembang sama tinggi begini barulah selesa sikit.

"Macam ni, Yam. Aku nak mintak tolong sikit dengan kau."

"Minta tolong aku? Apa tu?"

Aryan perlahan-lahan mula mengutarakan hajatnya. Tapi tetap dengan mood bersopan santun. "Kau tahukan, orang yang kau rawat itu adalah Maleeq sepupu aku."

"Kau yakin?" tanya Hanna.

"InsyaAllah aku yakin, Yam! Tak mungkin aku tak kenal dia. Aku bercadang nak bawa dia balik KL esok. Memandangkan tak ada siapa boleh handle dia melainkan cuma kau, jadi aku perlukan bantuan kau untuk membawa dia pulang. Kau boleh bantu aku tak?"

Wajah yang dari tadi merunduk tersipu-sipu kini sudah terangkat tegak. Hanna tersenyum.

Namun senyuman Hanna telah mencipta kerutan di dahi Aryan.

"Tidak!"

"Apa?"

"Kau tak dengar ke apa aku cakap? Tidak! Aku tak dapat tolong kau." Hanna pasti dengan jawapannya.

Sungguh Aryan tak faham dengan jawapan itu. Apa yang Hanna cuba cakap ni? Bukankah dia ini jenis suka menolong orang? "Apa maksud kau Yam? Pasal kos perjalanan, penginapan, bahkan semuanya, biar aku uruskan. Kau tak perlu keluar modal satu sen pun."

Hanna lalu menyilang kedua tangan di dadanya seraya merenung Aryan dengan pandangan dingin. "Bercakap pasal kos dan apa saja, mungkin bagi kau adalah perkara mudah. Tapi, kau boleh beri aku sebab munasabah kenapa kau nak sangat bawa dia ke KL?"

Ternganga Aryan dibuatnya. Tak sangka Hanna akan berbicara seperti itu. Apa masalah dia ni? "Tak. Yam, apa yang kau cuba cakap ni? Mestilah aku nak bawak dia balik. Dia sepupu aku kot."

"Bukti?"

Aryan semakin tergamam. "Yam, aku tak faham apa maksud kau ni."

Hanna sudah berpaling ke tempat lain tak lagi memandang Aryan. Dia berbicara senada, sinis sekali. "Tunjuk pada aku bukti berupa kad pengenalan dan sebagainya untuk membuktikan bahawa dia betul-betul sepupu kau. Jika kau gagal, maaf aku tak boleh lepaskan dia pergi dengan kau."

"Yam, Maleeq tu sepupu aku. Dia dah kahwin, isteri dia tengah sarat mengandung menunggu dia balik, tahu."

Hanna berdecit. "Tak perlu menokok tambahlah, Aryan. Mula-mula kau kata dia sepupu kau, sekarang kau cakap pula dia ada isteri. Aku bertambah ragu dengan kau."

"Astagfirullah, Mariyam! Habis tu kau ingat aku datang sini ni untuk apa? Aku jauh-jauh datang dari KL sebab aku nak jemput dia selepas aku mendapat berita dari akhbar tu."

Hanna melirik sinis tepat ke muka Aryan. "Boleh saja kau ni sebenarnya dari pihak luar yang mahu mengambil kesempatan setelah mendapat berita dari akhbar itu, kan. Boleh jadi juga kau ini sebenarnya memang sedang memburu orang itu untuk tujuan kau sendiri."

Perbualan yang tadinya santai kini menjadi sedikit hangat. Aryan tak faham dengan asumsi Hanna yang baginya agak tidak masuk akal. Dia mengejar ke tempat Hanna untuk bersemuka. "Tergamaknya kau tuduh aku macam tu, Yam. Kau bukan tak kenal aku, kan."

"Memang aku kenal kau, tapi itu dulu. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata je, Yan. inikan pulak sudah bertahun tidak jumpa. Sudahlah! Aku rasa lebih baik kau balik saja dulu. Kalau betul dia tu ahli keluarga kau, bila dia sudah sedar dari kekeliruan dia nanti, pandailah dia balik sendiri. Aku sudah bawa dia ke doktor, dan doktor kata dia hanya mengalami kecederaan kecil pada tisu otak yang sedikit mengganggu memori dan ingatan dia saja. Tapi jangan risau, ianya bersifat sementara. Apabila dia mampu mengingat kembali nanti, biar dia sendiri yang pulang cari keluarganya."

Hanna tidak lagi memberi peluang untuk Aryan berbicara. Dia langsung meluru masuk ke rumah meinggalkan Aryan terpinga-pinga seorang diri.

Aryan pula masih terkaku menatap pemergian Hanna. Dia tidak percaya Hanna akan meraguinya hingga sejauh itu. Kenapa Hanna perlu bersikap macam tu? Dan kenapa dia perlu berkeras mahu menahan Maleeq di sini?

Aryan tidak dapat berbuat apa-apa kerana Hanna sudah terlanjur menutup pintu rumahnya. Seolah-olah kehadirannya tidak alu-alukan lagi.

Selanjutnya Aryan mula mengatur langkah yang lemah menuju kereta. Adam juga sudah tidak kelihatan. Mungkin kembar si Bad itu sudah pulang ke rumahnya barangkali. Maka tiada lagi sebab untuk Aryan terus berada di situ. Dia segera beredar dengan memandu kereta meninggalkan halaman rumah Hanna.

Aryan memandu kereta denga kebuntuan yang tak ketemu penyelesaian. Bagaimana dia hendak memberi jawapan pada Puteri nanti? Pasti wanita itu bertambah tersiksa bila dia gagal membuktikan bahwa lelaki yang ditemuinya tadi adalah Maleeq.

Satu hal lagi yang membuat dia semakin buntu, iaitu tentang sikap Hanna. Ya! Aryan sangat kecewa. Kecil hatinya dengan sikap Hanna melayan dirinya selaku rakan lama. Sumpah dia tak sangga Hanna akan bersikap seperti itu.

Apa maksud Hanna sebenarnya? Apa motif Hanna menahan dirinya dari membawa Maleeq pulang ke Kuala Lumpur? Adakah Hanna sedang menyembunyi sesuatu?

Tak kesah apapun alasan Hanna, yang jelas sikap itu telah membuat hati Aryan menjadi tawar. Rasa yang pada mulanya hampir bersemi semula, kini telah lenyap tanpa sisa. Pertemuan semula dengan gadis bernama Hanna Mariyam kali ini benar-benar telah membuat hatinya retak menanti belah.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-29 16:49:54 

Geram la aku ngan Hanna ni..suka hati dia ja nk tahan si Maleeq tu..dh suami org tu terima la kenyataan tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience