BAB 46
“So, kau balik kerja pukul berapa? Biar aku ambil”
Soal Tengku Zariel sebaik tiba di bangunan tiga tingkat Paradise Corporation. Riaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam. Seboleh mungkin aku cuba mengelak dengan bangun seawall 5 pagi untukpergi kerja tapi aku dikejutkan dengan Tengku Zariel yang sudah bersiap sedia bersandar di kereteku. Kami berdua hanya diam saja di dalam kereta. Kekok dan janggal. Manalah pernah selama ini aku naik kereta dengan Tengku Zariel. Hatta keretanya yang berlambak dulu pun aku tak pernah naik.
“Tak apalah, saya naik bas atau teksi je. Lagipun saya ada kerja dengan Nora dekat Kulim lepas lunch nanti”
“Fine..kalau macam tu beritahu aku bila kau habis. Aku ambil. No matter what”Ujarnya bersama senyuman.
Aku hanya mengerling sekilas kerana tidak mampu melihat senyumannya lama-lama. Lambat-lambat aku angguk. Baru aku nak buka pintu kereta,suaranya mematikan tingkahku.
“Sekejap…kau terlupa sesuatu” Aku menelan liur bila Tengku Zariel menghulurkan tangannya.
“Kenapa?”
“Salam”
Lama aku pandang.Tangan kasar itu…hanya sekali saja aku dapat sentuh itu pun akad nikah. Masih aku ingat,baru aku nak cium,dia sudah menarik tanganku. Cium dahiku pun dia tak sudi. Jijik dengan aku hatta nak tengok pun dia sudah meluat.
“Saya taknak kotorkan tangan awak. Saya pergi dulu” Aku berkata dalam keadaan menunduk bila wajahnya berubah riak.
“Maafkan aku…”
“Jangan mintak maaf. Awak tak ada buat salah apa pun dengan saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum….” Aku keluar tanpa menoleh lagi ke belakang.
“Puan Elliena Kamelia?”
Perbincangan aku dengan Nora terhenti bila seorang pemuda yang memakai beg silang dan bertopi hadir dengan sejambak bunga lavender di tangan.
“Yes. Ada apa?”
“Ni ada kiriman untuk puan. Sign sini,puan.” Aku terus sign tanpa banyak soal bila banyak mata memandang dan cepat-cepat melarikan jambangan bungan tersebut bila Nora mengacah nak ambil sekeping kad yang terselit di situ.
“Wow,ada orang bagi bunga lavender pulak tu.Selalunya kau dapat bunga ros. Tapi kejap…kenapa dia panggil kau puan?”
Aku geleng. Senyum. “Salah panggil kot. Sekejap aku letak dekat meja”Ketika itu juga aku ambil kad berwarna merah garang itu.Sempat aku hidu harumnya bunga Lavender,bunga kegemaranku.Rasanya tiada siapa yang tahu.
‘I won’t give up on us…Even if the sky get rough..I’m giving you all my love…Still looking up..still looking up
Jantungku seakan berhenti berdegup. Tergamam melihat lirik lagu dendangan Jason Mraz itu. Serta merta kenangan di AJ Café…kafe yang menyaksikan jatuh bangunnya aku,Queen Band, keluarga dan persahabatan. Tempat yang sudah lama aku tidak jejaki sehingga aku hampir lupa keluargaku disana. Dan mana mungkin aku lupa aku menyanyikan lagu ini untuk Tengku Zariel di majlis makan malam Qalesh Holding. Jadi,bunga ini sudah tentu dari dia. Makin Tengku Zariel mendekati,makin dia membawa aku pada kenangan lalu.
“Kim…jom pergi site.”
Sentuhan di lengan buat aku tersentak. Aku mengangguk lantas mengekor Nora dari belakang. Sempat aku menghidu lagi bunga Lavender itu sebelum terbayang wajah Tengku Zariel bersama senyuman menawannya.
Aku cuba memujuk diri untuk bersabar. Sempat aku bisikkkan khalimah Allah dalam hati supaya aku tidak melenting. Dengan cuaca panas,bunyi yang bingit..betul-betul mencabar kesabaran. Lagipula, sudah lama aku tidak rasa nak ‘meletop’.
“Bukan ke hari tu dah discuss untuk stick to the plan pada pelan yang asal. Dan semalam saya dapat tahu tak ada kerja pembinaan dilakukan. Kalau asyik cuti je bila nak siap?”Marah Nora sehingga Encik Bashar dari syarikat kontraktor terkulat-kulat.
“Cik Nora…masalah yang timbul sekarang bukan dari pihak kami tapi pihak Cik berdua sendiri. Cik Munirah kelmarin datang beritahu ada perubahan pada pelan yang kita bincang hari tu. macam mana kerja kami nak gerak lancar kalau ada perubahan di saat-saat akhir? Kami terpaksa keluar modal sendiri jadi ramai pekerja yang mogok!”
Aku dan Nora saling berpandangan. Tidak sangka Cik Munirah melakukan perubahan tanpa berbincang terlebih dahulu sedangkan dia sudah menyerahkan projek ini pada kami. Aku pandang sekeliling. Tidak ramai pekerja kontraktor yang hadir seperti kebiasaan. Kerja-kerja pembinaan masih berjalan tapi agak perlahan.
“Look,Encik Bashar. Kita dah kesuntukan masa sekarang ni dan untuk pengetahuan Encik Bashar,projek ni dah diserahkan pada kami berdua. Kenapa tak beritahu awal-awal Cik Munirah ada datang?” Kali ini aku bersuara tegas. Memang masa dah suntuk! Aku tidak mahu projek pembangunan rumah kedai ini tidak siap pada masa yang telah ditetapkan. Benar,syarikat kontraktor terpaksa mengeluarkan modal sendiri apabila berlaku perubahan di saat-saat akhir oleh pemilik.
“Agaknya sebab tu Tan Sri tak percaya nak bagi projek besar dekat Munirah tu. Ikut kepala dia je nak buat apa! patutlah kepala dia besar!”Aku tahan ketawa dengan bisikan Nora.
“Maaf Cik …Cik Munirah kata saya tak perlu beritahu apa-apa terutamanya pada Cik Kim sebab katanya Cik Kim tiada kelayakan dalam bidang ni. DIa kata Cik Kim budak baru dan bukan pakar dalam bidang ni”
Aku tersentak. Sungguh aku terasa kali ini. Bukan aku tidak pernah dengar Cik Munirah berkata begitu malah didepan Tan Sri pun pernah tapi kalau dicanang pada pihak luar? Sampai syarikat kontraktor pun tahu tidak kah menjatuhkan maruah dan kredibiliti aku? Padahal sudah banyak projek yang aku kendalikan dengan baik sampai terima pujian dari pihak atasan tapi tidak pada Cik Munirah. Aku tunduk lantas bahu Nora aku pegang.
“Nora,kau handle dulu . Aku nak pusing tengok site dulu”
Aku berjalan di sekitar kawasan pembinaan yang penuh dengan longgokan tanah dan batu-bata. Itu belum lagi dengan kren yang tinggi membawa muatan berat.
Cik Kim tiada kelayakan dalam bidang ni. DIa kata Cik Kim budak baru dan bukan pakar dalam bidang ni”
Aku pegang kepala. Berkali-kali ayat itu berulang ditelingaku. Panas,bingit,tekanan semua bercampur menjadi satu. Tiba-tiba aku terdengan suara orang menjerit.
“Hoi…ke tepi!!!”
“Handle stuck!Aku tak boleh control!”
“Cik,ke tepi !”
Aku mendongak dan kaku apabila tren yang membawa muatan berat itu tidak terkawal dan terjatuh. Tidak sempat aku berbuat apa-apa apabila tubuhku tercampak ke tanah sebelum pandanganku gelap.
Berhati-hati sekali dia menyentuh dahiku dengan kapas . Setiap kali aku mendesis,setiap kali itu juga wajahnya berkerut seperti dia pula yang kena. Aku masih terkejut dengan kejadian yang tidak diduga tadi dan pada masa yang sama lagi terkejut bila melihat dia turut berada disini. Macam mana dan untuk apa dia ke sini? Nora berbual dengan Encik Bashar dan beberapa pekerja kontraktor. Sesekali dia menoleh melihat kami berdua. Sekarang ini kami semua berada di dalam kabin.
“Baru first time ke pergi site?”
Sindiran ke tu? Aku buka mata.Wajahnya serius sehingga aku sedikit cuak.
“Saya tak perasan….” Hanya itu aku jawab.
Dia berhenti. Tajam renungannya sehingga aku makin menunduk. “Such a lame excuses. Macam mana kau boleh berangan dekat tengah-tengah site yang orang tengah buat kerja? Kalau aku tak ada masa tu macam mana?” Omelnya perlahan tidak segarang tadi namun air mukanya masih tegang.
Tengku Zariel merendahkan tubuhnya pada aku yang sedang duduk di kerusi sebelum sekali lagi letak kapas di dahiku yang luka. Kali ini terlalu dekat sehingga hanya seinci jarak yang memisahkan kami. Dapat kurasa hembus nafasnya yang hangat. Aku pejam mata. Tidak mahu memandang lama sepasang mata helang itu.
“You smell good…”
Mata aku terbuka luas! Tercengang. Tengku Zariel juga seperti terkejut,tidak percaya dia boleh berkata begitu.
Nora berdehem. Tengku Zariel mengerling gadis itu sekilas sebelum meletak plaster di dahiku. Begitu berhati-hati sekali dia letak seperti tidak mahu aku berasa sakit sedangkan jantungku berdegup kencang.
“Kim,I think you should go home. Take a rest”Ujar Nora. Matanya tidak berkelip memandang kami berdua. Aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada wanita itu kerana aku tidak pernah memberitahu sesiapa hal peribadi ataupun status. Kedatangan Tengku Zariel buat kali kedua sudah pasti mengundang tanda tanya.
“No I’m not. I’m fine. Kita boleh sambung. Report pun kena buat bila masuk ofis” Aku bangkit namun tangan Tengku Zariel kejap menahan bahu.
“She’s right. Ambil EL. Pergi balik dan rehat”
“Saya tak boleh,awak. Saya kena sambung kerja saya. Selagi tak siap,projek ni akan tertanggung lama…”
Wajah keduanya aku pandang. Dapat aku melihat Tengku Zariel menayang muka tidak puas hati dengan sikapku. Tiba-tiba dia ketawa sinis.
“Nak tahu kenapa Paradise Corporation tak pernah tersenarai dalam 150 Bursa Malaysia? Sebab terlalu banyak projek delay..tak ikot waktu yang ditetapkan.”Suaranya sinis.
Nora menahan geram. “Excuse me Tengku Zariel…”
Tengku Zariel tersenyum sambil menyimpan semula alatan dalam First AID. Aku pandang Nora silih berganti. Nora kenal dengan Tengku Zariel? Jangan mereka berkelahi sudah.
“So,you know my name…”
Aku cuak dengan nada suara Tengku Zariel. Lebih-lebih lagi apabila dia memandangku. Bimbang jika dia tuduh aku ada beritahu Nora tentangnya. Namun memang tiada siapa yang tahu! Adakah Nora sudah tahu bila lelaki itu muncul di Paradise Corporation sebelum ini?
Nora tersenyum menyindir. “Siapa yang tak kenal waris sulong dan CEO Qalesh Holding. Lebih-lebih lagi bila ada satu waktu tu diturunkan pangkat kepada COO. Am I right?”
“Nora…”Baru aku nak sambung,Tengku Zariel mengangkat tangan. Dadaku sudah bergetar hebat bimbang akan jika situasi tegang ini berterusan.
Nora ni,dalam lembut tu kuat juga dia menyindir. Aku tidak menyangka berita itu tersebar luas. Hebat betul dunia perniagaan tapi tiada siapa yang tahu mengapa Tengku Zariel diturunkan pangkat. Semuanya kerana aku. Aku puncanya dan kini Nora ingatkan semula kenangan pahit dalam hidup Tengku Zariel.
“I’ve made a mistake. The biggest mistake that I ever done in my entire life and I learn from that. The mistakes makes me who and where I am right now.”Matanya melirik ke arahku bersama senyuman. “
“Dan I tak nak you buat kesilapan yang boleh mengubah kehidupan you sebagai pembantu kepada Cik Munirah Mahadi,Jurutera Projek Paradise Corporation dan juga bekas pekerja Qalesh Holdings.”
Melopong mulut Nora sedang aku pula naik hairan. “Tapi hari tu…”
Tengku Zariel memandangku. “Dia pura-pura tak kenal sebab dia malu dengan apa yang dia dah buat lima tahun dulu. Apa yang dia buat sama dengan apa yang berlaku sekarang”
“I tak percaya…”
Aku sentuh dahi yang berbalut plaster. Pening!
“Cuba fikir,kenapa dia angkat kaki dari Qalesh Holding?”
“Because you fired her.”
“No,it was my grandfather actually. I’m take over a year after that accident but I know the whole story. Kenapa dia diberhentikan? Sebab dia seorang yang tidak amanah dan tidak jujuri. Banyak projek delay dibawah kendalian dia dan bahan dari supplier tidak mengikut standard.That’s make sense kenapa pekerja kontrak mogok. Bukan setakat terpakse keluar modal sendiri tapi juga sebab Munirah beli bahan dengan harga yang murah. Harga murah,last minute perubahan dan syarikat kontraktor terpaksa keluar modal sendiri? Hmm…what do you think,Cik Nora? Does it make sense to you?”
Lama wajah tenang Tengku Zariel aku renung.Seakan tidak percaya dia boleh berlawan kata dengan tenang dan rileks seperti ini. Tanpa ada riak marah dan bengis. Tidak pernah aku melihat sisi sebenar dia sebagai CEO Qalesh Holding.
Nora tidak membalas.
“It’s up to you guys weather to believe or not. I tak judge pasal Munirah but please to keep someone who having bad attitude and discipline,it’s not worth. Dan kau…”’Kali ini dia bersuara dengan mata tegak memandangku. Buat aku tercengang.
“Saya?”
“Jangan biar dia buat kau sesuka hati. Aku tahu kau bukan receptionies ke cleaner tapi project development assistant and that surprise me. You know why? Kau respect pada orang yang salah! This is not you,I know. Sekarang,pergi balik. Rehat”
Aku hanya membisu lebih-lebih lagi bila Tengku Zariel memaut tubuhku. Jantungku berdetak hebat mengenangkan kedudukan kami yang sangat rapat. Terus hilang kebingungan aku berkaitan dengan Cik Munirah Mahadi dan juga bagaimana Tengku Zariel tahu tentangku. Adakah Tan Sri Yunus yang beritahu?
“Wait…wait. I kenal you siapa tapi apa kaitan you dengan Kim? Kim ? Kau tak nak beritahu aku macam mana kau kenal dengan dia? “Nora menyoal dengan muka risau. Juga dengan mata yang hampir terjojol keluar melihatnya.
Kami saling berpandangan.
“Kami sebenarnya….”Nak taknak aku bersuara sebelum Tengku Zariel mencantas ayatku.
“Sebenarnya I suami dia”
Dan aku hanya mampu memejam mata bila melihat rahang Nora hampir terjatuh. Aku menutur perkataan ‘Maaf’ sebelum tanganku ditarik oleh Tengku Zariel. Saat itu, mataku tertacap lama ke arah genggaman lelaki itu. Lembut dan hangat. Dia tidak pernah sekali pun menyentuh tanganku sepanjang perkahwinan kami hatta memandangku pun dia berasa jijik. Tetapi sejak semalam atau lebih tepat, pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke sini, dia seperti lupa betapa aku yang dibencinya selama ini. Tengku Zariel meminta maaf dan hatiku terhenyak rasa dosa yang semakin menghimpit.
“Kita pergi klinik”
Medengarkan saja perkataan ‘klinik’ itu, laju aku menggeleng. “Luka sikit je ni,saya okay”
“Apa yang okay kalau berdarah macam tu? Kat luar nampak okay, buatnya luka tu kena bakteria ke apa? Tak pun ada retak kat mana-mana ke”
“Saya tak nak klinik. Saya dah penat…”
Dari ekor mata, dapat kulihat dahi Tengku Zariel berkerut. Di dalam hatiku terdetik sesuatu. Adakah Haji Rahman dan Hajah Salma memberitahu tentang keadaanku atau belum? Lagi satu, kenapa tidak aku berperlakuan ‘drastik’ lagi jika ia masih menghantuiku?
Dia menarik nafas dalam dan menjungkit bahu. “Okay, fine aku tak bawak kau pergi klinik tapi kalau sakit lagi, please…beritahu aku. Kita dah dekat dah ni…Klinik Dr Hakim tak sampai 5 kilometer dari rumah”
Aku menggeleng lagi tanpa memandangnya. "Tak apa. Selalu sy mintak Carl tapi kalau dia tak ada, saya mintak dari Hakim je”
“Hakim rumah sebelah tu ke? Dia doktor?”
Aku mengangguk cuma. Bila lah nak sampai rumah ni..keluhku dalam hati. Terasa sesak nafasku berada dalam kereta miliknya.
“Oh…so klinik tu dia punya?”
Aku mengangguk lagi.
“Tak apalah nanti cari klinik lain”
Aku memandang cermin sisi, jelas makin berkerut dahi itu. Malah, tangannya laju menukar arah GPS keretanya.
“Kalau awak nak balas dendam dekat saya,awak boleh balas dengan apa cara sekalipun tapi jangan cerita pasal kita dekat orang lain. Jangan cerita dekat tempat saya cari rezeki…”Nak tak nak aku beranikan diri untuk meluahkan apa yang terbuku dari tadi.
Disebabkan aku taknak ke klinik,sudahnya Tengku Zariel membawaku ke sini. Lagipun, dari dalam kereta lagi aku menahan diri untuk bercakap tentang kejadian tengahari tadi. Berhadapan dengan sawah padi yang luas,angin yang sepoi-sepoi bahasa dan suasana yang redup.
Cantik..damai…tenang. Tidak tahu kenapa ke sini dia bawak aku. Tadi suruh aku rehat dekat rumah.
“Kenapa? Sebab kau rahsiakan status kau? Atau sebab kau takut aku bukak cerita yang sebenar?”
Tengku Zariel yang enak berbaring di atas keretanya aku renung.Sikapnya…susah aku jangka.
“Selama dua tahun ni…ada ke kau dapat surat cerai dari aku ? Dari peguam aku? Atau pun apa-apa sahaja dalam bentuk yang menunjukkan aku dah ceraikan kau?”
Aku terkesima. Memang aku tidak ada terima apa-apa surat cerai darinya dan aku juga tidak pernah mintak fasakh sepanjang dua tahun aku menghilang. Aku membalas renungan redupnya sebelum menarik nafas panjang.
“Awak…saya tak reti nak bercakap tentang agama apalagi kalau nak berlawan kata.Saya tahu saya tak layak nak bercakap soal ni tapi saya ada dengar dalam ceramah yang berdosa suami isteri kalau tak jalankan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga. Saya tahu ikatan kita terjadi tanpa kerelaan dan saya punca segala-galanya. Awak tak boleh dan takkan terima saya sebagai isteri sebab saya bukan perempuan yang baik. Saya terlampau banyak buat dosa pada awak, pada semua orang…dan saya tak sanggup biarkan awak tanggung dosa saya lagi…sehingga je hari ini.” Suaraku bergetar hebat. Pandangan ku kabur dengan air mata.
“Ustaz cakap orang perempuan paling senang masuk syurga bila dia taat kepada suami,mencari redha Allah,redha seorang suami. Saya tak pernah tengok awak ketawa atau senyum depan saya. Sekali pun tak pernah. Daripada dulu, di kampus…saya tak pernah berhenti ganggu hidup awak. Saya…saya malu sangat dengan diri saya sebab…saya dah rendahkan martabat dan maruah sebagai seorang wanita Islam. Saya malu dekat awak, pada Allah…dosa saya….terlalu banyak”
Dada aku pegang. Terasa sakit mengenangkan segala kejahatan yang aku telah lakukan. Tiada guna Tengku Zariel mahu mengejar kemaafan aku kerana dia tidak pernah buat salah apa-apa terhadap aku. Aku tahu kesalahan yang aku buat bukan merupakan satu tiket untuk dia berbuat sesuka hati terhadapku tetapi aku layak mendapat balasan itu. Kehadiran dia kesini, barang pemberianku yang masih disimpan dan kata-kata maafnya semalam, mungkin saja kerana Tengku Zariel serba salah dan simpati disebabkan sikapku yang baru ini. Seperti yang aku beritahu pada Amanda…andai ada pertemuan lagi diantara kami, akan ada perpisahan yang sepatutnya berlaku dari dulu lagi.
Aku mahu berlalu sebelum lenganku direntap sehingga aku berpaling. Mata kami bertentang.
“Dalam ayat (an-Nur':26).,Allah pernah berfirman, Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Okay,memang aku mengaku kau ada buat salah dekat aku dan kau jahat. “
“Tapi macam mana dengan aku? Aku pernah malukan kau depan orang ramai, layan kau macam hamba abdi malah lebih teruk! Aku pernah cederakan kau..bukan sekali tapi banyak kali sampai berparut yang takkan hilang sampai bila-bila!Berdosa sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami? Ya,aku tak pernah bagi kau nafkah dan tak pernah layan kau sebagai isteri! Aku masuk kelab, mabuk, dan aku pernah lemaskan kau separuh mati ! Kau cakap kau jahat? Aku lebih jahat dari kau! Jahat untuk yang jahat. Jadi,kita sama Elliena Kamelia Damien!!!”Tegas suaranya membuat lidahku terkelu.
Kata-katanya bagaikan halilintar membelah bumi. Turun naik dadanya Aku pejam mata bila Tengku Zariel merapatkan dahi kami. Desah nafas kami hangat menghembus wajah masing-masing. Airmataku meluncur laju membasahi pipi.
“Saya layak terima semua layanan tu….Saya layak”
“Kau silap, Kim...sebab Kau bidadari syurga yang aku cari selama ni…”
Aku menjarakkan diri,mata terbuka luas..tidak mengerti. Apa maksud Tengku Zariel? Bidadari syurga ?
Share this novel