BAB 33

Romance Completed 199367

BAB 33

“No..no..stop Ariel. Sakit…! Please…I merayu!”Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri. Suara lembut yang kedengaran aku hindar kerana takut melihat Tengku Zariel naik hantu

Tanganku menggawang-gawang di ruang udara cuba menolak tangan Tengku Zariel tapi tenaga lelakinya ternyata lebih kuat berbandingku.
 

“ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna muhammadarrasulullah…..sebut ALLAH…ALLAH…”
 

Aku berhenti meronta. Kaku mendengar alunan ayat yang bergema lembut ditelingaku. Sudah lama aku tidak mendengar apatah lagi menyebutnya. Beberapa ayat yang pernah aku dengar juga kedengaran. Sejuk dan tenang. Tubuh yang sakit juga seperti sudah beransur pulih.

Kelopak mataku terbuka. Terpejam-pejam mata kerana cahaya lampu yang terang. Pasti aku berada dibilik kecilku kerana tubuhku sendiri sudah berpeluh kerana tiada penghawa dingin di bilik ini . Sekadar kipas siling yang adakalanya berfungsi dan tidak berfungsi.
 

“Alhamdullilah Miss Kim dah sedar. Lega saya” Ujar  Mazliana.

 
Aku pegang kepala sambil memerhati tubuhku. Pakaian sudah bertukar. Sedar yang tadi itu bukan mimpi. Tak sangka…kebencian Tengku Zariel sudah sampai tahap kronik. Tubir mataku bergenang. Aku gagal segagal gagalnya.
 

“Sakit lagi? Sebab tadi Miss Kim ada meracau dalam tidur”Serak suara Mazliana. AKu tahu dia nampak segala-galanya. Gadis senaik Mazliana susah nak menipu. Bukan macam aku…
 
“Maz…you percaya i?”
 
Angguk. Aku senyum pahit bersama gelengan.
 
“You silap,Maz. You tak patut percayakan i. I jahat…terlalu jahat”

 
“Saya lagi bodoh kalau saya butakan mata dan tulikan telinga saya…”

 
Aku bangun dengan terkial-kial nak stabilkan tubuh yang lemah. Lesu. Aku tilik wajahku dicermin. Rambut serabai. Muka pucat tak  bermaya. Mata dan hidung yang merah. Aku masih terasa pedih dan sakit bila tangan kasar itu menenggelamkan aku. Wajah yang aku bangga kerana kejelitaan yang aku miliki aku pandang sinis. Apa lagi yang masih tinggal jika tiada nilai? Kecantikan tidak menjamin kebahagiaan.
 

“Miss Kim nak kemana? Pergilah rehat. Sampai esok pun tak apa”
 
“Sekarang pukul berapa?”

 
“Dah pukul 11 malam”
 
“Ariel? Yang lain?”

 
“Tiada sesiapa pun dalam rumah ni kecuali saya dan Miss Kim. Tok Ayah,Mama Ida dah lama keluar lepas Maghrib tadi.. Tengku Farizal tadi ada kat ruang tamu tapi dia naik atas balik. Cuma Tengku Zariel saja baru keluar.”
 

“Ariel ada jenguk i? Dia yang..bawa I ke sini?”

 
Diam. Sekali lagi aku menyimpul senyuman. Kenapa aku mengharapkan sesuatu yang mustahil? Bagaimana Tengku Zariel punya kekuatan untuk berlagak seperti biasa selepas memperlakukan aku sebegitu?
 

“Sini bukan tempat I Maz. Sepatutnya I sedar diri masa awal-awal I masuk ke rumah agam kerabat diraja ni. Seharusnya I sedar dimana kedudukan I tapi I terlalu mahukan Ariel. It’s too much…”
 

“Berpangkat atau tidak, kita tetap tak boleh terlalu ikut perasaan dan merendahkan orang lain. Ia bukan sifat sebenar keluarga ni sepanjang saya duduk disini Miss Kim”
 

“ Maz,you betul. Bukan sifat sebenar tapi I yang mewujudkan sikap itu. Jangan bencikan mereka,mereka tak salah. Yang salah i. Apa-apa yang berlaku berpunca dari i. I am so sorry…I need to leave”
 

Aku ke bilik air untuk menukar pakaian. Aku perlu meninggalkan rumah ini malam ini juga. Disini bukan tempatku dan sampai bila-bila aku tak layak menjejakkan kaki ke sini mahupun menjadi sebahagian dalam hidup Tengku Zariel. Aku menyerahkan semuanya pada lelaki itu jika dia mahu melafazkan talak. Aku sudah penat dan aku pasrah. Ketika mengemas untuk kali yang terakhir,aku membiarkan Mazliana yang bantu. Dia menangis.

 
“Jangan menangis untuk I,Mazliana”

 
Lah…makin kuat dia menangis!
 

“Saya…saya taknak Miss Kim pergi. Nanti dengan siapa saya nak berbual?”
 
 

“Pak Man ada ? Tapi kena pandai layan bola sepak dan politik!”Aku kenyit mata.
 
“Kenapa Miss Kim tak sedih nak tinggalkan kami? Tak menangis pun?”
 

Bagasi aku letak di ruang tamu. Mazliana turut membantu membawa dua lagi beg.
 

“I nak keluar dari sini tanpa ada setitis air mata yang mengalir. Episod drama I dah berakhir. Hmm…ni air you buat ke?”Aku bersuara ceria. Tangan menunjuk pada dua gelas air teh di meja kecil yang berada diluar bilik.
 

“A’ah. Saya buat untuk Miss Kim tadi tapi tiba-tiba saya terdengar Miss Kim meracau. Terus saya letak kat sini”
 

Aku minum tanpa bicara. Mengeleng lagi bila Mazliana masih teresak-esak sampailah bila letak bagasi di bonet kereta. Aku mengesat air matanya yang mengalir tiada henti. Manja betul!

 
“Stop crying my dear sister. I cukup hargai kesudian you jadi adik perempuan I sepanjang I di sini. Yeah,I tak mungkin lagi datang ke sini tapi you tetap adik I sampai bila-bila. Janji dengan I you akan jaga diri,okay?”

 
“Habis tu….Tengku Zariel?”

 
Aku menyerahkan sepucuk surat pada Mazliana. Ini saja cara yang aku boleh memberitahu luahan di hati kerana aku tidak pernah ada nombor telefonnya kerana semuanya disekat.
 

“Suruh Ariel baca dulu sebelum dia koyakkan,buang atau bakar. Kalau dia baca sebaris ayat atau satu perkataan pun dah cukup bagi i. Sekurang-kurangnya I tahu dia baca. Tentang hubungan kami? I serahkan kepada dia. Macam yang I cakapkan tadi, Ariel tak bersalah dalam hal ni.  Take care Mazliana. I harap satu hari nanti kita akan berjumpa lagi…atau mungkin tidak. “
 

Pecah lagi esakan Mazliana. Kali ini dia meraung sambil berlari masuk ke rumah. Dua pak guard sekadar termangu-mangu tidak faham. Aku menunduk sambil pegang kepala.

Tiba-tiba saja seram sejuk. Bulu romaku meremang dingin. Mungkin saja kerana aku masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Sempat aku merenung laluan ke rumah belakang yang baru saja menyaksikan kekejaman Tengku Zariel dan ia semakin menambahkan lagi sakit di kepalaku.
 

Bukan berpinar-pinar tetapi aku mula rasa tubuhku berbahang. Takkan aku nak pandu dalam keadaan begini? Untuk menghubungi Tiara, aku tidak mahu membabitkan dia lagi dalam hidupku. Cukuplah aku melihat dia terluka gara-gara suamiku sendiri.
 

Sudahnya aku meminta mereka untuk benarkan aku masuk konon ada barang tertinggal. Nak panggil Mazliana suaraku tak terkeluar pula. Aku berjalan sambil memegang bahu sofa sebelum terduduk. Cuba menstabilkan diri. Bunyi enjin menderum masuk menyedarkan aku tetapi aku seperti tidak endah. Ralit memegang kepala yang semakin berputar.
 

“Aku rasa aku dah suruh Maz yang kau kena keluar malam ni jugak. Apa lagi kau buat kat sini?”Selar Tengku Zariel. Dia berlalu kedapur,meletakkan kunci di meja dapur sebelum duduk bersandar didepanku sambil menghirup gelas ditangan yang disediakan oleh Mazliana.
 
Aku tidak bersuara. Aku menunduk sambil meramas-ramas rambut kasar. Sungguh aku sudah berasa lain macam ketika ini. Memandang Tengku Zariel juga sudah membuat aku panas lain macam. Aku perasan dia tiba-tiba mengusap kepala dan dahinya. Butang kolar bajunya juga dibuka. Kami seperti kepanasan sedangkan ruang tamu ini saja sudah mempunyai tiga biji penghawa dingin. Sejenak mata kami bertentangan”
 

“I tahu dah terlambat untuk I minta maaf. Tapi tentang hal tadi,I betul-betul tiada niat nak cederakan mama you ataupun Izal. You menghukum I tanpa sempat I jelaskan apa-apa tapi I tahu semua ni dah tak berguna lagi”
 

Tengku Zariel mengambil tempat di sofa berhadapan denganku. Sempat aku melirik wajahnya yang merona merah.
 

“Lepas aku dah bongkar kesemua rahsia kau, kau masih lagi nak pertahankan diri ? Aku tak akan maafkan kau. Aku rasa lebih baik kau pergi”Suaranya perlahan namun penuh ketegasan.
 

“Benci sangat ke you pada i?” Soalku lirih.
 

Tengku Zariel terdiam. Dia memandangku lama dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
 

“Jangan tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya. Dari dulu lagi…tetap jawapan yang sama”
 
Aku tersenyum  pahit. Mengangguk sebelum menarik nafas yang mula tak teratur. “I’m sorry for everything.Keputusan terletak ditangan you. I pergi dulu…”
 
Aku sendiri jalan terhuyung hayang. Dan aku terpaku bila terasa ada sepasang tangan merangkul pinggangku dari belakang. Haruman maskulin dari tubuhnya cukup buat aku terbuai lemas. Mendatangkan satu perasaan asing yang tidak pernah aku miliki. Sentuhannya menjetik naluri wanitanya. Aku cuba menepis keinginan itu namun sentuhan Tengku Zariel buat aku tidak keruan.
 

“Ariel…apa..apa you cuba buat ni?”Aku nak marah tapi kedengaran terlalu lemah dan manja. Layu matanya bila dia memusingkan tubuhku. Dapatku lihat turun naik dadanya yang bidang. Lama kami tenggelam dalam panahan mata masing-masing. Tangan kasarnya memegang wajahku. Aku menolak namun makin kejap pegangannya..
 

“Cantik”Desisnya mengusap wajahku. Jari jemarinya bermain-main di rambut,kening,hidung dan berakhir dibibir penuhku.

Cantik? Baik, ini bukan Tengku Zariel yang sebenar.

Sekali lagi aku cuba menolak namun sentuhannya menghadirkan rasa ghairah dan teruja. Renungannya juga lain. Renungan yang penuh keinginan.
 

“Ariel,lepaskan. I…kena pergi. Please…”Bisikku penuh manja ditelinganya. Kedudukan kami begitu rapat sehingga desah nafasnya hangat menyapa wajahku. Kuyu mataku melihat senyuman menawan yang tidak pernah aku miliki sebelum ini. Aku seperti berada dalam khayalan. Begitu juga dengan dia. Desah nafas kami bersatu.
 

“Jangan pergi…stay with me..please”Ujarnya separuh merayu. Nafas kami seakan-akan bersatu apabila Tengku Zariel bertindak mencumbui wajahku dan kemudian di leherku.  Aku tersentak seraya menolak dadanya tapi sungguh aku tidak mampu melawan sentuhan yang mengusik naluri wanita ini
.  
Tanpa sedar, aku merangkul erat lehernya bila Tengku Zariel mencempung tubuhku menuju ke biliknya. Mata kami tidak lepas memandang antara satu sama lain. Sebaik saja dia meletakkan ku ke katil, . Tshirt yang dipakainya aku buka. Terserlah tubuhnya yang tegap dan bidang. Aku mahukan dia disisiku selamanya. Dia menarik aku ke dalam dakapannya sebelum dia mengucup bibirku penuh kelembutan sehingga aku terbuai. Lama. 

 
“I love you Ariel. I love you”

 
“I know…I know”
 

Dan sebaik dia berkata begitu makin erat Tengku Zariel memelukku. Aku turut membalas apabila dia merebahkanku di katilnya. Kami seolah-olah lupa perbuatannya tadi dan malam akhirnya membawa rahsia yang tersendiri.
 
 
 

 
Kesepian dan kedinginan yang mencengkam tubuh buat aku terjaga. Dahiku berkerut menahan sakit dikepala. Terasa berpinar-pinar tapi keadaan bilik ini buat aku sedar aku di mana aku berada. Takkan aku tertidur disini lepas pening semalam? Jam digital sudah menunjukkan pukul 5 pagi. 5 pagi? Aku bangun dan serentak itu aku mengaduh.
 

“Oh damn it..my head….Kenapa pening sangat ni..” Tetapi dadaku berdetak kencang tika melihat tubuhku disebalik selimut.

Oh TUHAN! Aku tidak berpakaian! Tiada Seurat benang pun ditubuhku selain sepasang tangan yang merangkul erat pinggang ini. Aku baru perasan desah nafas yang menyapa leherku. Terus aku kalih ke sisi.Cepat aku tutup mulut menahan jeritan.

Ariel!!!
 
“Apa aku buat dekat sini? Apa yang dah berlaku ni??”Aku tak keruan. Menggigil tubuhku melihat pakaian kami yang berselerak di lantai. Oh Tuhan…adakah benar-benar berlaku? Apa sebenarnya yang berlaku ni!!! Tapi semalam kami….Otakku gagal hendak proses apa yang sedang berlaku kerana aku sepatutnya meninggalkan rumah ini semalam. Aku tidak seharusnya berada di rumah ini lagi. Bukankah aku sudah keluar? Aku sendiri tidak punya jawapan. AKu kena pergi!
 

Dengan berhati-hati aku mengangkat tangan sasanya,mencapai selimut untuk menutup tubuhku. Terasa lemah dan terketar-ketar segalanya kerana ia berlaku tanpa kami sedari. Aku nak menangis tetapi tiada apa lagi yang mahu keluar.

Dugaan apalagi yang harus aku tempuh setelah semalam? Kenapa masih ada lagi yang perlu aku berdepan seorang diri? AKu gembira kerana berjaya memilikinya sebagai seorang suami kerana hak aku sebagai isteri sudah diiktiraf tapi bagaimana dengan Tengku Zariel? Bagaimana dengan penerimaannya ?
 
Sebaik keluar dari bilik air dengan pakaian yang lengkap,aku mengemas apa yang patut. Aku tidak mahu Tengku Zariel sedar apa yang berlaku.

 
“Apa kau buat dekat sini? Ya Allah..sakitnya kepala aku”

 
ZUPP!
 
Kejang segala ototku. Aku pejam mata dan menarik nafas dalam-dalam sedangkan di dalam hati.. 
 
“I err…i…I tak tahu” Aku berlalu ingin keluar namun lenganku pantas di sambar Tengku Zariel yang tidak berbaju. Aku buang pandang bila dia terkial-kial menyarung pakaian. Hilang sudah kemesraan yang ditunjukkan tadi. Tapi perkara terakhir aku ingat cumalah pelukan erat Tengku Zariel. Itu sahaja!
 
“Apa yang kau dah buat dekat aku hah? Answer me!”Tubuhku digoncang kuat.
 
“I tak tahu. I tak sedar apa-apa,I swear! I dah niat nak tinggalkan you semalam,I dah siap packing semua barang tapi i…”
 
“Berhenti menipu,Kim! Kau perangkap aku kan sebab kau berdendam apa yang aku buat semalam? Kau cuba ikat aku! Dasar perempuan murah!”

 
Dia menolak kuat wajahku seolah-olah jijik denganku. Seperti aku pula yang memulakan sedangkan kami sudah nekad untuk berpisah. Aku sudah tidak kisah apa lagi yang dia mahukan. Tapi bukan begini yang aku mahukan. Aku yakin kami berdua diperangkap. Dan hubungan itu terjadi bukan kerelaan masing-masing.
 
“I berani sumpah,Ariel. I takt ahu. Kalau I nak buat, dah lama I buat! I tak perlukan guna cara kotor macam ni semata-mata nak terus ‘ikat’ you!”
 

“Cara kotor? Habis macam mana cara yang kau gunakan untuk perangkap semua orang dalam perkahwinan ni?? Ni rancangan terakhir kau, kan? Supaya aku tak lepaskan kau? Kau dengar sini baik-baik,Kim…aku…”
 

Aku memegang tangannnya,menghentikan niatnya yang satu itu. Aku yakin dalam keadaan sebegini, kemarahannya sudah sampai kemuncak.
 

“Ariel…maybe this is the time. Hope for us. Maybe Tuhan nak tunjukkan sesuatu untuk kita berdua. Maybe lepas ni you takkan benci I lagi,terima I jadi isteri you. Apa yang dah terjadi,dah terjadi. Kita tak boleh berpatah balik and this is it. A hope. Malam tadi…..”
 

Sangkaan ku meleset bila dia menggeleg dengan wajah yang cukup bengis. Lebih garang dan kejam dari semalam. Wajahnya kusut seakan-akan dia sukar untuk menerima apa yang telah terjadi di antara kami.
 
“Itu atas perbuatan yang kau kena tanggung sendiri, Elliena Kamelia ,bukan cinta! Bila kau dah perangkap aku,kau fikir aku akan cakap macam tu? Tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi sebab aku tahu memang niat kau nak perangkap aku. Ikat kau supaya aku tak boleh ceraikan kau. Ya, kau dah berjaya. Unfortunately,it wont happened. Kau memang dah melampau,Kim! ”

 
Tengku Zariel mencampak segala barang ke dinding termasuk bingkai gambarnya sehingga pecah berderai. Aku berundur sambil menekup telingaku. Tidak sanggup berdepan dengan amarahnya. Bimbang dia mengasari aku lagi.

 
“Kenapa tutup telinga? Tak sanggup nak dengar? Kau dengar sini eh Kim. Ini kali terakhir aku nampak kau dalam hidup aku. Kalau hubungan tadi tinggalkan sesuatu dalam perut kau,aku takkan bertanggungjawab! Takkan sesekali! Itu bukan darah daging aku sebab anak aku tak layak berada dalam rahim  perempuan macam kau!”

 
Gugur jua air mata yang aku tahan sedari tadi. Luluh hatiku mendengarnya. Kata-katanya menikam sehingga ke ulu hati. Berkecai sekalipun Tengku Zariel tidak akan peduli. Aku terus berlari keluar tanpa menoleh lagi bersama air mata yang mengiringi langkah ini. Hatiku benar-benar hancur…
 
 
 
 
 
“Argh!”Aku mengaduh bila tanganku yang berada di stereng mula terasa pedih. Terus aku bagi lampu isyarat ke kiri,berhenti di bahu jalan. Calar balar tapak tanganku kerana terseret di atas jalan tar kerana ditolak Tengku Zariel tadi. betapa tegar nya dia menghalauku selepas apa yang berlaku di antara kami.
 

Bukan aku yang perangkapnya. Ia berlaku di luar kawalan kami berdua. Tengku Zariel dengan amarah yang tiada kesudahan dan aku…aku pula hilang mahkota yang aku jaga untuk lelaki yang aku cintai. Aku mahu ia berlangsung dengan penuh kasih sayang dan belaian manja darinya tetapi takdir menamatkan hubungan kami dengan cara yang begitu kejam sekali. Wajarkah aku menyalahkan takdir? Sedangkan ini mungkin kerana kesilapanku. Esok lusa aku yakin aku akan terima surat cerai darinya. Takut tapi aku perlu terima.
 

“Sampai hati you Ariel. You campak I macam sampah. I benci you!”Aku menghamburkan tangisan di dada stereng. Terhenjut-henjut bahuku kerana aku tidak mampu menanggung semua ini lagi
 

Tiba-tiba cermin kereta diketuk kuat daripada luar. Aku terkejut lagi tatkala pintu kereta keretaku turut dibuka tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Terus aku menjerit nyaring.
 
“No..no..please jangan rompak i!”
 

“Kim!”Bahuku digoncang kuat. Suara perempuan.

Tiara?

Dari cermin kereta aku lihat Damia dan Herlina berada dalam kereta Damia yang diparkir dibelakang keretaku.
 

“Kenapa kau berhenti kat sini? Macam nak patah jari kitaorang telefon kau.”
 
“Aku minta maaf. Aku Cuma letih sikit sekarang. Kenapa? Kau orang dari mana?”Aku meraup wajah.
 

“Kitaorang cari kau. Kim…ada sesuatu yang aku nak beritahu dan aku harap kau boleh bersabar dan bertenang.
 

Hatiku mula tidak enak. Tidak berkelip mataku memandang wajah pilu Tiara. Dia kelihatan serba salah. “Tiara….aku tak faham. Bersabar apa?”
 

“Mama dan daddy kau kemalangan!”
 
Aku tergamam…
 
 
 
 

 
Mutiara jernih tetap galak mengalir. Kepalaku seperti dihempap dengan sebiji batu yang besar. Bingung. Daddy dan mama kemalangan ketika dalam perjalanan dari KLIA ke Kuala Lumpur sebaik saja pulang dari menunaikan Umrah. Aku tidak pasti kenapa mereka berdua pergi ke Malaysia sedangkan aku sudah beritahu yang aku akan pergi ke Amerika selepas semuanya selesai. Pemandu teksi airport turut terbunuh dalam kejadian yang dikatakan berpunca dari sebuah lori dari arah bertentangan yang terbabas.
 

“I’m so sorry Dan,there is nothing we can do. Kami dah cuba selamatkan kedua-duanya tapi Allah lebih menyayangi mereka. Aku minta maaf. Semoga kau tabah dan sabar.”
 

Carl sudah terduduk. Kalau tak kerana Tiara memaut tubuhku,sudah pasti aku terjatuh.
 

“Tiara..tolong cakap dengan aku doktor tu tipu kan? Semuanya tak betul kan? Daddy dengan mama aku masih hidup kan?”
 

“Kim…”

 
“Please Tiara..please…mereka masih ada  kan? Mereka sedang tunggu aku kan? Mereka datang sebab nak buat surprise untuk aku kan? Tell me!”
 

Kebisuan Tiara..tangisan Herlina dan Damia makin menyesakkan dadaku. Makin kuat raunganku. AKu hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Oh Tuhan..kenapa begini sekali aku diuji?
 

“Kim..mereka dah tak ada Kim. Uncle Damien dan Auntie Sara dah tiada…”
 

Aku rebah dalam pelukan Tiara bersama tangisan yang tertahan-tahan. Herlina dan Damia turut memelukku. Bersama-sama berkongsi berita yang menyedihkan dalam hidupku. Wajah mama…daddy..kenangan bersama mereka sepanjang 26 tahun  berlegar-legar di ruang mata.

Tak..tak..tak mungkin. Mereka masih hidup. Tidak mungkin mereka pergi tanpa sempat kau berjumpa dengan mereka. Aku sudah berjanji.
 

‘Mama dan Daddy pun..sudah berjanji, bukan?’

Tiada balasan kerana saat ini mataku terpaku pada satu arah. Lama. Sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku. Selama ini , walaupun aku jarang pulang tapi aku tidak akan pernah melepaskan peluang untuk menghubungi kedua mereka. Suara, tawa…semuanya menjadi satu. Aku menyentuh sebujur tubuh yang kaku itu dengan tangan yang menggigil. Dahi dan pipi mama yang lebam aku cium lama. Mesti mama sakitkan…
 

“Mama..mama…tolong Kim. Kaki Kim luka ni. Terjatuh basikal”
 
Mama berlari kearahku, mengangkat aku ke dalam pangkuannya. “Sini dekat dengan mama. Lepas mama cium mesti anak mama terus baik”

 
Air mataku menitis lagi. Mama…kenapa mama sanggup tinggalkan Kim? Kim banyak berdosa dengan mama. Kenapa mama mesti pergi sebelum sempat Kim minta maaf? Hati Kim sakit, siapa yang boleh sembuhkan?
 

Tiba pada daddy,aku kemam bibir. Amanda disebelah tidak putus-putus memberiku kata semangat, mengusapku agar aku tidak tumbang buat kali yang kedua.
 

“Kim sayang sangat dengan Daddy. Sayang sangat-sangat sampaikan Kim selalu berdoa yang Kim akan pergi dulu sebelum Daddy dengan mama”

 
“Tapi daddy dengan mama pula kalau boleh nak pergi dulu sebelum anak-anaknya”Aku teringat perbualanku dengan daddy. Kenangan yang terpacar kembali diruang mata.

 
“But why? I don’t want to lose you. Kim tak tahu apa jadi dekat Kim kalau mama dengan daddy tak ada”
 
“My sweetheart…you and Carl are the best gift from Allah to us. Melihat kamu membesar depan mata kami sudah cukup buat kami gembira. Please bear In mind,dear. Cinta dan sayang kita pada manusia jangan melebihi sayang kita padaNYA…”
 

Ya,kini aku mengerti apa yang Daddy sampaikan. Aku kesal kerana aku tidak sempat menunaikan janji kepada mereka. Aku sepatutnya berjumpa dengan mereka minggu hadapan atau sepatutnya lebih awal lagi. Kalaulah aku tidak memulakan semua ini, pasti bukan begini pengakhiran hidupku. Bukan hidupku, tetapi orang tuaku sendiri.
 
“Ke mana you nak semadikan jenazah mereka,Dan?”
 
“Di Utara. Bersebelahan dengan moyang kami belah mama.”
 
“Macam mana dengan keluarga Uncle Damien?”
 
“I dah beritahu. Mereka akan tiba dalam masa 48 jam tapi mungkin tak sempat nak tatap arwah buat kali yang terakhir.. Sorry Amanda. I..i tak boleh terima”
 

Lirih suara Carl buat aku sebak. Hubungan dingin kami mungkin akan hilang buat sementara ini kerana perasaan yang sama. Kehilangan. Ayah kepada mama berasal dari utara dan berkahwin dengan nenek yang berbangsa Korea. Aku masih ingat lagi yang daddy dan mama pernah berkata bahawa andai mereka pergi,mereka mahu jasad mereka disemadikan di bumi Malaysia. Agaknya mereka mahu anak-anak mereka selalu menziarahi mereka kerana terlalu sibuk sebelum ini. Aku senyum sinis di dalam hati.

Aku…sibuk? Sibuk mengejar cinta yang membunuh diriku.

 
Dengan teragak-agak aku menghampiri tubuh tinggi lampai Carl. Dia perasan walaupun tidak menoleh memandangku.
 
“Dan”
 
“Kenapa daddy dengan mama balik Malaysia tanpa beritahu kita?”Soalnya sehingga aku tersentak. Terkebil-kebil memandang sepasang mata yang sudah merah itu. Jadi, abangku sendiri tidak tahu mengapa?

 
“I tak tahu. Daddy dengan mama tak ada beritahu I apa-apa. Lagipun, I dah janji nak balik sana lepas mereka balik daripada Mekah”
 

“Mereka takkan ke sini tanpa sebab. I pasti ada sesuatu yang buat mama dengan Daddy datang ke sini tanpa memberitahu kita apa-apa.”
 

Esakanku kembali berlagu. Kenapa Carl seperti menyalahkan aku? Aku baru ingin berkongsi kesedihan dengannya kerana dalam sekelip mata kami berdua sudah menjadi anak yatim piatu. Tuhan merampas kedua orang tuaku tanpa sempat aku memohon  ampun. Terlalu besar dosaku.
 

“Dan, calm down. Ini bukan masanya. Arwah parents you baru je meninggal. Kim satu-satunya ahli keluarga yang you ada sekarang ni,begitu juga dengan Kim. Kim,ikut akak. Nak mandikan jenazah”
 

Aku diam dan akur. Sempat aku berpaling ke arah wajah tegang Carl. Hatiku dihambat perasaan ngilu yang bukan sedikit.

Dr semalm sampai pagi td noti komen x benti naik… Nasib ko lah Ariel…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience